Irham terpaksa akur. Kali ini dia tidak mahu menyakiti hati Nazira lagi. Dia tidak mahu juga setiap hari bersikap dingin dengan Nazira. Pagi itu dia akan menemani Nazira ke klinik.
“Thank you sayang, sebab sudi hantar I. you pergilah pejabat, balik nanti I boleh naik cab.’’ Beritahu Nazira. Padahal dia tidak mahu kalau Irham masuk sekali bersamanya. Bimbang juga kalau semuanya boleh terbongkar.
“You kan sakit, tak apa lah. I temankan.’’
“Eh, tak payah susah-susah. You dah tolong hantarkan ni pun dah cukup baik. You mesti ada banyak kerja kat pejabat. I boleh balik sendiri.’’ Nazira tetap berkeras. Mahu tidak mahu Irham hanya bersetuju. Keretanya berlalu pergi meninggalkan Nazira di situ.
Sampai separuh jalan, Irham melihat wallet milik Nazira. Mungkin dia tertinggal. Fikir Irham. Dia membuat U turn kembali ke klinik semula. Tapi sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam klinik itu, membuatkan hatinya terasa bagai dihiris-hiris. Dia menangkap dengan jelas perbualan Nazira dengan doktor perempuan yang bernama Diana itu.
“ I happy sangat, akhirnya perempuan tak guna tu dah berambus dari hidup Irham.’’ Ceria suara Nazira berkata-kata.
“Dia tahu ke yang you cuma pura-pura sakit?’’ tanya Diana pula.
“Manalah I tahu, bila dia tahu Irham kahwin dengan I , terus dia pergi. Sekarang ni pun tak tahu menghilang entah ke mana. Pergi mampuslah dia. Irham tu macam orang bodoh cari dia ke hulu ke hilir. Perempuan tak guna!’’ Nazira menyumpahkan Daliya bersama hilaian tawanya bersama Diana. Irham yang berdiri dibalik pintu rasanya mahu pergi dan mencekik-cekik leher perempuan itu, tapi dia masih berfikir waras. Begitu bijak dia berlakon. Sakit konon! Patutlah terus jadi sihat selepas berkahwin dengannya. Irham mengeluh lemah. Teringat saat dia telah menyakiti hati Daliya kerana ingin berkahwin dengan Nazira. Air matanya mengalir laju di pipi.
Nazira yang baru keluar dari bilik itu terkejut beruk melihat sekujur tubuh Irham yang betul-betul berdiri di depan pintu.
“You..You buat apa kat sini?’’ terketar-ketar dia bertanya. Pandangan Irham tajam. Seakan-akan mahu menelannya di situ. Adakah Irham mendengar perbualannya bersama Diana tadi. “You datang nak jemput I ke? Jom lah.’’ Nazira memaut lenggan Irham tapi pantas ditepis. Seraya itu juga satu tamparan hebat singgah ke pipi halus Nazira.
“Perempuan tak guna! Kau tipu aku!’’ bentak Irham. Nazira kaku. Tubuhnya terasa membeku. Dia tidak mampu bersuara lagi. Melihat langkah Irham yang ingin pergi tangannya cuba meraih tapi dengan kasar dia ditolak.
“Irham, dengar dulu apa yang I nak cakap.’’ Dia menangis. Irham mencemuh.
“Aku dah tak nak dengar kata-kata perempuan penipu seperti kau! Sakit konon.’’ Herdik Irham.
“Tolong jangan buat I macam ni. I cuma nak jadi isteri you.’’
“Menjadi isteri dengan penipuan?? Sudahlah Zira, aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau Zira. Aku ceraikan kau dengan talak tiga!’’
Irham terus pergi. Tubuh Nazira sudah berasa tidak stabil lagi. Mujurlah ada Diana yang sempat menyambutnya. Irham sudah lafazkan talak. Talak tiga?!
Nazira menangis tersedu-sedan.
Pulang ke rumah Irham mendapat panggilan telefon daripada Daliya. Hatinya berasa amat gembira sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“Assalamualaikum..’’ Daliya cuba mengawal nada suaranya. Menahan rasa sebak yang seakan mahu bertamu dihati. Dia rindukan Irham.
“Waalaikumussalam, sayang!’’ balas Irham dengan nada yang ceria. Daliya kaku membisu. Panggilan itu, dia rindukan panggilan yang terbit dari patah bicara suaminya. ‘sayang’ adalah seindah kata yang mampu mencairkan hati wanitanya. Daliya hanya mampu membiarkan air matanya bertakung dikelopak mata.
“Sayang sihat?’’ suara Irham sekali lagi menyesakkan jiwanya. Zahirnya dia memang nampak sihat, tapi batinya.. terlalu merindui Irham. Bahagiakah Irham bersama Nazira selama pemergiannya? Daliya hanya mampu mengeluh. Mengusir kepedihan hati bila mengingatkan semua itu.
“Liya tak rindukan abang?’’ Irham masih tetap bersuara. Daliya terdiam. Rindu? Siapa yang tidak merindui orang yang disayang? ‘Aku terlalu merinduimu tapi aku juga tidak mampu mengusir kepedihan hatiku dengan sikapmu.’ Desis Daliya dalam hatinya.
“Liya dah begitu benci pada abang kan? Sebab tu Liya tak mahu bercakap dengan abang.’’ Kali ini kata-kata Irham menikam jiwanya. Mengihiris-hiris hatinya. Kata bicara yang mungkin menyakiti hati Irham juga. Benci? Bencikah aku padanya?
“Maafkan Liya bang,’’ hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya. Memohon maaf atas kederhakaan dia selama ini. Meninggalkan suami yang masih memerlukan dia.
“Liya, abang dah lama maafkan apapun salah silap Liya. Cuma satu yang abang mahu. Pulanglah sayang, abang masih perlukan Liya sepanjang hidup abang. Abang cintakan Liya.’’ kedengaran suara Irham yang mendatar memujuknya. Daliya tewas. Dia tidak tahu apa yang hendak dijawab. Daliya menyedari dadanya mula berombak-ombak menahan tangis.
“Liya pun masih memerlukan abang. Baby kita pun perlukan abang.’’ Lembut suara Daliya menyampaikan berita yang baru diterima itu.
“Baby kita? Liya.. mengandung?’’ Irham memerlukan kepastian itu.
“Dah 3minggu.’’ Beritahu Daliya dengan nada gembira. Gembira kerana dapat berkongsi kebahgiaan ini bersama suami tercinta.
“Alhamdulilah..’’ kedengaran bisikkan halus yang terbit di corong telefon. Suara itu kedengaran sebak. Irham bersyukur kerana dia akan bergelar ayah sekali lagi, tapi sayangnya.. dia tidak dapat berada di sisi Daliya untuk meraikan berita gembira ini.
“Abang..?’’ panggil Daliya yang masih setia ditalian.
“Sayang, sayang kat mana?” pertanyaan suami yang menggamit rindunya. Dia tahu Irham juga merasakan hal yang sama. Mungkin dia patut memberitahu Irham.
“Liya dekat Melbourne, Australia. Dah tiga hari Liya dekat sini.’’ Beritahu Daliya.
“Australia? Habis hari-hari yang sebelumnya Liya ke mana?’’
“Selepas keluar rumah, Liya tinggal dengan Ameera. Dia yang bawa Liya ke sini.’’ Jelasnya. Kali ini Irham membisu.
“Abang? Kenapa?’’
“Siapa Ameera?’’ tanya Irham. Daliya hampir lupa bahawa Irham dengan Ameera masih belum berkenalan. Semasa hari pernikahan mereka pun, Ameera tidak ada di Malaysia.
“Dia kawan Liya. kawan masa kecil Liya.’’ jelas Daliya.
“Liya bila nak balik sini? Abang rindukan Liya.’’
Daliya terdiam. Tidak mungkin untuk dia balik dan meninggalkan Ameera sendirian di sini. Ameera akan membuat praktikal di sini selama sebulan dan dia sudah berjanji untuk menemaninya. Apa yang patut dia buat sekarang? lagipula kalau dia pulang ke Malaysia sekalipun itu hanya mengundang kebenciannya terhadap Nazira.
“Liya tak boleh balik buat masa sekarang ni.’’ Perlahan sahaja suara Daliya memberitahu. Kedengaran satu keluhan berat yang dilepaskan. Dia tahu Irham pasti kecewa.
“Baiklah kalau Liya tak boleh balik sini. Biar abang aje yang ke sana.’’ Putus Irham.
“Abang nak ke sini? Habis Nazira macamana?’’ tiba-tiba sahaja kata Daliya mengingatkan tanggungjawab Irham yang sama terhadap madunya itu.
“Jangan bercakap pasal perempuan tu boleh? Kita tengah bercakap pasal Liya. bukan dia.’’ Tegas Irham bersuara. Daliya terdiam.
“Pagi esok abang akan fly ke Australia. Tunggu abang ya, sayang?’’ kata Irham pula.
“Jaga kesihatan untuk baby kita. Assalamualaikum.’’ Irham mematikan talian tanpa mendengar salam dari Daliya. Kenapa dengan Irham?
Share this novel