BAB 11

Romance Completed 89897

Daliya melihat rumah itu dengan pandangannya yang sayu. Entah kenapa dia rasakan kalau sebenarnya dia memang tidak sanggup untuk tinggal di situ lagi bersama Irham. Dia bersikap baik bersama Irham pun kerana ibu mertuanya. Kalau tidak kerana Datin Fatimah, sudah pasti dia tidak mahu tinggal di situ lagi. Daliya berasa sebak tiba-tiba. Dia seakan-akan melihat semula kejadian yang berlaku. Dari mana segalanya bermula sehinggalah tubuhnya terbaring lesu di atas lantai itu. Daliya memejam matanya. Dia tidak sanggup melihatnya biarpun hanya ilusinya sendiri.

“Liya..’’ panggilan Datin Fatimah membuka matanya kembali. Dia memeluk wanita itu seeratnya. “Ibu, Liya tak mahu tinggal di sini..’’ bisiknya dalam tangisan. Irham tidak mampu berkata apa-apa sekiranya Daliya tidak mahu tinggal bersamanya lagi. “Liya tak mahu tinggal di sini..’’ Daliya mengulanginya lagi. Irham mengambil beg pakaian Daliya dan membawanya keluar semula. “Irham?’’ Datin Fatimah memandangnya. Irham sekadar tersenyum hambar. “Kalau Liya tak nak tinggal sini nak buat macam mana lagi ibu, biarlah dia tinggal dengan ibu.’’ kata Irham pula. Dia memandang Daliya tapi Daliya langsung tidak memandangnya.

Daliya lega akhirnya dia dapat menjauh dari Irham. Dia menyentuh perutnya perlahan. hatinya kembali terusik. Tanpa dia sedari, airmata sudah mula bergenang dikelopak matanya. Daliya terserentak mendengar pintu biliknya dibuka. Wajah Irham muncul di muka pintu. “Apa abang buat kat sini?’’ soalnya. Irham masuk dengan membawa beg besar. Daliya memandangnya lama. “Abang, Liya tanya ni. Apa abang buat kat sini?’’ Daliya mengulanginya. “Buat apa lagi, Abang kan suami Liya. Kemana Liya pergi, ke situlah abang akan pergi.’’ Balas Irham. Daliya terpana. Tapi dia cepat-cepat tersedar. Dia tidak mahu termakan dengan kata-kata manis lelaki itu lagi. Cukuplah berkali-kali hatinya tersakiti. Sekarang ini pun hatinya masih belum terubat. “Abang jangan buat-buat lupa. Dulu abang pernah cakap kalau abang akan ceraikan Liya selepas bayi Liya lahir. Sekarang, dah tak apa-apa lagi untuk menghalang abang jatuhkan talak ke atas Liya.’’ Kata Daliya. Irham terkesima.

“Liya, tolong jangan cakap sesuatu yang menyakitkan hati boleh? Abang tahu salah abang. Sebab tu abang nak kita mula dari awal. Izinkan abang untuk mengingati Liya kembali.’’ Ujar Irham. Daliya mendengus kecil. “Baru sekarang abang nak cuba mengingati Liya? Habis selama ni kenapa tak?’’ balas Daliya keras. Irham mendiam. Tahu akan kesilapannya dulu. “Abang sedar, abang dah buat Liya sakit hati dengan sikap abang. Tapi sekeras mana pun hati Liya membenci abang, sekeras itulah abang akan berusaha menyayangi Liya.’’ Ucap Irham.

Daliya diam. Dia sedar akan hatinya yang tersakiti, tapi dia juga sedar bahawa hakikat hatinya masih rapuh. Irham tetap mengisi setiap ruang dihatinya. Daliya takut tertewas. Lantas dia melangkah keluar dari bilik itu. Dia perlukan ketenangan.

‘Abang sedar, abang dah buat Liya sakit hati dengan sikap abang. Tapi sekeras mana pun hati Liya membenci abang, sekeras itulah abang akan berusaha menyayangi Liya.’

Bait kata-kata Irham bermain dimindanya. Setitis air mata menitik ke pipi. Daliya hanya membiarkannya. Malam itu dia hanya berdiri di luar rumah. Matanya masih belum mengantuk. Dia juga tahu Irham masih belum tidur. Kerana itulah dia malas hendak naik ke bilik lagi. Pujuk rayu lelaki itu hanya akan merimaskan jiwanya. Daliya risau jika dia tertewas dengan egonya. Daliya memeluk tubuh yang kedinginan. Berasa nyaman setelah seminggu dia tinggal di rumah mertuanya. Entah mengapa hatinya rindu untuk pulang ke kampung halamannya. Dia mendongak ke langit. Tiada bintang pada hari itu seolah-olah memberi tanda yang hari hendak hujan. Daliya mengeluh tiba-tiba. Ingatannya tertumpu pada Irham. Sudah seminggu dia tidak bertegur sapa dengan Irham. Itu keputusannya. Kerap juga lelaki itu cuba mencetuskan perbualan tetapi tiada langsung yang menarik minatnya untuk berbual bersama.

Cuma sebentar tadi, Daliya hampir-hampir membuka mulut menjawap pertanyaan Irham. Daliya nyaris menerima huluran tangan lelaki itu yang mahu memimpinnya ke ruang makan. Mujur dia diingatkan semula atas segala sikap Irham terhadapnya sebelum ini. Daliya membungkam. Sampai bilakah dia dan Irham harus begini? Senyap dan sepi sahaja yang mengulit setiap ruang. Adakah aku yang keras kepala? Bukankah lelaki itu berkali-kali meminta maaf? Apalagi yang aku mahukan? Penceraian? Tidak mungkin!

“Tapi kenapa tak mungkin? Kau mahu dia menyakiti hati kau lagi? kau sendiri telah melihat dia telah berdua-dua dengan perempuan lain dalam bilik itu. Apalagi yang kau mahu darinya?’’ bisikan halus bergema di telinganya. Daliya terdiam. Terbayang semula peristiwa di rumahnya. Dia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Segala-galanya sudah jelas.

“Tidak!!’’ ujarnya dalam hati.

“Habis, minta aje cerai. Kau tak perlu menderita lagi. Jangan biarkan dia sakiti hati kau lagi.’’

Daliya terdiam lagi. Memikirkan bisikan halus yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Dia dah merendah-rendahkan maruah kau! Menuduh kau yang bukan-bukan, lelaki seperti itu tidak layak bergelar suami kau!’’ bisikan itu semakin mengancam sudut hatinya. Daliya menerkup telinga.

“Tidak!’’ jerit Daliya. Dia menggeleng lemah. “Tidak! Aku tak mungkin bercerai dengan dengannya. Irham cuma hilang ingatan, dia masih belum ingat tentang aku. sebab itu sikapnya begitu. Aku yakin Irham sebenarnya sayangkan aku.’’ Daliya membalas dengan jeritan dalam hatinya.

“Kau pasti? Entah-entah dia memang sengaja untuk tidak mahu mengingati kau kerana dia sudah terhasut dengan perempuan itu.’’ Daliya memejam matanya. Bisikan itu semakin menghiris hatinya. Semakin dihalang, semakin kuat ia menusuk hatinya. Dia takut kalau kebenaran berpihak pada bisikan halus itu. Segera dia menggeleng. “Aku yakin Irham sayangkan aku. dan aku.. aku jugak sayangkan dia. Aku tak akan benarkan sesiapa merampas dia dari aku. Aku cintakan dia!!’’ jerit Daliya sekuat hati. Hanya anggota dalaman yang terasa gentar dengan jeritan itu. Hanya Daliya yang tahu hatinya sedang menjerit sepuas hati mengatakan yang dia cintakan Irham. Tiada siapa yang tahu kecuali ALLAH yang dapat mendengar segala keluh resahnya.

Daliya tersedar lantas dia beristighfar. Bisikan halus tadi hilang entah kemana dan hampir memperdayakannya. Tiada lagi yang menggagu fikirannya. Daliya bingkas bangun. Bilik tidur yang sepi bagaikan melambai-lambai memanggilnya untuk ke situ. Daliya menarik nafas sebelum melangkah ke bilik. Hatinya kembali tenang.

Sebaik sahaja langkah kaki Daliya tiba di pintu bilik, dia melihat Irham sedang berbaring di atas katil itu sambil membaca majalah. Dia memandang suaminya dengan rasa berbaur. Ada kesalan dan kerinduan yang teramat. Betapa dia dan Irham semakin menjauh. Daliya nekad, apapun yang sudah terjadi antara Irham dan Nazira, dia telah bersedia untuk memaafkan lelaki itu. Dia tidak mahu kehilangan Irham kerana sememangnya dia tidak sanggup. Daliya ke sisi Irham tapi lelaki itu mencapai bantal untuk tidur di permaidani seperti malam-malam yang sebelumnya. Daliya menghentikan perbuatan Irham dengan menarik semula bantal suaminya itu. Irham tercenggang seketika. Agak lama pandangan mereka bertaut.

Daliya tewas. Dia pantas memeluk Irham. “Abang jangan tinggalkan Liya..’’ dia bersuara dalam tangisan halus yang terbit secara tiba-tiba. Irham sedikit kaku dengan sikap Daliya. Tapi dia bersyukur akhirnya Daliya sedia menerimanya semula. “Abang janji sayang.. abang tak akan tinggalkan Liya.’’ Bisik Irham perlahan lantas mengucup lembut dahi isterinya itu. Daliya terlena dalam dakapan Irham malam itu. Tiada lagi esak tangisan seperti malam-malam yang sebelumnya. Lena tidurnya seakan mengusir mimpi-mimpi ngerinya sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience