MAJLIS solat hajat telah berjalan lancar sesuai kehendak mereka sekeluarga. Alhamdulilah. Daliya mengenali ramai jiran tetangga mereka yang tinggal di kawasan perumahan itu. Kebanyakkannya dari golongan berada sahaja tetapi mereka tidaklah sombong dengan harta kekayaan yang mereka ada. Setelah semua tetamu pulang, Daliya terus ke dapur mencuci pinggan mangkuk yang kotor agar besok semuanya beres.
“Nak abang tolong?’’Irham datang dari belakang memeluknya. Terperanjat Daliya dan hampir terjatuh gelas yang dipegangnya. “Ish, abang ni. Terperanjat Liya tau. Ni main peluk-peluk Liya nanti ibu nampak kang. Malulah sikit!’’ Daliya cuba meleraikan pelukan tanpa tangannya yang masih dengan air sabun. Irham tidak mengendahkan kata-katanya. Daliya semakin geram!
“Abang…”Daliya menoleh ke belakang takut-takut ibu mertuanya datang dan melihatnya dengan Irham dalam posisi begitu. Eish! Irham ni pun satu, gatal tak kira tempat.
“Ehem! Ehem!’’satu suara muncul dari belakang. Bulat mata Daliya seketika. Alamak! “Amboi pengantin baru ni, tak puas-puas lagi. Kat dapur pun boleh.’’Ujar Hanani. Daliya segera menolak tubuh Irham biar jauh-jauh. “Ni kenapa tak balik lagi ni?’’ Irham pelik. Tadi Hanani datang dengan ayah dan ibu dan tadi mereka sudah pulang. Sebab itulah dia berani memeluk Daliya tadi. “Ibu suruh Nani ambil ni.’’ Hanani menunjukan talefon bimbit ibunya. “Ohh…’’Irham mengganguk pelahan.
“Eh, ibu dah nak balik?kenapa tak cakap dekat Liya.’’tanya Daliya pula. “Ibu dah cakap dekat abang tadi. Ee.. abang ni. Nasib baik bukan ibu yang datang.’’ Balas Hanani. “Kenapa pulak. Dah Liya ni isteri abang. Suka hati abang lah, nak peluk ke, cium ke, ibu dah tak boleh nak halang.’’kata Irham pula. Hanani sekadar mencebik. “Nak bukti?’’ Irham berani. Daliya terus menyiku perut Irham. “Dahlah. Abang tadi kata nak tolong kan? Nah, ambil ni. Basuh pinggan tu semua. Liya nak jumpa ibu kejap. Jom, Nani.’’ Daliya terus menarik lengan Hanani meninggalkan Irham di situ. “Liya, macamana abang nak basuh perut abang sakit ni..’’Irham mengadu sakit selepas Daliya menyikunya. Hanani tertawa kecil. Padan muka!
SEMINGGU selepas itu, kehidupan Daliya kembali seperti biasa. Menjadi isteri dan pekerja kepada Irham. Kalau ikutkan kehendak Irham, dia tidak mahu Daliya kembali berkerja selepas bergelar isterinya. Irham mahu Daliya tinggal di rumah dan biar dia sahaja yang mencari rezeki untuk mereka sebagai suami. Namun, Daliya menolak. Dia masih mahu berkerja dan di pejabat dia tidak mahu terikat dengan Irham sebagai suaminya. Baginya, di pejabat dia harus menghormati Irham sebagai bosnya. Seperti biasa, Irham dan dia akan ke pejabat bersama, keluar makan bersama, dan balik pun bersama. Irham seperti tidak mahu lekang darinya. Kata Irham, dia mahu mengenali Daliya dengan lebih dekat. Ya! Perkenalan sebeginilah yang lebih romantik. Tambahan pula ia ‘lebih halal daripada biasa!’. Sedikit sebanyak Daliya mula mengenali Irham dan begitupun sebaliknya. Jodoh itu memang tak boleh dirancang. Memang tak terduga dihatinya jejaka yang menghiasi angan-angannya selama ini menjadi miliknya. Lebih manis dari itu, Irham benar-benar me
menuhi pakej suami yang dia idamkan.
Petang itu Daliya menunggu kepulangan Irham yang keluar bermain futsal. Pada awalnya Irham memang mengajak Daliya untuk sama-sama menemaninya namun, Daliya menolak dengan alasan bosan tengok bola bulat. Macamlah bola ada yang empat segi,? mungkin itu bukan bola. Daliya tersenyum sendiri. Sambil menonton rancangan ditelevisyen dia memandang jam dinding berkali-kali. ‘Eish! Dah nak dekat maghrib ni laki aku tak reti nak balik rumah ke? Keluar lepas makan tengahari sampai sekarang tak ada khabar berita.’ Ngomel Daliya dalam hatinya. Dia mencapai i-phone 5 miliknya dan terus menaip teks mesej.
Suamiku Irham, saya dari tadi tunggu awak. Awak masih ingat awak tu bujang ke sesuka hati nak balik pukul berapa.
Selesai menaip dia terus menekan send. Beberapa minit kemudian nama ‘My Hubby’ tertera di skrin talefon bimbitnya. Daliya tersenyum kecil dan terus mengangkatnya. “Assalamualaikum..’’dia memulakan bicara.
“Waalaikumussalam, sayang” Irham menjawap salam seperti biasa.daliya tersenyum lagi. “Abang kat mana ni?’’ Daliya terus bertanya.
“On the way back home sayang, missed me?’’Irham pula balik bertanya. Ah! Semakin berbunga-bunga hati Daliya mendengar pertanyaan Irham. Rindu? Mestilah!
“Yes, I miss you. Abang aje yang tak ingat Liya bila tengok bola. Kalau nak dibandingkan Liya lagi cantik dari bola tu.” Daliya bersuara seakan merajuk.
“Alolo sayang abang ni, okey abang minta maaf. Abang lupa nak bagitahu Liya lepas main kitaorang pergi makan. Itu lah orang ajak ikut tak nak.’’ Irham memujuknya. “Nak buat apa Liya ikut abang pergi main futsal bukan Liya reti main pun.’’
“At least Liya boleh jadi Cheers abang. Pembakar semangat abang.’’
“Ah! Jangan nak temberang lagi. Abang nak makan apa malam ni Liya nak masak?’’Daliya mengajukan soalan lain.
“Abang nak makan Liya. Boleh?’’Irham mengusiknya lagi.
“Abang ingat Liya ni apa? Chicken Chop?” balas Daliya pula. Kedengaran gelak tawa Irham di talian. Ee.. Irham ni sengaja nak menyakatnya.
“Liya isteri abang lah’’balas Irham pula. Kata-kata Irham walaupun ringkas tapi tenangnya hati bila mendengarnya.
“tahu pun, okeylah bang. Kita sambung borak kat rumah pulak. Liya nak mandi. Drive carefully. Assalmualaikum.’’ Daliya mahu mematikan perbualannya bersama Irham di situ.
“Eh, tak nak tunggu abang balik ke?’’ Irham masih mahu Daliya melayaninya.
“Buat apa tunggu abang?’’
“Mandi sekali.”
“Abang ni…’’ Daliya menaikkan suara. Geram! Irham tertawa.
“Okey, okey. Bay sayang. Waalaikumussalam.’’Irham akhirnya mengalah. Perbualannya bersama Daliya terhenti di situ. Hatinya gembira dapat berbual dengan Daliya. Lagu ‘Sedetik Lebih’ nyanyian Anuar Zain yang berkumandang diradio Era seakan kata cintanya kepada Daliya. Irham menekan pedal minyak keretanya laju menyusuri jalan raya.
“JANGAN ingat dia boleh bahagia dengan kehidupan dia sekarang.’’ Nazira menyumpah.
Masih terbayang-bayang majlis perkahwinan Irham Hakimi dengan perempuan itu. Irham mengotakan kata-katanya dengan seorang pekerja? Damn you!
“Zira... mama tahu Zira sayangkan Irham. Tapi dia dah jadi suami orang. Salah Zira jugak, bila kat depan mata buat tak tahu. Sekarang bila dia dah kahwin Zira mula nak kan dia balik. That’s imposibble!’’ Datin zahara mengingatkan anaknya kembali perkenalannya dengan Irham dahulu.Perkenalan mereka semasa sama-sama belajar di New York. Irham sememangnya baik. Sikap Irham yang terlampau alim dalam pelbagai hal membuatkan Nazira kurang selesa dengannya kerana Nazira memang suka bersosial. Tapi sekarang Nazira sudah berubah dan ingin kembali kepada Irham tetapi lelaki itu lebih memilih insan lain daripadanya. Nazira kesal akan kata-katanya untuk menguji tahap cinta Irham terhadapnya.
“I hated a love! I tak mahu bercinta. Ya, memang sebelum datang sini You dan I pasangan bercinta. Tapi kalau cinta itu menghalang I daripada semua ni, I rasa elok kita tak payah bercinta sekarang. Kita bercinta lepas kahwin aje. Okey?’’ujar Nazira. Irham terdiam.
“Kenapa senyap?ohh..you tak sanggup?kata sayangkan I?tak boleh nak tunggu?’’Nazira inginkan jawapan lelaki itu.
“Zira, you sedar tak apa yang you cakapkan ni? Look, I buat ni semua sebab I nak ingatkan you kalau semua ni indahnya sementara aje. I tak nak you terus hanyut dengan semua ni. Think about this. Think about your family.” Nasihat Irham lagi. Dia terlalu sayangkan Nazira. Dia tidak mahu Nazira terjebak dengan arus sosial dan budaya negetif masyarakat di sini.
“Irham, please. Kalau you betul-betul sayangkan I, lupakan I buat masa sekarang ni. I promise I akan setia dengan you but we’ll be together after I finish my study at here and one more thing, believe me in a love after married is true of love..okey?’’ Nazira tetap dengan keputusannya.
“Okey kalau macam tu. I akan lupakan apa yang pernah terjadi antara kita dan I tak akan percayakan cinta lagi.’’balas Irham. Nazira tersenyum dengan jawapannya. “dan I tak akan kahwin dengan siapa-siapa kerana I cinta sebab I nak cari cinta selepas kahwin. Termasuk you,Nazira.’’ kata Irham lagi. Nazira terkedu.
“Apa maksud you?’’Nazira inginkan kepastian kata-kata Irham. Adakah Irham mahu melupakannya?
“I tak akan kahwin dengan you sebab I pernah cintakan you. Sebab macam yang you nak, mencari cinta selepas kahwin itu adalah cinta yang sejati. So, I lepaskan you untuk cari cinta sejati I .’’ Irham berkata sinis dan tekad mahu berpegang dengan kata-katanya.
“Whats?! No, no, no, you’re not serius right? Irham I bukan tak cintakan you tapi I tak mahu bercinta sekarang.’’ Nazira tidak mahu kehilangan Irham. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu terikat dengan Irham.
“Belajar dari kenyataan Zira, cinta soal hati. Tak boleh suka hati nak campak lepas tu nak kutip balik. I ikhlas lepaskan you. Assalamualaikum.’’ Irham terus berlalu meninggalkan Nazira. Nazira bagaikan kaku tidak mampu bersuara. Entah kenapa hati bagai mahu menahan Irham dari pergi tapi mulutnya enggan bersuara untuk itu. Membiarkan lelaki yang pernah dicintainya itu pergi darinya buat selamanya.
Sepasang tangan menyentuh lembut bahunya. Nazira tersedar. Dia memandang mamanya. Tiada Irham di situ. Kalaulah waktu itu dapat ku putar, aku janji Irham aku tak akan biarkan kau pergi. Tapi semua sudah berlalu sejak 2 tahun yang lalu. Airmata Nazira mengalir.
“I can’t live without him…. I can’t !’’dia mulai teresak-esak menangis dipelukan mamanya.
“Mama tolong Zira…’’Nazira merayu kepada mamanya.
“Nak buat macam mana lagi Zira, dia dah jadi hak orang.’’ Hampir buntu Datin Zahara dibuatnya. Nazira memandang mamanya dengan serius.
“Buat aje apa-apa asalkan Zira dapat kahwin dengan Irham. Zira sanggup buat apa saja, termasuk jadi isteri kedua Irham.’’ Bersungguh-sungguh Nazira berkata. Terpana Datin Zahara.
odoh kerana cinta Zira tu. Banyak lagi lelaki kat luar sana,tinggal pilih aje’’ Datin Zahara membantah. Apa kata orang nanti kalau tahu anak gadisnya kahwin jadi isteri kedua. Ish! Tak laku sangat ke sampai nak kahwin dengan laki orang? Tidak!
“Zira tak nak siapa-siapa selain Irham! Kalau mama sayangkan Zira, tolong buat Zira bahagia dengan orang yang Zira cinta. Zira yakin Irham masih sayangkan Zira.’’ Nazira seakan mengugut mamanya. Pening Datin Zahara memikirkan perihal anaknya itu.
Share this novel