MAK bagaikan kaku seketika sebaik sahaja menerima kehadiran keluarga Irham. Tapi lebih membingungkan apabila Irham bertanyakan si kecil yang berada dalam dukungannya.
“Mak, ini.. anak Irham kan?’’ soalnya. Bibirnya menguntumkan senyuman sambil mengambil tubuh si kecil yang seiras wajahnya itu. Mak hanya membiarkan saja Irham mengendong bayi kecil itu kerana apapun yang telah berlaku, Irham berhak ke atas anak kecil itu.
“Ibu.. ini, anak Irham ibu.’’ katanya dengan penuh teruja kepada Datin Fatimah. Kelopak matanya terasa basah. Hatinya berasa sebak.
“Mak, Liya mana mak?’’ tanya Irham lagi. Mak memandang ayahnya. Apa yang patut dia jawab.
“Liya.. dah pergi.’’ Katanya. Irham terpana. Pergi? Apa maksud mak? Pergi meninggalkan dia untuk selama-lamanya? Atau..?
“Apa maksud mak?’’
“Dia baru berangkat pergi ke Australia.’’ Kata mak dengan tenang. wajah Irham berubah serta merta. Segalanya bagaikan sia-sia. Dia bersungguh-sungguh berusaha untuk berjalan semula semata-mata ingin menemui Daliya tapi isterinya pula pergi meninggalkan dia. Kenapa semuanya harus menjadi begitu rumit? Kenapa segalanya bagaikan takdir yang membiarkan mereka untuk berpisah?
“Kenapa mak dengan ayah biar dia pergi?’’ tanya Irham sambil memandang keduanya. Damia kini berada dalam gendongan Datin Fatimah.
“Dia nak besarkan Damia. Dia dah anggap segala tanggangjawab dia sepenuhnya ke atas Mia. Sebab tu dia pergi. Dia nak cari duit untuk menampung pebelanjaan Mia nanti. Katanya Meera, peluang untuk berjaya dekat Australia lagi cerah.’’ Ujar mak dengan teratur.
“Tapi Irham masih sah suaminya mak. Irham masih bertanggungjawab penuh ke atas dia dan Mia. Lagipun, sewaktu dia tengah mengandungkan Mia, Irham masa itu dah koma. Sebulan lamanya Irham tak sedarkan diri. Sebab itu Irham tak datang ke sini.’’ Terang Irham pula. Mak hanya diam mendengar. Dia sudah mengagak kalau segala yang berlaku pasti ada sesuatu punca disebaliknya yang kita tidak tahu. Begitu juga dengan Daliya. Mungkin dia sudah terlanjur membenci kerana dia tidak tahu kisah yang sebenarnya.
“Macam ni lah mak, Irham tahu Liya akan benci pada Irham atas segala yang berlaku. Tapi beri Irham kesempatan untuk tebus segalanya. Irham akan jaga Mia.’’ Putus Irham.
“Tak boleh macam tu sebab Liya dah amanahkan Mia pada mak. Lagipun, Liya nak tahu perkembangan semasa Mia selama dia duk sana.’’ Kata mak pula.
“Betul kata mak Leha tu. Kalau Liya dapat tahu kamu yang jaga Mia, dia mesti akan bertambah benci pada kamu. Kita jaga Mia di sini, datang melawat, sehingga Liya balik.’’ Kata Datin Fatimah lagi. Irham diam memikirkan kata ibunya yang difikirkan ada betulnya juga.
“Baiklah kalau macam tu, nanti tiap-tiap kali seminggu, Irham akan balik sini untuk Mia. Walau dia kehilangan kasih sayang mama dia untuk sementara, setidak-tidaknya dia masih ada kasih sayang papa. Kan sayang?’’ kata Irham lalu mencuit pipi si kecil. Entah kenapa dia merasakan ada satu sinar harapan yang baru. Dia ada Damia.
‘Abang akan tunggu sayang.. abang akan tunggu.’ Bisik hati kecilnya.
MUSIM telah bersilih ganti. Daliya begitu merindukan anaknya sebaik melihat gambar-gambar Damia yang dimuat naik dari fac oleh Atirah. Sudah masuk tahun baru tapi dia masih berada di Australia. Tapi Daliya tekad untuk segera pulang sebaik sahaja segala urusan kerjanya selesai dan Ameera pun tidak keberatan untuk membenarkan dia pulang. Ameera tahu sudah begitu lama Daliya memendam rasa rindu yang teramat pada si kecil itu. Selesai menyimpan pakaian ke dalam beg, Daliya membelek diri di hadapan cermin. Berapa lapis pakaian dikenakan kerana cuaca sejuk sekitar 15’c di luar. Dia membetulkan mafla yang melingkari tengkuknya kemudian memakai sarung tangan.
“Dah siap dah?’’ tegur Ameera sebaik masuk ke dalam bilik. Daliya tersenyum kecil memandang gadis itu.
“It’s okey I’m leaving you here? Alone?’’ tanya Daliya sekali lagi. Sudah puas dia memujuk Ameera untuk mengikutnya pulang, tapi gadis itu lebih memilih untuk tetap berada di Australia.
“It’s okey. I’m okey Liya. kirim salam dekat mak cik dan pak cik.’’ Balas Ameera pula. Daliya mengganguk perlahan lalu memeluk Ameera seeratnya.
“I’m going to missed you, take care yourself. Jangan asyik nak kerja aje, habis kerja terus balik. Jangan nak tunggu hari gelap, bahaya.’’ Pesan Daliya. Ameera sekadar tersenyum. Untuk beberapa hari itu, dia sudah puas mendengar leteran Daliya kerana dia sering pulang lewat.
“Yes, I’m know. You too, take care.’’ Kata Ameera pula.
Perjalanan jauh dari Australia ke Malaysia yang memakan masa yang agak lama. Sebaik tiba di lapangan terbang KLIA, dia menempah tiket untuk pulang ke Kelantan dengan menaiki pesawat yang akan turun di Lapangan Terbang Sultan Muhammad IV, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Dia sengaja pulang secara senyap-senyap kerana dia ingin memberi kejutan buat keluarganya tapi sebaik tiba di rumah, dia pula yang menerima kejutan sebaik melihat kereta Irham berada di perkarangan rumahnya. Adakah Irham…?
Dia melangkah masuk perlahan-lahan. Sungguh dia terkedu di depan pintu yang ternganga luas kerana dia melihat Irham sedang duduk di satu sudut dan tengah bermain dengan Damia. Seorang gadis naik dari dapur sedang membawa dulang minuman petang.
“Abang, ni Awin dah buat air ni. Asyik layan Mia ni, sampai nak makan pun tak nak.’’ Omel Hazwin. Irham bangun dari pembaringan tapi saat itu dia terkejut melihat Daliya dimuka pintu.
“Liya..’’ bibirnya memanggil nama itu. Daliya terus turun ke semula, Irham turun mengejar dan berjaya menarik pergelangan tangannya.
“Lepaskan Liya!’’ Daliya bertindak untuk merentap tangan lelaki itu.
“Liya, let’s me explain to you everything. Everthing you must know!’’ pinta Irham lagi. Daliya tersenyum sinis. Dia melihat perempuan yang bernama Hazwin itu sedang berdiri di tangga melihat mereka. Hatinya menjadi cuak.
“Enough, is over now. I do not interest to hear.’’ Daliya melangkah masuk dengan keras. Dia mengambil Damia dan masuk berkurung di dalam bilik. Irham meraup wajahnya. Sungguh, dia begitu merindui isterinya tapi ini balasan yang dia dapat. Hanya kebencian.
Mak mengetuk pintu bilik. Daliya membuka pintu dan membiarkan maknya masuk. Dia kembali ke atas katil.
“Kak Long, tak baik buat suami kamu macam ni.’’ Kata mak. Daliya mendengus kecil.
“Dia selalu datang sini?’’ tanya Daliya ingin tahu. Mak hanya mengganguk.
“Jadi mak biarkan dia main dengan Mia?’’ tanya Daliya bagaikan tidak percaya. Dia menggeleng kepalanya kerana tidak mahu percaya tapi itulah hakikatnya. Irham begitu mudah kembali dalam hidupnya setelah Damia lahir ke dunia.
“Sampai hati mak buat Along macam ni? tak cakap sepatah pun dekat Along.’’ Kata Daliya kesal.
“Dia suami kamu dan tetap ayah kandung kepada Mia. Tak kan mak nak pisahkan dua darah tu.’’ Kata mak pula. Daliya mengeluh.
“Bagi Along, dia dah tak ada hak mak, sejak dia halau Along dulu, sejak dia pergi tinggalkan Along gantung tak bertali, semua hak itu dah hilang pada pandangan Along. Hak sebagai suami mahupun hak dia sebagai ayah kandung Mia.’’ Kata Daliya tegas. Mak diam membisu bagaikan tidak percaya mendengar patah perkataan dari mulut Daliya. Mungkin kerana terlalu banyak kali hatinya terluka sehingga tidak ada sedikit ruang pun untuk Irham menebus kesalahan itu.
“Dah lah mak, Along penat ni. Nak rehat.’’ Kata Daliya beralih tempat ke sisi Damia yang sudah terbaring di atas katil itu. Mak bangun dari situ untuk pergi. Dia tahu hati Daliya masih sakit, dia tahu ia perlu masa.
“Macamana mak?’’ tanya Irham sebaik sahaja mak mertuanya keluar dari bilik itu. Mak menggeleng lemah. Irham tunduk memandang lantai.
“Bagi dia masa, dia penat tu. Esok-esok baik lah tu.’’ Balas mak perlahan seakan memberi harapan. Biarpun dia sendiri tahu bahawa kata-kata itu hanya untuk menyedapkan hatinya. Hazwin bangun dari situ. Dia mendekati Irham.
“Abang, Awin balik dulu lah.’’ Katanya kepada lelaki yang sudah dianggap abang itu.
“Kenapa nak balik? Kata nak tinggal sini lagi dua hari?’’ tanya Irham. Hazwin diam sejenak. Dia tahu Daliya tidak berapa sukakan kehadiran dia di sini. Dari pandangan matanya tadi, dia dapat melihat kebencian pada wajah itu. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sebagai orang luar, dia sedar dia tidak sepatutnya berada di dekat keluarga Irham.
“Awin kena balik, ada urusan mengejut.’’ Hazwin berbohong. Irham diam seketika.
“Biar abang hantar Awin.’’ Irham sudah berkira untuk bangun tapi Hazwin menghalang.
“Tak apa, biar awin balik sendiri. Tak akan abang nak tinggalkan kak Liya?’’ Hazwin menguntumkan senyuman sambil mengerling ke arah bilik Daliya. Irham diam saja kalau itu kehendak Hazwin.
“Abang jangan berhenti berusaha pujuk kak Liya. insya-Allah semuanya akan selesai dengan baik. Cuma, abang kena bagi kak Liya masa. Hati perempuan ni, terlalu payah untuk ditafsirkan dengan kata-kata, tapi cubalah untuk memahami.’’ Kata Hazwin dengan bersungguh-sungguh. Irham tersenyum kecil. Hazwin seperti Hanani. Selalu ada kata-kata ‘pembakar semangat’ untuknya terus bangkit. Dia mengosok kepala gadis itu seperti yang dia lakukan pada Hanani.
“Abang ni, rosak rambut Awin.’’ Marah Hazwin geram sambil meluruskan rambutnya dengan tangannya. Mereka tertawa. Irham percaya kini, dia masih punyai harapan untuk bahagia kembali. Setidak-tidaknya dia masih mampu berada dekat dengan Daliya.
Malam itu, Irham cuba mencari jalan untuk berbaik-baik dengan Daliya. Sementara Daliya, puas menghindarkan diri dari suaminya itu. Kalau Irham ada di situ, dia akan cuba mengelakkan diri. Tapi bila di depan ayah, dia tidak berani menujukkan kedegilannya. Dia takut kalau ayah akan kecewa dengan sikapnya. Dia akan berpura-pura saja di depan ayah. Sewaktu dia di dapur tadi, dia tahu Irham sengaja memanfaatkan keadaan. Irham sengaja memegang tangannya konon-kononnya ingin membantunya. Biarpun dalam hatinya begitu rindukan Irham, tapi hatinya masih terluka.
“Liya masih marahkan abang?’’ tanya Irham perlahan sambil membantu Daliya mengeringkan pinggan disisinya. Daliya diam. Menggangap dia seolah-olah tidak wujud di situ.
“Liya,’’ Irham bertindak memegang tangannya apabila tiada jawapan dari bibir itu. Daliya menoleh ke kanan dan ayahnya sudah tiada di dapur. Seraya itu dia menarik tangannya semula.
“Jangan cuba nak ambil kesempatan. Liya tak suka,’’ marah Daliya ingin cepat-cepat berlalu tapi entah kenapa kakinya terseliuh dan hampir-hampir tergelincir di situ tapi mujur Irham sempat menyambutnya. Pandangan mereka menyatu. Daliya kaku. Gulp! Dia menelan air liurnya yang terasa pahit. Bunyi tangisan Damia di dalam bilik membuatkan Daliya bingkas untuk bangun ke posisi asal. Dia cepat melangkah meninggalkan ruang dapur. Sebaik tiba dibilik, dia menghela nafas lega. Hampir-hampir! Dia hampir saja tewas dengan perasaannya sendiri. Tubuh Damia yang berada dalam baby cot diambil.
“syhh.. jangan nangis sayang, mama ada ni..’’ ujar Daliya perlahan. Botol susu diambil, dan disuapkan ke mulut si kecil untuk menyusu. Tangisan Damia mulai reda. Tapi perasaan Daliya masih berkocak hebat dengan insiden tadi. Irham masuk ke dalam bilik itu semula, Daliya bingkas bangun dan meletakkan Damia ke dalam baby cot semula. Dia mahu mengatur langkah untuk pergi tapi sekali lagi tangannya ditarik.
“Liya, please.. jangan pergi.’’ Katanya perlahan. daliya merentap tangan itu.
“Itu kalau dulu. Sebelum abang usir Liya. mungkin Liya tak akan pergi, tapi untuk sekarang…’’ Dia berhenti sejenak. Memandang Irham dengan tajam.
“Semua dah berakhir. Liya harap lepas ni abang boleh ‘lepaskan’ Liya.’’ sambungnya.
Berdesing telinga Irham. Jiwanya bagaikan dikoyak-koyak. Kata-kata isterinya mengandungi seribu kebencian teramat sehinggakan perpisahan yang dipintanya. Seolah-olah Daliya sudah tidak lagi sudi untuk bersamanya. Bagaimana dia harus mengharungi hidup tanpa Liya?
Irham cuba memegang tangan isterinya tetapi Daliya segera menepis.
“Jangan sentuh Liya. Liya tak sudi disentuh oleh lelaki seperti abang.’’ Katanya kasar.
“Maafkan abang sayang, abang menyesal atas semua yang berlaku. Ia semua diluar jangkaan kita. Abang dah ‘kena’ buatan orang dan koma, semuanya bukan abang yang pinta. Abang tak pinta untuk menjauhi Liya. Abang tahu tak mudah untuk Liya memaafkan abang, tapi abang redha dan pasrah kerana semua yang berlaku disebabkan abang. Cuma satu yang abang mahu tegaskan, abang tak akan ceraikan Liya. Kini dan selamanya, Liya dan Mia hanya milik abang seorang.’’ Mendatar sahaja kata-kata yang diluahkan oleh Irham. Daliya mengeluh.
“Tapi tetap saja, Liya masih tak mampu nak terima abang dalam hidup Liya lepas segala yang berlaku. Hati Liya ni, dah terlalu sakit. Liya dah tak boleh nak terima abang dalam hidup Liya lagi. Abang buat Liya ni tak ubah macam sampah. Bila abang nak, abang kutip.’’ Rintih Daliya dalam kata-katanya. Sayu perasaannya tatkala itu apabila mengenangkan segala yang berlaku. Masih jelas diingatan, ketika dia ditampar kuat diruang tamu, dihalau bagaikan kucing kurap, melahirkan anak tanpa suami. Segala-galanya terlalu sakit. Hati wanitanya tidak mampu menahan rasa pedih itu.
“Please.. sayang, jangan cakap macam tu. Abang tahu salah abang.’’ Irham merayunya lagi. Mendengar kata-kata isterinya tadi membuatkan jiwanya bagaikan ditusuk sembilu tajam.
“Liya bukan saja cakap, tapi itulah hakikatnya. Pernikahan ini, hanya boleh buat Liya terluka. Cinta dan kasih sayang ini menyusahkan. Terima kasih kerana memberikan Mia dalam hidup Liya tapi terima kasih banyak kerana memberikan Liya satu pengalaman hidup yang cukup ‘bermakna’ selama mengandungkan dia selama 9 bulan.’’ Sindir isterinya lagi. Semakin pedih jiwanya. Tercalar-calar hati Irham tatkala itu.
“Abang cintakan Liya. Liya dan Mia adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Liya bukan sampah, Liya adalah isteri yang abang sayang selama abang hidup di dunia dan akhirat juga. Demi Allah, abang berjanji sampai bila-bila abang tetap mahukan Liya menjadi pendamping hidup abang. Abang tak akan lepaskan Liya.’’ Irham tetap berusaha memujuk hati wanita itu. Daliya langsung tidak memandangnya. Tapi setitis air matanya mengalir. Dia berasa sebak mendengar kata-kata suami yang begitu mengusik nalurinya. Sumpah Irham dirasakan begitu bermakna tapi hatinya tetap terluka. Belum begitu mudah dia memaafkan. Dia menyeka air mata itu dengan jarinya.
“Tak semudah itu untuk abang kembali dalam hidup Liya. Hati Liya masih belum terubat. Tapi, Liya akan fikirkannya sekali lagi. Harap abang terima keputusan Liya dan bagi Liya masa.’’ Kata Daliya akhirnya. Irham bersetuju. Kepalanya dianggukan tanda pengertian terhadap permintaan isterinya.
“Abang faham. Ambil lah berapa lama masa yang Liya perlukan, abang akan sanggup menunggu untuk bersama Liya kembali. Abang yakin, suatu hari nanti, kita akan bersama semula. Menyemai semula kasih sayang bersama anak kita.’’ Irham mengucapkan harapan yang diharapakan pada perhubungan mendatang bersama Daliya. Namun, tiada respons dari bibir Daliya. Dia diam membiarkan harapan suaminya disapa angin lalu. Perasaannya masih belum pulih walaupun sezarah.
“Liya cuma nak pinta sesuatu, harap abang terima keputusan Liya dengan hati terbuka..’’ jeda Daliya. Irham menunggu dalam diam.
“Liya akan bawa Mia untuk tinggal bersama Liya di Australia.’’
Seperti yang diduga Irham tidak menginzinkan dia pergi dengan membawa Damia. Tapi kerasnya hati si isteri tetap dengan keputusannya.
“Kalau Liya bawa Mia pergi, habis abang macam mana?’’
“Abang boleh datang melawat kalau abang nak. Liya tak kisah.’’ Kata Daliya lagi. Irham diam lagi. Lama memikirkan segalanya. Akhirnya dia membuat kata putus. Wajah Daliya dipandang lama.
“Baiklah, kalau itu yang Liya nak. Cuma, satu yang abang pinta. Liya kena balik tinggal dengan abang semula sebaik saja umur Mia masuk setahun. Boleh?’’ pinta Irham. Pada masa itu Daliya cuma mampu mengiakan saja permintaan Irham. Walau pada hakikatnya, masa itu pun dirasakan masih belum cukup untuk dia menjauh dari Irham. Tinggal lagi berapa bulan maka genaplah umur Damia setahun.
Share this novel