BAB 5

Romance Completed 89895

SEMINGGU selepas itu, Irham sudah dibenarkan pulang dari hospital dan menjalani rawatan lanjut di rumah. Irham mula menyedari sikap Daliya yang semakin berubah. Wajahnya tidak seceria dulu, dia juga semakin menjauh darinya dengan banyak menghabiskan waktunya di pejabat. Adakah ianya kerana Nazira? Irham tertanya-tanya sendiri. Kehadiran Nazira yang tiba-tiba membuatkan Irham makin binggung. Nazira selalu menemaninya ketika dia terlantar di hospital. Daliya pula tidak kisah membiarkan Nazira menemaninya, mungkin kerana percayakan kata-kata Nazira bahawa dulu mereka berkawan rapat. Fikir Irham sendiri.

Malam itu Daliya pulang lewat. Dari jauh lagi Irham sudah melemparkan senyuman buatnya. Daliya mendekati Irham dan menyalami tangan lelaki itu. Daliya melihat perubahan Irham yang sudah boleh berdiri tanpa mengunakan tongkat lagi.Hatinya tersenyum bahagia. Tapi bila teringatkan perjanjiannya dengan Nazira membuatkan hatinya makin remuk. “Liya naik dulu, nak mandi.’’ Ujar Daliya yang segera ingin berlalu namun tangannya ditarik. “Abang ada benda nak bincang dengan Liya, duduk sini kejap.’’ Ujar Irham tanpa memandang Daliya. Kedengaran serius kata-kata Irham membuatkan Daliya runsing. Jangan-jangan Irham tahu dia mengandung? Tapi ianya masih belum kelihatan, macamana Irham boleh tahu? Ini semua kerana Nazira mahukan dia merahsiakan kandungan ini sehinggalah Irham mahu menikahinya. Nazira takut kalau-kalau Irham tahu kalau dia mengandung, lelaki itu pasti tidak sanggup untuk menikahinya. Daliya berkata-kata dalam hatinya. Daliya duduk di sofa perlahan. Beranikan diri memandang Irham.

“Ada apa bang?’’soal Daliya pula.

“Abang nak kita balik rumah kita.’’jawap Irham. Jawapan itu membuatkan Daliya terpaku.

“Tapi kenapa? Abang tak suka tinggal kat sini?’’ pertanyaan Daliya membuatkan Irham kehilangan kata-kata. Sikap Daliya membuatnya keliru. Dia sudah sihat dari sakit tapi Daliya masih mahu dia tinggal dirumahnya. “Abang tak faham lah dengan perangai Liya ni. Dah lah, malas abang nak cakap. Pergi naik atas simpan semua pakaian kita, kita balik rumah sekarang.’’ Tegas kata-kata Irham membuatkan Daliya takut. Pertama kali dia melihat Irham marah sebegitu. Ya Allah apa yang patut aku lakukan. Aku tidak mahu rumahtangga ini hancur hanya kerana kehadiran orang ketiga. Rasanya Irham tak patut diperlakukan seperti ini. Daliya hanya mampu menangis dalam hatinya. Sepanjang perjalanan Irham hanya lebih banyak diam daripada bercakap. Daliya makin rasa berdosa. Bila teringatkan janjinya pada Nazira tempoh hari membuatkan Daliya semakin rasa bersalah. Wajah suaminya dipandang lama. Dia menarik nafas dan dihembus perlahan.

“Abang…’’lembut suaranya memecah kesunyian mereka. Irham diam. Daliya tenangkan hatinya.

“Abang, Liya minta maaf kalau Liya dah sakitkan hati abang.’’ Dia menyentuh tangan Irham namun, ditepis. Hatinya mula terasa sayu. Irham memandang ke arah Daliya. Rasa bersalah pula kerana bertindak sedemikian terhadap Daliya. Dia memberhentikan kereta di sisi jalan.

“Liya, cuba cakap dengan abang apa yang tak kena dengan Liya? Sejak abang keluar dari hospital sikap Liya macam nak menjauh dari abang ni kenapa?’’tanya Irham. Daliya memandang Irham lama. Patutkah dia memberitahunya sekarang? Argh! Rasanya tidak sanggup.

“Liya.. abang tanya ni.’’Tanya Irham lagi. Daliya merasakan mungkin inilah waktunya.

“Sebelum tu Liya nak mintak maaf sebab terpaksa lakukan semua ni. Tapi semua ni bukan kehendak Liya. Nazira yang selamatkan abang sewaktu kemalangan tu. Sebagai balasan, dia minta Liya setuju kalau abang kahwin dengan dia.’’ Mendatar sahaja Daliya mengeluarkan kata-kata. Irham mengeleng kepala tanda tidak percaya akan apa yang baru didengarinya tadi.

“Apa yang cakapkan ni? Liya sedar tak apa yang Liya cakap ni?’’ tegasnya.

“Liya tahu bang, tapi Liya terlanjur janji dengan Nazira dan Liya tak mahu mungkir janji.’’ Airmata Daliya mulai gugur bila terpaksa mengeluarkan kata-kata seperti itu akhirnya. Irham meraup mukanya berkali-kali. Janji? Nazira?!

“No. abang tak nak kahwin dengan Zira. Ini semua tak masuk akal!’’ Irham tegas berkata.

“Tapi kalau tak kerana Nazira, abang tak akan ada disisi Liya sekarang. Dia dah selamatkan abang. Tolonglah bang, Liya sanggup dimadukan.’’ujar Daliya lagi. Kata-kata yang terlalu pahit untuk diungkapkan terpaksa jua diluahkan. Irham mengeluh lemah. Tangannya menyapu airmata Daliya yang mengalir dipipinya.

“Abang tak sanggup Liya. Abang tak mampu untuk lakukan apa yang Liya pinta.’’ Bisik Irham perlahan. Daliya semakin diburu rasa bersalah. Dalam hatinya juga berkeras mengatakan dia tidak mahu dimadukan. Tapi bagaimana dia harus memilih antara janji dan hatinya?

“Nazira akan jadi isteri abang. Dia pernah mengisi hati abang, Liya yakin abang mampu membahagiakan dia.’’ Daliya menepis tangan Irham dan memalingkan mukanya daripada memandang Irham. Irham mengetap bibir. Hatinya terasa berasa begitu sakit dengan perangai Daliya. Begitu mudah dia menabur janji tanpa persetujuan darinya. Begitu mudah dia meluahkan kata-kata yang pastinya turut menyakitkan hatinya. Pantas sekali pedal minyak ditekan kuat. Kereta meluncur laju. Daliya kecut perut dengan tindakan Irham seperti itu. Dia memejam matanya rapat-rapat tapi rasanya Irham memang sengaja memecut keretanya selaju itu. Bunyi hon kereta membuatkan Daliya membuka matanyadan melihat kereta yang dipandu Irham berada di lorong kanan. Dia menarik stereng kereta supaya membelok ke kiri. Daliya menghembus nafas lega akhirnya tiada apa-apa yang berlaku. Kereta mereka kini tersadai di pinggir jalan raya itu. Turun naik nafas Daliya waktu itu. “Abang ni kenapa?! Nak bunuh diri? kalau terjadi apa-apa tadi macamana?’’ Marah Daliy
a keras. Irham ketawa yang dibuat-buat. Daliya tahu mengapa Irham bertindak begitu.

“Sekarang abang rasa lebih baik mati kalau tahu Liya akan buat abang macam ni.’’ Kata-katanya membuatkan Daliya terdiam. Terasa semakin sakit dalam hatinya melihat air mata lelaki itu mengalir. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Daliya membuka tali pinggang yang dipakai. Dia menarik tangan Irham dan mengucup tangan suaminya itu.

“Maafkan Liya bang, maafkan Liya.’’ Ujarnya lagi. Irham mengusap rambut Daliya perlahan. Daliya mendongak memandang Irham. Kini, dia sedar akan kesalahannya.“Abang cintakan Liya. Cuma Liya yang akan menjadi isteri yang pertama dan terakhir untuk abang.’’ Ucap Irham. Daliya mengganguk perlahan. Airmata Irham disapu dengan tangannya. Betapa dia tidak sanggup untuk melihat airmata itu mengalir lagi. “Liya tahu, maafkan Liya.’’ Daliya memegang erat jari jemari Irham. ‘Begitu besar cintanya Irham terhadap aku. Tapi aku? Begitu mudah untuk melepaskan segalanya. Ya Allah, aku hampir sia-siakan anugerah yang kau ciptakan untukku. Aku mohon keampunan atas kelalaian ini dan berikanlah kami jalan keluar dari masalah ini agar mahligai yang telah kami bina ini dapat dikekalkan.’Doa Daliya dalam hatinya.

NAZIRA berasa sungguh gembira sekali pagi itu melihat kedatangan Irham ke pejabatnya. Namun, kegembiraannya lenyap setelah Irham memberitahu maksud kedatangannya. Hatinya mulai panas dan rasanya semakin sakit dengan kata-kata Irham terhadapnya. Nazira cuba bertenang. Dia tidak mahu lagi menunjukan sikap yang boleh menghancurkan segala usahanya. “Irham, cuba you tengok I? I dah banyak berubah untuk you. Tak kan you tak perasan semua tu?’’ pujuk Nazira lagi. Irham tersenyum sinis.

“Berubah?’’ Irham mencelikan matanya. Nazira diam.

“Itu kalau dulu Zira. Kalau dulu you ubah sikap you, mungkin kita bersama sekarang. Tapi semua tu tak berlaku. So, terimalah kenyataannya kita memang dah tak ada apa-apa.’’ Tegas kata-kata Irham. Memang dia akui Nazira di depan matanya sekarang sudah banyak perubahan. Tapi perubahan apapun, ia tak akan dapat mengubah takdir yang menentukan. Nazira mengeluh lemah. Dia bangun dari tempat duduknya.

“I still sayangkan you. I tahu silap I yang dulu dan I cuba nak perbetulkan semuanya. I dah selamatkan you. Tolonglah, bagi I peluang.’’ Nazira tetap tidak mahu mengalah.

“Macam yang pernah I katakan dulu, cinta soal hati. Tak boleh sesuka hati nak campak lepas tu nak kutip balik. Cinta I pada Liya lebih besar dari cinta I pada you. Lagi satu I nak tegaskan pada you, tali kalau dah putus disambung sekuat mana pun, tak akan sekuat yang dulu. Begitu juga apa yang terjadi antara kita, I tak akan pernah mahu kembali pada you , Zira.’’ Habis sahaja kata-kata itu Irham terus pergi meninggalkan Nazira di situ. Membuatkan hati Nazira bagaikan dihiris-hiris. Terlalu sukar untuknya melupakan Irham. Nazira menolak barang-barang yang ada di atas mejanya. Dia mengamuk bagaikan orang gila. Namun, dia tahu apapun yang dia lalukan, tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah terjadi. Irham telah meninggalkan dirinya seperti dulu. Dia terduduk di lantai itu menangis tersedu-sedan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience