BAB 28

Romance Completed 89895

“Hahahaha! Baru puas hati aku. mampuslah kau Irham.’’ Ketawa Shahrul di dalam rumahnya. Berita tentang keadaan Irham yang masih koma di hospital itu membuatnya bertambah puas. Tidak sia-sia dia mengekori Irham sehingga dapat melanggar lelaki yang pernah bergelar sahabatnya itu. ‘Zira, you jangan sedih. Jantan tu dah dapat pembalasan dia sebab buat you menderita.’ Desis Shahrul. Tiba-tiba blackberry miliknya galak berbunyi di atas meja. ‘mama?’

“Hello,mama?’’ sapanya.

“Hello, Shah.. kamu tak nak datang jenguk Zira ke?’’ tanya Datin Zahara. Shahrul diam. memang dulu dia cintakan Nazira tapi sebelum perempuan itu masih normal. Sekarang sudah jadi pesakit mental, ish! Nak mengaku bini pun tak sanggup. Gomel Shahrul dalam hatinya.

“Shah, Zira ni masih sah isteri kamu. Dia perlukan sokongan dan perhatian. Datang ya?’’ pujuk Datin Zahara.

“Err.. Shah sibuk lah ma. Tak ada masa.’’ Balas Shahrul.

“Kalau kamu ada masa nanti, datanglah ya? Zira perlukan kamu.’’ Kata Datin Zahara lagi. Shahrul mengeluh. Perlukan aku konon, huh.. kalau aku pergi pun, nama jantan tu jugak yang dia sebut. Buat sakit hati. Omel Shahrul.

“Yelah. Tengoklah macamana nanti.’’ Kata Shahrul lantas mematikan talian.

“Bercakap dengan siapa?’’ suara itu membuatkan Shahrul terkejut.

“Mummy ni, datang tu bagilah salam. Ni main terjah aje.’’ Omel Shahrul. Wanita itu hanya tersenyum sinis. Dia mengambil tempat di atas katil anak lelakinya itu.

“Mummy datang ni nak cakap benda penting dengan kamu.’’ Kata mummynya. Berkerut dahi Shahrul mendengarnya. Macam serius aje.

“Apa dia?’’ soalnya acuh tak acuh.

“Mummy nak kamu ceraikan isteri kamu yang dah gila tu.’’ Kata-kata mummy kali ini membuatkan Shahrul terkedu. Kemudian dia tertawa kecil.

“Kenapa mummy nak Shah ceraikan dia?’’

“Sebab dia tu dah gila. Kamu nak jaga ke orang gila macam tu?’’ kata mummy membuatkan Shahrul ketawa kuat. Dia mendekati mummynya kemudian memeluk bahu wanita kesayangannya itu.

“Don’t worry mum, I’ll do it. But not now. Lagipula, Shah pun tak nak hidup dengan status suami orang gila.’’ Katanya yang masih dengan sisa ketawa. Wanita itu akhirnya mengeluh lega.

“Good. Uruskan ia secepat mungkin.’’ Kata mummy lagi. Shahrul hanya mengganguk perlahan.

“Mummy masak apa? Shah lapar lah.’’ Rengek Shahrul.

“Ish, apa kamu merepek ni. Orang puasa kamu minta makan.’’ Marah mummynya.

“Alah, dah setengah hari ni. Puasa separuh hari sudahlah.’’ Kata Shahrul pula. Wanita itu terus bengkit dari katil.

“Kamu dah besar dah panjang macam ini pun tak boleh tahan lapar? Ish.. apa nak jadilah..’’ dia keluar dari bilik itu dengan bebelan. Shahrul masih tidak berubah.

HAMPIR dua minggu sudah berlalu tapi Irham masih juga terlantar diatas katil hospital itu. Badannya masih dipenuhi wayar-wayar. Kepalanya berbalut. Monitor jantungnya masih sama dan tiada perubahan. Datin Fatimah menangis lagi. Tinggal lagi dua minggu dia akan menyambut lebaran yang menghampiri dan ramadhan yang akan pergi. Tapi anak lelaki ini masih tidak lagi kaku di sini. Datin Fatimah tekad dalam hatinya. Selama mana pun dia akan tetap menunggu Irham sedar dari koma. Biarpun untuk beberapa tempoh sekalipun, mungkin ini adalah ujian buatnya. Allah SWT sedang mengujinya agar bersabar dengan semua dugaan ini.

“Ibu, Nani dah tak sanggup nak tengok abang macam ni. Dah hampir berminggu-minggu dia masih terlantar macam ni.’’ Ujar Hanani perlahan. Datin Fatimah diam. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terlantar begini yang hidup tapi tidak mampu bercakap, tidak mampu bergerak. Segalanya terbatas.

“Habis Nani nak putus asa? Nak cabut wayar tu biar abang mati?’’ tanya Datin Fatimah membuatkan Hanani tercenggang seketika.

“Tak, Nani tak bermaksud macam tu.’’ Kata Hanani. Akhirnya masing-masing diam.

“Nani rasa, abang perlukan kak Liya.’’ Kata Hanani perlahan. Datin Fatimah mencemuh.

“Dia dah tinggalkan abang kamu, dia dah tak pedulikan Irham lagi.’’ Kata Datin Fatimah kesal. Hanani mengusap bahu ibunya perlahan. Dia tahu ibunya kesal dengan sikap kak Liya, tapi dalam situasi sekarang kak Liya juga tidak boleh dipersalahkan.

“Nani percaya di mana pun kak Liya berada sekarang, hatinya masih menyintai abang. Nani tahu, sebab abang pun merasakan hal yang sama. Bunga yang abang beli sebelum kemalangan itu, mungkin bunga untuk kak Liya. Mereka masih saling memerlukan, ibu.’’ ujar Hanani menyakinkan Datin Fatimah. Doanya dalam hati, agar Daliya cepat-cepat kembali dalam hidup mereka seperti dulu.

………………………………….

DALIYA meletakkan buku novel yang dibaca di atas almari kecil disisinya. Perlahan-lahan dia mengusap perutnya. ‘Ya Allah, kenapa dengan perasaanku hari ini? kenapa aku terlalu ingin melihat Irham? Bukan saja itu, malah aku rindukan bicaranya. Kenapa KAU lahirkan perasaan ini tatkala aku ingin menjauhinya?’ desis hati kecilnya. Perlahan-lahan Daliya melangkah ke tepi tingkap. Menyelak langsir yang bertebangan ditiup angin petang. Jauh pandangannya dihadapkan ke tanah sawah yang terbentang nun di sana. Kini sudah hampir dua bulan yang kian berlalu. Ramadhan pun akan pergi dan syawal yang kian hampir tinggal lagi seminggu. Tanpa dia sedar ternyata dia sudah berpisah dari Irham untuk tempoh yang selama itu. Bagaikan seperti mimpi, tapi itulah kenyataannya. Daliya memeluk tubuhnya sambil menghadap tingkap itu. Untuk seketika dia mengeluh. Kenapa sejak dua menjak ini dia menjadi manusia yang tidak mengenang erti bersyukur? Daliya mengucap panjang mengenangkan sikapnya yang satu itu.

“Hoi!’’ satu suara menyergah dari luar. Berderau darah Daliya. Terasa hendak gugur jantungnya. Bunyi ketawa Azam dari bawah menaikkan rasa geram.

“Liya buat apa tepi jendela? Nak jadi macam hantu kak Limah ke?’’ tegurnya sambil terkekeh-kekeh ketawa. Daliya menjeling. Langkahnya berlalu ke tangga. Azam beralih ke tangga dan duduk di situ.

“Kalau jadi hantu pun, elok juga. Boleh cekik orang.’’ Balas Daliya sambil menunjukkan reaksi untuk mencekik tengkuk Azam. Lelaki itu mengelak tapi terkekeh-kekeh ketawa. Teringat sewaktu dia memberi salam tapi tidak ada yang menyahut. Apabila dia mahu ke pintu dapur, dilihatnya Daliya sedang memeluk tubuh di tepi jendela. Timbul niat nakal untuk dia mengusik Daliya. “Ada ke patut jadi hantu semata-mata nak cekik orang.’’ Kata Azam sambil menggeleng. Daliya akhirnya tersenyum jua. “Liya teringatkan suami ke sampai jauh sangat termenung.’’ Kata Azam kali ini membuatkan senyuman Daliya mati. Memang tadi dia mengingati lelaki itu. Tapi untuk apakah dia mengingati orang yang langsung tidak pedulikan dirinya lagi? Tiba-tiba dia teringatkan panggilan Irham seminggu sebelum puasa. Hanya sekali itu dia menerima panggilan itu dan tiada lagi khabar dari lelaki itu sehinggalah ke detik ini. Irham langsung tidak pernah berusaha untuk mencarinya.

“Tengok, bila tanya pasal laki dia, temenung lagi.’’

Daliya hanya tersenyum kambing. Perbualan senyap seketika setelah melihat kelibat ayah yang baru balik menguruskan lembunya di padang. Orang tua itu nampak keletihan. Azam menegur ayah dan melanjutkan perbualannya dengan ayah. Daliya terus berlalu ke dapur membiarkan keduanya untuk berbual. Buku novel yang ditinggalkan tadi diambil semula untuk menyambung pembacaannya. Tapi anak matanya sekejap-sekejap ada mengerling ke arah dua orang itu.

“Hah, dah kau ada ni Zam. Esok boleh aku mintak tolong sikit?’’ tanya ayah. Daliya hanya mendengar perbualan itu dari jauh. Azam hanya mengganguk.

“Ada apa ayah Su, bunyi macam serius aje.’’ Tanya Azam yang sudah biasa membiasakan diri memanggil ayahnya dengan panggilan itu. Biarpun mereka tiada perhubungan darah, tapi disebabkan ayahnya merupakan anak bongsu dalam keluarganya, Azam membahasakan panggilan itu untuk ayah daripada orang kampung yang memanggilnya pak cik Azhar.

“Macam ni, esok Liya kena pergi klinik. Kena buat check up. Ayah Su ada kerja sikit jadi nak minta tolong kau hantarkan dia ke klinik. Boleh?’’ Kata ayah yang membuatkan Daliya terpinga-pinga.

“Boleh sangat lah ayah Su.’’ Balas Azam sambil tersengih memandang Daliya dihujung sana.

“Lepas check up balik terus lah,’’ pesan ayah membuatkan sengihan Azam mati. Kini giliran Daliya pula yang tertawa.

KEESOKANNYA, seperti yang dijanjikan. Azam menjemputnya dari rumah untuk ke klinik. Selesai itu, Daliya keluar dari klinik doktor Hazlina dengan penuh berhati-hati dengan perutnya yang sudah berusia lapan bulan. Kakinya ingin melangkah ke arah Proton Myvi tapi dia melihat Azam tiada di dalam kereta. Katanya tadi mahu menunggu dia di kereta sahaja. Kemana pula perginya? Dipandang ke kiri, dia melihat gedung pakaian bayi. Bibirnya menguntumkan senyuman. Dia membelek-belek baju bayi yang terdapat di gedung itu. Daliya memilih beberapa helai pakaian dan melangkah ke kauter pembayaran. Selesai membuat pembayaran, dia ingin keluar tapi langkahnya terhenti sebaik melihat baby cot di satu sudut. Cantiknya! Langkahnya terus ke situ sambil tangannya mengusap-ngusap perutnya.

“Baby nak tidur dalam ni tak?’’ Daliya menyoal perlahan sambil bibirnya mengulum senyuman.

“Mestilah nak, mama,’’ suara itu datang dari belakang membuatkan Daliya tertawa. Azam ni ada-ada saja cara untuk menyakatnya.

“Comel kan baby cot ni?’’ soalnya kepada Azam pula. Azam mengganguk, sambil tangannya membelek-belek buaian itu. Tiba-tiba Azam tersenyum kecil. Bibirnya didekatkan ke telinga Daliya yang berselindung dibalik tudung.

“Liya perasan tak. Orang yang tengok-tengok kita. Mesti diaorang fikir kita pasangan suami isteri.’’ Bisiknya. Daliya memandang kiri kanan. Beberapa pasang mata melihat ke arah mereka berdua. Perasaannya menjadi kurang selesa.

“Tak jadilah nak beli.’’ Dia melangkah pergi sementara diekori oleh Azam.

“Kenapa? Liya tak mahu ke kalau orang fikir Azam suami Liya? tak layakkah?’’ soalnya. Daliya berhenti dan memandangnya.

“Saya ada suami, Azam. Tak elok untuk kita cakap pasal hal ni. Dahlah, saya nak balik.’’ Keras kata-kata Daliya berlalu ke arah kereta. Azam terpaku seketika. Kemudian dia meraup wajahnya. Sedar akan kesilapannya tadi. Benar kata Daliya, dia sepatutnya tidak mengucapkan kata-kata sebegitu. Tapi kenapa dengan hatinya? Azam menggeleng lemah lantas berlalu pergi. Sepanjang perjalanan pulang itu, masing-masing hanya menyepi. Daliya malas untuk bersuara dan Azam pula takut untuk bersuara.

Daliya melihat Irham dari jauh. Senyuman terukir dibibirnya. Irham pun turut tersenyum memandangnya. Sebaik bersua, Irham memberikan bunga ros putih itu kepadanya. Daliya begitu bahagia. Tapi entah kenapa, bunga ros yang diberi itu tiba-tiba dipenuhi dengan darah. Daliya kaku. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah tapi suaminya tiada di situ. Air matanya menitis. “Abang? Abang?!’’ panggilnya tapi hampa. Dia tidak menjumpai Irham di mana-mana.

“Abang!’’ jeritnya sebaik terjaga dari mimpi itu. Daliya mengurut dadanya yang terasa sebak. ‘apakah makna mimpinya tadi?’ Daliya menangis. Jam sudah berada pada pukul 4 pagi. Perlahan-lahan dia bangun dari tidur untuk solat istikarah. Tiada apa yang dapat menenangkan hatinya tatkala itu melainkan solat. Usai solat, Daliya menadah tangan untuk berdoa.

“Ya Allah, aku mohon keampunanMU Ya Allah. Lindungilah aku, keluargaku, lindungilah suamiku Ya Allah. Berikan dia kesihatan yang baik, jagalah dia Ya Allah.’’ Tanpa Daliya sedar, air matanya sekali lagi menitis. Abang.. Liya rindukan abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience