“GOOD job! Finally…’’ Nazira melemparkan kepingan gambar Daliya yang diambilnya. Farhan hanya memandang tanpa bersuara apa-apa. Saat itu juga telefon bimbitnya berbunyi. “Hello, ya mama.. Whats!’’ Nazira terkejut. Tapi akhirnya dia tersenyum. Dia mematikan talian.
“Baguslah! Kalau perlu, biar saja Irham mati. Jadi aku tak perlu sakit hati melihat mereka.’’ Kata Nazira. Farhan memandangnya.
“Kenapa kau cakap macam tu?’’ soalnya. Nazira duduk.
“Irham Hakimi, kemalangan. Dua hari terlantar dekat hospital dan sekarang, masih tak sedarkan diri.’’ Dia mengakhiri kata-katanya dengan hilaian tawanya. Farhan terkesima. Dia bangun dari situ dan terus pergi. “Mungkin aku patut melawatnya kalau itu yang terakhir kali.’’ Bisiknya perlahan.
DALIYA hanya memandang monitor jantung suaminya. Masih lagi berfungsi tapi kenapa lelaki itu tetap juga tidak sedarkan diri? Sudah kering airmatanya mengenangkan segala yang telah berlaku. Mungkin ini adalah takdir Allah. “Liya..’’ Datin Fatimah menyentuh bahunya perlahan. “Liya balik lah dulu, berehat. Seharian Liya tak makan.’’ Ujar Datin Fatimah lagi. Daliya hanya menggeleng lemah. “Liya tak lapar.’’ Balasnya perlahan. “Liya, jangan hukum diri macam ni. Sekurang-kurangnya Liya makan untuk bayi dalam kandungan Liya sekarang ni.’’ Kata-kata Datin Fatimah membuatkan dia menyentuh perutnya perlahan. “Kita balik ya?’’ ajak Datin Fatimah lagi. Kali ini Daliya mengganguk dan mengikut langkah ibu mertuanya itu untuk pulang.
Nazira tiba di situ dan terserempak dengan Daliya. “Macamana dengan keadaan Irham? Dah sedarkan diri?’’ dia berbasa basi. Daliya hanya memandangnya sinis. Dia tahu apa tujuan Nazira ke situ. Paling tidak hanya untuk merebut hati suaminya kembali. “Pergilah tengok sendiri,’’ balas Datin Fatimah. Nazira mendengus geram setelah melihat keduanya berlalu pergi. Sampul coklat di tangannya dipegang geram. “Tak guna punya orang tua! Kau tengoklah nanti. Kalau aku tak dapat nak tunjukkan gambar ni dekat Irham, aku akan hadiahkan untuk kau.’’ Katanya sinis. Dia terus berlalu ke bilik Irham. Lelaki itu masih terbaring lesu di atas katilnya. Kepalanya berbalut kemas. Nazira mengusap pipinya perlahan.
“Sayang.. I miss you so much.. kenapa you tinggalkan I, kenapa you kahwin dengan dia?’’ bisiknya. Tiba-tiba dia melihat tangan Irham mulai bergerak. Kelopak matanya mulai bergerak. Dia menekan butang kecemasan dan berdiri di situ. Irham akhirnya sedarkan diri. Nazira tersenyum. “Zira?’’ ucapnya perlahan. “Ya, ini I..’’ Nazira menghampirinya perlahan. Tangannya mengengam erat tangan lelaki itu. Nazira pelik. Kenapa Irham tidak menepis? Biasanya itu yang akan lakukan kalau tangannya berada dalam tangan lelaki itu. Nazira pantas meleraikan pegangannya sebaik sahaja doktor masuk ke ruangan itu. “Sila keluar dulu cik, kami hendak periksa keadaan pesakit.’’ Ujar doktor. Nazira hanya menggaguk dan terus pergi. Irham masih memandangnya. Agak lama selepas itu, keluarga Irham muncul dan Daliya pun turut berada di situ. Nazira mencemuh. Dia tidak mahu berada di situ kalau harus berdepan dengan keluarga Irham terutama sekali Daliya.
Daliya terus masuk dan memeluk Irham erat. “Ya Allah, syukurlah abang dah sedar.’’ Bisiknya. Tapi Irhan menolak pelukan itu. “Kenapa ni bang?’’ soal Daliya hairan. “Siapa awak?’’ kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan Daliya terkedu. “Abang? Ni Liya. Isteri abang..’’ Daliya bersuara tenang tapi tetap saja tidak merubah apa-apa. Irham tetap tidak mengenalinya. “Abang jangan bergurau dengan Liya, abang saja kan nak kenakan Liya?’’ Daliya menyentuh pipi lelaki itu sambil tersenyum. Terus mati senyumannya apabila Irham menepis tangannya. Dia kelu. “Tolong jangan panggil saya abang, saya tak kenal awak.’’ Bait kata-kata Irham begitu pedih sekali rasanya sehingga airmata yang ditahan akhirnya menitis jua. Dia terus keluar dari ruangan itu.
“Liya? Kenapa ni?’’ Datin Fatimah dan Datuk Sufian mendekati. “Abang dah tak kenal Liya ibu, abang dah tak kenal Liya.’’ Daliya bersuara sebak. Sebaik sahaja diperiksa semula keadaan Irham ternyata lelaki itu mengalami selective amnesia. Dia hanya mengingati separuh dari memorinya yang lampau. Jelas sekali Irham tidak dapat mengingati Daliya kerana Daliya memang tidak pernah wujud di masa lampaunya. Daliya bagaikan hilang separuh nyawanya. Suaminya tidak mengenal siapa dirinya. Sampai bila? Daliya tidak ada jawapan itu. Dia akan tetap berusaha untuk mengembalikan ingatan suaminya kembali seperti dulu biarpun itu tersangat rumit baginya.
Dia menyimpaan pakaian Irham ke dalam beg pakaiannya. Hari ini Irham sudah boleh keluar dari hospital. Betapa gembiranya dia dapat membawa Irham pulang ke rumah mereka. “Inilah rumah kita, abang yang bina rumah ni untuk melengkapi hidup abang dengan Liya. Abang ingat semua tu?’’ Daliya memandang Irham lama. Tapi lelaki itu hanya diam. “Tak apa lah kalau abang tak ingat apa-apa. Liya nak letak beg abang kat bilik kita. Abang berehat lah dulu.’’ Daliya ingin terus berlalu tapi tangan Irham menariknya. “Bilik kita?’’ Irham bertanya pelik. Daliya mengganguk perlahan. “Tak. Kita tak akan tidur sekali selagi saya tak tak ingat apa-apa tentang awak.’’ Kata Irham. Daliya terkedu. Hilang terus kegembiraannya tadi. “Dan tolong jangan panggil saya abang. Saya tak selesa.’’ Sekali lagi kata-kata lelaki itu menghiris hatinya. Daliya tidak mampu menahan rasa sakit itu lagi. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Irham di situ.
Irham hanya melihat Daliya pergi. Dia tidak menghalang. Dia berusaha untuk ingat tapi entah mengapa hatinya masih terfikirkan Nazira. Kemana gadis itu menghilang? Bukankah dia berada di hospital sewaktu dia sedar. Adakah itu cuma mimpi? Irham mengambil telefon bimbitnya. Mencari nombor telefon Nazira tapi hampa. Dia tidak menyimpannya. Irham tiba-tiba terpandangkan nama ‘Sayang’ di situ. Dia terus mendail nombor itu. “Hello? Nazira?’’ panggilnya. Namun panggilan itu dimatikan. Irham mencuba sekali lagi. Kali ini terjawap.
“Saya bukan Nazira, tapi isteri awak. Perempuan yang awak sayang itu saya bukan lagi Nazira.’’ Suara itu kedengaran di hadapannya. Irham terkedu. Dia melihat Daliya yang memegang telefon itu. Irham melihat ada airmata yang bergenang di kelopak matanya. Irham diam dan terus pergi. Bukan salah dia kalau dia sememangnya tidak mampu mengingatinya.
Daliya terduduk menangis tersedu-sedan. ‘Ya Allah betapa beratnya cubaan yang Kau berikan pada aku Ya Allah. Aku sayangkan dia Ya Allah, aku cintakan dia. Kembalikan lah suami aku Ya Allah..’ bisiknya. Terbaring sambil menangis. menunggu kedatangan sang suami. Tapi hanya harapan. Irham langsung tidak pedulikannya lagi.
Share this novel