BAB 4

Romance Completed 89895

HANANI memanaskan bubur nasi yang Daliya buat sebelum berangkat kerja. Nasib baik kelas kuliahnya hari ini dibatalkan. Masih teringat akan panggilan Daliya semalam. Memintanya untuk tengokkan abangnya kerana dia terpaksa bekerja.

“Morning!’’ suara Irham muncul dari belakang memeranjatkannya.

“Abang ni, terkejut Nani. Abang dah okey ke ni?’’ tanya Hanani sambil mengambil bubur nasi dimasukan ke dalam mangkuk. Mereka ke meja makan. “Okey,tengok ni.’’ Irham menunjukan otot-otot lengannya. Hanani mencebik. “Macamana abang boleh sakit ni? Salah makan ke?’’Hanani mengulurkan bubur nasi itu kepada Irham. Irham menyuapkan bubur nasi ke dalam mulutnya. Tiba-tiba tekaknya rasa loya dengan bubur nasi yang dihadamnya. Terus dimuntahkan balik ke singki. “Yerk… ish! Abang tak boleh makan lah bubur tu.’’ Irham mengurut anak tekaknya. “Kenapa, tak sedap ke? Bubur ni kak Liya masakkan tau. Nani rasa okey aje.’’ Kata Hanani pula.

“Bukan tak sedap. Tapi.. entah lah… tekak ni rasa loya tiba-tiba.’’ Kata Irham membuatkan Hanani terpaku. Biasanya kalau perempuan selalu loya nak muntah itu maknanya perempuan tu hamil. Tapi ni lelaki. Pelik sangat ni. “Nani nak tanya abang, sebelum ni kak Liya ada mengidam apa-apa tak?’’ soalnya. “Tak ada, kenapa?’’ Irham kembali bertanya. “Iyalah, takut kak Liya mengandung ke. Sebab abang sekarang tengah ada alahan. Nani pernah terbaca dalam satu majalah ni kadang-kadang perempuan hamil tapi suami yang mengalami alahan atau mengidam.’’ Jelas Hanani. Irham terpana seketika. Daliya hamil? Irham teringatkan sesuatu. Dia membuka peti ais. Tiada aiskrim yang dibelinya semalam. Tak akan lah Liya makan sampai habis untuk bekas besar itu? Ish! Kat mana aiskrim tu? Dia menyelongkar peti ais.

“Abang cari apa?’’ Hanani menegurnya setelah melihat Irham begitu kalut mencari sesuatu.

“Abang cari aiskrim.’’balasnya. Hanani semakin binggung. “Aiskrim?’’ berkerut dahinya seketika. Irham menutup peti ais. “Semalam kak Liya ada minta abang belikan dia aiskrim. Mungkin dia mengidam nak makan aiskrim.’’ Jelas Irham. Hanani sekadar menganguk. “Aiskrim perisa Vanilla coklat?’’Hanani kembali bertanya. Kini giliran Irham yang menganguk. Hanani mengheret Irham ke tepi tong sampah. Irham memandang bekas aiskrim itu yang berada di dalamnya. Mereka saling berpandangan. Senyuman terukir dibibir mereka. Kemungkinan itu mungkin ada. Irham sudah tidak sabar untuk membawa Daliya ke klinik untuk mengesahkannya. Dia mengambil mencari kunci keretanya untuk menjemput Daliya di pejabat.

“Abang nak pergi mana?’’ tanya Hanani melihat Irham memegang kunci kereta.

“Abang nak pergi jemput Liya. Abang nak pastikan samaada ia sangkaan kita betul atau tak.’’

“Abang tu kan tak sihat lagi. Kalau terjadi apa-apa macamana? Tunggu ajelah kak Liya balik.’’ Hanani bimbang akan kesihatan abangnya

“Abang okeylah. Doakan abang akan jadi bapa ya?’’ balas Irham pula. Hanani tidak mampu menghalang lagi. Jelas terpancar wajah kegembiraan diwajahnya. Hanani bersalaman dengan abangnya. “Hati-hati.’’ Ujarnya sebelum Irham masuk ke dalam kereta. Daliya membawa keretanya dan terpaksalah Irham menggunakan kereta kancil milik Daliya. Entah mengapa hatinya terasa berat untuk melepaskan Irham pergi. Dalam masa yang sama dia berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.

Sejam selepas itu Hanani mendapat panggilan daripada Daliya. Tubuhnya kaku tiba-tiba. Dia mulai cemas. “Nani? Nani dengar kak Liya tak?’’ suara Daliya memanggilnya ditalian membuat Hanani tersedar. “Tadi Abang pergi pejabat. Lebih kurang sejam yang lepas .’’ Kata Hanani.

“hah? Kalau dah sejam patutnya dah sampai. Eh, kak Liya tak sedap hati lah Nani.’’ Daliya mulai panik. Irham masih sakit dan kalau terjadi apa-apa kepadanya Daliya tak akan memaafkan dirinya. Sebagai isteri, dia sepatutnya menjaga Irham.“Masyaallah kak, jangan fikir yang bukan-bukan dulu. Nanti Nani pergi cari abang.’’ Hanani cuba menenangkan Daliya. Talian terputus di situ.

“WHATS?! Betul ke apa yang Zira dengar ni?’’ Nazira tidak percaya tentang apa yang didengarinya tadi. Datin Zahara tertunduk seketika. Dia tahu Nazira akan memarahinya. Tapi dia pun tidak menyangka bahawa Irham yang akan menaiki kereta tersebut. Sepatutnya Daliya yang kemalangan bukannya Irham. Perancangannya hancur. Sudah hampir satu jam Irham berada di bilik pembedahan. Nazira mulai cemas. Dia begitu takut untuk kehilangan Irham.

“Zira tak akan maafkan mama kalau terjadi apa-apa dekat Irham!’’ Nazira berkata serius.

“Mama minta maaf sayang, mama cuma nak tolong Zira dapatkan Irham.’’

“But not like this mama!’’ laju sahaja Nazira membalas kata-kata mamanya. Perbualan mereka terhenti setelah seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan.

“Siapa keluarga Irham Hakimi bin Sufian?’’soalnya.

“Saya kawanya. macamana dengan keadaannya?’’ tanya Nazira pula.

“Nampaknya awak kena hubungi keluarganya secepat mungkin kerana sekarang ni pesakit telah kehilangan banyak darah dan kebetulan di hospital kekurangan bekalan darah’’ujarnya.

“Saya boleh. Darah kami jenis yang sama.’’ Beritahu Nazira. Datin Zahara terkedu seketika.

sebegitu sekali sayangnya Nazira terhadap Irham. Sekarang dia mulai diburu rasa bersalah. Nazira telah pergi mengikuti jururawat itu meninggalkan Datin Zahara sendirian di situ.

Airmata Daliya menitis. Panggilan dari seorang yang tidak dikenalinya itu membuatkan hatinya sakit sekali. Irham kemalangan? Ya Allah kenapa sebegini dugaan harus aku tempuh? Seakan mahu pitam rasanya dia di situ dan mujur Datin Fatimah sempat menyambutnya.

“Liya, kenapa ni?’’ tanya Datin Fatimah setelah meletakkan Daliya ke atas sofa. Daliya menguatkan tenaganya untuk bangun. Namun, dia bagaikan tidak mampu. Ya Allah, kenapa ni? Dunia ini seakan berputar buatnya. Wajah ibu,ayah, dan Hanani rasanya semakin kabur dan semakin menghilang. Pandangan semakin gelap. Minyak ubat disapu ke dahi Daliya. Pelahan-lahan Daliya membuka kelopak matanya. Bila teringatkan akan suaminya, Daliya terus bangun bagaikan terkena kejutan elektrik.

“Kenapa ni Liya? Ada berita pasal Irham ?’’ tanya ibu mulai panik.

“Abang… Abang Irham kat hospital. Liya nak pergi hospital sekarang.’’ Ujar Daliya dalam sebak. Mereka yang ada di situ terkedu seketika.

Setibanya di hospital Daliya terus berlari anak masuk ke dalam. Hanani cuba mengekorinya dari belakang. Doanya agar abangnya baik-baik sahaja. Salahnya juga membiarkan Irham pergi dalam keadaan begitu. Daliya terkesima seketika bila jururawat itu memberitahu bahawa suaminya sekarang berada di ruangan Unit Rawatan Rapi (ICU). Daliya diberitahu bahawa suaminya diselamatkan oleh seorang wanita. Buat masa sekarang Irham masih di bawah pengaruh ubat dan masih tidak dapat sedarkan diri. Syukur alhamdulilah masih ada orang yang berhati mulia yang sanggup mendermakan darah untuk suaminya. Kata doktor kalau bekalan darah tidak ada waktu itu mungkin nyawa Irham tidak dapat diselamatkan. Daliya masih menunggu Irham sedar sehingga dia sendiri tertidur di situ. Nazira yang datang terkejut melihat Daliya yang berada di situ. Adakah Datin zahara yang memberitahu keluarga Irham? Persoalan itu muncul dibenaknya. Nazira segera ingin keluar.

“Awak ke yang selamatkan suami saya?’’ tanya Daliya setelah tersedar. Nazira masih tidak menoleh ke arahnya. Suami? Irham suaminya. Hati Nazira bagaikan hancur berkaca-kaca mendengarnya. Dia bagaikan tidak mahu menerima kenyataan itu. “Saya sangat berterima kasih. Saya tak tahu macamana nak balas kebaikan awak.’’ Ujar Daliya lagi. Nazira berpaling ke arahnya. Daliya sedikit terpana. Dia pernah melihatnya tapi dia lupa dimana. Nazira kembali menghampirinya. “Awak ni..’’ Daliya cuba mengingatkan kembali dimana dia pernah melihat perempuan ini. “Nazira. Just call me Zira.’’Nazira pantas memberitahunya. Daliya kembali ingat. Patutlah dia seperti pernah melihatnya. Tapi dia masih tidak tahu apa hubungan Irham dengannya. “Kita sama-sama tak nak kehilangannya. Saya pernah kehilangannya dulu, dan saya tak nak kehilangan dia buat kali keduanya.’’kata Nazira sambil memandang Irham. Daliya semakin binggung dengan kata-kata Nazira. seolah-olah mempunyai maksud yang tertentu.

“Maksud awak?’’ tanya Daliya pula. Nazira tersenyum kecil.

“Just make it a simple. Darah yang mengalir dalam tubuh suami awak itu darah saya. Kerananya suami awak masih hidup dan setiap titik darah itu ada harga yang tidak ternilainya.’’ Mendatar sahaja suara Nazira berkata-kata. Daliya memandangnya serius.

“Jadi apa yang awak nak?’’Daliya mengerti akan maksud yang ingin Nazira katakan.

“Saya nak Irham menjadi suami saya.’’jawab Nazira. Daliya bagaikan tidak percaya tentang apa yang didengarinya tadi. Dia berasa sebak memandang Irham.

“Look, jangan bersedih. Saya tak suruh awak berpisah dengan Irham, saya cuma nak jadi isterinya. Liya, tolonglah mengerti perasaan saya. Saya terlalu sayangkan dia.’’ Nazira seakan memohon kepada Daliya. Airmatanya pula yang mengalir.

“Saya tahu awak telah menyelamatkan suami saya, tapi apa yang awak minta ni terlalu berat untuk saya. Kami baru sahaja berkahwin dan saya tak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.’’ Ujar Daliya pula. Nazira terduduk memandangnya membuatkan Daliya terkedu seketika. “Tolonglah, saya merayu pada awak. Saya mohon.’’ Pinta Nazira lagi. Daliya tidak sanggup melihat Nazira sebegitu mahunya menjadi isteri Irham. Nazira memang telah menyelamatkan suaminya tapi inikah balasan untuk nyawa suaminya? Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapinya. Pernikahan ini tidak sampai setahun tapi aku harus bermadu untuk tempoh yang awal sebegini? Aku tidak sanggup kehilangan Irham tapi aku lagi tidak sanggup untuk berkongsi kasih sayang Irham dengan orang lain. Sekarang terpulanglah kepada Irham. Samaada dia mahu mengambil Nazira sebagai isterinya ataupun tidak. Kalau beginilah dugaan yang harus dia tempuh, Daliya redha dengan semua ketentuaanNYA.

“Terima kasih Liya, saya tahu awak seorang perempuan yang baik.’’Nazira memeluknya erat. Sekarang segala yang dia mahukan menjadi kenyataan. Irham pasti akan menjadi miliknya. Dia percaya Irham sememang tercipta untuknya. Kalau dulu dia mengsia-siakan Irham, kali ini tidak lagi. Dia mahu menjadi yang terbaik untuk Irham. Daliya bagaikan menyerah di situ. Tidak mampu untuk melawan kalau itulah takdirnya. Pasrah seperti lagu Marshanda yang berjudul ‘Ketulusan hati’jika itulah yang terbaik untuknya.

Sedihku.. sakitku

ku terima.. ku rela, ku pasrah, jalanku

Ini suratan.. aku dicuba..

demi rahmatMu ke memohon

“Ya Allah redhai ketulusan hati..

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban demi rahmatMU

Ya Allah….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience