IRHAM melihat isterinya sedang sibuk menghadap laptopnya di meja kerjanya. Sekejap-sekejap dia melihat kertas kerja, kemudian matanya akan tertumpu pada skrin laptop itu pula. Sibuk benar lagaknya bini aku ni. Sudah jadi orang bisnes lah katakan. Getus Irham. Secawan mocha latte yang dibuatnya dibawa ke meja Daliya. Sebaik cawan itu diletakkan di meja, bibirnya singgah ke pipi si isteri. Daliya sedikit terkejut tapi dia menyentuh lembut pipi suami yang begitu dekat dengan wajahnya. Irham melihat skrin laptop.
“My wife look so busy, I and Mia so boring. Let’s go out sweetheart.’’ Pujuk Irham sambil memeluk tubuh si isteri.
“Emm, I can’t. tapi Liya janji, lepas Liya habiskan semua ni, Okey?’’ Daliya menolak lembut permintaan suami kerana dia memang tidak boleh berganjak ke mana-mana selagi laporan kerja ini tidak disiapkan. Irham melepaskan keluhan tapi bibirnya tetap menguntumkan senyuman.
“Okey, I keep your promise.’’ Kata Irham lagi. Daliya tersenyum lega. Pandangannya beralih kepada cawan minuman di atas meja kerjanya. Dari aromanya dia sudah dapat teka minuman yang dibuat oleh suami. Bibirnya menguntum senyuman.
“Abang buatkan Liya mocha latte? Hmm.. macam tahu aje yang Liya ni tekak ni tengah haus.’’ Ujar Daliya sambil menghirup aroma minuman yang dibuat.
“Of course I’m know, I want to take care of you, everytime, every single of our life. I do because I love you,’’
Romantik. Itulah yang terbit dihatinya tatkala mendengar kata suami.
“I love you more, and thank you.’’
Cupp! Bibirnya dikucup. Daliya terkedu.
“Tak perlu ucap thank you, kita sama-sama mengharunginya. Liya pernah cakap dulu kalau cinta dan kasih sayang ini menyusahkan tapi apa yang menyusahkan itulah menjadi keindahan.’’ Rambut isterinya dibelai lembut. Pandangan mereka menyatu. Ya Allah, KAU kekalkanlah kebahagiaan ini. desis hatinya. Sebaik itu dia mencium dahi Daliya berlalu pergi.
Daliya menghela nafas. Matanya dipejam. Dia menyentuh bibirnya. Dia tersenyum. Tangannya merayap ke dahi pula. Dia tersenyum lagi. Terasa jantungnya masih berdegup kencang. Dia membuka matanya. Cawan itu diambil sambil jari jemarinya bermain dibibir cawan. Dihirup perlahan, kemudiannya dia menyambung kerjanya semula. Dia perlu menyiapkan kerja ini secepat mungkin.
Sepasang mata mereka bertaut tatkala pintu terbuka. Jam sudah merangkak pukul sepuluh malam. Daliya melangkah ke arah Irham yang sedang tidur bersama Damia di atas katil itu. Kesian baby, sampai terlelap tunggu mama habiskan kerja. Getus Daliya.
“Abang penat?’’ tanya Daliya mendekati Irham dan mengelus rambut suaminya. Irham bangun dari katil. Tangan Daliya diraih. Dia menggeleng perlahan.
“Abang tak penat, tapi Mia ni la, tunggu dia punya mama sampai tertidur.’’ Balas Irham. Daliya melihat wajah puteri kesayangannya yang sudah terlelap. Wajahnya kembali kepada Irham.
“Sorry, esok Liya free, so kita boleh keluar sama-sama. Okey?’’ ceria suara Daliya sambil mencuit hidung suaminya. Irham menariknya ke dalam pelukan. Daliya berasa sungguh bahagia tatkala dipeluk sebegitu. Bagaikan tidak mahu dia melepaskan detik dan ketika ini. matanya dipejam.
“Sayang…’’ panggil Irham.
“Hmm..’’ sahut Daliya perlahan. matanya masih kemas terkatup.
“Sayang tak ada planning nak berhenti kerja?’’ pertanyaan itu membuatkan Daliya membuka matanya. Pelukan dileraikan dan dia memandang Irham lama.
“Abang nak Liya berhenti kerja?’’ tanya Daliya inginkan kepastian. Irham diam kemudiannya meraih tangan Daliya. Wajahnya ditunduk sekejap.
“Abang nak Liya berhenti kerja dan tinggal dengan abang.’’ Kata Irham lagi.
Daliya membisu. Berhenti kerja? Buat masa sekarang ini dia begitu selesa dengan kerjanya. Pendapatan yang begitu lumayan dengan hanya membuat satu kerja yang begitu mudah. Dia pernah berfikir untuk berhenti tapi dia berasa tidak sanggup untuk kembali ke Malaysia semula. Terlalu banyak peristiwa pahit yang berlaku dalam hidupnya. Dia mahu tinggalkan semua kenangan pahit itu tapi sampai bila? Sampai bila dia harus melarikan diri seperti ini? setiap harinya sentiasa dihuni rasa rindu yang teramat pada kedua ibu bapa dan rindu pada suami tatkala Irham terpaksa kembali ke Malaysia. Semuanya terlalu payah untuknya. Daliya menghela nafas panjang. Wajah suami dipandang dengan penuh perasaan.
“Liya.. sebenarnya tak sedia lagi untuk balik Malaysia.’’ Kata Daliya dengan tenang.
“Sampai bila? Abang bukan tak suka, abang tahu apa alasan Liya. Cuma abang minta Liya bagi abang peluang. Abang tak akan biarkan Liya bawa diri ke sini buat kali ketiganya.’’ Kata Irham pula. Bersungguh-sungguh kata-kata itu diluahkan. Dia tahu Daliya pasti takut untuk kembali tatkala segala peristiwa pahit dalam hidupnya. Dia tahu Daliya terluka. Daliya masih membisu. Memikirkan permintaan suaminya, dia harus sedia melakukan apa saja kemahuan Irham kerana lelaki itu adalah suaminya. Terpaksa akur dengan kehendak suami, Daliya akhirnya mengangguk perlahan.
Irham mula menarik senyuman. Bahu isterinya dipegang.
“You mean.. yes?’’ Irham mahukan kepastian.
Daliya memandang wajah itu. Dia tersenyum sambil menggangukkan sekali lagi. Irham terus memeluknya.
“Thanks sayang..’’ jerit Irham dengan penuh gembira.
“Syhh..’’ Daliya meleraikan pelukan sambil meletakan jari telunjuknya ke bibirnya. Irham menyentuh pipinya.
“Thank you, abang janji abang akan jaga Liya dengan Mia dengan sebaik-baiknya dan abang tak mahu sia-siakan peluang yang Liya bagi. Liya adalah anugerah terindah dalam hidup abang, abang tak mahu kehilangan Liya lagi.’’ Ucap Irham perlahan.
“Abang pun adalah anugerah terindah dalam hidup Liya.’’ Daliya mengusap pipi Irham juga.
Keesokannya, Daliya telah membuat surat peletakan jawatan yang mungkin akan berkuatkuasa minggu depan. Sementara itu, dia masih membuat segala persiapan untuk pulang ke Malaysia.
“Mama kita akan berpindah?’’ tanya Damia yang sudah petah bercakap. Daliya mengganguk dengan senyuman. Muka Damia kelihatan sedih. Daliya duduk dan menyentuh pipinya.
“Why baby? Mia tak suka balik Malaysia?’’
Damia mengganguk kemudian menggeleng.
“Kenapa sayang?’’
“I gembira kita akan balik Malaysia sebab I akan jumpa nenek dan atuk. But, I’ll miss my friends ecspecially Amanda.’’ Beritahu Damia lagi. Oh.. patutlah dia mengangguk dan menggeleng. Rupanya ada dua sebab dia tidak suka berpindah. Daliya mengusap rambut Damia.
“Baby, nanti bila kita sampai sana kita tak berpisah dengan Amanda,’’
“How can?’’
“We’ve any tecnology right? We can still on contact with them.’’
“You mean on skype?’’ tanya si kecil dengan ceria. Daliya mengganguk dengan senyuman. Si kecil mula menguntumkan senyuman. “Okey, that’s good my pretty.’’ Daliya mengusap pipi Damia menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
Irham melihat anak serta mamanya sedang sibuk menyimpan pakaian bersama ke dalam beg. Timbul niat nakalnya untuk mengusik Daliya. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arahnya. Damia terlebih dahulu melihatnya tapi pantas dia meletakkan jarinya ke bibir. Si kecil hanya mengganguk tanda mengerti sambil tersengih. Kemudian dilihat mamanya yang masih memberi tumpuan terhadap segala pakaian yang ada dihadapannya.
Jarinya dicucuk ke pinggang isteri membuatkan Daliya terlatah. Damia dan Irham tertawa terkekeh-kekeh. Daliya sudah buat muka geram.
“Abang ni kan…’’ kata-katanya terhenti tatkala suaminya memeluk dan mencium pipinya. Damia menutup muka sambil tersenyum. Seraya itu juga Daliya mencuit pinggang Irham. Gatal tak kira tempat. Damia membuka tangannya.
“Can I get kiss too?’’ tanya si kecil membuatkan Irham dan Daliya tersenyum. Telatah comel si kecil sentiasa mengusik hatinya. Daliya menarik Damia ke dalam pelukan.
“Of course you can,’’ kata Irham sambil memandang Daliya.
Cupp!
Daliya mencium pipi sebelah kiri.
Cupp!
Irham mencium pipi sebelah kanan.
Damia menepuk tangan tanda begitu gembira. Pipi kedua mama dan papanya pula dicium.
“I love you mama, papa,’’ ucapnya. Mereka berpelukan.
“We love you too,’’ balas Daliya. Anaknya kini sudah membesar dengan bijak. Mulutnya sentiasa becok bertanya diawal usia 3 tahun.
AKHIRNYA pernantian bertahun lama itu berakhir jua. Dia telah kembali ke tanah airnya setelah bertahun tinggal di negara asing. Daliya mengucapkan syukur kerana masih dapat menjejakkan kaki ke nagara ini kembali. Wajah Damia yang tertidur akibat keletihan ditatap. Damia adalah permata yang terlalu berharga untuknya.
“Penat?’’ tanya Irham yang berbisik dekat pada telinganya. Daliya menggeleng.
“Excited. Ibu dengan ayah mesti gembira bila kita buat surprise ni.’’ Kata Daliya penuh teruja. Irham memeluknya erat. Teksi yang dinaiki kita tiba di banglo mewah milik Datuk Sufian. Jam sudah berdetik pukul 10 malam. Lampu masih lagi cerah bermakna keluarga ini masih belum tidur. Daliya mengejutkan Damia dalam pelukannya.
“Baby, kita dah sampai.’’ Kata Daliya perlahan. Damia menggeliat lembut sebelum membuka kelopak matanya. Melihat wajah mamanya, dia tersenyum.
“Dah sampai ke?’’ soalnya. Daliya mengganguk. Anak kecil itu bingkas bangun dan keluar dari kereta teksi. Irham sudah mengeluarkan beg-beg yang dibawa dan memberikan harga tambang kepada pemandu teksi.
“Wow, this house so beautiful. I suka. Ibu dengan ayah ada dekat dalam ke mama?’’ tanya Damia dengan perasaan cerianya. Daliya mengganguk lagi. Terus tangannya ditarik.
“Jom lah, kita jumpa ibu dan ayah!’’ katanya lagi.
Ada tangisan yang terbit tatkala Datin Fatimah memeluk tubuh Damia. Berkali-kali dia mengucup pipi cucunya itu. Bagaikan tidak percaya akhirnya dia dapat juga memeluk Damia.
“This is.. aunty Nani?’’ tanya Damia sebaik Hanani tiba di situ. Mata Hanani yang tadinya mahu terlelap tapi terus tercelik luas. Aunty Nani?
“Oh my little one… you are so cute!’’ Hanani sudah mengendong tubuh Damia. Daliya dan Irham hanya tersenyum melihat keterujaan mereka dapat bertemu dengan Damia yang selama ini hanya bertemu di skype.
“Kak Liya janganlah balik sana lagi. Teruslah tinggal dekat sini.’’ Pujuk Hanani bimbang kalau-kalau Daliya akan kembali ke Australia semula. Daliya tersenyum kecil.
“Ya, aunty. Mama I cakap dia akan tinggal sini.’’ Mulut becok Damia pula yang bersuara. Hanani tertawa sambil mencuit hidungnya.
“Iya ke? Mama you cakap macam tu?’’ Hanani mula membahasakan ‘I you’ dengan Damia. Laju saja kepalanya mengganguk. Alolo.. comel!
“Eh, sambung bersembang esok lah pulak. Dah tengah malam ni, kesian Mia.’’ Celah Datuk Sufian pula. Hanani mengganguk.
“Malam ni, Mia tidur dengan aunty yer?’’ ajak Hanani. Damia melihat wajah mama dan papanya. Keningnya diangkat.
“Can I..?’’ soalnya.
“Sure, tapi jangan nakal-nakal.’’ Pesan Irham sambil mencuit pipi Damia.
“Make sure papa jangan nakal-nakal jugak.’’ Balas Damia membuatkan semua orang tergelak.
Penat. Seharian perjalanan, rasanya begitu memenatkan. Daliya berasa lebih selesa untuk mandi terlebih dahulu sebelum tidur. Dia mengambil sehelai tuala yang masih baru. Ketika Irham masuk ke dalam bilik, dia telah siap mandi dengan berbalut tuala berwarna kuning paras peha itu. Irham memandangnya lama.
“Kenapa tenung saya sampai macam tu?’’Daliya menyergahkan soalan itu sebaik melihat pandangan suaminya yang semacam.
“Tergoda.’’ Selamba saja Irham menjawabnya.
“Eii.. dah lupa ke Mia pesan tadi. No naughty,naughty.’’ Ujar Daliya sambil tersenyum.
Irham sudah menapak ke arahnya. Tangan isterinya diraih.
“I’ll won’t be naughty if you do not make me naughty.’’ Ucapnya penuh menggoda. Daliya menggeleng sambil mengangkat keningnya. Bibirnya diketap dari tersenyum. Tangan lelaki itu sudah merayap entah kemana, pelukan dikemaskan. Sebuah ciuman hinggap ke leher, menjalar ke pipi dan bibirnya. Lama keadaan itu sehingga dia sendiri tidak sedar sejak bila pula tubuhnya berada di atas katil ini.
“Err.. abang, we can’t..’’ Daliya tiba-tiba teringatkan sesuatu. Irham mengelus manja wajah isterinya. Keningnya semakin bertaut.
“Why…?’’ lembut pertanyaan suaminya. Daliya mengusap rambutnya. Melihat keinginan Irham dengan tenang.
“Liya.. period.’’
Satu jawapan yang membuat wajah Irham terus kecewa. Seperti budak yang kecewa tidak dapat mainan. Ha, begitulah wajah suaminya tatkala itu. Daliya tersenyum. Dia pun baru perasan ketika mandi tadi. Dia mengucap syukur tatkala menjadi seorang perempuan, dia tidak mengalami sakit senggugut yang kuat ketika datang bulan.
“Hmm..’’ muncungnya dipanjangkan. Daliya mencubitnya. Comel sangat buat muka macam ni! Pelukan itu dileraikan. Wajah isterinya dipandang dengan penuh rasa cinta.
“Sayang, sayang tahu tak yang abang begitu bahagia memiliki sayang sebagai pemaisuri hidup abang dan juga ibu kepada anak abang.’’ Ucapnya dalam nada lembut. Daliya tersentuh. Diusap perlahan wajah suaminya. Wajah suaminya ditatap lama.
“Liya pun bahagia dapat jadi sebahagian dari hidup abang.’’ Balas Daliya mengucup lembut tangan suaminya yang digengam erat. Dia bahagia memiliki suami seperti Irham. Lelaki itu menariknya ke dalam pelukan semula. Daliya hanya membiarkan. Mengikut kajian, pelukan yang berlaku sekurang-kurangnya 20 saat mampu mengurangkan tekanan darah dan jumlah Cortisol, yang merupakan sejenis hormon yang dirembeskan oleh manusia sewaktu mengalami tekanan. Daliya tahu suaminya ini sering mengalami banyak tekanan tatkala hidup mereka berjauhan dulu. Membahagikan masa untuk menguruskan syarikat, dan untuk menjenguk isteri yang jauh di tempat orang. Segalanya itu mungkin begitu membebankan dia, tapi tidak pernah Irham luahkan. Ketabahan seorang suami dan ayah seperti Irham amat dikaguminya.
Daliya terpaksa menahan dari daripada bangun. Tangan suami yang memeluknya di atas katil itu bagaikan tidak mahu dilepaskan. Tubuhnya sudah kesejukan penghawa dingin apatah lagi dia hanya bertuala mebaluti tubuhnya, dan rambutnya yang masih basah. Dia mengusap lembut tangan suaminya.
“Abang..’’
“Hmm..’’ sahut Irham yang kedengaran malas.
“Sejuk.’’ Suara Daliya kedengaran seperti merengek manja. Terus Irham berpaling mengadapnya. Tangannya masih belum mahu melepaskan tubuh isterinya. Bibirnya menguntumkan senyuman.
“Alolo.. kesian, meh abang tolong pakaikan.’’ Ajak Irham.
“Oh.. how sweet. But can you hold yourself to do it?’’ jawab Daliya mengangkat keningnya. Lelaki itu tersenyum mengekek. “No.’’ balasnya.
“That’s good. So, Liya kena pakai baju guna tangan sendiri lah.’’ kata Daliya lagi.
“No choice.’’ Kata Irham membuatkan Daliya tertawa. Dicuit manja hidung suaminya sebelum bangun dari katil. Seperti tadinya, Irham kecewa lalu membenamkan wajahnya ke atas tilam. Telatah Irham membuatkan Daliya menggeleng lagi. Macam-macam!
Share this novel