WALAUPUN sebilik, tapi tidak sekatil. Itulah yang berlaku pada malam itu dan malam sehari-harinya. Sudah tiga hari dia berada di kampung, keesokan dia akan balik ke australia semula. Lena tidurnya tanpa gangguan di atas katil itu, tiba-tiba dia mendengar tangisan Damia dalam baby cot memaksa dia bangun tapi saat itu juga dia melihat Irham yang sudah pun bangun terlebih awal darinya. Irham menepuk punggung Damia untuk memujuk anaknya itu supaya lekas tidur. Namun, tangisan Damia semakin kuat. Daliya bangun juga akhirnya. Dia menghulurkan botol susu yang kosong itu kepada Irham.
“Abang pergi buatkan susu, biar Liya pujuk Mia.’’ Kata Daliya mengambil tubuh Damia. Irham terus berganjak pergi dengan senyuman. Entah kenapa, dia merasakan bahagia. Sama-sama bangun sebaik mendengar tangisan Damia. Mujur air panas di dalam termos masih ada jadi dia tidaklah perlu memanaskan air. Dari dapur, dia masih mendengar tangisan Damia. Cepat-cepat dia membancuh susu. Tergopoh-gopoh dia masuk ke bilik semula dan memberikan susu itu kepada Daliya.
Selama Damia menyusu di atas katil itu, selama itu juga pandangan kedua masih kepada Damia sehinggalah mata kecil itu terlelap. Sebaik Daliya mengangkat muka, sepasang mata mereka bertaut lama. Daliya pantas mengalihkan pandangan kepada Damia semula. Dia bangun dari katil untuk meletakan botol susu yang masih tersisa itu di atas meja. Tapi sebaik menoleh, dia sudah melihat Irham tidur di atas katil itu disebelah Damia.
“Abang..’’ Daliya geram. Dia tahu Irham pasti sengaja mahu tidur di situ.
“Biarlah abang tidur dekat sini malam ni dengan Mia. esok dah tak boleh tidur macam ni dah..’’ ucap Irham sambil matanya terpejam. Daliya mencebik. Tapi hatinya membiarkan saja. Dia melangkah ke katil. Berkongsi satu selimut bersama Damia dan Irham. Tanpa dia sedar bibirnya menguntumkan senyuman.
DATIN Fatimah terkejut menerima kehadiran Datin Zahara dan Datuk Khalid pada pagi itu dengan linangan air mata. Dia menjemput bekas besannya itu masuk ke dalam rumah. Sebaik bertanyakan apa masalah yang menimpa mereka, Datin Fatimah terkejut. Sampai begitu sekali?
“Boleh kami berjumpa dengan Irham?’’ tanya Datuk Khalid dengan tenang kerana Datin Zahara sudah sebak dengan air mata.
“Maaflah, Irham tidak ada di rumah. Dah hampir seminggu dia balik Kelantan.’’ Balas Datin Fatimah pula. Keduanya diam seketika.
“Masalahnya sekarang, dia tengah nazak tu. Harap sangat Irham dengan Liya boleh datang ke rumah.’’ Pinta Datuk Khalid lagi.
“Tunggulah sekejap, nanti saya call Irham minta dia balik secepat mungkin.’’ Ujar Datin Fatimah lantas berlalu ke meja telefon untuk menghubungi Irham. Datuk Khalid cuba menenangkan Datin Zahara yang tersedu-sedan di sudut itu.
Sebaik mengetahui berita tentang ini, Irham begitu serba salah.
“Tak apalah, nanti Irham akan balik secepatnya dengan Liya.’’ kata Irham dihujung talian. Daliya yang tengah bermain dengan Damia mengerling sedikit ke arah suami yang sedang bercakap dengan seseorang ditelefon. Entah dengan siapa, tapi dia terdengar namanya turut terkait sama. Sewaktu Irham mendekati, Daliya menumpukan pandangan pada si kecil. Mengesel-gesel manja hidungnya ke hidung Damia.
“Liya..’’ panggil Irham perlahan.
“Hmm..’’ ringkas Daliya menjawab panggilan suaminya. Irham mengambil tempat disisinya.
“Memandangkan penerbangan Liya malam nanti, abang nak ajak Liya jumpa dengan Nazira sekejap.’’ Kata Irham mengatur kata-kata.
Zapp! Hati Daliya bagaikan tertusuk dengan benda tajam sebaik nama itu terbit dibibir suaminya. Nazira, Nazira, Nazira! Perlukah dia mendengar nama itu lagi setelah apa yang telah terjadi antara dia dan Irham. Kalaulah boleh diumumkan pemenang, Nazira memang telah menang kerana menghancurkan rumahtangganya.
“Sayang..’’ panggil Irham sebaik melihat kebisuan isterinya. Dengan pantas Daliya menjeling. Dia sudah memberi amaran pada Irham supaya tidak memanggilnya dengan panggilan itu. Irham mengunci mulutnya.
“Nak buat apa jumpa dia?’’ tanya Daliya acuh tak acuh.
“Dia tengah nazak, mama dengan papa dia datang rumah tadi cakap dia nak jumpa kita sebelum menghembuskan nafas terakhir.’’ Terang Irham. Daliya tidak menjawab kali ini. Irham memandang dia wajah lembut isterinya dengan penuh kesabaran menantikan jawapan yang akan keluar dibibir itu. Akhirnya Daliya bersetuju. Mereka pulang dengan menaiki kapal terbang supaya lebih cepat sampai. Sepanjang perjalanan, Daliya asyik memikirkan Nazira. Bagaimana dulu setiap bait dan kata-kata Nazira lebih pada cukup untuk menguris hatinya. Satu demi satu perancangan dilaksanakan demi melihat kehancuran rumahtangganya. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Segala perancangan ALLAH SWT itu lebih baik dari segalanya.
Mereka tiba di perkarangan rumah Nazira pada pukul 5 setengah petang. Pada awalnya, terasa berat kaki ini mahu melangkah. Sungguh sukar sekali dia ingin melupakan segalanya yang berlaku, tapi Irham memujuk hatinya. Memikirkan Nazira yang tengah bergelut dengan kematiannya pada ketika itu membuatkan dia melangkah masuk. Anak dalam dukungan diserahkan pada Irham sementara dia mendekati katil itu. Sungguh dia terkejut melihat wajah Nazira yang cekung, tubuhnya yang kurus kering, dan dia sudah tidak seperti Nazira yang dikenalinya dulu. Nazira yang dulu seorang wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan sentiasa nampak cantik biarpun tidak bermake-up. Daliya kaku disitu. Datin Zahara membisikkan sesuatu pada telinga anaknya itu.
“Lii..yaa..’’ panggil Nazira dengan nada lemah. Air mata Daliya tumpah. Serta merta dia mendekati Nazira sebaik sahaja Nazira menghulurkan tangan kepadanya.
“Ya, ini Liya..’’ Daliya menyambut tangan Nazira.
“Aaa..ku minta maa..af..’’ sungguh sukar sekali Nazira mengeluarkan kata-kata.
“Syhh.. tak apa, saya dah maafkan awak. Saya maafkan.’’ Daliya mengusap pipi Nazira yang basah dengan air mata. Sebaik itu, Nazira tercunggap-cungap seperti begitu sukar untuk dia bernafas. Daliya mengusap rambutnya perlahan.
“Mengucap Zira.. ikut saya.. Assyadualaa.. ilaaahaillallah.. waasyhaduanamuhammada rasullah…’’ ajar Daliya.
“Assyadu..alaa.. ilaaa..haillallah..’’ Nazira rasa tersekat-sekat. Sakitnya begitu kuat. Daliya sudah menangis kuat.
“waasyhaduanamuhammada rasullah…’’ ajar Daliya lagi tapi mata Nazira sudah terkatup rapat. Daliya memeriksa nadinya. Air matanya mengalir lagi.
“Inalillahwainalilahirojiun..’’ kata Daliya perlahan. Datin Fatimah sudah rebah di tepi dinding itu sambil beberapa saudara lain turut menenangkannya. Daliya meletakkan tangan Nazira di bawah dadanya. Kain itu diangkat menutup hingga ke kepala.
‘Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, terimalah dia disisiMU ya Allah.’ Bisik hatinya perlahan.
SUDAH hampir beberapa bulan telah berlalu, Daliya masih tetap berasa selesa tinggal di Australia. Damia sekarang sudah boleh bercakap. Hubungannya dengan Irham masih lagi suam-suam kuku. Setiap dua bulan sekali, Irham akan datang menjenguknya di sana. Daliya melihat kesungguhan sang suami yang ingin hubungan mereka kembali seperti dulu tapi entah kenapa hatinya yang begitu terluka ini sungguh sukar diubati. Dia takut untuk menyerahkan hatinya kembali kepada suaminya. Dia takut kalau suatu ketika nanti ia akan tergores lagi.
Wajah Damia yang sudah terlelap ditatap dengan penuh kasih sayang. Damia sudah dapat memanggilnya mama, mungkin bila dengan kehadiran Irham nanti, Damia akan berlajar memanggilnya papa. Oh.. anakku, sesungguhnya kaulah anugerah terindah yang pernah hadir dalam hidupku. Kerana kehadiranmu, mama dapat kekuatan baru untuk mengusir segala penderitaan hidup mama. I love you sayang, I love you so much. Desis hati Daliya lantas memeluk Damia.
Pagi itu, sebaik terjaga dari tidur, Daliya tersenyum melihat Damia yang menggeliat lembut. Anak kecil itu masih berada dalam pelukannya. Kedinginan pagi itu mengigit tubuhnya. Selimut ditarik untuk menyelimuti tubuh. Tapi entah kenapa dia dapat merasakan ada sesuatu yang bergerak di belakangnya. Pinggangnya dipeluk kemas oleh seseorang. Daliya meraba tangan yang ada dipinggangnya. Serta merta dia bangun dari tidurnya. Terjegil biji mata melihat suaminya sedang tidur disebelahnya. Sungguh dia tidak sedar sejak bila Irham datang dan tidur disebelahnya. Hatinya merundun sakit. Berani sungguh Irham mengambil kesempatan untuk tidur sekatil. Padahal kalau dia datang ke sini biasanya dia akan tidur di atas sofa yang disediakan dalam bilik itu.
“Abang!’’ panggil Daliya geram. Dia tidak pedulikan kalau mata itu masih belum terbuka. Samaada Irham tidur atau pura-pura tidur sekarang, dia tidak peduli. Irham harus bangkit dari katilnya. Daliya bertambah geram apabila panggilannya dianggap tidak didengari oleh cuping telinga lelaki itu. Sedikit pun tidak terkutik daripada tidurnya. Daliya mengertap bibir menahan emosi. “bangunlah, bang..’’ dia bertindak memukul lenggan suaminya. Akhirnya tubuh itu menggeliat sedikit tapi matanya masih terpejam. Daliya mendengus geram.
“Abang!’’ kali ini dia menampar kuat lenggan Irham. Akhirnya, Irham mula memberi respons.
“Hmm..’’ sahut Irham. Matanya masih juga terpejam. Berat sungguh mahu membuka kelopak mata. “bangunlah!’’ marah Daliya yang masih mengawal suaranya agar tidak mengejutkan Damia. Irham membuka matanya sebaiknya menangkap suara amarah isterinya. Dia bangun perlahan. wajah berang Daliya dipandang.
“Sejak bila abang ada kat sini?’’ soalnya terus.
“Abang sampai malam tadi.’’ Balas Irham tenang. daliya mendengus geram sebaik apa yang ditanya, lain pula yang dijawab oleh suaminya.
“Liya tak tanya bila abang sampai sini, Liya tanya sejak bila abang tidur dekat sebelah Liya ni.’’ Tanya Daliya tanpa berselindung lagi. Keadaan jadi sepi seketika. Irham tidak ada jawapan untuk itu. Sebaik tiba semalam, dia hanya mahu melihat wajah isteri dan memeluk isterinya. Dia begitu rindukan Daliya.
“Jawab soalan Liya ni bang,’’ kata Daliya lagi.
“Abang ada dekat sini sebab abang rindukan Liya. salahkah abang tidur dan memeluk isteri abang sendiri?’’ jawab Irham. Daliya diam. Soalan yang dijawab dengan soalan.
“I miss you, sayang. Abang betul-betul tak ingin menjauh dari sayang begini lagi.’’ Irham bertindak menarik tangan isterinya. Daliya menepis. Cepat-cepat dia turun dari katil. Irham juga turut bangun dan memeluk isterinya dari belakang. Biarlah dia akan dimarahi, dia nekad mahukan Liya kembali dalam hidupnya. Untuk seketika, Daliya terkedu dengan tindakan berani Irham.
“Abang terlalu rindukan Liya. Hampir setiap saat, dan waktu, hati abang sentiasa resah dan abang mahu Liya, mahu peluk Liya seperti ini. boleh tak kita kembali seperti dulu?’’ kata-kata Irham sedikit sebanyak menusuk hatinya. Kali ini dia tidak mampu untuk bersuara sekalipun menepis pelukan ini.
“Abang dah tak sanggup nak menjauh dari Liya lagi. Segalanya terlalu sakit untuk abang. Abang nak Liya kembali dalam hidup abang sperti dulu.’’ Luah Irham dengan nada lembut. Berharap dapat melebutkan sekeping hati milik isterinya. Tapi jawapan isteri membuatkan harapannya punah. Pecah berderai.
“Kenapa Liya? kenapa Liya masih tidak mahu menerima abang? Kita boleh mulakannya semula. Kita boleh bina semula hubungan kita dari awal. Demi Mia, please sayang.. percayalah, abang janji tak akan kecewakan Liya lagi.’’ Pujuk Irham bersungguh-sungguh. Daliya memejam matanya. Setitis air matanya gugur tatkala nama Damia diungkap sama.
“Sulit untuk Liya lupakan semua tu bang. Tatkala Liya sendiri, segalanya seakan terimbas diingatan Liya. selagi Liya tak dapat nak lupakan semua tu, selagi itu Liya masih tak dapat nak terima abang. Sebab itu, Liya perlukan masa. Bagi Liya masa untuk Liya lupakan semua ni.’’ Bibir Daliya melontarkan satu-persatu perasaan yang lama terbuku dihati sekaligus menolak keras permintaan suami.
“Sampai bila Liya? sampai bila Liya nak seksa abang begini? Jauh dari Liya, jauh dari Mia, segalanya buat abang terseksa. Abang dah tak sanggup nak biarkan Liya dan Mia semakin jauh dari abang. Abang tak rela begitu, sayang.’’ Irham mencium bahu isterinya. Melahirkan kerinduan yang kian hari kian menjalar hidupnya. Meresap resah dalam jiwanya ditiap saat dan ketika. Daliya memejam matanya. Kata-kata yang baru singgah dipendengaran telinganya membuatkan hatinya semakin memberontak. Dia menghela nafas sesak.
“Tolong jangan paksa Liya.’’ ucap Daliya perlahan. mengharapkan pergertian Irham memahami apa yang terbuku dihati tapi semakin kuat pujukan rayu suaminya mengugupkan jiwanya.
“Abang tak mahu kehilangan Liya. abang takut segala apa yang berlaku ini akan buat Liya bertambah jauh dari abang dan abang akan kehilangan Liya. tolonglah, terima abang kembali dalam hidup Liya..’’ bisik Irham mendayu-dayu dihalwa telinganya. Daliya menepis tangan suaminya. Linangan air mata disapu. Terlerai pelukan yang tadinya kemas.
“Cukuplah bang, jangan cakap lagi. Liya dah tak nak dengar apa-apa dah. Semuanya terlalu rumit. Tolong jangan paksa Liya.’’ dikuatkan semangat untuk dia melawan pujuk rayu suaminya. Dia akan cuba menerima Irham semula tapi bukan buat masa sekarang ini. Dia perlukan sedikit masa untuk menghakiskan segala rasa sakit yang pernah terjerat dalam jiwanya. Dia mahu berlalu meninggalkan ruang bilik yang menyesakkan nafasnya. Mahu membiarkan Irham melayani jiwanya. Kerana dia sendiri pun, perlukan masa untuk berfikir.
Tapi belum sempat dia melangkah keluar, Irham berkata lagi. Kali ini nada suaranya lebih tegas. langkah Daliya mati di situ. Mendengar saja apa yang dilontarkan dari mulut suaminya.
“Dah lama abang bersabar. Bersabar melayani kedinginan Liya terhadap abang. Menerima segala kehendak dan kemahuan Liya untuk menjauh dari abang. Dah hampir 6 bulan. Segalanya masih sama. Liya tetap keras hati, terlalu ikutkan perasaan marah, benci sangatkah Liya pada abang? Jahat sangatkah abang ni pada Liya?’’ bertubi-tubi soalan menerjah ke pendengaran Daliya.
“Abang tak akan faham Liya.’’ balas Daliya deras. Kali ini, dia sudah tidak dapat mengawal rasa sebaknya lagi.
“Abang yang tak faham Liya atau Liya tak nak faham abang? Yes, I know. Semua ini berpunca dari abang, tapi pernahkah Liya fikir adakah abang nak pinta semua tu? abang yang berkendak untuk menyakiti Liya?’’ sungguh kali Daliya diam. Tidak tahu mana salahnya tapi dia mampu juga untuk dia menidakkan kata-kata Irham. Segala yang berlaku bukan atas kehendak Irham, tapi segalanya itu tetap berlaku dan ia begitu lekat diingatannya.
“Tolonglah bang, bagi Liya sedikit masa. Liya perlukan ruang untuk berfikir dengan tenang.’’ Daliya mengucapnya dengan perlahan. sekali lagi tangannya diraih.
“Tengok abang Liya, tengok abang,’’ Irham sudah memegang tangannya dan sebelah lagi mengangkat dagunya. Daliya melihat wajah itu. Mata yang nampak kemerahan menahan tangisan. Sementara dia, sudah kering kolam air mata itu dek mengalir turun membasahi pipi.
“Wajarkah abang memberikan masa itu sedangkan ianya hanya mampu menyakiti hati kita berdua?’’ tanya Irham dengan penuh kesabaran. Daliya tidak menjawap pertanyaan itu. Irham memejamkan matanya. Kenapa situasi ini menjadikan dia dan Daliya bertambah jauh. Ya Allah KAU lembutkanlah hati isteriku ini. desis Irham tatkala Daliya sudah pun menepis tangannya. Kerasnya hati wanita itu menolak setiap kata dan pujuknya. Isterinya seperti buta untuk melihat segala pergorbanan dan kesetiaan dia menunggu selama ini. kenapa Liya? kenapa sanggup Liya hukum abang dengan cara sebegini? Desis hati Irham.
“Maafkan Liya, tapi Liya tetap tak boleh nak paksa hati Liya,’’
“Sampai bila? Sampai abang mati?!’’ kuat kata-kata Irham kali ini.
“Abang! Kenapa abang sanggup cakap macam tu? Liya cuma minta waktu, berikan Liya waktu. Insya-ALLAH Liya akan cuba untuk menerima abang semula dalam hidup Liya. kalau betul abang sayangkan Liya, abang akan tunggu. Tapi kalau tidak, lepaskan lah Liya.’’
Sungguh tersentak Irham mendengarnya. Sungguhkah Daliya mahukan perpisahan? Tidak, aku tidak akan sanggup melepaskan dia. Dia adalah anugerah terindah yang Allah hadirkan untuk aku. desis hati Irham. Keadaan yang senyap sepi itu tiba-tiba dikejutkan dengan suara Damia yang sudah tersedar. Mungkin tersedar kerana percakapan mereka berdua. Damia bangun dan mengenyeh-genyah matanya.
“Papa..’’ seru Damia berserta senyuman yang terukir dibibir comelnya. Daliya terkedu. Damia sudah boleh memanggil Irham dengan panggilan itu biarpun selama ini Irham berada jauh dengannya. Sungguh besar KuasaMU YA ALLAH. Adakah ini satu petunjuk untukku? Daliya menghela nafas melihat Irham sudah pun mendapatkan Damia dan anak kecil itu pantas mencium pipinya. Anak itu sudah membesar dengan cantik dan cerdik. Dia tidak kuat meragam biarpun dibawa ke sana ke mari. Daliya menghampiri Damia di birai katil.
“Baby dah bangun, jom mandi.’’ Damia mengosok kepala anaknya dengan lembut tapi Damia menggeleng. Damia menarik lengan Irham kemas. Daliya melihat situasi itu hanya tersenyum hambar. “baby nak mandi dengan papa?’’ tanya Daliya. Si kecil itu mengganguk sambil tersenyum. “Okey, baby mandi dengan papa, mama siapkan breakfast.’’ Kata Daliya sambil mengerling ke arah Irham. Dahi si kecil itu dikucup sebelum langkah kakinya berlalu dari bilik.
“Hai, morning mrs. Mamamia.’’ ucap Ameera sambil membawa kopi yang dibuat ke meja makan.
“Morning, too mrs. Mamamira.’’ Balas Daliya. Ameera sudah biasa memanggilnya dengan gelaran mamamia dan Daliya pun sengaja ingin memanggil Ameera dengan nama sebegitu biar adil kerana kedua-duanya selama ini memang penjaga tetap Damia.
“Ish, kau ni panggil aku macam tu. Nanti kalau suami kau dengar, huru hara jadinya. Nanti pening dia fikir sejak bila pulak aku jadi isteri kedua dia,’’ getus Ameera lalu menghirup kopinya.
“It’s okey. Aku tak kisah kalau perlu bermadu dengan kau, Meera.’’ Senang sungguh perucapan yang keluar di bibir Daliya sambil tangannya sibuk mengacau minuman dalam teko. Tercenggang Ameera untuk seketika. Ini mesti masih tidak berbaik lagi ni. Ameera menggeleng lemah.
“You know what, sepahit-pahit kopi, lagi pahit madu. Hati kita ni, kalau dah terlalu susah nak buat keputusan, kita kena berdoa. Biar Allah bukakan hati, terangkan hati, biar kita dapat berfikir dengan rasional.’’ Kata-kata sahabat itu penuh dengan makna mendalam. Cukup berkesan untuk hati Daliya. Kebisuan Daliya membuatkan Ameera bingkas bangun dan memeluk bahunya.
“Aku tahu kau seorang wanita yang kuat. Allah beri semua ujian tu dekat kau, sebab dia tahu kau mampu mengharunginya. Aku tahu, benci dibibir bukan bermakna benci dihati. Kadang-kadang hati kau akan keras mengatakan benci walau hakikatnya kau sedar kau masih sayang. Fikirkan baik-baik, jangan nanti bila kau kehilangan dia, masa tu baru kau nak menyesal. Okey? Aku pergi dulu.’’ Ameera mengakhiri kata-katanya dengan menepuk lembut bahunya. Sebaik Ameera melangkah pergi dari situ, setitis air matanya mengalir ke pipi.
‘Ya Allah, KAU kuatkan hati aku.’ bisik hatinya.
Irham turun membawa Damia dalam dukungan. Ketika dia menerjah ke dapur, isterinya masih sibuk memasak. Di atas meja sudah tersedia sandwich telur, sosej, dan minuman air kopi. Tapi isterinya masih lagi sedang membuat sesuatu. Irham ingin tahu, tubuh Damia diturunkan ke lantai. Dibiarkan Damia berjalan di sekitar ruang itu sementara dia mahu melihat Daliya di sudut itu. “Papa..’’ panggil si kecil. Irham menoleh kembali. Boneka teddy bear diberikan kepada Damia, si kecil tersenyum dan duduk di situ. Damia memang budak yang menurut kata, kalau ada sesuatu yang boleh dijadikan bahan mainan, dia akan sibuk melayani mainan itu.
“Buat apa tu?’’
Zapp! Terus tercampak senduk yang digunakan untuk mengacau tepung itu. Jantungnya berdegup laju. Wajah suami dipandang dengan penuh rasa geram. Dia menghela nafas sambil mengurut dadanya.
“Abang ni kan, datang tu, cuba bagi salam. Terkejut Liya tau tak?’’ omel mulut Daliya. Tapi Irham buat selamba seakan tiada rasa bersalah langsung. Wajahnya tersenyum dengan penuh makna. Ni apahal pulak nak tenung aku macam tu? Daliya menelan air liurnya. Irham semakin mendekat membuatkan dia menjauhkan wajah tapi tubuhnya terasa mahu terjatuh ke bawah dan Irham pantas menyambutnya.
“A..abang nak apa ni?’’ tanya Daliya gugup. Irham tersenyum kecil. Wajah gementar isterinya diusap. Kalau boleh dia mahukan Daliya seperti dulu. Memiliki hati itu semula seperti dulu. Tangan Irham yang merayap ke seluruh wajahnya membuatkan Daliya tidak selesa. Dia mahu menepisnya tapi Irham menutup bibirnya dengan jari terlunjuknya. Daliya semakin resah. Jantungnya seakan mahu terlucut tatkala ini. bimbang kalau Irham mahu.. mahu.. argh! Suka hati dia lah. Aku isteri dia! Apapun yang dia nak buat, dia ada hak.’ Desis hati Daliya yang sudah membuat keputusan untuk menerima Irham semula. Matanya dipejam rapat.
Hampir beberapa saat, tiada apa-apa yang berlaku tapi posisi mereka masih begitu. Daliya mencelikkan matanya. Dia melihat Irham tersenyum.
“A..abang nak apa sebenarnya? Kalau abang nak hak abang dalam diri Liya, Liya tak kisah.’’ Kata Daliya biarpun diselubungi rasa malu yang membahang. Irham terkedu. Adakah Daliya sedia menerimanya kembali?
Ish, tadi senyum. Ini tiba-tiba berubah air muka tu kenapa pulak? Gerutu Daliya.
“Abang bukan nak apa-apakan Liya. abang cuma nak…’’ Daliya memejamkan mata sekali lagi.
“Nak sapu tepung ni..’’ Irham menyapu sesuatu pada hidungnya. Cepat-cepat Daliya menolak tangan Irham yang memeluknya. Terus dia memalingkan wajah daripada melihat Irham. Tangannya menyapu sesuatu pada wajahnya yang dia sendiri tidak tahu. Mungkin terkena ketika dia terlempar senduk tadi kutt.? Tapi dia betul-betul malu dengan kata-katanya tadi. Irham bukan berniat untuk berbuat apa-apa pun. Ee.. kenapa aku rasa macam nak menjerit aje?! Malunyaaa…
Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. Daliya sekali lagi kaku.
“Betul Liya tak kisah? Liya dah maafkan abang?’’ bisik Irham betul-betul dekat ditelinganya. Gulp! Daliya tidak tahu apa yang patut dia jawab kali ini.
“Err.. Liya.. tak kisah, Liya sebenarnya nak minta maaf sebab Liya..’’
“Aaa!’’ dia terjerit kecil.
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Irham sudah mencempung tubuhnya. Cepat-cepat dia memaut leher lelaki itu kerana bimbang jatuh ke bawah.
“Thank you sayang, abang gembira sangat!’’ luah Irham dengan nada gembiranya. Daliya tersenyum kecil. Tidak mampu membalas apa-apa kerana dia pun rasa begitu bahagia begini. Wajah suaminya hanya diusap perlahan.
“I love you, abang. I love you so much.’’ Katanya. Sungguh dia begitu merindukan untuk mengucapkan kata-kata itu. Irham tidak menjawab apa kali ini dan mengendong tubuhnya untuk pergi.
“Eii.. stop! Stop! Stop!’’ Daliya minta berhenti.
“Abang nak kemana ni?’’ soalnya penuh kehairanan.
“Ke tempat untuk abang tuntut kata-kata Liya tadi.’’ Jawab Irham. Muka Daliya sudah berkerut.
“Ada ke tempat nak tuntut kata-kata ‘I love you’ tu?’’ tanya Daliya yang penuh lugu. Irham tersenyum. Aii.. bini aku ni.. masih tak faham-faham jugak ni. Nasib baik tubuh dia ni ringan aje. Gomel Irham.
“Abang bukan nak tuntut kata-kata yang itu, abang nak tuntut kata-kata Liya yang sebelum tu.’’ ujar Irham satu persatu. Daliya termenung seketika. Tiba-tiba matanya tercelik luas. Irham sudah dapat mengagak kalau si isteri mula tahu.
“Eii stop, stop!’’ jerit Daliya lagi.
“Apa lagi..’’ tanya Irham dengan nada letihnya.
“Err.. Liya tengah buat pancake tu, mana boleh tinggal macam tu aje.’’ Daliya sengaja.
“Syhh… hanya kita berdua. No more panceke, no more anything. When I want you. I don’t care..’’ kata Irham tetap membawa tubuh itu pergi.
“Damia, you too. Stay here.’’ Tegas kata-kata Irham membuatkan Daliya tertawa sambil menggeleng kepalanya. Terpinga-pinga si kecil itu tapi masih tetap sibuk dengan bonekanya. Irham.. Irham… aishhh!
Share this novel