BAB 18

Romance Completed 89895

WANITA yang bertudung biru itu seakan mirip isterinya. Irham melihatnya tidak berkelip. Memang ternyata itu isterinya. Sungguh cantik sekali wajah itu bila mengenakan tudung. Langkahnya dicepatkan.

Dari jauh lagi Irham sudah mempamerkan senyuman buatnya. Pertemuan semula di bumi Australia. Sungguh jauh pertemuan ini dan sebaik sahaja bersua, Irham terus memeluk tubuh Daliya seeratnya seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Melepaskan segala kerinduan yang teramat kepada sang isteri. Sungguh! Daliya pun merindukan suaminya. Hampir setiap degupan nafasnya, nama Irham sering bertamu dihati. Saat itu juga Daliya dapat merasakan titisan air hangat dikelopak matanya. Berasa sebak tiba-tiba saat tangan suami dikucup mesra.

“Liya sihat?’’ tanya Irham sambil menyentuh pipi Daliya. Titisan air mata isterinya diseka dengan jari- jemarinya.

“Sihat, abang?’’ tanya Daliya pula.

“Sakit tanpa Liya.’’ laju sahaja jawab Irham. Daliya mencubitnya.

“Liya pun sakit tanpa abang.’’ Balas Daliya pula.

“Habis kenapa Liya tinggalkan abang?’’ Irham seakan-akan menyalahkan dia pula.

“Habis, kenapa abang kahwin dengan Nazira?’’ bidas Daliya pula membuatkan wajah Irham serta merta berubah. Sungguh dia menyesal kerana telah menikahi perempuan itu. Dia juga telah menyakiti hati Daliya.

“Abang minta maaf sayang…’’ bisik Irham seraya itu jua meraih tubuh Daliya ke pelukannya. Suara itu kedengaran sebak. Daliya membiarkan sahaja pelukan itu. Adakah Irham benar-benar rasa bersalah kerana telah menikahi Nazira? Tapi kenapa baru sekarang?

Mereka tidak terus pulang ke rumah tapi singgah dahulu ke Little Bourke Street. Daliya menemani Irham berjalan-jalan di situ dan kemudiannya singgah ke kafe menikmati kopi panas kerana cuaca yang mulai mendingin. Baju tebal pun masih tidak dapat menangkis rasa sejuknya. Irham membuka baju sejuknya dan menyarungkan ke badan Daliya.

“Abang tak nak baby kita pun sejuk,’’ katanya sambil tersenyum. Daliya pun turut tersenyum. Seperti dalam filem romantik yang biasa dia lihat dan kini berlaku kepadanya. Bahagianya kalau filem romantik itu benar-benar terjadi dalam hidupnya. Berakhirnya dengan ‘happy ending’. Tapi mampukah dia? Atau itu hanya angan-angannya. Benarkah Irham benar-benar kembali untuknya?

Pulang sahaja dari berjalan-jalan di sekitar bandar Melbourne malam petang itu, Daliya membawa Irham ke tempatnya. Memperkenalkan Amira dan Irham buat kali pertamanya.

“Tak apa ke kalau Irham tinggal di sini buat sementara? Besok pagi, baru nak pergi cari hotel.’’ Tipu Daliya. Padahal Irham yang memintanya untuk bermalam di sini kerana dia terpaksa menemani Amira di sini. Tak mungkin pula untuk dia tinggal di hotel bersama Irham, meninggalkan Amira sendirian. Nanti apa pula kata Amira.

“Tak apa, tak payah cari hotel. Tinggal aje dekat sini. Bilik kosong pun banyak.’’ Beritahu Amira.

“Tak payah banyak bilik. Nak satu bilik aje.’’ Celah Irham mencetuskan tawa Amira. Laju sahaja tangan Daliya mencubit pinggangnya.

Sebaik langkahnya masuk ke bilik, tubuhnya dipeluk erat dari belakang.

“I miss you sayang..’’ bisik Irham perlahan. Daliya berpaling. Cuba meleraikan pelukan.

“Eii pergi mandi, badan abang dah berbau masih aje nak peluk-peluk orang.’’ Bohong Daliya untuk cuba lepas dari pelukan Irham. Padahal dia sangat rindukan bau tubuh suaminya. Wangi ataupun tidak, baginya Irham tetap ada aura yang mampu menarik perasaannya setiap kali tubuhnya dipeluk.

“Eleh, Liya pun dah berbau. Jom kita pergi mandi sama,’’ ajak Irham. Laju sahaja tanganya ingin mengangkat tubuh kecil itu. Pantas juga untuk Daliya bertindak. Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya dengan Irham.

“Abang ni kan..’’ dia marah. Irham mengangkat tangan tanda mengalah. Tuala diambil dan terus masuk ke bilik air. Tapi dia menjenguk semula.

“Nanti abang mandi biar wangi-wangi. Liya dah tak ada alasan!’’ usiknya. Bulat mata Daliya mendengarnya. Tapi dia tersenyum jua akhirnya. Baru sahaja langkahnya ini berlalu, telefon bimbit Irham berbunyi. Nama Nazira tertera di skrin telefon galaxy note II milik Irham. Pada awalnya Daliya memang tidak mahu mengangkatnya, tapi entah kenapa hatinya terusik untuk tahu apa masalah yang berlaku antara mereka. Kenapa Irham dapat ke sini? Adakah tanpa pengetahuan Nazira?

Perlahan-lahan dia mengangkatnya.

“Hello, Irham?!’’ kata Nazira sebaik sahaja panggilan itu diangkat.

“Assalamualaikum,’’ Daliya membetulkannya. Talian menjadi sepi untuk seketika.

“Oh? Jadi Irham pergi cari kau sekarang?’’ Nazira mulai panas hati. Patutlah panggilannya selama ini di recject terus. Ternyata lelaki itu kini bersama Daliya.

“Apa maksud awak ni Zira?’’ marah Daliya pula.

“Baguslah. Lepas Irham gaduh dengan aku, dia pergi cari kau. Mudah sangat nak dapatkan kau ni ya? Mudah dicampak, mudah dikutip. Dasar perempuan murahan!’’ maki Nazira. Talian terus dimatikan. Dia tidak mahu mendengar cacian daripada mulut perempuan itu. Untuk seketika dia kaku. Memikirkan kata-kata Nazira. Jadi Irham ke sini hanya kerana dia bergaduh dengan Nazira?

‘Mudah dicampak, mudah dikutip.’

Bait kata-kata itu bermain dimindanya. Setitis air matanya mengalir ke pipi. Irham yang baru keluar dari bilik air terus mendekatinya.

“Sayang, kenapa ni?’’ tanya Irham sambil menyentuh bahu itu, tapi laju sahaja Daliya menepisnya.

“Jangan sentuh Liya!’’ Daliya bersuara dalam sebak.

“Abang ke sini hanya kerana bergaduh dengan Zira. Abang berpura-pura!’’ telefon bimbit Irham dihemban ke dada bidang Irham. Langkahnya terus berlalu ke pintu tapi Irham lebih pantas mendahuluinya dengan menghadang pintu.

“Liya kenapa ni? Apa salah abang?’’ Irham masih tidak mengerti akan situasi yang berlaku.

“Abang jangan pura-pura depan Liya. Abang bergaduh dengan Zira, sebab itu abang cari Liya kan? Kalau tak kerana itu, sampai mati pun abang tak akan cari Liya kan?’’ balas Daliya kasar. Mengingatkan kata-kata Nazira tadi semakin membuat darahnya turun naik.

“Kenapa Liya cakap macam tu? Demi Allah, semua itu tak benar. Abang ke sini bukan kerana pergaduhan itu, tapi memang kerana abang mahu bersama Liya. percayalah!’’ kata Irham bersungguh-sungguh.

“Jadi betullah abang bergaduh dengan Nazira?’’ tekan Daliya. Irham membisu seketika.

“Sudahlah bang, jangan cuba nak perbodoh-bodohkan Liya. Liya dah penat dengan semua ni. Dengan pernikahan abang dengan perempuan tu, dengan penipuan abang..’’ Daliya tidak mampu meneruskan kata-kata itu kerana tangan Irham sudahpun menekup mulutnya. Sebelah tangan Irham sudahpun memeluk pinggangnya. Daliya sedikit tergaman dengan tindakan itu.

“Saya sayang awak Liya, awak harus percaya itu. Antara saya dengan Nazira sudah tiada apa-apa ikatan. Saya dah ceraikan dia. Menikahi dia adalah satu kesalahan terbesar yang pernah saya lakukan dalam hidup saya. Saya mencintai awak sepenuh jiwa raga saya. Awak harus percaya itu.’’ Ucapnya perlahan sekali. Daliya kaku. Perucapan yang menggertarkan hatinya. Benarkah kata-kata itu?

“Abang minta maaf kalau telah sakitkan hati Liya. tolong jangan pergi dari abang lagi.’’ Ujar Irham lagi. Saat itu juga Daliya membenamkan mukanya ke dada Irham. Menangis sambil memeluk tubuh suaminya.

“Maafkan Liya..’’ bisiknya. Irham mengangkat dagu isterinya.

“Satu aje yang abang minta, Liya percayakan abang. Liya harus percayakan abang. Abang cintakan Liya.’’ Irham menegaskan kata-katanya. Seraya itu juga bibir Irham sudah melekat dibibirnya. Lama dan sungguh mengasyikkan seakan mengusir kepedihan hatinya tadi.

NAZIRA duduk menonton televisyen. Namun, hatinya masih bengkak. Irham telah menjatuhkan talak ke atasnya dan kini sedang berbahagia semula bersama Daliya. Bila diselidik, ternyata mereka berada di Australia. Argh!! Hatinya mula dilanda cemburu yang teramat.

“Sudahlah Zira, aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau Zira. Aku ceraikan kau dengan talak tiga!’’

Seakan bergema semula kata-kata itu ditelinganya. Nazira menekup telinga dan memejamkan matanya. “Arghhhh!! Tak guna kau Irham!’’ jeritnya sambil menolak pasu bunga yang kemas berada di meja itu. Pecah berderai. Nazira mencapai rokok yang berada di atas meja. Hanya itu yang dapat menenangkan jiwanya yang tengah berserabut.

Saat itu juga Datin Zahara menghampiri. Bunyi kaca yang pecah tadi memeranjatkan dia. Tapi dia lebih terkejut melihat Nazira yang sedang menghisap rokok. Kelakuan Nazira sudah menjadi- jadi sejak berpisah dari Irham.

“Kenapa dengan kamu ni Zira?” marah Datin Zahara. Seraya itu juga tangannya mengambil rokok yang berada di tangan Nazira.

Nazira tersenyum. Fikirannya tengah berserabut.

“Mama jangan sibuk boleh tak? Bagi balik.’’ Terkapai-kapai tangan Nazira ingin mengambil semula rokok yang ada ditangan Datin Zahara.

“Jangan jadi gila Zira! Terima saja hakikatnya. Jangan kamu nak hukum diri kamu dengan cara macam ni.’’ Marah Datin Zahara lagi.

“Tak. Zira tak boleh terima hakikat tu Mama. Apapun, Zira akan balik semula dengan Irham. Dia suami Zira.’’ Nazira berkata yakin. Menggeleng kepala Datin Zahara mendengarnya. Lama-lama anaknya mungkin akan betul-betul gila kerana cinta butanya itu.

“Suka hati kamu lah Zira. Jangan suatu hari nanti kamu akan menyesal dengan semua tindakan kamu ni. Mama cakap apa sekalipun, kamu dah tak dengar.’’ Sebaik menghabiskan kata-kata itu, Datin Zahara terus berlalu pergi.

Nazira menangis. kemudian dia ketawa pula.

“Menyesal?! Perlu ke aku menyesal? Mama silap besar kalau kata Zira akan menyesal.’’ Katanya perlahan. Otaknya ligat berfikir seribu cara untuk menghancurkan Daliya sekaligus merampas Irham semula.

…………………………….

Amira sudah keluar ke tempat kerjanya. Hanya tinggal mereka berdua di rumah itu. Daliya bangun terlebih dahulu dari Irham. Selesai solat subuh tadi, lelaki itu menyambung tidurnya semula. Mungkin penat kerana perjalanan yang jauh dari barangkali.

Daliya tersenyum sahaja melihat wajah suaminya yang masih lena. Niatnya yang ingin mengejutkan Irham terbantut di situ. Entah mengapa timbul perasaan nakal di benak Daliya untuk mengusik suaminya itu. Perlahan-lahan jari telunjuknya dibiarkan bermain-main di kening Irham. Melihat kelopak mata Irham yang bergerak-gerak dengan dahinya yang berkerut, Daliya tertawa kecil.

Irham tersedar tapi matanya dibiarkan terkatup. Cuba menangkap bunyi ketawa yang halus menampar pendengarannya. Dia merasakan keningnya dimain-mainkan. Sedikit kelopak matanya dicelikkan. Wajah Daliya yang sedang tersenyum berada begitu hampir dengannya. Irham memejamkan matanya semula. Membiarkan tangan isterinya yang kini beralih ke rambutnya. Membelainya anak rambut yang tejuntai didahi.

Secara tidak sengaja Irham tersenyum. Daliya terkejut. Terus ingin bangun tapi tangan Irham sudah meraih tangannya.

“Nak kemana sayang, abang masih tak puas tengok muka Liya ni.’’ Kata Irham membuatkan Daliya malu.

“Ke dapur, nak siapkan sarapan.’’ Balas Daliya.

“Kejap lagi lah. Jom lah tidur balik..’’ rengek Irham.

“Tak nak. Orang tua-tua kata, kalau tidur selepas sembahyang subuh, rezeki hilang dipatuk ayam. Dah! Bangun.’’ Kata Daliya. Seraya itu juga dia menarik tangannya semula. Lepas.

“Kejap lagi turun tau!’’ katanya sambil melangkah pergi.

“I love you sayang!’’ biarpun pintu sudah terkatup kemas, Daliya dapat menangkap jeritan suaminya. Dia tersenyum kecil.

“I love you more..’’ balasnya di balik pintu itu.

Irham melangkah ke dapur setelah selesai mandi. Kononnya ingin membantu isterinya memasak. Tetapi baru saja hendak mula, dia menukar fikiran. Perlahan-lahan dia menghampiri Daliya yang sedang mengeringkan pinggan disinki dan terus memeluknya.

“Abang ni! Terkejut Liya!’’ hampir saja terlepas pinggan ditangan. Irham geli hati melihat Daliya terkejut. Tangannya masih kemas berada dipinggang Daliya.

“Abang rindukan Liya. it’s tortuning me.. tingalkan aje pinggan tu.’’ Pujuk Irham. Dia mengusap dan mencium leher isterinya. Lemah semangat Daliya untuk menepis. Akhirnya, hanya membiarkan Irham memperolehi apa yang dihajati. Dia juga rasa bersalah kerana tidak melayani Irham selama pemergiannya. Biarkan Irham menang. Hanya untuk kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience