BAB 25

Romance Completed 89904

DALIYA mencapai botol sanquick atas kabinet dapur. Matanya meliar ke halaman rumah yang sunyi sepi. Nampaknya semua orang mungkin telah ke majlis pernikahan Siti. Sedang sibuk dia membancuh air di tepi singki, tiba-tiba datang sepasang tangan memeluk aku dari belakang. Terkejut bukan kepalang, dia hampir untuk memukul orang itu. Tapi sebaik berpaling, ternyata itu adalah achik.

“Achik!’’ jeritnya lantas kami berpelukan.

“Along pergi mana lama tak balik? Wah.. rindu gile kat along. See? Siapa lagi berisi. Mother to be..’’ Achik menyentuh perut Daliya yang memboyot.

“In shaa Allah, alhamdulilah.’’ Kata Daliya. Achik hanya tersenyum. Tudungnya dibetulkan.

“Achik balik ni sebab nak datang majlis kahwin Siti ke?’’ tanya Daliya lagi.

“Iyalah. Kawan baik sendiri nak kahwin, tak kan lah tak datang. Nasib baik cuti sekolah majlisnya. Tak payah Achik kena ambil cuti.’’ Kata Achik lagi.

“Siti sebaya Achik pun dah jumpa pasangan, Achik bila lagi?’’ tanya Daliya. Achik tertawa kecil.

“Hee.. Achik tunggu anak dato macam along lah. Baru fair.’’ Balas Achik dengan nada bergurau. Tiba memandang kiri kanan.

“Eh, mana abang Irham? tak nampak pun dari tadi.’’ Tanya Achik pula. Daliya terdiam.

“Sibuk sikit. Nanti sampailah dia kalau kerja-kerja dekat pejabat tu habis’’ Kata Daliya. Belum bersedia untuk dia berkongsi sesuatu yang kurang menyenangkan untuk didengar biarpun kepada Achik.

“Hmm, tunggu kerja habis, sampai mati pun tak akan habis. Ni along duduk sini sampai habis pantang ke?’’soalnya lagi. Daliya mengganguk. Sekali lagi Achik bertempik gembira.

“Wahh, bestnya along. Puasa, raya dekat kampung. Achik jugalah yang tempat orang. mintak tukar masih tak lulus lagi.’’ Kata Achik dengan nada sedih.

“Jangan mengeluh macam tu, tak baik. In Shaa Allah nanti adalah tu. Usaha, tawakal.’’ Pujuk Daliya. Achik sekadar mengganguk. Mengiakan kata Daliya, dia sepatutnya tidak mengeluh. Mungkin ada hikmatnya dia masih kekal mengajar di tempat orang.

“Ni bila nak siap air ni? dari tadi tunggu. Haus.’’ Kata Achik tiba-tiba. Daliya tertawa kecil.

“Ambik ais batu,’’ katanya kepada Achik. Cepat saja Achik ke peti ais.

“Nanti kita pergi majlis kahwin Siti, ya kak long.’’ Ujar Achik. Daliya mengangguk sambil tersenyum. Mereka tertawa senang sambil menikmati minuman sanquick. Ah.. sedapnya!

Tengah hari sebelum rombongan pengantin lelaki tiba, Daliya dan Achik terlebih dahulu tiba di rumah pengantin perempuan. Bagaikan tidak berjumpa setahun, mereka berpelukan bagaikan tidak mahu berpisah. Padahal hari-hari berchatting dalam fac dan wechat. Al-maklumlah dunia sekarang ini kan dah makin canggih.

“Cantiknya bilik pengantin dia,’’ puji achik lantas duduk di birai katil pengantin.

“Biasa-biasa aje,Dina. Tak macam majlis kahwin anak dato.’’ Usik Siti sambil mengerling ke arah Daliya. Mereka tertawa kecil. ‘Meriah persandingan tak semestinya bahagia. Mereka tidak rasa apa yang aku rasa, indahnya mungkin hanya sementara.’ Desis Daliya dalam hatinya.

“Mesti kak Liya bahagia kan sebab tak lama lagi nak jadi ibu. bila dijangka bersalin?’’ tanya Siti lagi. “Lepas raya.’’ Balas Daliya sepatah. Rasanya tak perlulah dia mahu emo dalam majlis pernikahan Siti. Perlukah dia mengingati suami yang langsung tidak mengingati dia?

“Mestilah. Dah kahwin, ada suami, nak dapat anak pula tu. siapa tak bahagia. Nanti Siti, kau pun kena cepat-cepat dapat anak. Baru berseri-seri rumahtangga kau nanti.’’ kata Achik tanpa ada rasa malu. Muka Siti sudah merona merah.

“Ish, tak malu betul Achik cakap macam tu. ingat anak boleh buat pakai mesin ke.’’ Spontan Daliya menegur. Achik hanya tersengih kambing.

“Tak apalah, cakap pasal anak. Semua tu pemberian Allah. Ada rezeki nanti, adalah.’’ Kata Siti bagi membela diri. “Molek sangatlah tu. Esok-esok bunting pelamin, memang murah rezeki..Amin.’’ doa Achik pula. Daliya pun turut mengaminkan doa Achik. Siti sudah mengerutkan dahi.

“Eh.. kenapa nak kena bunting pelamin pulak? Tak nak lagi.. baru nak beromantik berdua, tiba-tiba nak mengandung? Siti tak sedia lagi. Takutt haih…’’

“Tahu takut, ingat nikah ni senang ke? Sebab itulah aku tak ready nak nikah lagi ni.’’ Senang hati Achik berkata. “Janganlah cakap macam tu, kau sebagai kawan kenalah support aku. bagi semangat.’’ raut wajah Siti berubah monyok.

“Eh, kalau kau tak sedia lagi, apa susah. Cakap ajelah dekat laki kau, yang kau tak nak ada anak awal-awal. Cakap nak mesra-mesra berdua dulu.’’ajar Achik yang lagaknya macam orang sudah berkahwin. “Kak Liya dulu macam ni jugak?’’ tanya Siti tiba-tiba yang beralih ke arah Daliya. Mesti mereka menyangka bahawa dia sedang berbahagia dengan alam rumah tangga yang ditempuh. Namun, realitinya tidak ada siapa pun yang tahu penderitaan yang dialami.

“Bincang elok-elok, mesti dia faham keadaan Siti.’’ Jawab Daliya seadanya.

“Hah! Kan betol kata aku ni. Biarpun tak kahwin lagi pun, tapi dalam bab-bab ni aku tahu lah.’’ Tingkah Achik bangga. Menggeleng kepala Daliya melihat telatah dua sahabat ini.

“MANA Liya?’’ pertayaan Datin Fatimah membuatkan Irham terpinga-pinga. Sudah hampir tiga minggu rasanya peristiwa malam dia mengusir Daliya dari rumah. Langsung dia tidak ambil tahu mengenai Daliya selepas peristiwa itu. Sekarang, kehadiran ibunya secara tiba-tiba pun langsung tidak dijangka. Apa yang patut dia jawab pasal perempuan tu?

“Irham, ibu tanya kamu ni. Mana Liya?’’ Datin mengulangi pertanyaan itu.

“Err.. dia, dia balik kampung.’’

“Sorang diri?’’ Datin Fatimah terkejut. Irham mengganguk perlahan.

“Kenapa kamu biar dia balik sorang diri. Tengah sarat macam tu. Patutlah lama tak datang ke rumah ibu.’’ omel Datin Fatimah sambil menggeleng lemah. Dia melihat anak lelakinya itu seperti kekusutan. Wajahnya tidak seceria dulu.

“Irham, kenapa ni? Ibu tengok kamu ini lain macam aje, kamu ada masalah dengan Liya?’’ tanya Datin Fatimah akhirnya.

“Tak ada apa-apalah ibu.’’ balas Irham. Hanani datang dari dapur dengan membawa minuman. Lantas diletakkan diatas meja.

“Eish! Berhabuk rumah abang ni. Dekat dapur tu, bersepah betul.’’ Omel Hanani pula. Datin Fatimah sekadar mencebik. Irham hanya asyik memandang telefon bimbit seolah-olah sedang menunggu panggilan seseorang. Sebaik berdering, dia lantas berlalu ke luar. Hanani pantas mendekati Datin Fatimah.

“Ibu, Nani rasa macam ada yang tak kena aje dengan abang Irham. Selalunya dia tak macam ni.’’ Bisik Hanani perlahan. “Ibu pun rasa hal yang sama.’’ Balas Datin Fatimah pula.

“Ada sesuatu yang tak kena dengan rumah ni kan?’’ kata Hanani lagi. Datin Fatimah diam. Takut untuk menduganya tapi itulah apa yang dirasakannya. Irham ada menyembunyikan sesuatu darinya. Pemergian Daliya pasti ada kena mengenanya dengan semua ini.

NAZIRA melemparkan barang-barang yang ada dalam rumah itu. Sebaik diberi tahu tentang surat perjanjian yang telah diubah oleh Shahrul itu membuat hatinya bertambah sakit.

“You kenapa ni hah? Balik-balik nak mengamuk tak tentu pasal ni?’’ marah Shahrul. Nazira menumbuk dada bidang lelaki itu.

“You memang tak guna Shah! Kenapa you sanggup ubah suai syarat perjanjian tu? Ceraikan I.. ceraikan I sekarang!’’ marah Nazira sambil teresak-esak menangis. Shahrul terus menutup pintu bilik kerana bimbang kalau-kalau didengari oleh keluarganya. Tanganya memegang tangan Nazira.

“I ubah suai surat perjanjian tu sebab I sayangkan you, Zira. I nak you berubah. Lagipun mama you sendiri yang suruh I buat macam tu.’’ Kata Shahrul menenangkan Nazira. Terkedu Nazira buat seketika apabila nama mamanya turut terkait sama. Bagaimana mama boleh tahu tentang surat perjanjian ini?

“I don’t care! You kena ceraikan I sekarang, atau I bunuh you!’’ jeritnya. Pantas Shahrul memegang bahunya. “You ingat dengan penceraian kita, you boleh balik semula dengan Irham? you dah hilang akal ke Zira? You dah kena cerai talak tiga. Nak tak nak, you kena terima I dan jalan tanggungjawab you sebagai isteri I dulu, baru you boleh bercerai dengan I.’’ Shahrul mengingatkan dia tentang hukum agama itu. Nazira terdiam seketika. Tapi pantas dia menggeleng lantas merentap tangan Shahrul yang memegang bahunya. “No! I tak nak! I benci you and I nak you ceraikan I!” tempik Nazira bagaikan orang gila. Bersungguh-sungguh dia memukul tubuh Shahrul sehingga lelaki itu terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghentikan perbuatannya. Dia menampar kuat pipi Nazira sehingga menyebabkan Nazira pengsan tidak sedarkan diri. Shahrul meraup mukanya perlahan. Pening kepalanya memikirkan perihal Nazira.

Nazira dapat merasakan ada satu panahan cahaya yang memenuhi ruang bilik. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Ruang bilik ini? di manakah dia berada sekarang? ah.. kepalanya terasa sakit dan berat. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang aneh. Tangan dan kakinya diikat kemas dikepala dan hujung katil. Ini mesti Shahrul punya kerja. Jantan gila!

“Shahrul! Lepaskan I, hoii! Jantan dayus, lepaskan aku!’’ jeritnya kuat. Shahrul membuka pintu bilik dengan wajah yang sinis. Ditangannya ada sebilah pisau. Nazira sudah tergaman melihatnya. Jangan-jangan Shahrul sudah betul-betul gila.

“Jangan ingat I akan lepaskan you, itu tak akan berlaku. I dah nikahi you, dan kita tak berpisah sayang. Apatah lagi untuk biarkan you bersama suami orang yang dah you ‘santau’ tu. Never!’’ kata Shahrul tegas. Gulp! Takut sungguh Nazira tatkala pisau itu dimainkan ke mukanya.

“You tak patut jadi ‘gila talak’ macam ni sayang..’’ bisiknya.

“You masih cantik, muda, berkerjaya.. I memang tak habis fikir kenapa perempuan macam you ni sanggup jatuhkan maruah demi lelaki macam Irham? Kenapa?’’ soalnya.

“Sebab aku cintakan dia!’’ pintas Nazira. Serta merta juga pipi halusnya ditampar.

“Jangan kau sebut lagi kata cinta kau depan aku!’’ marah Shahrul. Setitik air mata Nazira mengalir. Saat itu juga Shahrul menyeka air mata itu dengan jarinya.

“Syhh.. jangan menangis sayang, hmm? I tak mahu tengok air mata you mengalir kerana I..’’ katanya. Semakin kuat tangisan Nazira tatkala itu. Dia sakit diperlakukan begitu rupa. Shahrul sudah benar-benar hilang kewarasannya. Teresak-esak Nazira dibuatnya. Shahrul langsung tidak mengendahkannya. Sebelum ada lagi satu tamparan, dia memilih untuk meninggalkan Nazira sendirian dalam ruangan itu. Bagaikan tergiang-gian kata-kata Nazira tadi, hatinya bertambah sakit.

“Macamana dengan keadaan Zira?’’ tanya Datin Zahara. Shahrul diam seketika. Pada awal perancangan memang Datin Zahara menyuruhnya membawa anaknya pergi ke tempat jauh agar Nazira dapat melupakan Irham. Tapi dia tidak sanggup pula memberitahu ibu mertuanya ini kalau dia telah mengurung dan mengikat Nazira.

“Shah, are you hear me or not? How about Nazira? She’s fine?’’ tanya wanita itu lagi.

“Dia okey. Cuma tak lalu nak makan aje sejak dua menjak ni.’’ Balas Shahrul akhirnya.

“Mama nak tengok dia.’’ Putus Datin Zahara.

“No! it’s okey ma. Shah boleh jagakan dia. Don’t worry. Lagi pun kalau dia tahu mama pun planning dengan Shah pasal benda ni, rasanya dia lagi marah.’’ Kata Shahrul pula. Terdiam Datin Zahara seketika bagaikan mengiakan kata-kata Shahrul yang ada betulnya juga. Dia tidak mahu Nazira tahu mengenai hal ini. Dia tidak mahu Nazira terus-terusan terjebak dalam cinta yang tidak berkesudahan ini. Hanya Nazira sahaja yang beria-ria mengejar bayangan Irham yang hanya dapat dimiliki melalui jasad dan bukan hati lelaki itu. Dia percaya, cinta Irham masih buat Daliya.

“Shah, mama harap sangat kalau Shah dapat jaga Zira dengan baik. lembutkan hati dia, pujuk dia agar lupakan Irham.’’ Luah Datin Zahara. Shahrul mengganguk perlahan. Biarpun dalam masa yang sama dia sendiri pun tidak begitu yakin untuk melembutkan hati Nazira yang sudah keras seperti batu itu. Sukarnya untuk dia menghakis cinta gadis itu buat Irham. Tapi dia perlu menunjukan kesungguhan di depan Datin Zahara. Dia tahu Datin Zahara sangat mengharapkan dia agar dapat memulihkan hati gelap anak gadisnya itu.

Tiga hari telah berlalu, Nazira masih terkurung dalam ruangan bilik itu. Rasanya seperti mahu gila kerana setiap hari dia bagaikan ternampak kelibat lembaga yang menakutkan dalam bilik itu. Tapi dia langsung tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan dan kakinya terikat. Kali ini dia sudah tidak sanggup untuk bertahan. Lama-kelamaan rasanya dia boleh jadi pesakit mental. Lembaga hitam dengan wajah yang menakutkan itu sering menghantuinya.

“Shah!! Tolong! Jangan kacau aku! shah!’’ jeritnya kuat. Matanya terpejam rapat. Shahrul membuka pintu bilik. Mujur tempat ini jauh pendalaman. Kalau tidak mahunya dia ditangkap kerana hampir setiap malam Nazira akan bertempik meminta tolong. Entah apa yang ditakutinya sehingga wajahnya yang cantik sudah berubah menjadi pucat dan lesu.

“Ada apa you ni hah?’’ marah Shahrul.

“Shah, tolong I, keluarkan I dari sini. I takut. Ada hantu dekat sini Shah, tolonglah keluarkan I.’’ pujuk Nazira dalam keadaan mengigil ketakutan. Shahrul ketawa kecil.

“Hantu?’’ dia bertanya sambil terkekeh-kekeh ketawa.

“You tak payah nak bodohkan I lah Zira. I tak akan percaya cakap karut you tu.’’ Kata Shahrul dengan masih sisa ketawanya.

“I.. I tak tipu you, sumpah I nampak.. Shah, please.. lepaskan I dari sini.’’ Pujuk Nazira bersungguh-sungguh. Shahrul diam seketika. Kemudian dia mendekati Nazira. Wajah Nazira disentuh lembut. Air mata yang mengalir itu diseka. Dia tersenyum sinis. Tangannya membuka ikatan yang merantai tangan gadis itu.

“I lepaskan ikatan you, tapi jangan harap I akan biarkan you keluar dari sini. I tak bodoh Zira. Kalau you berharap untuk keluar, yakinkan I kalau you akan lupakan Irham. Kalau tak, sampai hujung nyawa you, I tak akan lepaskan.’’ Tegas Shahrul mengeluarkan kata-kata membuatkan Nazira tergaman. Sebaik sahaja ikatan itu lepas, tangannya pantas memeluk kaki lelaki itu.

“Shah, lepaskan I dari sini, I tak nak mati dekat sini. Shah!’’ merayu-rayu dia dikaki Shahrul tapi sedikit pun tidak meraih simpati Shahrul. Ditepis sahaja tangan Nazira, dan mengunci kembali pintu bilik itu. Biarpun Nazira menjerit dan meminta-minta agar dilepaskan, Shahrul hanya pekakkan telinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience