“Assalamualaikum.. sayang?’’ sapa Daliya dalam talian. Irham kalau dan kerja, boleh lupa segala-galanya. “Waalaikumussalam, ya sayang. Ini sikit lagi ni.’’ Jawab Irham dengan nada sibuknya itu. “No, sambung aje lah kerja tu. kita dah lambat ni.’’ Daliya melihat jam yang sudah merangkak pukul sepuluh. Dia sepatutnya tiba di sekolah Damia tepat pada pukul sepuluh setengah sebelum acara bermula.
“Iyalah. Irfan bawa sekali?’’ tanya Irham lagi.
“Bawa. Ni tengah main mainan dia sebab tunggu dia punya papa lama sangat.’’ Balas Daliya sambil mengerling ke arah anak kecilnya yang baru berusia setahun lebih.
“Okey, kejap lagi abang jemput. Lagi 25 minutes.’’
“Cepat sikit, we won’t be late okey.’’ Pesan Daliya lagi.
Tepat pukul 10.40 mereka tiba di sekolah Tadika. Irfan Naufal diserahkan kepada Irham sementara dia menguruskan pendaftaran ibu bapa. Damia melihat kehadiran mama, papanya dari atas belakang pentas melambaikan tangan. Sekejap sahaja lagi pesembahannya akan bermula dan dia akan rasa kecewa sekali sekiranya papa dan mamanya tidak dapat hadirkan diri. Tapi kali ini semangatnya berkobar-kobar kembali sebaik melihat wajah kesayangannya ada di situ.
“Okey, ladies dan gentlemen.. kita akan mendengar pesembahan nyanyian dari adik kecil yang comel di sebelah saya ni, what your name sweetie?’’ soal pengacara lelaki yang tinggi lampai itu. “Nur Iman Damia binti Irham Hakimi.’’ Jawab Damia sambil tersenyum manis.
“So beautiful name, so.. adik Mia, mama papa ada tak hari ni?’’ tanya si pengacara lagi. Damia tersenyum lagi melihat kedua orang tuanya berserta adik kecilnya.
“Yes. over there, hi mama, hi papa!’’ Damia melambaikan tangan ke mereka berdua. Daliya yang begitu teruja siap memberikan flying kiss lagi kepada si cantiknya itu.
“Wahh, jadi adik Mia bersamangat tak hari ni nak nyanyi depan mama dan papa?’’ soalan itu diajukan lagi. Damia mengganguk. Mikrofon itu diberikan kepadanya.
“Before I start, I love to say thank you to my parents because do come today. I’m feel so happy, and this song.. I’ll dedicate to them as much I love them so much.’’ Ucapan yang baru keluar dari mulut Damia membuatkan seisi dewan memberikan tepukan gemuruh. Sungguh menampakkan kepintaran Damia bersuara walaupun dalam usia 6 tahun.
We’ve only just met
but I feel sure we will be bestfriend
share in the joy of every step
we make together
This journey that we’re on
where both of us grow strong
this journey that..
we make it together..
Love the wonder in your eyes
the thrill of each
and every first time
the whole world is new
mama hear it call
for me and you..
Daliya melihatnya berasa sungguh bahagia. Nur Iman Damia, we will make it together. Dia telah membesar sehingga ke tahap ini bersamanya. Setitis air matanya begitu bangga melihat Damia. Irham terus memeluknya.
Sebulan telah berlalu..
Irham pulang lewat petang itu. Memandangkan tidak lama lagi adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka, dia bercadang untuk membuat kejutan untuk isterinya. Daliya sedang sibuk menguruskan tanaman sewaktu Irham pulang. Sejak kembali ke banglo ini, Daliya sentiasa sibuk menguruskan little garden ini sehingga penuh dengan bunga-bungaan berwarna warni. Melihat suaminya yang baru pulang, Daliya mencuci tangannya. Kot dan briefcase diambil. Tangan suami dikucup lembut.
“Lambat abang balik hari ni?’’ tanya Daliya. Irham berlalu ke garden chair yang terdapat di situ. Daliya menapak ke arah suaminya. Kot dan briefcase itu diletakkan di atas kerusi. Bahu suaminya diurut perlahan.
“Mia dengan Irfan mana?’’ tanya Irham.
“Oh, tadi ibu datang ambil. Nak bawa pergi jalan-jalan. Tapi tak balik-balik lagi ni..’’ ujar Daliya mengingatkan kehadiran ibu mertuanya petang tadi ke rumah untuk menjemput Irfan dan Damia keluar bersamanya. Irham tersenyum kecil.
“Tak apalah, nenek nak luangkan masa dengan cucu kesayangan,’’
Daliya sekadar mengganguk perlahan.
“Err.. abang nak Liya buatkan air?’’ tanya Daliya berhenti mengurut bahu itu tapi dihalang. Irham menariknya untuk dia duduk diatas ribanya. Daliya tertawa.
“Abang nak apa ni?’’ soalnya lalu merangkul erat leher suaminya. Kalau Irham bertindak diluar jangkauan ini pasti ada mahunya. Lelaki itu tersenyum saja.
“Tak lama lagi kan hari ulang tahun perkahwinan kita..’’ kata Irham membuatkan Daliya terkedu. Oh ya tak ya juga, tak lama lagi. Kalau dihitung, masih ada tiga hari dari sekarang.
“Ops, Liya lupa.’’ Daliya buat muka bersalahnya. Laju saja jari Irham mencuit hidungnya.
“Okey, sorry.. so, abang nak Liya buat apa untuk hari itu nanti?’’ tanya Daliya lagi.
“Nak baby.’’ Selamba jawabnya. Laju saja hinggap satu cubitan di pinggangnya. Membahang muka Daliya dibuatnya. Irham ketawa galak.
“Ingat senang ke?’’ kata Daliya dalam nada geramnya.
“Iyalah. Kali ini biar abang yang bagi hadiah untuk sayang..’’ kata-kata Irham membuatkan muka Daliya berubah ceria.
“Apa dia?’’ soalnya penuh teruja. Irham menunjukkan pipinya. Daliya sudah mula menarik muka. “Tak nak buat, tak nak bagi hadiah..’’
Cupp!
Pipi sebelah kanan pula.
Cupp!
Di tunjuk ke bibir pula. Daliya membuntang mata. Irham mengangkat tangan. Dikeluarkan dua keping tiket yang berada dalam poketnya. Daliya terus melompat keriangan tatkala melihat tiket yang diberikan kepadanya.
“Ke paris?! Auww! Happynya bang.. mana abang tahu yang Liya dah lama nak ke sana?’’ Tanya Daliya lagi. “Hari pertama ketika abang nak melamar sayang dulu. sayang duk mengelamun tengok menara eiffel.’’ Jawab Irham pula. Daliya berasa sungguh terharu. Kali ini tanpa disuruh pipi suaminya dikucup sekali lagi. Untuk seketika dia berhenti tersenyum.
“Tapi, kenapa dua aje tiket ni? Mia dengan Irfan?’’ soalnya. Irham bangun dari kerusi itu lalu memeluk tubuh isterinya.
“Abang dah book nenek untuk jaga mereka,’’ beritahu Irham lagi. Mulut Daliya sudah bulat sambil mengganguk.
“Ohh.. patutlah ibu datang ambil diorang tadi siap bawa pakaian sekali. Ee, kesian ibu kena jaga budak berdua tu.’’ ngomel Daliya.
“Nenek dengan atuk gembira tau bila abang suruh jagakan anak-anak tapi dengan syarat, tambahkan lagi seorang.’’ Usik Irham lagi. Daliya sudah mengertap bibir. Pelukan dikemaskan agar cubitan Daliya tidak hinggap ke bahagian badannya lagi.
“Thank you abang.. sebab dah enam tahun kita kahwin, abang layan Liya masih sama seperti hari pertama kita kahwin dulu. Liya tak rasa pun waktu itu telah lama berlalu dan kita telah memiliki dua permata dalam hidup kita. It’s feel just like yesterday.’’ Luah Daliya. Masih segar di kotak mindanya tatkala hari pertama Irham membawanya ke rumah ini. Irham memeluknya seperti ini dan mahu melakar indah alam pernikahan itu di dalam rumah ini. Segalanya kini seakan sudah melengkapi.
“Liya adalah permata yang sentiasa bersinar dalam hidup abang. Tak akan hilang serinya biarpun seribu tahun mendatang. Our love it’s never enough to me. Abang masih mahukannya lagi dan lagi. Abang bahagia memiliki sayang sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak abang.’’ Ucap Irham. Daliya berpaling dan terus memeluk lelaki itu seeratnya. Ya Allah, KAU kekalkanlah kebahagian dan cinta ini.
“Liya bukan setakat bahagia bang, Liya malah rasa sangat bersyukur kerana Allah hadirkan abang dalam hidup Liya. walaupun kita diuji dengan berat, Liya tetap bersyukur kerana kita masih bersama. I love you.. love you so much!’’ luah Daliya lagi.
Dia bahagia memiliki Irham, dan dia bahagia kerana dipertemukan semula dengan lelaki ini tatkala badai melanda rumah tangga mereka. Irham seorang lelaki yang sabar menantinya, dan dia pula adalah isteri yang keras hati menyangkal rasa cinta. Daliya tersenyum lagi. Indahnya takdir Maha Pencipta. DIA menghadirkan kau untuk mengisi kekosongan hati. Indahnya Jodoh Maha Pencipta. DIA satukan aku dengan dirimu untuk menjalani hidup ini. Liya begitu sayangkan abang, atas nama ALLAH, Liya berkata ‘Liya mahukan abang sentiasa dalam hidup Liya’. desisnya.
--------------------TAMAT------------------------
Share this novel