NAZIRA berjalan menuju ke ruangan Irham. Sudah 2 hari lelaki itu tidak pulang ke rumah. Dia berasa semakin sakit hati dengan sikap Irham. Hatinya semakin panas bila langkahnya dihalang oleh pembantu Irham, Erina. “Kau tahu tak aku ni siapa? I’m her wife. Aku ada hak nak jumpa suami aku. ke tepi lah!’’ Nazira menolak tubuh kecil itu dan menolak pintu bilik Irham.
“Maaf Encik Irham, saya dah cuba..’’
“It’s okey. Awak boleh keluar sekarang.’’ Irham memintas percakapan Erina. Gadis itu mengganguk perlahan. wajah Nazira memandangnya tajam. Tapi beralih pula ke arah suaminya.
“You nak apa sampai nak kena datang ke pejabat I?’’ rungut Irham. Nazira mendengus geram.
“Habis kalau I tak datang pejabat you, you bukannya nak balik rumah. You ingat I ni tunggul kayu ke sampai kena tunggu you siang malam tapi you tak balik-balik?’’ marah Nazira. Irham memicit ubun-ubun dahinya.
“Habis, sekarang ni you nak apa?’’ soalnya. Nazira tersenyum sinis. Dia melangkah perlahan dan menghampiri Irham. Tangannya memeluk bahu lelaki itu dengan penuh manja.
“I nak hak I sebagai isteri you yang SAH. Nafkah I zahir dan batin.’’ Ujarnya. Irham menepis tangan itu dan bangun dari kerusinya.
“I kahwin dengan you sebab I fikirkan kesihatan you. Tapi I tengok sekarang ni, you tak macam orang sakit pun.’’ Kata Irham pula. Gulp! Nazira kematian kata. Lain yang dipinta, lain pula yang dijawab Irham. Dia diam mencari akal untuk membalas kata-kata Irham. Dia tidak mahu Irham curiga dengan kepalsuan penyakitnya.
“I memang tengah sakit, you aje yang tak nampak penderitaan I. you asyik sibuk cari Daliya 24jam sampai tak ingat nak balik rumah. Pernah you ambil berat tentang sakit I? hantar I ke klinik buat temujanji. Pernah you buat?’’ bentaknya pula. Naik turun nafasnya bercakap agar Irham semakin percaya. Melihat kebisuan Irham membuatkan Nazira puas. Nampaknya kata-katanya tadi sudah cukup menyakinkan Irham.
“You dah lupa tanggungjawab you pada I. sebab tu Tuhan balas dekat you sekarang ni, Liya lari dari hidup you.’’ Kata Nazira lagi. Cuba memanas-manaskan hati Irham dengan sikapnya.
“I pun isteri you. Bukan ‘dia’ seorang. I pun nak rasa disayangi, dikasihi, sebagai seorang isteri sebelum I menghembuskan nafas yang terakhir. I harap you dapat tunaikan permintaan isteri you yang dah nak ‘mati’ ni’’ kata Nazira lantas melangkah pergi meninggalkan Irham di situ. Membiarkan lelaki itu ‘berfikir’ akan kata-katanya sebentar tadi.
DALIYA melihat keindahan alam yang menhijau menghiasi taman Botani Diraja. Dia berada diMelbourne sekarang ini pun hanya untuk mencari ketenangan. Tapi entah kenapa, ketenangan yang dicari bagaikan terus-terusan melarikan diri darinya. Daliya membuka telefon bimbitnya yang telah berminggu-minggu dimatikan. Berpuluh-puluh panggilan dan mesej yang diterima dan semuanya dari Irham.
“Liya kemana sayang? Abg rindukan Liya. liya pulanglah. Jgn tinggalkan abg, abg perlukan Liya dalam hidup abg.’’ 2:00 am
“Sayang, pulanglah.. jgn buat abg mcm ni. I miss you sayang.’’ 3:23am
“Kalau betullah Liya nak sakitkan hati abg, liya dah ‘berjaya’ sekrg.’’ 1:00 pm
Daliya pantas menutup kemas telefon bimbitnya. Masih ada 28 mesej yang belum dibaca. Daliya tidak mahu meneruskannya kalau itu hanya akan menyakiti hatinya. Dia memejam matanya. Sungguh! Dia pun rindukan Irham. Daliya mula tersedu. Suasana menjadi sepi baginya.
Daliya tersentak apabila terasa bahunya disentuh mesra. Kuyup pipinya dengan air mata. Kelihatan Ameera sedang tersenyum lembut sambil memegangnya.
“Liya fikirkan apa?’’pertanyaan Ameera menyapa telinga. Daliya mengesat air mata. Kepalanya digeleng. Teringat pada hari itu keinginannya untuk mengikut Ameera ke sini. Langsung dia tidak memberitahu masalah yang melanda semata-mata untuk jejakkan kaki ke Australia dan lari dari Irham. Tapi sekarang dia sedar, sejauh mana pun dia pergi dari Irham, dia tidak mampu menepis kerinduan yang bertamu. Dia sangat merindui usikan suaminya. Dia rindukan belaian suaminya. Dia rindukan Irham Hakimi. Daliya menarik nafas perlahan.
“Liya, kalau kau ada masalah, ceritalah dengan aku.’’ ujar Ameera lagi.
“Tak ada apa-apa lah Meera.’’ Daliya berbohong tapi dia tidak mampu membohongi hatinya tatkala itu. Dia sedang menahan esak tangis dalam hatinya. Melawan rasa sedih kian menyesakkan dada. Ameera mengambil tempat di sisinya.
“Dah tiga hari kita dekat kota Melbourne, tapi aku tengok kau asyik sedih aje.’’ Beritahunya. Daliya diam. memang betul pun kata Ameera. Semenjak dia jejakkan kaki ke sini, hatinya belum pernah berasa gembira. Hatinya semakin hari semakin menangis tanpa ada siapapun yang tahu. Daliya berasa pening. Terasa dunia seakan berputar buatnya. Daliya memegang dahinya.
“Liya? kau kenapa ni?’’ suara Ameera kedengaran panik. Daliya memejamkan matanya seolah-olah sedang menahan kesakitan yang dirasainya. Ameera semakin cemas.
“Liya, kau okey tak ni?’’ soalnya sekali lagi.
“Aku rasa macam nak pitam. Kepala aku pusing,’’ balas Daliya perlahan. pantas juga tangan Ameera memaut lenggan Daliya supaya bangun.
“Jom, aku hantarkan kau ke klinik.’’ Ujarnya. Dia menuntun Daliya untuk mendapatkan bantuan.
Daliya seakan tidak percaya mendengar bait kata-kata Dr. Bernard. Bulat matanya memandang wajah Doktor yang memeriksanya.
“It’s true?’’ soalnya. Doktor itu tersenyum lagi.
“Yes Mrs. Daliya, your test showed that you’re pregnant.’’ Beritahu doktor itu lagi. Ameera yang ada di sisinya terkesima seketika. Mengandung? Sejak bila pula Daliya berkahwin? Wajah Daliya dipandang lama.
“How old my content, doctor?’’
“Hmm.. about three weeks. But you need take more rest and sleep. May I see your husband?’’ tanya doktor itu lagi. Daliya memandang Ameera.
“He’s not here right now.’’ Balas Daliya perlahan. Doktor itu mengganguk perlahan.
“Oh, okey, supposed your husband should be here to share this news together.’’ Kata Doktor lagi. Mendengar kata-kata doktor membuatkan Daliya berasa sebak tiba-tiba.
“Well, your fetus is still new and a content rein in its infancy as it is still weak. You seem listless and weary, so I will give you a vitamin. You must take and follow the rules and the most important is get a sufficient rest.’’ Ujar doktor dengan penuh teratur.
Daliya tidak mampu bersuara. Dia tidak tahu perasaannya tatkala itu. Untuk gembira atau sedih semuanya sudah dialaminya. Dia pernah keguguran. Menerima kehadiran benih yang semakin bercambah dalam rahimnya kali ini membuatkan dia takut. Dia takut kalau suatu saat dia akan kehilanganya lagi. “Liya?’’ teguran suara Ameera. Daliya memandangnya dengan pandangan yang kosong. “Jom lah keluar, doktor cakap suruh kita ambil ubat dekat luar.’’ Beritahu Ameera. Daliya melihat wajah gadis itu. Dia rasa bersalah pula kerana tidak menceritakan tentang Irham kepadanya. Mungkinkah sekarang ini Ameera masih tertanya-tanya siapa ayah kepada bayi yang dikandung.
“JADI kau dah kahwin?’’ Ameera memandang Daliya serius. Daliya mengganguk perlahan.
“Habis mana cincin kahwin kau?’’ soalnya pula. Daliya terdiam bila soal cincin perkahwinan disoal. Dia sudah tidak memilikinya.
“Aku, aku sebenarnya..’’
“Sebenarnya kau dah lari dari suami kau? Begitu?’’ teka Ameera yang memintas percakapan Daliya tadi. Daliya terdiam. Memang kenyataannya dia telah lari dari Irham. Lari meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Ameera mengeluh berat.
“Kalau kau ada masalah besar sekalipun, lari dari masalah itu bukan jalan penyelesaianya.’’ Kata Ameera. Cuba untuk mengerti keadaan sahabatnya itu.
“Liya, kau kena fikir secara rasional. Sekarang ni kau dah berbadan dua. Kau perlukan suami kau. Baby kau pun nanti perlukan ayah.’’ Nasihat Ameera.
“Call lah husband kau,’’ Pujuk Ameera lantas meninggalkan Daliya sendirian di ruang tamu itu. Daliya bagaikan patung. Hanya mendengar bait perucapan kata-kata Ameera. Perlukah dia menghubungi Irham?
Share this novel