Bab 40

Fanfiction Completed 49058

SETELAH empat tahun berlalu, kedua-dua pasangan itu telah berkahwin. Ayuna dan Tao berkahwin setahun selepas Hanna dan Chanyeol kerana lelaki itu terikat dengan kontrak di Universiti Oxford sebagai pelatih ganti di sana. Hanna dan Chanyeol pula berkahwin pada tahun yang sama, sementara Ayuna dan Tao terpaksa berkorban masa selama setahun.

Hanna dan Chanyeol dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Adam Ryan. Nampak macam pelik nama itu tetapi itulah hakikatnya. Masing-masing mahukan nama anak mereka seperti orang putih kerana sewaktu Hanna disahkan mengandung, ianya dirawat dan membuat pemeriksaan di negara barat. Ketika itu mereka berdua melancong ke sana. Sebab itulah mahu sangat berikan nama seperti mat salih.

Selang setahun, Ayuna dan Tao pula mendapat seorang bayi perempuan setelah 10 bulan berkahwin. Ayuna pernah keguguran sewaktu bayi pertama mereka setelah berkahwin dalam 5 bulan. Agak murung juga Ayuna dibuatnya tetapi setelah dipujuk oleh Hanna dan dorongan daripada kawan-kawan, Ayuna pulih dan kini anak perempuan bernama Elysa Victorianya berusia 3 tahun. Hidupnya menjadi ceria dihiasi dengan Baby Victoria yang kuat menangis ini. Sama seperti appanya.

Jackson dan Suzy pula kini menetap di Hong Kong setelah berkahwin pada tahun lepas. Dengar cerita, Suzy telah mengandung dan kini usia kandungannya itu berusia dua bulan. Masih lagi muda dan menyebabkan Jackson terpaksa balik dari U sebagai pelatih penari sedikit awal. Keprihatinan Jackson kadang-kala melampau sehingga merimaskan diri Suzy sendiri. Tetapi tidak sangka, mereka berjodoh.

Jika Jackson dan Suzy dapat bersama, lain pula dengan Hyuna dan V. Mereka masih lagi tidak berkahwin sampai ke sekarang tetapi sudah bertunang. Mereka memang sudah bercadang mahu berkahwin dalam tempoh empat tahun itu tetapi V telah menerima surat soal kemasukannya ke dalam ARMIY. Syaratnya ialah, tidak boleh berkahwin selagi terikat dengan ARMIY iaitu selama setahun 5 bulan.

Sangat menyedihkan kerana tidak dapat berkahwin. Seronok betul buat persiapan. Tinggal lagi sebulan, tiba-tiba sahaja V kata ditangguhkan dulu. Kalau sehari dua tak apa. Ini setahun lebih?! Siapa tak melalak. Kalau V melanggar peraturan, akan dikenakan denda iaitu penjara. Lagi sedih? Betul tak? Jadi, terpaksalah tunggu sampai V tamat kontrak.

Maka, berakhirlah kisah percintaan mereka. Penuh dengan liku-liku yang dahsyat dan penuh keazaban. Cinta bukan kerana rupa, tapi cintalah kerana hati dan jiwa. Cinta kerana cinta, lebih indah, lebih ikhlas, dan lebih romantik berbanding cinta kerana harta, paras rupawan dan kerana terpaksa. Cinta kerana itu semua, ada harapan perkataan CINTA yang disulam itu akan berpisah menjadi PUTUS. Hargailah cinta sebagaimana diri sendiri dihargai oleh orang lain...

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience