“SAMPAI bila Liya nak tinggalkan abang? Abang perlukan Liya..’’ kata Irham semasa mereka berada di atas kapal persiaran di Sungai Yarra River. Hari kedua Irham berada di Melbourne dan lusa dia akan kembali ke Malaysia. Dia perlu hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penceraianya dengan Nazira.
“Nanti Liya bincang dengan Amira.’’ Daliya menyedapkan hati suaminya.
“Apapun keputusannya, abang nak Liya balik dengan abang. Muktamad.’’ Tegas kata Irham. Bulat mata Daliya mendengarnya.
“Liya..’’
Irham sudah memeluknya kemas. Seolah-olah tidak mahu mendengar kata-katanya. Irham mahukan dia pulang ke Malaysia bersamanya. Saat itu juga tangan Irham membentangkan tangan Daliya seperti aksi dalam filem Titanic.
“You trust me?’’ soalnya. Daliya tertawa kecil.
“Malu lah bang…’’ bisik Daliya.Cuba menjatuhkan tangannya kerana malu dilihat orang. Mereka bukan diatas kapal Titanic. Tapi di atas kapal persiaran. Begitupun, suasana dari atas kapal itu memang cantik. Sungguh indah sekali.
“Just say it Liya. You trust me?’’ Irham mengulangi lagi skrip Jack Dawson kepadanya. Daliya tertawa lagi. Agak lama dia memandang ke arah sungai Yarra.
“Yes, I trust you.’’ Akhirnya Daliya mengatakannya. Kerana ya. Dia memang percayakan Irham. Dia tidak mahu mengulangi salahnya seperti semalam.
“Semoga kebahagiaan ini milik kita. Hanya satu yang perlu ada di dalamnya. Percaya. Liya harus percayakan abang sepertimana abang percayakan Liya. Abang cintakan Liya.’’ ujar Irham.
“Liya pun cintakan abang.’’
Pelukan semakin kemas. Wajah Irham sekan cuba mendekat ke pipinya.
“Ish, abang ni kan. Tak kira tempat!’’ Daliya menolak pipi suaminya. Irham tersenyum. Tangannya menarik tangan Daliya ke pipinya.
“Alah.. nak romantik sikit pun tak boleh.’’ Ujarnya.
“Nak romantik pun bukan sekarang!’’ tegas Daliya. Memang dia bukan di Malaysia. Tapi bukan hanya kerana itu Irham boleh buat sesuka hati.
“Oh! Okey. Kalau sekarang tak boleh, malam nanti mesti boleh.’’ Irham tersenyum penuh makna.
“Hisy!’’ Daliya mengigit bibirnya dengan wajah yang sudah berubah rona. Sikap Irham yang terus terang seakan membuatnya diserbu rasa segan. Tapi dia bahagia begini. Setiap kata, sentuhan, dia berasa bahagia bersama Irham.
‘Ya Allah! KAU peliharalah rumah tangga kami. Kekalkan kebahagian ini dari sebarang godaan duniawi’ Daliya bermunajat dalam hatinya.
DALIYA memandang keluar tingkap kapal terbang yang sudah meninggi di awan. Selamat tinggal Australia. Kalau diberi kesempatan lagi sekali, dia ingin sekali lagi kembali ke Australia. Masih banyak tempat yang belum sempat dia kunjungi. Teringat pula dia kepada Ameera. Pasti kesunyian gadis itu setelah pemergiannya.
“Jaga diri elok-elok. Jangan gaduh-gaduh lagi. Sebagai isteri, kau kena banyak bersabar. Biar tidak setanding Fatimah Al-zahra, tapi setidak-tidaknya menjadi isteri yang solehah.’’
Nasihat Ameera. Daliya menitiskan air mata. Sungguh, dia tahu ‘sabar’ sangat diperlukan dalam sebuah perkahwinan. Dia perlu sabar dengan semua ujian ini.
Tangan Irham yang menyentuh tangannya membuatkan Daliya tersedar dari lamunanya. Dia menoleh kepada suami yang tersenyum manis disisinya. Seraya itu juga Irham mengucup tangan isterinya.
“Terima kasih sayang, terima kasih kerana setia kembali bersama abang.’’ Ujarnya. Daliya tersenyum. Kepalanya dilentokkan ke bahu Irham.
“Liya sayangkan abang.’’ Hanya itu yang mampu dia katakan. Kerana cinta dan kasih sayangnya terhadap Irham dia kembali. Kembali untuk menyulam kembali sejadah cinta yang terkoyak selama ini. Dia percaya, apa yang telah berlaku kepadanya sebelum ini adalah ujian Allah swt untuknya.
Kepulangan Irham dan Daliya disambut baik. Datin Fatimah memeluk erat tubuh menantunya itu. Air matanya menitis di pipi sebaik sahaja tubuh itu didakap. Rindunya kepada Daliya hanya Tuhan yang tahu. Dia takut untuk kehilangan menantunya yang satu ini. Dia telah menyanyangi Daliya seperti dia menyayangi Irham juga. Tidak pernah putus dia berdoa agar Daliya sedia kembali kepada Irham. Dia tahu Daliya pasti kecewa dengan tindakan Irham yang telah menikahi Nazira.
“Ibu ingatkan Liya dah tak mahu balik lagi rumah ibu lagi..’’ sebak kata-kata wanita berusia 47 tahun itu. Daliya menyapu titisan air matanya dan mencium pipinya.
“Janganlah cakap macam itu ibu. Maafkan Liya, Liya tak akan tinggalkan ibu lagi. Liya janji.’’ Daliya memegang erat tangan ibu mertuanya itu. Betapa dia telah berdosa kerana turut menyakiti hati wanita itu.
“Ayah, maafkan Liya.’’ Daliya beralih pula kepada ayah mertuanya Datuk Sufian.
“Tak apa. Tapi Liya kena minta maaf dengan Suraya sebab dah tinggalkan banyak kerja-kerja pejabat dekat dia.’’ Balas Datuk Sufian pula. Ternganga Daliya mendengarnya. Kesian Suraya.
“Tak apa, Irham naikkan pangkat dia. Biar nanti tempat dia, Liya yang gantikan.’’ Celah Irham. Semuanya ketawa setelah melihat Daliya yang sudah mencekak pinggang.
“Buatlah. Liya tak kisah. Lagi best. Biar ada jarak dengan bilik abang. Tak pening kepala.’’ Kata Daliya pula. Irham membulatkan mata.
“Tak jadi tukar, tak jadi. Mana boleh abang jauh-jauh dari Liya.’’
“Terajak perahu boleh diundur, telajak kata padah akibatnya.’’ Ujar Daliya. Irham memuncungkan bibirnya. Daliya pula mencebirkan bibirnya. Datin Fatimah tertawa kecil menyebabkan yang lainnya turut tertawa. Bahagianya.
…………………………….
“KAU dah gila ke Zira?!’’ Tempik Diana apabila mendengar kata-kata Nazira. Baginya itu adalah satu kerja yang tidak masuk akal. Nazira tersenyum.
“Memang aku dah gila. Dia yang buat aku jadi gila. Kita tengok, aku akan pastikan dia bencikan perempuan tu. Aku nak rumahtangga dia hancur! Aku sumpah!’’ balas Nazira dengan bersungguh-sungguh. Diana sudah menggeleng kepala. Nazira memang sudah hilang akal.
“Aku tak berani nak ke tempat-tempat macam tu. Kau pergi sorang aje lah.’’ Diana sudah memutuskan. Tajam anak mata Nazira merenungnya.
“Baiklah, kalau kau tak mahu teman aku, nanti dengan kau sekali aku santau. Nak? Jangan ingat aku tak berani.’’ Ugut Nazira. Diana sudah terkedu. Berdegup kencang jantungnya mendengar bait kata-kata Nazira.
“Okey-okey, aku ikut. Dekat mana tadi?’’ akhirnya Diana bersetuju biarpun sebenarnya dia tidak mahu. Dia terpaksa. “Kau ikut aje. Nanti aku ambil kau malam ni.’’ Itu sahaja kata Nazira lantas berlalu pergi meninggalkan Diana.
…………………………………..
SEBAIK selesai makan malam, Irham bercadang untuk mengajak Daliya pulang ke rumah yang telah lama ditinggalkan. Daliya sangat merindui rumah mereka.
“Hati-hati bawa kereta. Liya, kalau Irham bawa laju-laju, cubit aje dia ni.’’ Kata ibu sebaik sahaj Irham bersalaman dengannya.
“Alah, Liya ni terlebih sayang dekat Irham. Mana berani dia cubit. Habis marah pun, dia cium Irham.’’ Irham mengenyit mata kepada Isterinya sambil tersenyum. Daliya menahan geram. Beraninya dia bercakap begitu di depan ibu? jaga dia! Daliya bersalaman dengan Datin Fatimah sebelum melangkah pergi ke arah kereta Honda Harier.
“Aduh!’’ Irham mengadu sakit sebaik sahaja tangan Daliya masuk mencubitnya.
“Padan muka. Lain kali, cakap lagi benda tak senonoh depan ibu.’’ ngomel Daliya. Irham tersenyum sahaja sebaik sahaja mendengar kata-kata isterinya itu. Tapi entah kenapa lenggannya berasa sakit ditempat Daliya mencubitnya tadi. Ia menjadi biru tiba-tiba padahal cubitan tadi tidaklah sekuat mana. Apa yang tak kena ni? Irham meneruskan perjalanan. Perasaannya menjadi tidak terteram tiba-tiba.
Stereng kereta dipulas ke kiri dengan kasar. Sehingga terhantuk kepada Daliya dicermin kereta.
“Kenapa ni bang?’’ tanya Daliya sebaik sahaja kereta dibawa berhenti ditengah-tengah jalan. Mereka sudah berada di kawasan perumahan tapi sudah sunyi sepi kerana jam sudah menunjukan pukul 11.30 malam.
“Entahlah, abang rasa macam terlanggar sesuatu.’’ Ujar Irham yang memandang jauh ke depan. Daliya mengerutkan dahinya. Dia menoleh ke belakang. Tiada apa-apa. Memang dia yakin tiada apa-apa yang melintas sewaktu keretanya melewati jalan ini tadi.
“Tak ada apa-apa lah. Perasaan abang aje tu.’’ Kata Daliya yakin. Irham menoleh ke belakang sekali lagi. Memang tiada apa-apa di situ. Dia mengeluh berat sebelum meneruskan perjalanan. Dia yakin sekali ada sesuatu yang melintas. Atau betulkah itu hanya perasaannya saja?
Daliya terpaksa bangun apabila mendengar Irham terjerit-jerit memanggil nama Nazira. Mata itu masih terpejam rapat. Mukanya kelihatan berpeluh. Daliya terus mengejutkan Irham dengan menggocangkan tubuhnya.
“Abang, abang! Bangun bang,’’ panggilnya. Irham tersedar. Matanya masih terasa pinar.
“Kenapa?’’ soalnya. Daliya berasa sedih bila mengingatkan nama perempuan itu yang terbit di bibir suaminya tadi. Kenapa harus Nazira yang disebutnya.
“Abang menjerit tadi. Abang mimpi apa?’’ pertanyaan Daliya membuatkan Irham keliru. Dia melihat Nazira dalam mimpinya. Dalam mimpinya itu, dia takut untuk kehilangan Nazira. Sebab itu dia menjerit-jerit. Apapun, baginya itu cuma mimpi. Bukankah mimpi itu mainan tidur.
“Tak ada apalah. Mimpi ngeri. Dah, sambung tidur.’’ Kata Irham menarik selimutnya semula. Tapi Daliya pantas menarik selimut itu semula.
“Kenapa dengan lenggan abang ni?’’ Daliya menarik lenggan Irham yang kelihat gelupas memburuk. Irham pun terkejut melihatnya. Kali terakhir dia melihat lenggannya itu masih membiru. Tapi kenapa tiba-tiba menjadi semakin teruk?
“Sekejap, Liya ambilkan ubat luka.’’ Daliya bergegas turun dari katil. Kemudian tiba semula dengan membawa kotak ubat. Irham masih tidak mengerti bagaimana satu cubitan boleh menjadi separah ini. Apa yang tidak kena dengannya hari ini? Tidak mahu memikirkannya, Irham mahu menyambung tidurnya kembali.
Daliya sedang menyiapkan sarapan memandangkan hari ini Irham sudah masuk ke pejabat dan dia pun sama. Sudah lama dia ‘bercuti’ meninggalkan Suraya sendiri mengerjakan kerja-kerja pejabat. Siap! Desis Daliya. Senyuman tidak lekang dibibir melihat bihun goreng kegemaran Irham dihidangkan di meja makan. Sekilas dia melihat jam. Mana Irham ni? Pukul berapa dia nak berangkat kerja?
Daliya mengatur langkah untuk ke bilik semula tapi berhenti sebaik sahaja bertembung dengan Irham yang baru turun dari tingkat atas. Briefcase yang berada ditangan suaminya diambil, diletakan di atas kerusi. Wajah suaminya kelihatan kusut. Kenapa dengan Irham?
“Hari ni Liya masak bihun goreng.’’ Daliya mengambil pinggan dan menyedokkan bihun itu ke pinggan Irham. Irham hanya diam dan duduk di meja makan. Lain benar sikapnya. Biasanya dia pasti akan mengusik Daliya tidak kira masa dan tempat. Daliya pun terkunci mulut untuk bertanya. Takut mengundang situasi yang lain pula nanti.
“Dah, tak payah banyak-banyak.’’ Kata Irham menahan tangan Daliya. Pelik! Biasanya Irham paling suka makan bihun goreng. Tapi, hari ini separuh pinggan pun tidak penuh. Daliya hanya diam. Dia tidak mahu banyak soal. Air minuman dituangkan ke cawan.
“Puihh!! Apa ni?’’ Irham meludah kembali bihun yang dihadam itu ke pinggannya. Akibat terkejut, hampir terjatuh teko air yang berada ditangan Daliya.
“kenapa bang? Tak sedap ke?’’ tanya Daliya. Dia sudah merasa sendiri bihun itu sewaktu menggorengnya dan rasanya memang seperti biasa. Mengikut citarasa suaminya.
“Kalau macam ini makanan, baik tak payah masak!’’ Irham menolak pinggan bihun itu. Daliya berasa sebak tiba-tiba. Kalau betulah bihun itu tak sedap, tak perlu lah dia menolak pinggan itu. Setidak-tidaknya hargai penat lelah dia menyiapkan sarapan ini. Daliya tidak tahu apa yang tidak kena dengan Irham pagi ini. Tapi jelasnya, Irham telah menyakiti hatinya. Dia menarik nafas perlahan-lahan. Cuba mengawal emosi sedihnya. Mungkin mood Irham tidak berapa baik hari ini. Mungkin. Daliya menyedapkan hati.
“Biar Liya masak yang lain,’’
“Tak payah! Abang dah lambat ni.’’ Irham bingkas bangun. Pedih hati hanya ditahan. Biar bagaimana pun dia tidak mahu memarahi Irham. Sebagai isteri, dia perlu hormat kepada suaminya. Daliya menghulur briefcase itu dan mahu bersalam, tapi Irham tidak menyambutnya. Hanya mengambil briefcase dan terus melangkah pergi. Setitis air jernih telah turun membasahi pipi. Akhirnya dia menangis pilu. Tidak pernah Irham membuatnya begini. Dia sebenarnya mahu pergi ke pejabat bersama Irham tapi nampaknya terpaksa pergi sendiri.
Share this novel