BAB 9

Romance Completed 89895

DALIYA ke pejabat seperti biasanya tapi tanpa Irham. Selama dia masih lagi sakit, selama itu juga dia akan berada di rumah. Entah kenapa hatinya masih memikirkan Irham. Dia begitu rindukan suaminya yang dulu. Suaminya yang sangat menyanyanginya, perihatin tentangnya, dan sentiasa menjadi senyuman yang mekar untuknya. Tapi sekelip mata sahaja semua itu hilang darinya. Daliya hanya mampu mengucap perlahan. Ini semua qada dan qadar Allah.

“Liya?’’ suara Suraya memecah kesunyian mereka. Daliya memandang sekeliling. Dia bersama Suraya di kedai makan. Dia terlupa bahawa tadi dia telah mengikut Suraya untuk makan tengahari di sini. Dia merasakan hanya jasadnya yang berada di sini tapi hatinya… Daliya mengeluh lemah.

“Liya? Kau okey tak ni?’’ Suraya menyentuh tangannya perlahan. Daliya mengganguk.

“Aku okey. Hmm.. macamana dengan masalah wang tu?’’ soal Daliya. Sengaja dia mengalihkan topik perbualan. Dia perlu kuat dan lupakan masalah hidupnya bersama Irham. “Dah selesai. Dia dah bayar duit tu. Aku hairan, kat mana pulak dia ambil duit sebanyak tu.’’ Balas Suraya. Dia pernasaran.

“Mungkin dia tak gunakan duit tu. Sebab itu dia dapat pulangkan balik.’’ Daliya meneka. Suraya menggeleng. “Aku rasa tak mungkin. Aku kenal siapa Farhan tu. Ish! Nasib baik tertangkap. Kalau tidak, lesap duit 20 ribu.’’ Suraya meneguk minumannya. Daliya mengiakan saja kata rakannya. “Haa, itu dia.. laksa johor kau dah sampai.’’ Kata Suraya sambil memandang ke arah pelayan yang menghampiri mereka. Daliya tersenyum. Sudah lama dia mengidam untuk makan laksa johor tapi tidak kesampaian sehinggalah hari ini.

“Eh, Liya.. itu bukan ke suami kau?’’ Suraya memandang susuk tubuh lelaki yang memang seperti Irham. Daliya memandang. Iyalah, itu memang Irham. Daliya hairan. Baru saja dia ingin melangkah ke meja Irham tapi langkahnya mati melihat Nazira yang tiba di situ. Daliya ke mejanya kembali. “kenapa Liya?’’ tanya Suraya.

“Aku nak balik pejabat. Kau nak ikut tak?’’ kata Daliya merapikan begnya dan segera ingin pergi. Entah kenapa rasanya terlalu sakit melihat mereka.

“Ta..pi makanan kau belum habis lagi,’’ Suraya melihat wajah sugul Daliya. Dia tahu ini semua kerana Irham.

“Hmm..jom lah kita pergi.’’ Suraya menarik tangan Daliya untuk pergi.

Irham memandang Nazira lama. Dia hanya ingat kalau dia hanya menyintai gadis ini. Tapi bagaimana pula dia boleh berkahwin dengan perempuan itu? Irham binggung.

“I tak sangka you masih mahu berjumpa dengan I, I bahagia sangat.’’ Ujar Nazira. Dia mengengam tangan Irham yang kemas dimeja. Namun Irham menarik tangannya kembali.

“I masih suami orang.’’ Ujarnya. Biarpun dia tidak pernah mengingati Daliya tapi dia masih tahu ikatan yang terjalin antara mereka.

“ I cuma nak luangkan masa dengan orang yang ingat.’’ Ujar Irham perlahan. “It’s okey. Yang penting you masih ingat I, kan?’’ Manja suara Nazira berkata. Irham sekadar tersenyum. “I masih tak ingat macamana I boleh kahwin, dan kenapa bukan you?” Irham buntu. Nazira tersenyum. Mungkin inilah masanya.

“I pun tak tahu macamana you boleh kahwin dengan dia, sedangkan dia tu bukannya perempuan baik-baik.’’ Sinis kata-katanya. Berkerut dahi irham seketika.

“Maksud you?’’ soalnya. “Yelah.. I kenal siapa dia. You dengan keluarga you dah diguna-gunakan. Sebab tu, you kahwin dengan dia. Sampaikan you sanggup tinggalkan I.’’ kata Nazira lagi. Kali ini dia perlu mencuci otak Irham daripada perempuan tak guna tu!

“Betul ke apa yang you cakap ni Zira?’’ Irham mulai terhasut.

“Betul. I berani sumpah. Kalau you tak percaya, cuba you tengok gambar-gambar ni.’’ Nazira menunjukkan kepingan gambar Daliya yang terdedah di bilik hotel bersama seorang lelaki. Tidak sia-sia dia menculik Daliya waktu itu. Irham memandang lama.

“Sekarang you percaya kan cakap I?’’ tanya Nazira. Irham kelihatan berang.

“Tak sangka I boleh kahwin dengan perempuan serendah ni.’’ Irham bersuara lemah. Nazira tersenyum gembira. Akhirnya!

Daliya pulang agak lewat petang itu. Sebelum pulang dia mendapat panggilan daripada Hanani. Katanya, ibu sakit. Daliya bercadang untuk ke rumah ibu terus tapi memandangkan Irham sendirian di rumah jadi dia perlu pulang dan menjemput Irham. Tiba sahaja di perkarangan rumah dia bertembung dengan kereta Nazira. Kelihatan Nazira baru sahaja menghantar Irham pulang. Daliya berasa sakit hati dengan perangai Irham. Sanggup Irham keluar dengan perempuan ini tanpa pengetahuannya. Kalau betul sekalipun Irham tidak mengingati dirinya, setidak-tidaknya hormatlah dirinya sebagai isteri yang masih sah. Daliya hanya mampu membiarkan rasa sakit hatinya hilang dengan sendirinya kerana sekuat apapun dia menentang, dia tak akan mampu mengembalikan ingatan Irham seperti dulu.

“Perempuan jenis apa kau ni? Pukul 7 malam baru nak balik.’’ Terjahan kata-kata Irham itu membuatkan Daliya terkesima. ‘Kau?’ Daliya berasa dunia seakan gelap gelita. Irham sedang memanggil dirinya ‘Kau’ sedangkan selama ini panggilan Irham kepadanya adalah yang paling romantik. Kenapa dengan Irham? Sekelip mata dia berubah.

“Liya baru balik dari pejabat.’’ Ujar Daliya perlahan. Irham sekadar mendengus. “Entah-entah kau keluar dengan jantan lain, lepas tu kau cakap baru balik pejabat. Alasan!’’ kata Irham lagi. “Abang!’’ Daliya terasa harga dirinya seakan dipijak-pijak. “Kalau abang tak ingat apa-apa tentang Liya sekalipun Liya tak kisah. Tapi tolong jangan nak tuduh Liya yang bukan-bukan. Liya tak serendah itu!’’ kata Daliya sebak. Irham sekadar mencemuh. Dia bangkit dari sofa. “Tak serendah itu konon. Habis, ni apa?’’ Irham menghulurkan kepingan gambar yang diambil dari Nazira. Daliya terkedu. Gambar-gambar ni….? Dia teringat sewaktu dia diculik sebelum Irham kemalangan. Ya Allah, aku difitnah. “Kau masih nak berdalih?’’ Tanya Irham perlahan. “Tak, tak, tak abang. Ini semua fitnah. Liya tak buat perkara terkutuk ni abang. Liya sebenarnya…’’

“Sebenarnya kau tu perempuan murahan? Macam tu?” Irham memotong percakapanya. “Sudahlah Liya. Aku malas nak ingat tentang kau lagi. Kalau perlu aku tak mahu ingat kalau aku pernah menikahi perempuan seperti kau.’’ Ujarnya lagi. Ya Allah, Sampai begitu sekali Irham menuduhku. Sehingga dia menyesali pernikahan kami? Daliya semakin sebak.

“Aku nak kita berpisah.’’ Pedih hati Daliya mendengar kata suami yang sayanginya itu. Akhirnya perpisahan juga yang dipinta. Daliya rebah di situ. Irham telah pun pergi meninggalkan dia sendirian di situ. Sekali lagi Irham menyakiti hatinya dan kali ini tiada apa yang dapat mengubahnya lagi. Dia tidak mampu membuktikan kalau sebenarnya dia telah difitnah. Tiada apa-apa yang berlaku pada malam itu. Dia hanya tidak berbaju tapi masih lengkap berseluar. Daliya tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi.

Sepanjang perjalanan mereka hanya menyepi. Daliya membawa kereta kerana tahu Irham masih lagi trauma untuk membawanya. Kebisuan mereka hanya ditemani lagu-lagu di radio. Lagu ‘Kita’ nyanyian kumpulan Forteen itu seakan turut menangisi kisah hidupnya. Segala-gala kini berputar diingatannya.

Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar airmata
Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih sayang
Pada dirimu tapi harapan makin kabur
Manakah kita, jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita, bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hati tak percaya tanya dengan jujur
Manakah kita…..
Di jiwaku sengsara
Menanggung derita kerana cinta berubah
Tapi tak mahu kehilanganmu

Tangan Irham menekan butang stesen radio lain. Daliya terus memandangnya. Daliya tahu dia mendengar bait-bait lagu itu. Tapi mereka tetap membisu sehinggalah tiba di perkarangan rumah keluarga Irham. Hanani menegur muka Daliya yang kelihatan sembab. “Kak Liya tak cukup tidur sebab banyak sangat buat kerja.’’ Daliya menipu. Irham hanya memandangnya sinis. Dimata lelaki itu jelas terlihat seribu kebencian terhadapnya.

‘ya Allah, kau kuatkanlah hati ini’ Desis Daliya perlahan. “Abang dah okey? Kepala ni masih senget lagi erk?’’ Hanani cuba mengusik Irham. Irham hanya tersenyum hambar. “Ala, tak best lah macam ni. Dulu, abang kan suka mengusik kak Liya, abang nakal.’’ Ujar Hanani lagi. Daliya memandang Irham lama. Seakan bayangan Irham yang mengusiknya setiap hari ada diraut itu.

“Liya?’’ panggilan Datin Fatimah membuatkan dia kembali sedar dari lamunannya, bayangan itu sekaligus lenyap. Irham yang dulu hanya bayangan untuknya.

“Ibu dah okey?’’ Daliya mencium tangan mertuanya.

“Ibu dah sembuh sikit. Semalam rasanya tak boleh bangun, kepala ni berdenyut-denyut.’’ Balas Datin Fatimah.

“Irham macamana? Dia dah ingat tentang Liya?’’ pertanyaan Datin Fatimah membuat Daliya terkedu. Dia akan bercerai dengan Irham sebaik sahaja bayi mereka lahir. Tapi Irham minta perkara ini dirahsiakan. Terutama sekali di depan keluarganya. Daliya mengeluh perlahan. Dalam doanya, agar Irham kembali ingat tentang dirinya supaya dia tidak akan kehilangan suami yang dicintainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience