BAB 30

Romance Completed 89895

BUNYI mercun yang kedengaran seakan memeriahkan lagi sambutan malam raya sebaik sahaja pengumuman hari raya telah diumumkan tadi. Daliya duduk melihat dua orang anak saudaranya yang begitu riang bermain bunga api dihalaman rumah.

“Along.. cubalah telefon suami kamu. Tak elok kalau masing-masing nak berkeras macam ni. hari baik, bulan baik ni ada eloknya kalau salah seorang mengalah. Esok dah nak sambut lebaran, kamu tak rasa sedih ke sambut kemenangan tanpa suami disisi.’’ Pujuk mak. Daliya senyap saja. Sedih? Setiap malam dia merindui suaminya. Kesedihan itu sudah mengisi segenap jiwanya dan bahagianya semakin menghilang.

“Betul cakap mak tu kak Long.’’ kata Achik pula. Tangannya masih sibuk menukar kusyen lama dengan yang baru sementara Atirah dengan Angah sedang memasang langsir.

“Nantilah, Liya try call kejap lagi.’’ Daliya ingin menyedapkan hati keduanya. Tapi hakikat hatinya, masih lagi terluka dengan sikap si suami.

Masuk sahaja ke bilik. Telefon bimbit itu hanya dipandang lama. Sekejap-sekejap dia duduk, sekejap-sekejap dia berdiri. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan dihembus perlahan. akhirnya nombor itu dihubungi. Pada awalnya tidak berangkat. Daliya sudah mahu berputus asa, tapi dia cuba mengubunginya sekali lagi. Kali ini berangkat tapi suara perempuan yang kedengaran dicuping telinganya. Mungkinkah.. Nazira? Tapi dia pasti ini bukan suara Nazira.

“Hello, cik? Hello?’’ teguran gadis itu membuatkan Daliya tersedar.

“Err.. ni siapa?’’ tanya Daliya tergagap-gagap.

“Saya Awin, cik pula siapa? Nak cakap dengan siapa?’’ soalnya. Daliya diam seketika.

“Saya Daliya. Saya nak bercakap dengan Irham. Dia ada?’’ ujar Daliya perlahan.

“Oh, nak cakap dengan abang Irham? Sekejap ya?’’ kata gadis ditalian. Entah kenapa hati Daliya berasa sebak. Abang Irham? Gadis itu memanggilnya dengan panggilan sebegitu? Siapa dia dalam hidup Irham?

“Hello, Liya?’’ suara itu seperti.. suara ibu? Daliya menguntumkan senyuman. Sungguh dia merindui wanita itu sepanjang mereka berpisah.

“Ibu, ini Liya.. Ibu sihat?’’ tanya Daliya.

“Masih hidup lagi. Dah, kamu telefon nak apa?’’ Daliya sedikit tersentak mendengar sapaan kasar dari ibu mertuanya itu.

“Kena..pa ibu cakap macam ni?’’ Daliya bertanya risau. Kemudian dia mendengar satu keluhan kecil dilepaskan.

“Sudahlah Liya, kalau kamu dah tinggalkan Irham buat apa kamu mencarinya lagi? Dia dah tak perlukan kamu lagi. Dia dah bahagia dengan Awin. Lupakan dia, seperti mana dia telah lupakan kamu.’’ Bait kata-kata yang didengari itu bagaikan menghiris satu persatu hatinya. Air matanya menitis laju ke pipi.

“Baiklah ibu, Liya faham. Maafkan Liya sebab dah ganggu ibu, selamat hari raya ibu, Liya minta maaf sekiranya ada salah silap. assalamulaikum.’’

“Waalaikumussalam.’’ Hanya itu jawapan ibu mertuanya dan terus mematikan talian. Seraya itu juga air matanya menitis. Terasa sesak nafasnya ketika itu.

Teresak-esak tangisan kecilnya memancing kehadiran Achik. Adiknya menghampiri dan memeluk bahu Daliya yang sudah terduduk ditepi dinding itu. Daliya menekup muka dengan kedua-dua belah telapak tangan.

“Syhh.. Along kenapa menangis ni? cuba bawa bertenang.’’ pujuk achik seakan sudah mengetahui segalanya.

“Dia.. dia dah lupakan Along.. dia..’’ Daliya sebak untuk bersuara.

“Along dah bercakap dengan abang Irham?’’ tanya achik seakan tidak mempercayainya. Daliya menggeleng perlahan. air matanya masih lagi mengalir laju.

“Dah tu, kenapa Along cakap macam ni. Along, kalau benda ni tak keluar dari mulut abang Irham sendiri, jangan buat kesimpulan sendiri. Achik yakin seyakinnya kalau abang Irham masih sayangkan Along. Masih perlukan Along. Mungkin Allah nak uji Along, jadi Along kena tabah.” Nasihat achik kedengaran baik belaka dan Daliya yakin itu hanyalah satu usaha untuk menyedapkan hatinya. Walaupun hati ingin mempercayai kata-kata Achik tapi entah kenapa disatu sisi lain juga Daliya merasakan apa yang dikatakan ibu mertuanya itu adalah satu kenyataan yang benar. Hakikatnya mereka memang sudah lama terpisah dan itu bukan satu halangan untuk Irham melupakan dirinya.

Allah..huakbar Allah.. huarkbar Allah.. huarkbar..

Laailaahailaallah huaallah huarkbar..

Allahuarkbar walallilahirham..

Bergema seruan takbir raya pagi itu membuatkan hati Daliya berasa sungguh pilu. Baginya, segala-galanya telah berakhir. Dia mahu melupakan Irham. Suami dan lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati. Daliya memandang wajahnya dicermin. Mukanya sembab dan matanya kelihatan bengkak. Ini semua kerana kuat menangis semalam. Orang lain, malam-malam raya bergembira, tapi dia? Menangisi orang yang langsung tidak memperdulikan dirinya lagi. Walau sudah berlapis-lapis foundation yang ditampal ke muka, masih tidak dapat melindungi sembab dan bengkak di bawah mata. Daliya mengeluh lemah.

“Along! Budak-budak datang nak beraya ni. tak nak keluar ke?’’ jerit achik dari luar.

“Ya, sekejap!’’ sahut Daliya dari dalam. Dia merapikan tudung yang dipakai. Dengan berhati-hati membawa perut yang sudah memboyot, dia melangkah keluar dari bilik. Melihat wajah sanak saudara membuatkan bibirnya menguntumkan senyuman. Tiba-tiba, langkahnya terhenti. Dia merasakan perutnya begitu sakit. tangannya sudah memaut dinding.

“Eh? Along kenapa ni? okey tak?’’ achik cepat-cepat mendapatkan Daliya lalu memaut lengannya. Daliya sudah memejam matanya menahan kesakitan yang teramat.

Seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul di hadapan pintu wad bersalin. Semuanya masih lengkap berbaju melayu dan berbaju kurung yang cantik-cantik. Bila teringatkan segalanya, achik tersenyum kecil. Tidak sangka pula Daliya akan bersalin lebih awal daripada tempoh yang dijangkakan. Sudah dua jam menanti di situ membuatkan hatinya benar-benar gelisah. ‘Ya Allah, selamatkanlah kak Long dan bayinya’ doa achik dalam hatinya.

Tiba-tiba pintu wad bersalin itu terkuak. Achik dan yang lainnya bingkas bangun. Seorang doktor wanita sambil mencabut sarung tangan getahnya. Achik terus mendekati doktor itu begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain.

“Doktor, lagu mana dengan keadaan kakak saya?’’

“Alhamdulillah semuanya selamat. Taniah, kakak cik selamat melahirkan anak perempuan. Tapi sebelum itu, suami kepada puan Daliya ada?’’ tanya doktor itu membuatkan achik diam seketika. Dia memandang maknya bersilih ganti.

“Suami dia outstation.’’ Kata achik akhirnya.

Daliya membuka matanya perlahan. Setitik air matanya mengalir sebaik sahaja seorang jururawat menghulurkan bayi kecil itu kepadanya. Hatinya sungguh tersentuh sebaik sahaja melihat wajah bayi itu. Bibirnya menguntumkan senyuman. Sungguh, inilah saat-saat paling indah yang pernah berlaku dalam hidupnya. Jari-jemarinya mengusap lembut pipi si kecil yang masih kemerah-merahan. ‘anak mama..’ bisik Daliya lalu mengucup lembut dahi si kecil dengan penuh kasih-sayang.

HARI semakin beransur pekat malamnya. Telinganya menangkap bunyi cengkerik diluar rumah. Daliya tidak dapat tidur kerana tangisan si kecil. Sebaik si kecil kelihatan sudah terlelap, matanya pula masih tidak boleh pejam. Sambil tangannya menepuk perlahan tubuh si kecil, hatinya mulai runsing. Bagaimana nasib anaknya suatu hari nanti sekiranya dia masih jadi penggangur sedangkan dia pemilik ‘Bachelor of Accounting’. Teringat pula akan tawaran Ameera sewaktu datang melawatnya siang tadi.

“Besar tanggungjawab kau ni, Liya. kena jadi ibu dan ayah pada Mia. Sedangkan kau dah tak kerja.’’ Kata Ameera sebaik mendengar segala-galanya dari Daliya.

“Aku boleh jaga Mia.’’ Hanya itu yang lahir dari mulut Daliya untuk mengungkapkan segala yang terbuku di hati. Mungkin sukar tempoh perjalanan yang bakal ditempuhi nanti, tapi apapun akan dia lakukan demi membesarkan Nur Iman Damia.

“I know you will. But, Mia is still a child. When she grow up, she’ll ask you. Where is her dad. For that time, what will you do? Can you feel that? so, that’s why, you need Irham. Mia also need him.’’ Bersungguh-sungguh Ameera menasihati. Dia mahu Daliya kembali pada suaminya. Dia tahu bagaimana cintanya mereka sewaktu bertemu di Australia dulu. Itu baru sekejap berpisah, inikan pula untuk tempoh yang agak lama sebegini. Ameera yakin hati mereka masih menyintai cuma keadaan tidak mengizinkan mereka bersama. Walaupun begitu, Daliya sepetutnya cuba mempertahan rumahtangga mereka. Bukan menyerah kalah sebegini.

“Aku tak buah buah pisang berbuah dua kali. Bagi aku, segalanya dah berakhir saat aku menerang kesakitan melahirkan Mia. Aku sakit. Tapi mana dia masa tu? Aku tak rasa dia layak pegang status ayah kepada Mia.’’ Kata Daliya dengan tegas. Sungguh sakit sekali pada ketika itu. Kali pertama dia hanya menyebut nama suaminya. Tapi berkali-kali dia menyebut nama insan itu. Tiada pada pandangan wajahnya. Daliya mengeluh lemah.

“Terpulanglah Liya. Aku cuma nasihatkan aje. Apa yang terbaik, kau saja yang boleh tentukan. Bukan aku atau siapa sekalipun.’’ Ujar Ameera perlahan. sungguh kerasnya hati Daliya saat ini. dia tahu Daliya pasti begitu terluka. Siapa pun yang bersalah dalam masalah ini, dia berharap salah seorang akan mengalah. Demi kebaikan Damia.

“Habis pantang nanti, kau nak buat apa?’’ tanya Ameera lagi. Daliya diam. lama dia melihat wajah si kecil.

“Aku tak tahu. Mungkin aku akan cari kerja sampingan dekat bandar. Atau apa-apalah.’’

“Nonsense lah Liya. kau berpelajaran tinggi, keputusan kau dapat bukan rendah dan sepatutnya kau kena cari kerja lain untuk menampung keperluan kau dan anak kau. Aku rasa, aku nak kau ikut aku.’’ kata Ameera. Berkerut dahi Daliya memandangnya.

“Ikut kau kemana?’’

“Melbourne. Aku nak buka bisnes dekat sana. Aku nak kau jadi bisnes partner aku.’’ kata-kata Ameera membuatkan Daliya terkedu. Menjejakan kakinya semula ke Melbourne hanya mampu mengingatkan dia pada Irham.

“Tak nak aku. jauh sangat tu. Aku..’’

“Aku tanggung segalanya.’’ Pintas Ameera. Dia mahu membantu Daliya dan sekaligus nanti, dia akan cuba untuk menyatukan Irham dan Daliya semula. Daliya menggeleng perlahan.

“No need Meera. Aku tahu niat kau baik, tapi aku masih boleh cari kerja dekat sini. Lagipun tidak mungkin untuk aku tinggalkan Mia di sini. Aku minta maaf sangat-sangat.’’ Putus Daliya akhirnya. Ameera hanya mampu bersetuju saja dengan kemahuan Daliya. Dia tidak mahu memaksa. Kalau boleh, dia hanya ingin menolong sewaktu dia masih berada berada di atas. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, dia pula akan berada di bawah.

“It’s okey kalau kau tak mahu. Macam yang kau pernah cakap dulu, ‘sejauh mana pun kita pergi, kadang-kadang hati masih tak boleh lari dari mengingati.’ Kalau kau rasa nak berhijrah dengan aku ke sana, telefon aku. Aku jamin, masa depan kau dengan Mia boleh terjaga kalau kau ikut aku. lagipula, ia mungkin tidak makan masa yang agak lama. Bila bisnes itu dah stabil, kau dah boleh datang balik untuk bawa Mia sekali.’’ kata Ameera buat yang terakhir kali. Kalau Daliya berubah fikiran nanti, mungkin dia dapat menolong. Tapi kalau sebaliknya, dia hanya berserah agar kehidupan Daliya akan lebih baik.

Daliya menarik nafas perlahan. wajah Damia dipandang dan dikucup perlahan. Benar juga kata Ameera. Dia perlu dapat kerja yang lebih baik untuk menanggung kehidupan dia dan Damia. Sekiranya dia mengikut Ameera ke Melbourne, mungkin kehidupannya akan lebih terjamin. Keesokkan paginya, Daliya menyatakan hasratnya kepada maknya.

“Australia? Tak kan lah jauh sangat nak gi. Damia ni lagu mano?’’ tanya mak dengan nada runsing. Daliya tahu mak pasti tidak menginzinkan dia pergi sekiranya tahu dia berniat untuk membawa Damia sekali.

“Untuk sementara ni, bialah mak jaga Mia.’’ Kata Daliya tenang. walaupun berat untuknya mengungkapkan kata perpisahan dengan anaknya.

“Ish, tak payoh gi lah lagu tu gak. Mia tu kecik lagi, kesian dia kena pisoh lamo dengan mu.’’ Kata mak menasihatinya. Daliya diam seketika.

“Pandai-pandailah ore nanti. Ore akan berusaha keras. insya-Allah ia tak lamo. Nanti ore balik.’’ Balas Daliya pula. Mak diam. Dia bangun dari situ dan berlalu pergi. Daliya tahu kenapa mak sebegitu dengannya. Paling tidak, mak akan mengambil masa untuk berfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience