“ARGHH!!Daliya kau memang tak guna!’’ Nazira terus-terusan menyumpah. Sakit jiwa raganya apabila apa yang diinginkan tidak tercapai olehnya. Keras sungguh hatinya untuk memiliki Irham. Lebih menyakitkan lagi, Irham sendiri sanggup menolaknya hanya kerana menyintai perempuan yang baru dicintainya selepas alam pernikahan itu. Sedangkan dia? Telah bertahun lama menyulam kasih bersama lelaki itu tetapi hanya sekelip mata sahaja dilupakan. Nazira meraup mukanya berkali-kali. Beberapa biji pil yang berselerak di atas meja ditelannya. Begitulah sehari-harinya apabila setiap kali dia berasa tertekan, pil yang dibelinya secara senyap-senyap itu pengubatnya. Sekali telan ia akan memberikan Nazira rasa yang begitu tenang. Alam yang sebenar menjadi sebaliknya. Halusinasi itu baginya cukup nyata. Sejak itu jugalah Nazira sudah berjinak-jinak dengan rokok. Untuk mengelakkan perkara ini diketahui oleh mamanya, Nazira terpaksa keluar dari rumah dan menyewa sebuah apartment mewah di ibu kota. Baginya, Datin Zahara adalah penyibuk yang tidak tahu apa-apa mengenai perasaannya. Sebaik melihat wajahnya di cermin dia mulai gelisah. Dirabanya wajahnya berkali-kali. Mukanya kelihatan kusam dan tidak bermaya. Lingkaran gelap juga muncul dibawah matanya. Dia terduduk menangis. ‘aku perlu lakukan sesuatu. Aku tak akan biarkan hidup aku tersiksa begini. Liya, kau harus bayar apa yang dah kau buat pada hidup aku sekarang ni. Kau rampas apa yang sepatutnya jadi hak aku. aku sumpah Liya, aku sumpah kau tak akan hidup tenteram! Dan kalau aku tak dapat bersama Irham, jangan harap orang lain pun akan dapat.’ Nazira menyumpah.
melihat lelaki itu sambil tersenyum. Akhirnya setuju juga dia untuk menemuinya hari itu. Wajahnya kelihatan berserabut. “Nazira.’’ Nazira menghulur tangannya untuk berjabat tangan. Lelaki itu menyambutnya. “Farhan.’’ balasnya. Nazira memanggil pelayan restoren. “Pesan minum dulu.’’ Ujarnya kepada lelaki itu. Sebaik memesan minum Nazira mengeluarkan cek bernilai 30 ribu. Dia jelas terpana.
“Dengan duit ni, kau boleh bayar balik duit syarikat yang kau dah gunakan tu.’’ Ujar Nazira. Farhan jelas terkejut. Bagaimana gadis ini boleh tahu kalau sebenarnya dia telah menyelewengkan duit syarikat. “Macamana kau boleh tahu pasal ni?’’
“Itu tak jadi masalah. Dunia bisnes ni kecil aje Farhan. Aku tahu kalau kau tak boleh bayar duit syarikat sebanyak 20 ribu yang kau ambil tu, kau akan disaman oleh pihak syarikat. Kau akan masuk penjara dan denda yang berlipat kali ganda dari itu. Kau nak?’’ kata Nazira pula. “Habis, kenapa kau baik hati nak bagi duit ni kat aku?’’ soal Farhan pula. Nazira tertawa kecil.
“Tak ada yang percuma dalam dunia sekarang ni Farhan. Duit itu hanya bayaran kau buat kerja untuk aku.’’ Nazira mula bersuara serius. “Maksud kau?’’ Tanya Farhan lagi. “Aku nak kau perangkap Daliya.’’ Balasnya. Farhan terkedu. “Daliya?’’
“Ya. Daliya. Bekas atasan kau sekarang ni.’’ Jawab Nazira. Farhan diam seketika. Setelah Nazira memberitahunya tentang rancangan itu dia hanya menggeleng kepala. “Aku tak sanggup nak buat macam tu.’’ Katanya perlahan. Muka Nazira jelas berang. “Habis tu, kau lebih sanggup merempat kat penjara? Tinggalkan isteri dan anak kau?’’ kata-kata Nazira membuatkan Farhan hilang punca. Kalau dia tidak lakukan apa yang disuruh oleh Nazira, itu sama saja dia akan mensia-siakan peluang yang ada. Dia sudahpun dipecat oleh Irhamminggu lepas kerana tertangkap telah menyelewengkan wang syarikat. Duit syarikat harus diganti biarpun sekarang dia menggangur. Kalau ikutkan Irham, dia nyaris-nyaris saja mahu dihumban ke penjara. Mujur ada Daliya yang sanggup memberikan tempoh kepadanya untuk membayar duit itu. Sekarang dia harus membalasnya dengan kejahatan? Tapi apa yang boleh dia lakukan lagi. Selama mana pun tempoh yang diberi, dia tidak mungkin dapat membayar balik duit syarikat itu. Farhan mengeluh lemah. “Baiklah, aku setuju.
’’ Akhirnya dia bersetuju.
“SAYANG!’’ suara Irham kedengaran dari luar. Daliya mengeluh lemah. Baru sahaja dia masuk bilik air tapi Irham sudah memanggilnya. “Ada apa lagi?’’ soalnya. “Abang tak reti lah nak buat..’’ ujarnya. Daliya menekup mulut menahan tawa. “Abang buat kek ke, abang main tepung?’’ soal Daliya yang masih dengan sisa tawanya. Irham menyentuh pipinya. Debu-debu tepung yang ditumpahkan secara tak sengaja tadi nampaknya tempias juga kepadanya. “Liya perli abang yer?’’ Irham pula yang menyoal. Daliya tersenyum. “Memang pun! Ish, dah bagi resepi pun tak reti-reti jugak. Lia nak mandi pun tak susah.’’ Omelnya. Irham tersengih. Dia menolak Daliya masuk ke bilik air semula. Dikuncinya pintu bilik air. “Eh, kenapa pulak ni?’’ tanya Daliya.
“Tadi kata susah nak mandi, meh sini abang tolong mandikan.’’ Selamba saja jawapnya. Daliya terkedu. Laju saja tangannya mengambil paip shower dihalakan kepada Irham. “Abang jangan nak merepek, bukan susah macam ni maksud Liya.’’ Kata Daliya. Irham terkekeh ketawa. Mudah sangat nak menyakat isterinya ni. Dia makin suka!
Langkahnya didekatkan. Daliya cemas. Irham ni dah masih waras tak? Nak mandikan aku? ingat aku ni budak-budak? Desisnya. “Abang!’’ dia meninggikan suara. Irham tetap tidak hiraukan sebaliknya semakin mendekati Daliya. Setapak demi setapak Daliya mengundur ke belakang sehingga tiada ruang lagi untuk dia bergerak. “Abang maju setapak lagi, Liya tembak.’’Kata Daliya tegas dengan paip shower itu dihalakan kepada Irham. Pantas saja tangannya ditarik oleh Irham. Tangan Daliya kini kemas dalam pegangannya. “Sekarang nak buat apa?’’ bisik Irham. Daliya terkedu. Irham ni…
Wajah Irham begitu hampir dengannya sehingga dia dapat rasakan deruan nafas lelaki itu. “Buat ajelah apa yang abang suka!’’ Daliya berkata seakan mengalah. Mukanya kelihatan marah. Irham melepaskan tawa. Tangan Daliya kini dilepaskan. Terpinga-pinga Daliya melihat lelaki itu. “Liya ni mudah sangat terkena. Abang gurau aje lah..’’ Irham mencuit hidung Daliya. Seraya itu juga bajunya basah dengan air. “Liya, habis basah baju abang.’’ Dia melihat tubuhnya yang basah dengan air.
“Padan muka! Lain kali jangan suka nak permainkan Liya.’’ Balas Daliya. “Dah basah macam ni nampaknya memang kena mandi sini lah ni.’’ laju saja membuka bajunya. Daliya pantas menolak tubuh lelaki itu keluar. “Mandi kat bawah!’’ ujarnya lantas menutup pintu bilik air. Irham sekadar menggeleng sambil tersenyum. ‘ Liya.. Liya…’
Hari itu Daliya pulang agak lewat dari pejabat. Terlalu banyak kerja yang terpaksa diuruskan selama permergian Irham ke Johor Bharu. Sudah dua hari dia tinggal bersama mertuanya selama ketiadaan Irham. Sewaktu tiba di parkiran kereta Daliya berasa tidak sedap hati. Dia merasakan ada seseorang yang sedang mengikutinya dari belakang. Apabila dia menoleh, tiada sesiapa. Jam sudah menunjukan pukul 6.30 petang. Dia mempercepatkan langkahnya. Semasa dia ingin membuka pintu, saat itu juga mulutnya ditekup dengan kain oleh seseorang dari belakang. Meronta-ronta juga dia untuk dilepaskan tapi kepalanya sudah berasa pening. Dia sudah tidak dapat mengimbangi badannya akhirnya rebah dalam pelukan lelaki itu.
Daliya tersedar dan kepalanya masih terasa pening. Sebaik sahaja memandang keadaan sekeliling dia melihat tubuhnya yang tidak berbaju tapi mujurlah seluarnya masih lengkap. Ya Allah! Apa yang telah berlaku? Daliya tidak dapat melihat sesiapa dalam ruangan itu. Airmata mula mengalir. Dia memakai bajunya dan cepat-cepat pergi dari bilik itu. Saat itu juga dia mengambil telefon bimbitnya untuk menghubungi Irham.
“Abang.. tolong Liya…’’ teresak-esak tangisannya sebaik sahaja Irham mengangkat panggilannya. “Liya? Kenapa ni sayang?’’ Suara Irham mulai panik. “Tolong Liya bang..’’ Daliya menangis kuat. Irham menyepi seketika. Terasa gelap dunianya untuk seketika. ‘Ya Allah, isteriku.’ Hanya itu yang terucap dibibirnya. “Liya, bertenang. Abang balik sekarang.’’ Irham mematikan penggilan itu. Dia pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga. Fikirannya berkecamuk memikirkan bait-bait kata Daliya tadi. Dia meraut wajahnya berkali-kali. Kalaulah dia tidak pergi meninggalkan Daliya, semua ini tak akan berlaku.pedal ditekan kuat. Laju menyusuri jalan raya. ketika itu juga, untuk mengelak daripada melanggar seekor kucing tapi keretanya pula yang terbabas sehingga melanggar perbahagi jalan. Kepalanya terhantuk kuat di stereng kereta. Dia berasa sangat sakit. Fikiranya hanya memikirkan Daliya. Tapi kepalanya terlalu sakit dan matanya sudah tidak dapat melihat lagi. Akhirnya semua menjadi gelap gelita.
“Apa?! Be- betul ke itu kereta anak saya?’’ Datin Fatimah seakan tidak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Irham kemalangan. Sekarang anak lelakinya berada di hospital. Dia terus berlalu ke bilik Daliya. Menantunya itu hanya berkurung dari bilik sejak pulang dari pejabatnya tadi. Mukanya juga kelihatan pucat. Datin Fatimah mengetuk pintu bilik. Tapi tiada sahutan. Dia memulas tombol pintu. Daliya mungkin terlalu penat. Fikirnya setelah melihat Daliya tertidur di atas tikar sejadah. “Liya..’’ Datin Fatimah mengejutkannya dari tidur.
“Jangan! Jangan sentuh aku!’’ Daliya pantas menolak tubuh Datin Fatimah. “Liya, kenapa ni?’’ Datin Fatimah terkesima dengan tidakan Daliya. Daliya diam. Dia hanya bermimpi. “Astafirullahalazim.. maafkan Liya ibu.’’ Daliya memohon maaf. “Liya, Irham kemalangan. Keretanya terlanggar pembahagi jalan.’’ Ibu terus memaklumkan itu kepada Daliya. Daliya bagaikan patung. Diam dan hanya titisan airmata itu yang mengalir dipipinya. ‘Ya Allah Ya tuhanku, cubaan apa lagi yang Kau berikan pada hambamu ini Ya Allah’ teresak-esak dia menangis dalam pelukan Datin Fatimah. “Sabar, Liya.’’ Pujuk Datin Fatimah. Daliya lemah. Dalam masa satu hari, dua perkara berat menimpa dirinya. Dia tidak sanggup menghadapinya lagi.
Share this novel