BAB 3

Romance Completed 89895

HAMPIR sebulan Daliya menjalani kehidupan bahagianya bersama Irham. Dalam tempoh yang sama jugalah Nazira semakin sakit jiwa kerana terseksa cintanya sehingga sampai satu tahap Datin Zahara terpaksa mengurungnya di dalam balik. Datin zahara sudah tidak sanggup untuk melihat Nazira sebegitu lagi. Dia harus mengembalikan Nazira anaknya yang ceria seperti dahulu. Satu- satunya cara ialah menyatukannya bersama Irham. Tapi dia tidak rela membiarkan Nazira menjadi isteri kedua Irham. Dia menekan butang talefon bimbitnya. “Hello, Farid. Aku nak jumpa kau malam ni.’’ Datin Zahara bersuara serius.

Daliya memandang skrin ipad yang Irham hadiahkan semasa perkahwinan mereka. Semasa hantaran perkahwinannya, terdapat satu dulang berisi Ipad dan juga talefon bimbit I phone 5. Sungguh tak terduga Irham seperti tahu minatnya ke benda alah ni. Irham tadi sudah mention kepadanya melalui twitter bahawa dia akan pulang lewat kerana ada meeting bersama klien dari China. ‘Sibuk benar suami aku tu. Tapi sempat juga dia bertweet- tweet. Hehehe…’ Daliya tersenyum. Daliya menerjah ke instagram pula. Oh ya, aku tahu password Irham. Selongkar jap! Eh, banyaknya gambar dalam ini. Gambar aku pun ada? Orang tengah masak pun curi-curi snap!

Lain kali cakaplah, boleh gak aku posing. Emm.. daliya tersenyum bila terbaca ayat tertera dibawahnya. ‘ my wife tengah masak! Cepatlah yang.. laporr dah ni.’ Ramai juga yang Likedan comment. Daliya tersenyum lagi. Dia terpandangkan satu gambar. Mesranya Irham dengan perempuan ni. Siapa dia ni? Gambar kat luar negara ni. Irham tulis kat sini ‘Irham & Nazira at New York!’ Cantiknya dia kalau nak dibanding dengan aku. Tapi Irham pilih aku, maknanya akulah yang lebih cantik dari dia. Daliya menyedapkan hatinya walau dia sangat cemburukan akan wanita disisi Irham. Nazira.. cantik namanya persis orangnya. Daliya sudah tiada mood untuk menyelongkar gambar Irham lagi. Dia kembali ke twitter. Menaip sesuatu.

>@Irham_Hakimi I miss you!. Daliya menenangkan hatinya. Selang beberapa minit rindunya terbalas. Daliya memandang skrin ipadnya. Irham reply mentioned. >@Liya_cun I miss you too! Daliya tersenyum bahagia. Irham memang tahu bagaimana untuk menarik hatinya. Ya Allah kau kekalkan lah kebahgiaan kami. Doa Daliya dalam hatinya. Daliya menutup akaun twitternya. Dia menerjah ke dapur. Entah kenapa perutnya terasa seperti mahu makan aiskrim. Tapi sayangnya aiskrim yang ada pun tinggal sedikit. Oh ya! Suruh Irham belikanlah. Dia bergegas mengambil talefon bimbitnya. “Assalamualaikum, abang.’’ Daliya memulakan bicara.

“Waalaikumusalam sayang.’’balas Irham di talian.

“Abang, Liya nak makan aiskrim. Abang belikan boleh?’’pinta Daliya. “Ai malam-malam ni mintak aiskrim? Macam budak-budak lah isteri abang ni.’’balas Irham pula.

“Alah belikan ajelah. Liya nak perisa vanilla coklat tau. Kalau abang tak beli siap abang! Okey.’’ Daliya mengarah seakan mengugut. Irham sekadar mengiakan permintaan Daliya. Keretanya terus membelok ke kiri singgah ke pasaraya kecil yang berada di pinggir jalan.

Masuk ke pasaraya dia terus ke bahagian frozen dan mengambil aiskrim vanilla coklat. Tiba dikaunter pembayaran dia terserempak rakan lamanya Shahrul.

“Shah?’’ tegurnya. Pabila lelaki itu menoleh ternyata memang Shahrul.

“Woi Irham! Apa khabar?lama tak jumpa. Wah makin berisi kau sekarang eik?’’ujar Shahrul. “Aku sihat, kau pun apa kurangnya. Macamana kau sekarang?’’ tanya Irham pula.

“Aku baru balik dari UK minggu lepas. Aku tolong daddy aku uruskan perniagaan kat sana, Kau pulak macamana? Ni malam- malam mencekik aiskrim ni apehal pulak?’’ Shahrul memandang aiskrim vanilla coklat yang berada di tangan Irham. Irham tertawa kecil. “Isteri aku mintak belikan dia aiskrim.’’ Irham meletakkan aiskrim itu dikaunter pembayaran. “wah, dah kahwin kau rupanya. Dengan siapa? Nazira ke?’’ tanya Shahrul. Pertanyaan itu membuatkan Irham terdiam. Nazira? Kalaulah dia kahwin dengan Nazira, tak mungkin dia akan mengenali Daliya. Tapi sudah lama dia tidak mendengar khabar gadis itu.

“Sorry, aku lupa kau dengan Nazira dah putus.’’ Shahrul akhirnya teringatkan sesuatu. Irham sekadar tersenyum hambar. Selesai membayar,Irham meminta diri untuk pulang. Pulang dari pasaraya Irham tidak mampu menepis bayangan Nazira dalam mindanya. Nazira adalah cinta pertamanya. Bagaimana kehadiran gadis itu yang menyentuh hatinya. Hampir 3tahun mereka menjalin ikatan cinta sehingga ke New York. Tapi cinta yang disemai itu semakin lama semakin layu. Irham tidak dapat untuk menghalang perubahan Nazira. Kerana Nazira lah Irham tekad tidak mahu bercinta lagi. Cukuplah dia mencari cinta selepas berkahwin. Lagu ‘moves like jagger’ nyanyian maroon5 bergetar dalam kocek seluarnya. Terus mematikan lamunannya tadi.

“Assalamualaikum, abang kat mana ni? Tadi kata dah nak balik.’’ Daliya terus mengajukan pertanyaan setelah Irham mengangkat panggilannya.

“Waalaikumussalam sayang, iya abang dah balik ni. Abang singgah kedai tadi belikan aiskrim yang Liya pesan tu.’’ Balas Irham pula. “Okey, cepat balik. Liya takut tinggal sorang dalam rumah ni.’’ Daliya memandang kegelapan malam di luar. Tadi kedengaran seperti sesuatu benda jatuh di parkiran kereta. Dia terus diburu rasa takut. Cepat-cepat dia menghubungi Irham.

“Ya sayang, abang dah sampai kat area perumahan kita ni. Kejap lagi abang sampai. Okey, takecare, bay.’’ Irham mematikan talian. Kepulangan Irham telah melegakan Daliya. Dia menyalami tangan Irham. Aiskrim dihulurkan kepadanya.

“Abang okey?’’ Daliya perasankan sesuatu. Irham menyepi dari mengusiknya seperti biasa.

“Eh, abang okey..’’balas Irham terus berjalan ke sofa. Daliya menutup pintu rumahnya dan mendapatkan Irham. Dia melihat wajah Irham seperti keletihan. Mungkin Irham penat. Dia ke dapur untuk meletakan aiskrim ke dalam peti ais. Lupakan sekejap keinginannya untuk makan aiskrim. Dia kembali ke ruang tamu. Dia melihat Irham sedang memicit kepalanya.

“Abang sakit kepala ke?’’Daliya mendekati Irham.

“Entah lah, tiba-tiba rasa berdenyut-denyut pulak kepala ni.’’balas Irham lagi.

“Baring sini, Liya picitkan.’’ Daliya menyuruh Irham baring di atas bantal yang diletakan di atas pehanya. Irham terus membaringkan kepalanya. Rasa sedikit lega. Tapi tekaknya pula rasa mual. Dia tidak mampu menahan lagi terus ke berlari anak ke dapur. Hampir terperanjat Daliya seketika. Dia terus mengikuti langkah Irham ke dapur. Irham memuntahkan makanan yang dihadamnya tadi. Daliya menghampirinya dan mengurut belakang Irham.

“Abang nak Liya ambilkan ubat?’’ tanya Daliya panik melihat keadaan Irham sebegitu. Irham menganguknya perlahan. Daliya menuntun Irham ke bilik. Sementara Irham berada di bilik mandi, Daliya turun ke dapur untuk mengambil panadol untuknya.

“Esok abang tak payah kerja nanti Liya bagitahu Ayah.’’ujar Daliya sambil mengulurkan ubat kepada Irham. “Tapi..’’Irham seperti mahu membantah.

“Tak ada tapi-tapi! Cuba dengar cakap isteri awak ni sekali sekala. Liya tak nak Abang pengsan kat pejabat tu nanti.’’ Daliya memotong percakapan Irham. Nampaknya Irham terpaksalah mengikuti saranan Daliya. “Liya kerja esok, nanti tengahari Liya balik masak untuk abang.’’ Daliya memberitahu awal-awal. “Habis siapa nak jaga abang?’’ tanya Irham pula.

“Nani.’’jawab Daliya. Irham memuncungkan bibirnya. Daliya tahu Irham mahu dia menemaninya tapi terlalu banyak kerja yang perlu dia siapkan. Dia terpaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience