BAB 29

Romance Completed 89895

Datuk Sufian menjenguk Irham di hospital. Keadaan yang masih sama. Entah sampai bila anak lelakinya itu harus terbaring di katil hospital itu. Datin Fatimah sudah seminggu deman akibat memikirkan Irham. Kesian pula dia melihat isterinya itu. Perasaannya teringatkan anak menantunya, Daliya. Kemana perginya wanita itu? Tidak tahukah dia Irham sedang terbaring di sini yang hanya mempunyai ‘harapan’ yang tipis untuk hidup dan sedarkan diri? Datuk Sufian menggeleng lemah dari luar wad itu. Saat itu juga dia melihat keluarga Datuk Arshad.

“Macamana dengan Irham?’’ soalnya yang melihatnya dari arah cermin. Datuk Sufian hanya menggeleng lemah.

“Macam itu lah, Shad. Aku tak tahu sampai bila dia harus terbaring macam tu. Isteri aku tu sampai deman sebab terlalu kuat fikirkan masalah ini.’’ luah Datuk Sufian.

“Kau sabarlah. Anggap saja ini semua ujian buat keluarga kau. ALLAH itu Maha mendengar. Jangan berhenti berdoa agar Irham cepat-cepat sembuh dan sedarkan.’’ Kata Datuk Arshad menasihati.

“Ini anak perempuan kau yang belajar dekat U.K tu ke?’’ tanya Datuk Sufian setelah Hazwin bersalaman dengannya. Datuk Arshad mengganguk perlahan.

“Dia baru habis belajar di sana, tak lama lagi akan masuk ke Kejora Holdings.’’ Kata Datuk Arshad dengan bangga. Hazwin hanya tersenyum.

“Err, Awin nak tengok abang Irham kejap.’’ Ujar Hazwin pula. Datuk Sufian mengganguk saja dan membiarkan hazwin masuk ke ruangan itu. Sebaik masuk ke dalam pandangannya beralih ke sekujur tubuh yang terbaring itu. Dia mendekati katil itu.

“Abang Irham.. Awin tahu abang boleh dengar apa yang Awin nak katakan ni. Awin dah habis belajar. Awin balik ni sebab nak tunjukan dekat abang ijazah yang Awin dapat. Ingat tak, dulu abang pernah cabar Awin? Abang cakap Awin ni budak mentah yang tak tahu apa-apa dalam dunia bisnes. Sekarang abang silap sebab pernah cakap Awin macam tu. Awin dah boleh jadi persaingan abang. Tapi untuk itu, Awin harap abang sedar. Awin akan rasa segalanya akan jadi sia-sia kalau abang terus terbaring macam ni.’’ Kata Hazwin dengan sebak. Saat itu jua dia merasakan ada sesuatu. Jari-jemari Irham bergerak-gerak biarpun matanya terpejam rapat. Hazwin menguntumkan senyuman. Dia terus bangkit dari kerusi dan menuju ke luar.

“Papa, abang Irham..’’ katanya sambil tersenyum. Kedua-dua orang tua itu terpinga-pinga lalu masuk ke dalam wad itu. Datuk Sufian tersenyum sambil memandang Hazwin.

“Ini..ini satu keajaiban.’’ Ucapnya.

“Alhamdulilah.’’ Ucap Datuk Arshad pula.

“Awin panggilkan doktor.’’ Hazwin berlalu pergi sementara Datuk Sufian mengambil tempat disisi anaknya itu.

“Sudah hampir 29 hari dia tidak sedarkan diri, alhamdulilah keadaannya telah menunjukan perubahan. Saya percaya, anak Datuk akan sedar tidak lama lagi. Teruskan bercakap dengannya kerana dia masih boleh mendengar. Berikan kata-kata semangat, in Shaa Allah.. semuanya akan berjalan dengan lancar.’’ Kata doktor yang merawat. Datuk Sufian mengganguk perlahan. Balik sahaja petang itu, dia terus menyampaikan berita gembira ini kepada Datin Fatimah.

“Ya Allah, Alhamdulilah. Saya nak pergi tengok dia.’’ Kata Datin Fatimah dengan penuh teruja.

“Esok-esoklah. Awak kan masih tak sihat. Nani dah ada dekat sana tolong tengok-tengokkan Irham.’’ Kata Datuk Sufian membuatkan Datin Fatimah mengganguk. Tapi dia bersyukur ke hadrat ILAHI kerana masih memberi kesempatan untuk dia melihat anaknya kembali.

“Abang.. abang kena kuat. Abang mesti nak jumpa kak Liya kan? Kalau abang nak jumpa kak Liya dengan anak abang semula, abang kena kuat. Abang kena lawan sakit abang. Nani dapat rasakan, dimana pun kak Liya berada sekarang, dia pun ingin lihat abang sembuh.’’ Kata Hanani sambil mengusap anak rambut abangnya itu. Jari jemarinya menunjukan reaksi positif. Hanani tersenyum lega biarpun mata itu masih terkatup. Dia parcaya Irham mendengarnya. Untuk seketika dia terlelap kerana penat. Balik sahaja dari kolej, dia terus ke hospital untuk menjaga Irham bagi mengantikan ayahnya.

Hanani membuka kelopak matanya perlahan-lahan kerana ada sesuatu yang menggangu tidurnya. Seperti ada serangga kecil yang merayap di atas rambutnya membuatkan dia mengangkat kepalanya dari tidur di situ. Sungguh dia terkejut, benda yang difikirkan serangga itu ternyata tangan abangnya.

“Abang!’’ dia memeluk tubuh abangnya bagaikan tidak percaya bahawa lelaki itu sedang melihat dan tersenyum kepadanya. Dia gembira kerana dapat melihat senyuman abangnya semula.

“Abang, abang dah okey? Err.. ada sakit mana-mana tak?’’ tanya Hanani. Irham menggeleng.

“Abang! Nani rindukan abang sangat-sangat!’’ Hanani bagaikan masih tidak percaya kemudian meraih Irham ke dalam pelukannya sekali lagi.

“Lemaslah abang macam ni…’’ kata Irham perlahan membuatkan Hanani terus meleraikan pelukan.

“Okey, sorry-sorry. Hanani teruja sangat.’’ Kata Hanani dengan gembira. Irham hanya tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia meraba kepalanya. Sakitnya masih terasa. Hanani terus keluar memanggilkan doktor yang bertugas untuk memastikan keadaan abangnya. Selesai diperiksa, segalanya telah dipastikan dengan baik. Cuma sewaktu Irham cuba untuk mengerakkan kakinya, dia berasa tidak kuat.

“Kenapa boleh jadi macam itu doktor?’’ tanya Hanani.

“Biasalah, sudah 30 hari tidak sedarkan diri dan tidak dapat melakukan pergerakan, dia akan mengalami masalah begitu pada peringkat awal. Tapi, keadaannya baik-baik sahaja. Cuma dia perlukan sedikit rawatan.’’ Balas doktor pula. Hanani mengganguk tanda mengerti.

Tiga hari selepas itu, Datin Fatimah meminta untuk meneruskan rawatan Irham di rumah sahaja memandangkan Irham sudah menunjukan perubahan yang baik. Tanpa sebarang bantahan, doktor hanya membenarkan saja permintaan Datin Fatimah memandangkan lagi tiga hari umat islam akan menyambut syawal yang bakal menjelma. Beraya di hospital mungkin bukanlah suatu yang mengembirakan bagi sesiapa sekalipun. Balik sahaja ke rumah, Irham hanya mampu duduk di kerusi roda itu tanpa dapat berbuat apa-apa. Bagaikan tidak percaya tapi itulah kenyataannya. Hampir sebulan dia koma dan tidak sedarkan diri. Mengingati segalanya dari awal, mungkin sudah suratan takdir dia kemalangan dan tidak dapat menemui Daliya hari itu. Mungkin belum tiba masanya untuk dia menemui insan yang dicintainya itu. Segalanya memori bersama dengan Daliya terimbas diingatan.

“Jauh termenung bang?’’ teguran Hanani membuatkan Irham tersedar dari lamunannya. Gadis itu menghampirinya. Irham hanya diam sahaja.

“Nani pun rindukan kak Liya.’’ ujar Hanani lagi.

“Nani,’’ panggil satu suara dari belakang membuatkan Hanani berpaling. Ibunya berkerut muka sambil memandangnya. Hanani melangkah meninggalkan abangnya dan berlalu ke arah ibunya.

“Kenapa ibu?’’ tanya Hanani pelik. Datin Fatimah diam seketika.

“Ibu tak mahu kamu cakap pasal Liya depan abang kamu.’’ Kata-kata yang keluar dari mulut Datin Fatimah membuatkan Hanani terpana untuk seketika.

“Kenapa ibu cakap macam tu, kak Liya kan isteri..’’

“Dia bukan lagi isteri abang kamu.’’ Pintas Datin Fatimah. Ternganga Hanani untuk seketika. Perlahan-lahan dia menggeleng lemah.

“That’s nonsense. Ibu, abang masih cintakan kak Liya, dan Nani rasa..’’

“Hanya dia yang cintakan Liya. Habis Liya? kemana dia masa Irham perlukan dia? kemana dia semasa Irham menghadapi saat-saat yang getir? Hah?’’ tanya Datin Fatimah dengan keras. hanani hanya diam. Dia tiada jawapan untuk itu.

“Ibu dah tak nak dengar dah apa-apa cerita sekalipun pasal perempuan tu. Kehadiran dia dalam hidup abang kamu hanya memberikan nasib buruk. Ibu dah call Hazwin suruh dia datang temankan Irham.’’ Kata Datin Fatimah dengan tegas lantas melangkah pergi meninggalkan Hanani yang masih terpinga-pinga di situ bagaikan tidak percaya. Sikap ibunya sudah berubah hampir seratus dua puluh darjah. Perlahan-lahan dia mengeluh lemah. Nampaknya ibunya semakin membenci kak Liya. Walaupun hakikatnya wanita itu masih lagi sah isteri kepada abangnya.

SYAWAL kian menjelma dan ramadhan kian pergi meninggalkan. Daliya merajinkan dirinya membuat kuih-muih raya sambil dibantu oleh Achik. Mak pula sibuk mengayam ketupat. Sudah lama dia belajar membungkus ketupat dengan cara yang betul tapi masih juga tidak menjadi.

“Tirah, hulurkan bekas, akak nak letak biskut ni.’’ Kata Achik sambil membuka ketuhar. Sebaik keluar sahaja biskut itu bau wanginya semerbak.

“Emm .. sedapnya bau dia kak Chik. Tak sabar rasanya nak makan lepas berbuka nanti.’’ Kata Atirah. “Hisy! Mana boleh. Orang buat kuih untuk raya ni, kalu nak makan banyak tunggu pagi raya.’’ Balas Achik. Atirah sudah mencebik tanda tidak puas hati. Daliya tersenyum sahaja sambil menyiapkan adunan untuk membuat kuih bahulu.

“Ni, nanti Tirah makan bahulu kak Long jelah.’’ Kata Daliya. Atirah hanya mengganguk sambil tersenyum. “Tapi kena tolong bakarkan bahulu ni sampai masak.’’ Ujar Daliya lagi.

“Alahh.. letih lah. Tengok benda makan ni, buat perut rasa lapar aje.’’ Balas Atirah pula.

“Amboii, makan nak banyak, buat malas.’’ Tegur Achik. Gadis itu hanya mencebirkan bibir. Dia kemudiannya memasang radio. Mungkin sudah bosan mendengar omelan Achik.

“Along, Achik nak tanya boleh?’’ tanya Achik sambil membentukan biskut di atas dulang untuk dibakar. Daliya hanya mendengar sahaja.

“Hari tu, abang Irham ada telefon Achik, tanya pasal along.’’ cerita achik. Tangan Daliya yang mengacau adunan itu serta-merta berhenti.

“Habis tu, Achik cakap apa?’’ Daliya ingin tahu.

“Achik cakaplah Along ada dekat sini. Hmm.. Along bergaduh dengan abang Irham ke?’’ pertanyaan achik kali ini membuatkan Daliya menyambung kerja.

“Achik rasa, tak elok dibiarkan lama-lama. Baik Along dengan abang Irham bawa berbincang. Dari cara abang Irham call Achik hari tu, Achik dapat rasakan yang dia masih sayang Along dan sangat memerlukan Along.’’ Nasihat achik lagi. Daliya hanya membisu. Jadi Irham sudah lama tahu dia berada di kampung? Tapi kenapa pula dia tidak datang ke sini? Daliya berasa sebak. Lagu ‘Pulanglah’ nyanyian Aishah yang dimainkan di radio tatkala itu pun turut menangisi hatinya. Daliya tergelam dalam lamunan hatinya yang semakin pilu.

Termenungku sendiri..
memendam rindu tidak menentu..
kasih suci murni yang kita bina..
hapus hancur oleh kata fitnah..
di pagi hari raya..

hati sayu mengenang dirimu..
mudahnya kau mengantikan diriku
seolah cintaku tak berharga..
Apakah suratan..
aidilfitri suatu titik akhir..
sekian lama bercinta..
kau tiada di hari mulia..
keampunanku pohon..
sekiranya aku yang berdosa..
pulanglah ku merinduimu sayang,
ku menantimu dengan hati rela..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience