Nazira tersenyum. Panggilan yang baru diterimanya tadi membuatnya tersenyum puas. Nampaknya ‘benda’ yang dihantar itu telah menunjukan perubahan pada lelaki itu. Kali ini, Irham akan ‘menggila’ mencarinya. Biar Daliya tahu, tiada apa yang dapat menghalangnya untuk bersama Irham. Kalau dengan cara kasar dia tidak dapat memiliki Irham, dengan cara halus pun jadi lah. Dia menolak pelawaan Irham yang mengajaknya keluar makan tadi pun hanya kerana tahu lelaki itu akan ‘menggilakan’ dia semula. Dia tersenyum lagi mengingatkan panggilan Irham tadi.
“Hah? Ada apa you call I ni?’’ herdiknya.
“Err.. I, I nak minta maaf.’’ Balas Irham. Nazira sudah bergelak sakan dalam hatinya.
“Kalau sebab itu you call I, baik tak payah. Lupakan aje I, pergi lah bersama isteri you yang you puja sangat tu.’’ Nazira meletakkan panggilan itu. Kemudian dia ketawa besar sebaik sahaja telefon itu berdering lagi. Berkali-kali Irham menghubunginya. Akhirnya dia mengangkat juga.
“You nak apa lagi ni?!’’ marahnya.
“Zira, I tak boleh nak lupakan you. Setiap malam I teringatkan you. Please, kita jumpa. Kita keluar makan.’’ Ajak Irham. Ternganga Nazira seketika. Tak sangka Irham akan berubah seratus peratus begini. Hahahaha! Padan muka kau. Biar jadi sekali jadi ‘gila’ sebab aku!
“Maaflah, I ada urusan lagi penting dari keluar makan dengan you.’’ Balas Nazira acuh tak acuh.
“Okey, kalau sekarang tak boleh, mungkin besok?’’
“Tak sure, besok I ada meeting.’’
“Lusa??’’
Nazira ketawa kuat. Gila! Nampaknya si Irham memang betul-betul sudah ‘angau’ kan dia.
“Hmm.. tengoklah dulu macamana. Nanti I comfirm kan kemudian.’’ Ujar Nazira.
“Okey, I tunggu panggilan you.’’ Kata Irham akhirnya. Talian terus dimatikan.
Nazira mengambil kotak rokok itu. Sebatang diambil dan api rokok itu dinyalakan. Ketagihannya terhadap rokok sudah tidak dapat dikawal lagi. Asap dihembus keluar dari mulutnya. Dia kemudiannya mengilai bagaikan hantu bila mengingatkan kesungguhan Irham untuk berjumpa dengannya tadi.
‘Irham, Irham… itulah akibatnya kalau buat aku sakit hati. Kali ni biar aku pulak yang sakitkan hati kau! Biar kali ini, aku nak tengok kau melutut depan aku!’ sumpah Nazira.
DALIYA mengerling jam di dinding. Pukul lapan empat puluh lima minit malam. Dia mengeluh. Jarang sekali suaminya pulang lewat tanpa memberitahunya. Daliya semakin resah. Dia melihat telefon bimbitnya. Sudah puas dia mendail nombor telefon suaminya namun tidak satu pun yang berangkat. Kenapa dengan Irham? Sudah dua tiga hari dia bersikap begini. Daliya mendengar bunyi kereta di halaman rumah. Lekas-lekas dia bangun dan mengintai dari celah langsir. Dia melihat Nazira yang turun dari kereta. Hatinya terguris. Dia terus kembali duduk di sofa dengan perasaan yang sebak.
“Abang pergi mana dengan Nazira? Patutlah Liya call abang tak angkat.’’ Daliya terus bersuara sebaik sahaja suaminya itu masuk ke dalam rumah.
“Abang penat Liya. Tolong jangan buat abang naik angin malam-malam ni.’’ Balasnya kasar. Daliya kaku. Jawapan yang langsung tidak menjawab pertanyaannya. Susah sangatkah untuk berterus terang?
“Abang fikir abang aje yang penat? Habis Liya ni, tak penat? Dari petang tadi bang. Dari petang tadi Liya tunggu abang dekat rumah. Macam orang bodoh call abang tapi langsung tak diangkat..’’ marah Daliya. Hatinya cukup sakit dengan perangai Irham.
“Tolong jangan nak membebel kalau tak tahu hujung pangkalnya!’’ bentak Irham.
“Hujung pangkalnya abang memang dah berubah?! Macam tu?!”
“Diam!!’’ Irham terus menekup mulut Daliya.
“Aku tak suka kalau balik dengar kau membebel tak tentu arah ni. Tolong jangan bagi aku tekanan jiwa boleh tak?’’ ujarnya. Air mata Daliya terus mengalir. Seraya itu ditolak tangan suaminya. Hatinya hancur berkaca-kaca mendengar bait bicara itu. Langkahnya terus pergi meninggalkan Irham.
Di dalam bilik, dia menangis semahu-mahunya. Hatinya terluka dengan sikap suami yang sekelip mata berubah. Perutnya disentuh perlahan. Kalau tidak kerana bayi dalam kandungannya, tidak mungkin dia mahu kembali ke Irham semula. Sungguh dia menyesal. Irham tiada pernah berhenti menyakiti hatinya. Kata janji yang dilafazkan hanyalah dusta semata-mata. Mengingatkan segalanya, hatinya merintih sakit.
Dia merebahkan badanya. Tombol pintu dipulas sekaligus membuatkan Daliya bertindak menarik selimutnya hingga ke menutupi kepalanya. Kalau boleh dia mahu tidur dan tidak mahu melihat wajah suaminya itu sehingga terbitnya matahari. Sebaik mendengar Irham masuk ke bilik air, dia menangis lagi. Entah kenapa rasanya seperti kedengaran dengan jelas kata-kata suaminya tadi. Daliya memejamkan matanya. Tapi dia tidak dapat melelapkan mata. Sehinggalah tubuh suaminya itu membaringkan tubuh disisinya, Daliya masih tidak dapat melelapkan matanya. Saat itu juga dia merasakan tubuhnya dipeluk dari belakang. Tidak terdaya untuknya menepis. Tapi dia menangis. Membiarkan air mata itu mengalir sehingga dia tertidur dengan sendirinya.
……………………………….
NAZIRA bahagia. Akhirnya Irham jatuh jua kepangkuannya. Hampir setiap hari, lelaki itu tidak pernah jemu untuk menemuinya. Padan muka kau Liya! kali ini, Irham tak akan berpaling pada kau lagi. Dia dah ‘gilakan’ aku semula. Sebaik aku dapatkan ‘cina buta’ nanti, aku akan pastikan Irham akan terima aku balik.
“Hello, mama. Macamana? Dah jumpa?’’
“Zira, jangan fikir mama akan bantu Zira buat perkara yang tak masuk akal ni. Tolong jangan gila talak macam ni. Looks, anak mama masih cantik, berkerjaya, there are someone create for you dear, just leave him.’’ Pujuk mama.
“No way! I love him mom. No one else. Ish! Cakap dengan mama ni langsung tak menyakut. Mama tak akan faham Zira.’’ Nazira memutuskan talian dengan perasaan yang sebal. Susah sangatkah untuk mamanya memahami dirinya yang masih menyintai bekas suaminya itu? Selamanya, dia akan menyintai Irham. Dia sanggup lakukan apa sahaja agar dapat kembali kepada Irham.
‘aku mesti dapatkan cina buta. Tak kan lah nak bersama dengan Irham selamanya macam ni? Sekurang-kurangnya dia masih boleh jadi hak aku. kalau boleh, biar dia ceraikan perempuan tak guna tu. Dia langsung tak layak pegang status isteri Irham.’ Desis Nazira perlahan.
“Hei Zira!’’ teguran suara itu memeranjatkan Nazira di situ. Nazira melihat lelaki berkulit hitam manis itu. Shahrul. Rakan sekuliah semasa dia berada di New York dulu.
“Wah, tak sangka dapat jumpa you dekat sini. How are you dear?’’ dia menghulurkan tangannya. Lambat-lambat saja Nazira untuk menyambutnya. Masih dia ingat dulu, Shahrul inilah yang mengadu kepada Irham kalau dia curi-curi minum minuman keras di kelab malam semasa di New York dulu. Dasar mulut tempayan! Suka sangat masuk campur hal orang. Ngomel Nazira.
“Eh, jemputlah duduk, minum-minum dulu.’’ Nazira cuba bermesra. Tidak mahu juga nanti dicop sombong dengan kawan lama. Lelaki itu terus mengambil tempat di kerusi kosong dihadapannya.
“ Thank you. You buat apa sekarang ni?’’ tanya Shahrul.
“I kena uruskan Danau Holding’s. how about you?’’
Shahrul tersenyum kecil. Hanya memandang gadis seksi yang berada dihadapanya. Nazira.. masih tetap cantik dan seksi seperti dulu. Kalau tidak kerana Irham, sudah pasti dia akan cuba untuk merebut hati Nazira. Tapi sekarang Irham sudah berkahwin, mungkin sudah tiada penghalang untuknya memiliki gadis ini.
“Hei.. you mengelamun eh?’’ Nazira mencubit lenggannya membuatkan Shahrul tersedar dari lamunannya. Dia ketawa kecil.
“Sorry, I terpegun sekejap tadi dengan kecantikan you.’’ Puji Shahrul membuatkan Nazira kembang. ‘Memang Shahrul tak silap mengatakan aku cantik. Sebab aku memang cantik. Tapi kalau yang memuji aku tadi adalah Irham, pasti aku rasa pujian itu lebih bermakna.’ Desisnya.
“You ni kan Shah, masih tak berubah tau!’’ Nazira tertawa.
“Betul. I’m serious. You looks gorgeous,and.. yummy!’’ kata-kata yang membuatkan tangannya dicubit sekali lagi.
“By the way.. you dah kahwin ke? Iyalah.. lama dah jumpa ni kan. Entah-entah, dah milik orang.’’ Kata-kata Shahrul membuatkan Nazira kelu. Kahwin? Memang dia sempat merasakan alam pernikahan selama 2 minggu lebih itu.
“You rasa?’’ tanya Nazira pula. Shahrul tertawa kecil.
“Tak sempat nak merasa lah kalau you kahwin. Kalau belum mungkin boleh kut..’’ balasnya bersahaja. Masih suka bergurau seperti dulu.
“Eish, you ni kan.. okey. Buat masa sekarang I memang nak kahwin tapi tak ada orang nak dekat I ni.’’ Kata Nazira bersungguh-sungguh bila teringatkan kalau dia perlu cari ‘cina buta’ sebagai syarat untuk dia kembali menjadi isteri Irham semula setelah diceraikan dengan talak tiga. Terpana Shahrul mendengarnya.
“Oh my GOD! Are you kidding me? You’re look perfect like this but there’ has no one to married? Nonsense. Atau you yang memilih tak?’’ ujar Shahrul lagi. Nazira ketawa.
“I’m serious dude! I can’t find another man batter than him. I still love him until today and forever.’’ Luah Nazira akhirnya. Shahrul mendengus kecil. Tak habis-habis dengan Irham!
“Lupakan dia Zira. Dia dah kahwin. You perlu bukakan hati you untuk orang lain. Untuk seseorang yang sanggup berkorban untuk you. Untuk seseorang yang lebih layak untuk you.’’ Mendatar sahaja kata-kata Shahrul menasihati. Huh! Sedikit pun tidak menyentuh hati Nazira yang sudah keras seperti batu itu. Dia yakin Shahrul pasti sanggup menjadi ‘cina buta’ untuknya. Dari cara percakapan lelaki itu dia sudah mengagak kalau Shahrul memang sudah lama menaruh hati terhadapnya. dia harus manfaatkan situasi ini.
Share this novel