Daliya memandang keadaan bilik yang terasa gelap. Dia sedang terbaring di atas katil? Siapa yang mengangkatnya ke sini? Kepalanya masih terasa berat. Masih hangat terasa tamparan Irham ke pipinya. Daliya mengeluh lemah. Dia cuba untuk bangun dari pembaringan dan pada saat itu jua dia seperti terpandangkan satu bentuk lembaga yang sedang berdiri di betul-betul dihadapannya. Tubuhnya besar dan berbulu. Daliya memejamkan matanya semula dengan membaca beberapa surah yang dia ingat. Sebaik matanya dibuka lagi, akhirnya lembaga hitam itu telah hilang. Daliya menghembus nafasnya perlahan. jantungnya masih berdegup kencang. Entah apa yang dilihatnya tadi dia tidak pasti. Pintu bilik yang tiba-tiba terbuka membuatkan dia terkejut lagi. Dengan pantas dia menarik selimut dan menutup segenap tubuhnya. Terasa ada tangan yang menyentuhnya.
“Aaaa!!’’ tempiknya kuat.
“Kak Liya? ni Hanani.’’ Suara yang memberitahu membuatkan dia mengeluh perlahan. Tubuh Hanani dipeluk erat. Terpinga-pinga Hanani dibuatnya.
“Kak Liya kenapa ni?’’ tanya Hanani lagi. Pelukan dileraikan. Daliya menggeleng lemah. Hanani menyentuh kesan lebam pada wajah Daliya.
“Kenapa dengan muka kak Liya ni?’’ soalnya dengan dahi yang berkerut.
“Tak ada apa, terhantuk dekat dinding. Mana abang Irham? Kenapa Hanani boleh ada dekat sini?’’ tanya Daliya lembut. Sengaja dia menukar topik perbualan. Dia tidak mahu Hanani tahu mengenai masalah yang sedang melanda rumahtangganya.
“Abang kata ada hal penting nak kena uruskan. Dia suruh Hanani temankan kak Liya.’’ beritahu Hanani. Daliya diam. sepatutnya dia tidak bertanyakan tentang Irham kerana itu hanya akan menyakiti hatinya sendiri.
NAZIRA mendengus geram. Sudah lama dia menunggu Irham. ‘Ish! Dia ingat aku ni apa nak kena tunggu dia berejam-jam dekat sini? Jangan-jangan dia tengah bersama dengan Liya tu tak?’ omel Nazira. Baru saja tangannya mahu mendail nombor Irham, lelaki itu tiba di situ dengan wajah yang kusut.
“I’m waiting you for one hour, thank you for THAT!’’ sinis kata-kata Nazira lemparkan. Irham hanya diam dan terus duduk.
“Sorry. beritahu cepat apa yang penting sangat tu?’’ tanya Irham pula. Nazira tertawa kecil.
“You know what? Something weird about you. Huh, semuanya yang datang dari I itu lebih penting dari perempuan yang ada dekat rumah you tu.’’ Katanya tegang.
“Okey fine! Now tell me what the most important is.’’
“I dah jumpa lelaki yang sanggup jadi ‘cina buta’ tu. Lepas I bercerai nanti, you kena kahwin dengan I.’’ mendatar sahaja suara Nazira berkata-kata. Irham membisu buat seketika.
“Irham, you dengar tak apa yang I cakap ni?’’ kata Nazira lagi. Irham mengganguk perlahan.
“Siapa dia?’’ soalnya.
“You know him better than me. Mohd Shahrul Azmani bin Dato’ Khir Azmi.’’ Balas Nazira. Akhirnya lelaki itu mahu menikahinya biarpun hanya sanggup menjadi ‘cina buta’ untuknya. Masih dia ingat raut wajah Shahrul yang terkejut dengan permintaannya tempoh hari.
Shahrul memandangnya bagaikan tidak percaya akan apa yang diminta. Kahwin sebagai syarat untuk Nazira kembali kepada Irham? Nampaknya perempuan ini memang sudah gila talak. Surat perjanjian yang dibuat itu dihadapkan kepada Shahrul sebagai syarat dia harus menceraikan dia sebaik sahaja sebulan selepas pernikahan. Shahrul menggeleng tanda tidak percaya. Tapi sejak dulu, dia mahu Nazira menjadi miliknya. Ah! persetankan surat perjanjian ni. Selepas pernikahan nanti, aku tak akan ceraikan dia. Dia akan selamanya menjadi milik aku. Shahrul tersenyum sinis.
“Okey. I setuju. Not just for one month, even five thousand years pun I sanggup.’’ Kata Shahrul membuatkan Nazira tersenyum puas. Akhirnya, tidak sia-sia dia dipertemukan semula dengan lelaki ini.
Kali ini pandangannya ke arah Irham yang masih membisu sebaik mendengar kata-katanya tadi. Jangan cakap kalau dia telah berubah fikiran dan tidak jadi untuk menikahiku.
“Sayang.. are you still hear me?’’ lembut nada suaranya. Tangannya sudah mencapai tangan Irham yang kemas berada di atas meja.
“Berapa lama penikahan you dengan dia?’’ tanya Irham.
“Just for one month. Then, kita akan nikah.’’ Balas Nazira pula. Irham hanya membalasnya dengan senyuman.
“You akan kahwin dengan I kan?’’ Nazira sekali lagi ingin memastikan. Irham mengganguk perlahan. Nazira tersenyum lega. Berharap agar semuanya nanti akan berjalan lancar. Niat jahat sudah terpasang dalam hatinya untuk menyuruh Irham ceraikan Daliya. Buat masa sekarang ini, dia yakin Irham akan mendengar kata-katanya.
DALIYA melihat skrin handphone i-phone5 miliknya yang berbunyi. ‘My Hubby’ tertera skrin itu. Dia malas untuk menggangkat panggilan itu. Pandangannya dialihkan ke arah kaca televisyen. Sebaik melihat sudut ruang tamu ini, hatinya meruntun sakit. Peristiwa dia ditarik kasar oleh suaminya itu masih segar dalam ingatan. Tidak mungkin sesekali untuk dia lupakan.
“Mana abang Irham ni? Dah pukul berapa ni tak balik-balik lagi.’’ Omel Hanani. Dia mengambil tempat disisi Daliya.
“Cuba akak call abang, dah lewat sangat ni.’’ Usul Hanani. Daliya diam seketika. Sebelum Hanani mengesyaki apa-apa lebih baik dia mengikut saranan gadis itu. Handphone itu dicapai dan terus mendail nombor telefon Irham.
Tut..tut..tut…
Tidak terjawap. Kemana pula Irham ni? Tadi bukan main banyak lagi call. Sekali lagi ditekan.
Tut..tut..tutt…
“Hello, hah! Apa kau nak?’’ suara Nazira! Daliya terus kaku membisu.
“Heii perempuan tak sedar diri, sedar lah diri tu sikit. Jangan asyik nak menggangu orang. Suami kau ni dah ‘gilakan’ aku balik. Dah, tak payah nak ganggu dia lagi. Tak lama lagi, kau akan diceraikan.’’ Beritahu Nazira sambil tertawa besar. Daliya terus mematikan talian. Rasa seperti mahu mengalir air mata ini tapi ditahan.
“Tak dapat?’’ duga Hanani melihat Daliya sudah meletak telefonnya semula ke atas meja. Daliya menggeleng lemah. Membiarkan tanggapan itu bermain difikiran gadis itu. Mungkin itu lebih baik.
Untuk beberapa minit, telefon bimbit Hanani pula yang berbunyi.
“Waalaikumussalam. Abang ke mana?’’ ujarnya. Daliya sudah dapat mengagak kalau Irham menghubungi Hanani. Saat itu juga telefon bimbit itu dihulurkan kepadanya.
“Nah, abang nak cakap.’’ Beritahu Hanani. Daliya menggeleng tanda tidak mahu. Biarlah apa pun tanggapan Hanani, dia tidak mahu menerima panggilan dari lelaki itu. Panggilan itu akhirnya berakhir di situ.
“Kak Liya ada masalah dengan abang ke?’’ tanya Hanani akhirnya. Dia memang sudah perasankan sesuatu antara abangnya dengan kakak iparnya ini. Kesan lebam diwajah itu pun bukan kesan terhantuk. Tapi dia juga tidak mahu membayangkan kalau abangnya sanggup memukul Daliya yang sedang berbadan dua. Dia pasti Irham tak mungkin sanggup. Rumah ini.. dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini. sebaik melangkah sahaja ke dalam rumah, perasaan terus menjadi tidak tenteram. Adakah ini cuma perasaannya sahaja?
“Akak cuba beritahu Nani, ada apa sebenarnya ni? Tak elok pendam masalah dalam situasi macam ni. Akak bergaduh dengan abang kan?’’ mendatar sahaja suara Hanani. Daliya hanya diam membisu. Takungan air mata yang mungkin mengalir lagi ditahan.
“Bergaduh, biasalah. Asam garam hidup berumah tangga.’’kata Daliya cuba untuk mengukirkan senyuman. Tapi hambar. Hanani menepuk bahunya perlahan. Tanpa dia sedar, air jernih yang bergenang tadi akhirnya gugur jua di depan Hanani.
Kedengaran bunyi enjin kereta yang masuk ke porch. Hanani melihat jam dinding. Tepat pukul 9.30 malam.
“Abang dah balik tu, Kak Liya cuba berbincang elok-elok dengan abang. Nani balik dulu.’’ Ujar Hanani. Daliya menarik lengannya.
“Nani tidur ajelah dekat sini.’’ Pintanya. Dia mahukan Hanani ada di saat ini kerana dia gusar akan kelakuan Irham setelah Hanani tiada nanti. Sikapnya yang tidak dapat diduga. Mungkin boleh bertukar kejam seperti malam semalam? Dia takut memikirkannya.
“Kak Liya kena berbincang dengan abang. Nani tau, abang dengan Kak Liya perlu ambil masa bersama-sama untuk berbincang. Nani balik ya?’’ Kata Hanani memutuskan. Daliya hanya mampu mengiakan gadis itu. Hanani melangkah ke depan pintu. Sebaik bersua dengan Irham, dia terus menyalami tangan itu.
“Nani balik dulu.’’ Ujarnya.
“Tergesa-gesanya. Tidur sini ajelah.’’ Balas Irham pula.
“Tak apalah. Err.. Nani cuma nak ingatkan abang, jaga Kak Liya baik-baik. Dalam keadaan yang macam tu, dia memerlukan lebih perhatian suami. Nani harap abang mengerti.’’ Kata Hanani lagi. Dia melangkah pergi. Irham sedikit tersentak mendengar perucapan adiknya itu. Sungguh dalam sehingga menusuk ke hati. Cukup untuk membuatnya sedar maksud tersirat dalam kata-kata gadis itu tadi.
Sebaik sahaja Hanani meninggalkan rumah itu, keadaan terus menjadi sunyi sepi. Irham tidak memandang wajah isterinya. Dia bencikan perempuan itu! Dia bencikan kecurangan Daliya lakukan terhadapnya. Belum sempat kakinya melangkah ke anak tangga, Daliya memanggil namanya. Langkahnya terhenti dan memandang tajam ke arah Daliya.
“Liya tak peduli abang bagi ke tak, tapi Liya akan tetap dengan keputusan Liya. Liya nak balik kampung.’’ Kata Daliya dengan berani. Irham berjalan mendekatinya.
“Siapa yang izinkan kau nak balik kampung ni? Hah?’’ balasnya kasar. Gulp! Kecut perut dia melihat pandangan wajah suaminya yang menjadi bengis itu. Sungguh, dia tidak dapat menduga sikap suaminya.
“Kau dengar sini baik-baik, aku tak izinkan kau untuk keluar walaupun selangkah dari rumah ni. Kalau kau keluar jugak, aku tak akan teragak-agak untuk ceraikan kau.’’
Daliya terpana. Cerai? Sampai ke tahap itu pun Irham sanggup? Benci sangatkah dia pada aku? atau ini semua ada menyakutnya dengan kata-kata Nazira tadi? Ya Allah.. Ya Tuhanku, andai perpisahan adalah jalan terbaik untuk kami, aku redha dengan kententuanMU ya Allah. Daliya menarik nafasnya perlahan.
“Baiklah, kalau itu yang abang nak. Habis saja pantang nanti, bolehlah abang jatuhkan talak ke atas Liya.’’ sebak kata-katanya melangkah pergi meninggalkan Irham disitu. Dia tidak sanggup untuk terus tinggal dengan lelaki yang sudah tidak menghormatinya sebagai isteri. Dia tidak sanggup untuk terus-terusan melihat kecurangan sang suami. Dia sudah tidak sanggup membiarkan hati dan tubuhnya disakiti. Semuanya terlalu pedih. Andai kata perpisahan itu yang sudah tertulis, Daliya pasrah.
Irham terjenggul dimuka pintu. Mukanya kelihatan begitu marah. Pasti kerana kata-kata yang diucapkannya tadi. Tiba-tiba lelaki itu mengambil beg pakaian di atas almari dengan kasar.
“Kau nak sangat balik kampung kau tu kan? Kau ambil semua pakaian kau ni, berambus. Aku tak mahu tengok muka kau lagi!’’ bentak Irham. Daliya terkedu. Terasa air hangat mengalir di pipinya. Lelaki itu menariknya ke pintu almari.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!’’ jerkahnya lagi. Dengan berat hati, beberapa helai pakaiannya yang tergantung dalam almari itu diambil. Diletakkan di dalam beg.
“Ish! Lembab betul lah kau ni,’’ Irham bertindak menarik semua pakaian itu dengan kasar. Terus dicampak ke lantai. Kali ini hatinya berasa sungguh sakit. Sebaik menyimpan semua pakaian ke dalam beg pakaian itu, dia melangkah pergi meninggalkan bilik itu.
“Pergi dan jangan pernah kau datang ke sini lagi!’’ kata suara itu lagi membuatkan air matanya semakin laju menitis. Sungguh, dia kecewa dengan sikap Irham. Dia dihalau seperti kucing kurap. Beginikah akhirnya sebuah ikatan ini? Begitu mudah ? Dia sudah tidak diperlukan lagi di rumah ini. Untuk apa dia menyeksakan diri untuk terus tinggal di sini?
Dia memandang wajah suaminya buat yang terakhir kali ini.
“Terima kasih untuk semuanya. Halalkan makan minum Liya selama ni.’’ Dia ingin mencapai tangan suaminya itu tapi pantas jua ia ditepis. Sungguh! Dia sudah tidak dapat menahan tangisannya. Mengumpul sekuat tenaga yang ada, dia menggerakan kaki melangkah. Langkahnya terus ke arah garaj kereta bersama air mata yang mengalir bagai tiada mahu berhentinya.
‘Selamat tinggal abang, sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu betapa sayangnya Liya pada abang. Biarpun terucap dibibir Liya untuk berpisah dari abang, namun hakikatnya Liya memang tidak sanggup lakukan itu. Tapi apa yang telah abang lakukan sekarang, seakan membuka hati Liya. Cinta yang terbina selama ini langsung tidak bererti buat abang.’
Share this novel