BAB 21

Romance Completed 89895

Daliya menyentuh perutnya yang semakin membesar. Tapi semakin itu juga dia merasakan kalau Irham semakin menjauh darinya. Irham selalu bersikap dingin dengannya. Lelaki itu seolah-olah mempunyai dua watak. Sekejap membaik, sekejap menjadi pemarah. Ada saja yang tak kena. Pernah sekali dia tersempak Irham keluar berduaan bersama Nazira. Tapi kalau ditanya, ada saja alasannya untuk mengelak. Irham tidak pernah mahu mengaku salahnya. Sudah dua bulan dia bersikap pelik. Kalau ditanya kenapa, hanya ‘jerkahan’ yang akan dia dapat. Daliya sudah tidak tahan lagi. Sebelum kandungan ini semakin membesar, dia tekad untuk pulang berehat di kampung. Pergi meninggalkan Irham biar lelaki itu merasai bagaimana hidup tanpanya. Mungkin itu lebih baik. Notis 24 jam ditinggalkan di pejabat Irham sewaktu lelaki itu keluar makan tengahari. Sewaktu Daliya mengemas barang-barangnya, hatinya merintih sayu. Namun, dikuatkan semangatnya. Dia tidak mahu terus-terusan bergaduh dengan Irham. Kalau boleh dielakkan, mungkin itu lebih baik.

“Dah tak ada kawan berbual dah kalau kau tak ada.’’ Sayu suara Suraya turut membantunya menyimpan barang-barang di dalam kotak. Daliya memeluknya erat.

“Dah, jangan sedih-sedih. Perut aku dah makin memboyot ni. Tak larat dah nak kerja.’’ Seloroh Daliya. Suraya menyentuh perut Daliya.

“A’ah.. dah makin besar. Kau jaga diri baik-baik.’’ nasihat Suraya. Dia tidak mahu kejadian seperti dulu berulang kembali. Dia tahu bagaimana kepedihan hati sahabatnya itu menerima berita kehilangan bayi yang dikandung selama 6 bulan. Sudah suratan takdir, tiada siapa yang dapat menentukan. Harapnya kali ini, Daliya dapat melahirkan anak keduanya ini dengan selamat.

Pulang sahaja dari pejabat, Daliya merapikan pakaian ke dalam beg pula. Tidak sabar rasanya untuk kembali ke kampung halamannya di Kelantan. Kedengaran kereta Irham masuk ke parkiran. Daliya sudah berdebar-debar. Adakah Irham sudah membaca notis yang ditinggalkan di atas mejanya tadi?

“Liya! liya!’’ jerit Irham dari tingkat bawah. Zapp! Daliya sudah berasa tidak sedap hati. Dia turun perlahan-lahan menghampiri suaminya yang berada di sofa.

“Apa ni? Apa makna semua ni?’’ Irham bertanya. Kasar tapi suaranya masih dipelahankan.

“Err.. itu notis berhenti kerja.’’ Jawap Daliya.

“Bodoh! Aku tahu lah ni notis berhenti kerja. Tapi kenapa? Untuk apa kau nak berhenti?’’ tanya Irham kasar. Sungguh, sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu. Ditelannya bulat-bulat kata-kata suaminya tadi.

“Liya nak balik kampung.. nak bersalin dan berpantang dekat sana. Itu pun kalau abang bagi..’’ lembut balas Daliya berharap agar dapat melembutkan hati suaminya ini.

“Tak boleh! Aku tak bagi.’’ Tutur Irham sinis. Daliya sudah mengertap bibir. Menahan emosi marah yang semakin membuak.

“Abang.. tolonglah..’’

“Enough Liya! aku cakap tak boleh. Maknanya tetap tak boleh. Kau tu isteri aku! aku ni suami kau. Setiap kata aku, kau mesti dengar. Dah. Aku tak nak dengar kau cakap apa-apa lagi. Buat sakit hati aku aje!’’ Irham mula mengatur langkah meninggalkan Daliya terkulat-kulat di situ.

Ya Allah. Hanya KAU yang tahu betapi sakitnya sebuah perasaan. Derhakakah aku sekiranya melawan kata-katanya?

Pagi itu, dia bangun menyiapkan sarapan untuk Irham seperti biasa. Bila teringatkan keputusan Irham semalam membuatkan dia malas untuk memasak. Hanya menyediakan roti bakar, telur separuh masak, dan air nescafe. Dibiarkan diatas meja. Sebaik itu dia terus berlalu. Irham melihat hidangan sarapan yang disediakan membuatkan seleranya terus mati. Hatinya mulai panas.

“Liya!!’’ panggilnya kuat.

Tiada sahutan. Dia mengurut dadanya perlahan.

“Liya!!’’ kali ini lebih kuat. Setelah itu barulah dia mendengar sahutan isterinya itu yang baru turun dari anak tangga dengan perlahan. Daliya hanya memakai pakaian biasa hari ini dan nampaknya isterinya itu memang bersungguh-sungguh mahu berhenti kerja.

“Ada apa?’’ tanya Daliya sebaik tiba di sisi Irham.

“Kau tahu apa salah kau?’’

“Tak.’’ Lancar sekali dia menjawab. Sudah lali dengan panggilan Irham ‘beraku dan berkau’ dengannya. Irham menarik tangannya supaya lebih mendekat ke meja makan.

“Apa yang kau masak ni?’’

“Makanan.’’ Jawab Daliya tenang sambil melihat roti bakar yang dihidangkan.

Irham menjegilkan biji matanya. Jawapan yang keluar dari mulut Daliya membuatkan hatinya pedih. Terus dia merentap tangan Daliya. Dicengkamnya kuat tangan itu.

“Apa ni bang, sakitlah!’’ berkerut wajah Daliya menahan kesakitan. Semakin dia menarik tangannya, semakin kuat cengkaman Irham di tangannya.

“Kau sengaja buat aku marah kan?’’ anak mata Irham merenung tajam kepada isterinya.

“Habis, kalau abang buat Liya marah tak apa pulak?’’ balas Daliya geram. terkebil-kebil Irham mendengarnya. Daliya terus merentap tangannya daripada pegangan Irham. Berjaya juga dia melepaskan pegangan kuat lelaki itu. Dia segera pergi tapi Irham pun bingkas bangun mengejarnya. Belum sempat kakinya melangkah ke anak tangga yang pertama, tubuhnya sudah diraih ke dalam pelukan Irham. Pinggangnya pula menjadi sasaran cengkaman Irham kali ini. meronta-ronta dia minta dilepaskan tapi Irham tidak peduli.

“Kenapa kau suka sakitkan hati aku?’’ sinis pertanyaan Irham ke telinganya. Berdesing rasanya mendengar kata-kata itu. Sakit hati dia? Habis aku ni tak pernah ada rasa sakit hati? Desis Daliya.

“Suka hati abanglah nak cakap apa. Tapi Liya dah tak kenal siapa suami Liya sekarang ni. Abang dah berubah. Kalau abang dah ‘gilakan’ sangat bekas isteri abang tu, kenapa tak kahwin? Kenapa nak hukum Liya dengan cara macam ni? Apa salah Liya?’’ tutur Daliya sebak. Seraya itu juga bahunya dicengkam.

“Kau jangan cabar kesabaran aku, Liya.’’ tajam matanya merenung mata Daliya. Saat itu juga telefon bimbitnya berbunyi. Lalu dilepaskan tubuh Daliya. Dia melihat nama yang tertera di situ.

“Hello,hi..good morning too.’’ Nada suara berubah lembut yang keluar dari mulut suaminya. Daliya sudah dapat mengagak siapa yang sedang berada ditalian. Hatinya bertambah sakit.

“Yaa..we should have a breakfast. Dekat mana tu?’’ Irham mengambil briefcase dan terus melangkah pergi. Setitis air mata Daliya mengalir.

“HAZIQ?’’ Daliya sedikit terkejut menerima kedatangan pekerjanya itu ke rumahnya. Anak muda itu mempamerkan senyuman.

“Saya datang nak hantarkan barang Cik Liya yang tertinggal,’’ dia menghulurkan kotak barang yang kemas berisi barang-barangnya. Daliya tersenyum.

“Awak ni Haziq, tak habis-habis dengan panggilan ‘Cik’ awak tu. Saya dah berisi macam ni pun masih layak dipanggil macam tu ke?’’ ujar Daliya membuatkan dia tersenyum.

“Berisi ke tidak, Cik Liya masih layak pegang panggilan itu dari saya.’’

“Sampai tua kerepot pun?’’

“Semestinya!’’ Balas Haziq tertawa kecil. Daliya mengajaknya masuk untuk menikmati secawan kopi sebagai tanda terima kasih. Pada mulanya Haziq memang menolak, tapi telah dipujuk akhirnya dia menerima pelawaan majikannya itu.

Sebaik Haziq melabuhkan punggung di sofa itu, Daliya terus berlalu ke dapur menyiapkan minuman buatnya. Tidak sampai lima minit, Daliya sudah datang membawa minuman buat Haziq.

“Jemputlah minum,’’ ajak Daliya. Haziq mengganguk malu-malu.

“Buat susah-susah aje awak datang ke rumah sebab nak hantar barang ni, kenapa tak kirim dekat suami saya aje?’’ tanya Daliya.

“Err.. niatnya memang macam tu. Tapi Encik Irham sekarang ni memang jarang masuk pejabat. Sudah dua hari dia tak datang ofis.’’ Beritahu Haziq. Daliya kaku. Irham jarang masuk ofis? Habis hari-hari sebelum ni dia kemana? Atau lelaki itu hanya keluar bersama bekas isterinya itu. Daliya berasa pening tiba-tiba apabila memikirkannya. Dia memicit dahinya perlahan.

“Cik Liya okey?’’ tanya Haziq kelihatan cemas.

“Eh, saya okey.’’ Balas Daliya sambil tersenyum. Sebaik itu, Haziq meminta diri untuk pulang. Daliya menghantarnya ke depan muka pintu. Tapi entah kenapa matanya terasa semakin kelam. Kepalanya rasanya berpusing. Sebelum sempat tubuhnya jatuh, Haziq sempat menyambutnya.

“Cik Liya, kenapa ni?’’ suaranya kedengaran panik. Tubuh Daliya dipimpin ke atas sofa kembali.

“Cik Liya nak saya panggilkan doktor?’’ tanya suara itu lagi. Daliya menggeleng lemah. Dia tahu, kepalanya terasa pening tiba-tiba ini hanya kerana memikirkan Irham. Hatinya sakit. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Haziq. Dia menarik nafas perlahan-lahan.

“Saya okey, cuma pening sikit. Memang dah biasa. Perempuan mengandung memang akan banyak alahan macam ni.’’ Beritahu Daliya cuba menenangkan Haziq.

“Eh, risau lah saya nak tinggalkan Cik Liya seorang dalam keadaan macam ni. Saya call Encik Irham lah?’’ Haziq sudah berkira-kira mahu menekan nombor telefon Encik Irham tapi pantas tangan Daliya menghalangnya.

“Tak apa, kejap lagi suami saya dah nak balik. Tak payahlah nak risaukan saya.’’ Ujar Daliya sambil mengerling ke arah jam dinding yang hampir pukul 4.34 petang. Kebiasaanya Irham akan pulang pada pukul 5 petang. Haziq hanya mengganguk diam kalau itu yang dipinta oleh Daliya. Walaupun dalam hatinya, dia yakin Daliya tidak jujur dengannya. Dengan berat kakinya melangkah meninggalkan Daliya di situ.

Seharian di rumah hari itu Daliya hanya mampu merintih menangis. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini rumahtangga yang disangkakan ‘syurga’ terindah buatnya menjadi episod duka. Dia tidak tahu apa silapnya sehingga membuatkan Irham berubah. Daliya menyapu titisan air mata yang mengalir ke pipinya sebaik mendengar bunyi enjin kereta Irham masuk ke porch. Mujurlah rasa peningnya tadi sudah membaik sebaik saja dia menelan dua biji panadol tadi. Melihat jam dinding tepat pada pukul 6 petang. Entah kemana Irham pergi kali ini dia tidak tahu. Dalam keterpaksaan dia membuka pintu rumah. Kalau ikutkan hati, tidak mahu dia menyambut kepulangan Irham yang asyik keluar dengan Nazira. Jiwanya merintih sakit, marah, cemburu dan kecewa. Rasa bencinya semakin meluap-luap. Lafaz cinta dan janji hanya mainan di bibir. Sebaik mengambil briefcase di tangan suaminya, dia mengucup lembut tangan itu.

Daliya terus berlalu ke dapur. Seminit kemudian dibawa segelas air berperisa oren yang dibuat untuk minum petang tadi. Dia menghampiri Irham yang berada di sofa. Diletakan gelas air itu di atas meja sebelum kakinya melangkah. Belum sempat dia berpaling, tangannya ditarik kasar. Daliya terkesima dengan tindakan refleks itu menyebabkan tubuhnya jatuh ke atas sofa. Wajah Irham tersenyum sinis. Genggaman tangan Daliya masih belum dileraikan. Teringat saat dia tiba di depan pintu pagar rumah ini tadi, dia melihat Daliya sedang berpelukan dengan lelaki itu. Panas hatinya semakin meluap-luap.

“Kenapa ni bang?’’ tanya Daliya yang terkejut dengan situasi yang berlaku. Mata lelaki itu tajam memandangnya. Seolah-olah mahu menelannya di situ.

“Apa yang kau buat dengan jantan tu dalam rumah ni tadi? Oh.. jadi inilah alasan kau nak berhenti kerja? Supaya boleh berdua-duaan dengan skandal kau tu?’’ kata-kata Irham membuatkan Daliya terkedu. Adakah dia maksudkan Haziq? Kalau betul, itu hanya salah faham.

“Abang dah salah faham, dia datang cuma hantar barang Liya.’’

“Alasan! Habis kenapa dia tak kirimkan dekat aku?!’’

Daliya terkedu.

“Abang selalu tak masuk ofis jadi dia terpaksa hantar barang tu sendiri.’’ Jelas Daliya perlahan. tubuhnya menggeletar melihat wajah Irham yang berapi-api itu. Dia tahu Irham pasti akan bengang kalau tahu ada orang lain yang menbongkar apa yang dilakukannya hari-hari. Daliya tahu, selama ini pun Irham memang jarang masuk pejabat. Paling tidak pun datang sekejap kemudian lesap. Kali ini tangan lelaki itu semakin kuat mencengkam lengannya.

“Habis, dengan mudah macam itu lah kau bagi dia masuk dalam rumah kita ni?!’’ jerkah Irham pula. Daliya sudah tiada terdaya. Air matanya merembes keluar.

“Liya cuma buatkan minuman untuk dia, sebagai tanda terima kasih,’’ beritahu Daliya lagi.

“Sampai dia boleh sentuh kau? Itu pun tanda terima kasih?!’’

“Tak, dia cuma..’’

“Sudah!! Aku benci dengar kata-kata kau. Penipu!’’ seraya itu pipi Daliya ditampar kuat.

“Kau dahagakan kasih sayang sangat kan..’’ Irham sudah bertindak kasar dengan merentap baju yang dipakainya. Suaminya benar-benar sudah hilang kewarasanya tatkala itu. Wajah itu mencumbuinya dengan kasar.

“Abang! Jangan buat Liya macam ni.. tolonglah!’’ tangisan Daliya semakin kuat. Irham langsung tidak menghiraukan pujukannya.

“Abang..’’

“Diam!!’’ jerkah Irham. Daliya kaku. Takut untuk bersuara. Bimbang kalau kata-katanya akan mengundang tamparan kali kedua. Irham memang sudah hilang pertimbangan. Bagaikan kerasukan, lelaki itu sanggup menariknya dengan kasar.

“Kau dahagakan kasih sayang sebab aku tak layan kau kan? Hari ni biar aku bagi kau rasa ‘puas’ biar kau tak meminta-minta dari orang lain! Sini! Ikut aku!’’ Irham menarik lenggan Daliya supaya mengikutinya. Daliya menggeleng lemah.

“Jangan abang, Liya tak mahu..’’ teresak-esak dia menangis. Irham mendengus kasar. Terus menghentak kepala Daliya ke lantai dan menampar halus pipi itu berkali-kali. Kesakitan yang dialami membuatkan Daliya semakin lemah. Suara azan maghrib yang berkumandang membuatkan Irham terus menghentikan perbuatannya. Pandangan Daliya sudah pinar. Matanya mulai terkatup dan akhirnya terbaring lesu di lantai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience