BAB 12

Romance Completed 89895

DALIYA kembali ke pejabat setelah 2 minggu bercuti. Begitu dengan Irham, sedikit sebanyak Irham sudah mula mengisi ruang perkerjaannya dahulu dengan bantuan Datuk Sufian yang banyak memberinya tunjuk ajar. Biarpun ingatannya masih belum pulih sepeunuhnya, lelaki itu tetap menunjukkan satu kesungguhan untuk menjadi dirinya semula dengan membuat rawatan di hospital. Daliya berasa tenang semula.

Tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka dari luar dan Irham muncul di situ dengan sergihan lebar. ‘Hisy! Tak ada kerja ke? Baru hari pertama masuk pejabat yang mula nak merayau.’ Ngomel Daliya. Dia melangkah masuk dan terus duduk tanpa dipelawa. “Balik pukul berapa hari ni?’’ soalnya. “Tak tahu lagi.’’ Balas Daliya dan terus membelek-belek fail di atas meja kerjanya sambil menekan keyboard komputernya. “Jangan balik lambat sangat, hari ni kita nak pindah balik rumah kita.’’

Spontan pergerakkan tangan Daliya terhenti lalu memandang wajah suaminya. “Kalau Liya balik lambat, kita tak boleh pindah balik rumah lah?’’ Daliya sengaja ingin menduga jawapan lelaki itu. “Puan Daliya, saya tak nak dengar perkataan ‘kalau’ itu keluar setelah saya suruh ‘jangan’ balik lambat.’’ Balasnya. Daliya tergelak kecil melihat memek mukanya “Liya tahu tak, sekarang ni abang rasa macam nak peluk aje Liya bila tengok Liya ketawa macam tu.’’ Kata-kata Irham terus mematikan tawa Daliya. Bicara suaminya menjadi lain rentak dengan nada yang berlainan. “Baik abang cepat-cepat beredar dari sini sebab Liya ada banyak kerja lagi nak dibuat. Kalau tak memang Liya akan balik lambat lah hari ni.’’ Daliya cuba untuk ‘menghalaunya’ sebelum Irham merapu yang bukan-bukan di siang hari di dalam pejabatnya. Takut juga kalau-kalau angin tak betul Irham kembali tanpa diduga.

“Liya tak boleh halau abang keluar sebab abang ni bos Liya.’’ Dia tersengih memandang Daliya. Bulat mata Daliya seketika melihat Irham sudah bangkit dari berdiri dan bergerak ke arahnya. Pantas juga Daliya berdiri dan mengundur beberapa tapak ke belakang. “Abang jangan buat kerja gila dengan ofis ni, nanti saya panggil Datuk Sufian baru tahu!’’ Daliya mengugutnya. “Panggilah, abang tak takut. Liya panggil Datuk ke, Tan sri ke, Kumalasari ke, diorang tak boleh buat apa-apa sebab Liya kan isteri abang.’’ Tuturnya dengan makin mendekat. Daliya cuba menolak dadanya dan saat itulah kedengaran orang mengetuk pintu pejabat itu. Daliya mengeluh lega. Irham terpaksa keluar juga dari biliknya kerana hari ini Daliya akan menemu duga perkerja barunya.

Daliya membelek-belek fail biru yang berada di tangannya. Agak lama dia melihat isi kandungan resume lelaki itu. Akhirnya dia menguntum senyuman. “Hmm, kelulusan awak ni sangat baik.’’puji Daliya. Dia memandang lelaki berkaca mata itu. Orangnya tinggi lampai. Memiliki sepasang anak mata coklat dan mempunyai lesung pipit di pipi sebelah kirinya. Masih muda.

‘Tapi kenapa awak minta untuk berkerja di sini ya? Kalau ikutkan kelulusan awak, awak boleh dapat jawatan yang lebih bagus daripada ini. Kami tak mampu nak berikan jawatan yang layak dengan kelulusan awak memandangkan kami mencari orang yang sesuai untuk mengisi jawatan lain.’’ Kata Daliya panjang lebar. Lelaki itu tersenyum. “Tak mengapa Cik Liya, saya tak kiasah kalau perlu bermula dari bawah. Bukankah untuk mendaki puncak yang tinggi memerlukan keinginan dan kesungguhan? Saya pun akan melakukan hal yang sama untuk memiliki jawatan yang lebih bagus seperti yang Cik Liya katakan tadi.’’ Balasnya. Daliya tertawa. “Bagus tu. Saya suka dengan cara awak. Memiliki kesungguhan.’’ Kata Daliya pula. Lelaki itu tertawa kecil. “ Baiklah Encik Haziq, awak diterima berkerja di sini. Hmm.. tapi satu perkara saya nak bagitahu awak,’’ Daliya berhenti sejenak. “Saya bukan lagi Cik, saya dah berkahwin.’’ Sambung Daliya. Lelaki itu jelas terkejut. Namun, dia tersenyum. “Maafkan saya. Tapi awak masih muda. Mungkin lebih sesuai
kalau dengan panggilan Cik Liya.’’ Katanya pula. Daliya tertawa kecil. Beraninya dia. “It’s okey. Up to you, anyway.. selamat datang ke Syarikat Sufian Holdings.’’ Daliya berjabat tangan dengannya.

Daliya mendail interkom di mejanya. “Hello, Suraya. Masuk sekejap.’’ Ujarnya. Tidak sampai seminit, Suraya sudah muncul di pintu biliknya. “Su, kau dah kemaskan bilik untuk perkerja baru kita?’’ tanya Daliya. Suraya mengganguk perlahan. “Haa, encik Haziq boleh lah ikut Suraya. Nanti dia tunjukan bilik kerja encik Haziq.’’ Kata Daliya. Haziq keluar dari situ dan mengikuti langkah Suraya.

NAZIRA menumbuk-numbuk permukaan meja berkali-kali. Sejak semalam, mulutnya tidak henti-henti melemparkan sumpah seranah dengan kata-kata kesat. Kemarah Nazira semakin meluat-luat. Penantiannya untuk melihat kehancuran hidup Daliya dan Irham hanyalah sia-sia belaka. Tidak pernah dia menduga bahawa Irham akan melakukan dirinya sebegini. Kehadiran Irham bagaikan pelangi petang.

“I tahu you sedang cuba menghancurkan rumahtangga I dengan Liya. Memang I tak dapat nak ingat segalanya, tapi satu yang tahu, you bukan lagi Nazira yang I kenal. Tolong jangan kacau hidup I dengan Liya. I masih sayangkan rumahtangga I. I dah kehilangan anak I dan I tak mahu kehilangan Liya pula.’’ Hanya itu kata-kata yang dia dengar sewaktu Irham mengangkat panggilan telefonnya.

‘‘Argghhh! Tak guna!’’ jerit Nazira. Sebaik teringatkan rakaman yang diambil olehnya dengan Farhan dulu, Nazira tersenyum nipis. Dia membuka laci mejanya. Tangannya mencapai CD yang terselit di antara fail-fail yang ada di dalamnya. Kepingan CD itu ditatap lama bersama senyuman yang terukir dibibirnya.

Nazira keluar dari biliknya dengan beg yang tergantung dibahunya. Ketika sampai di luar biliknya, suara bising staf-stafnya yang berbual menangkap pendengaran. Nazira mula naik angin. “Ni kenapa bersembang ni? Tak ada kerja nak dibuat?’’ marah Nazira. Dua gadis yang bergelak ketawa tadi terkejut disergah begitu. Kedua-duanya terus berdiri dan tunduk di hadapan Nazira. Takut dan gerun melihat wajah majikannya.

“Huh! Sofia, I nak keluar sekejap. Kalau sesiapa cari I tolong ambilkan pesanan!’’ ujar Nazira kepada salah seorang gadis yang sedang berdiri dihadapannya. Sofia terserentak mendengar suara lantang itu. Gementar dia mahu memandang raut wajah bos yang ditakutinya itu. Dia menunudukkan wajahnya. “You dengar tak apa I cakapkan tadi?’’ sergah Nazira. Sofia gugup. Dia mengganguk laju. Langkah Nazira mulai berlalu.

“Tapi Cik Zira, setengah jam lagi Cik Zira ada meeting.’’ Tiba-tiba Sofia bersuara. Langkah Nazira terhenti. Dia beru teringat akan mensyuaratnya itu. Segera dia mendengus. “Postpone ke pukul 12.00 tengah hari. I ada kerja sekarang!’’ jawab Nazira dan mula mengatur langkah. “Pukul 12.00 ? itu waktu lunch , staf tak ramai masa tu Cik Zira.’’ Sofia berkata lagi. Nazira mengerutkan dahi. Matanya tajam merenung ke arah gadis yang berbaju kurung dihadapannya itu. “That’s not my problem! I nak you beritahu officer department, tepat pukul 12.00 semua staf mesti dah ada kat meeting room. Kalau I tak nampak salah seorang staf dari officer department, I akan pecat sesiapa sahaja. Even you pun I boleh pecat. Faham?!’’ tengking Nazira kuat. Laju saja Sofia mengganguk. “baiklah Cik Zira.’’ Katanya perlahan. “sudah! Buat kerja you tu. Dari tadi I tengok you asyik bersembang aje, kerja satu habuk pun tak boleh buat.’’ Nazira mengomel. Merah padam muka Sofia menahan malu. Nazira mencemuh sebelum langkahnya meninggalkan tempat itu. Hatinya yang berserabut menjadi bertambah-tambah dengan kerenah pekerjanya. Kalau ikutkan hati, manakan mahu dia menguruskan syarikat papanya. Kerana dia satu-satunya anak tunggal, papanya terpaksa menyerahkan syarikat ini atas tanggugjawab Nazira biarpun bukan sepenuhnya. Dia tidak mahu melihat anak gadisnya hidup goyang kaki menghabiskan wang semata-mata sedangkan Nazira adalah graduan kelulusan universiti di luar negara. Sementara Nazira pula hanya terpaksa. Kalau tidak turutkan, dia tidak dapat hidup dengan wang papanya yang melimpah luah itu.

Nazira memberhentikan kereta tidak jauh dari rumah Datuk Sufian. Agak lama dia memerhati banglo mewah itu. Hanya untuk memastikan kalau keadaan banglo itu benar-benar tidak berpenghuni. Dia akhirnya keluar dan mengendap sedikit di celah-celah pagar besi itu. Risau juga kalau ada sesiapa yang mengenalinya di situ. Nazira dengan pantasnya memasukkan sampul surat yang berisi CD itu ke dalam peti surat. Selesai sahaja memasukan sampul surat ke dalam peti itu, dia terus melangkah ke kereta dengan perasaan gembiranya. Fikirannya sudah lupakan segalanya termasuklah mesyuaratnya yang sepatutnya berlangsung di pejabat sekarang. Nazira tersenyum bahagia. Bahagia kerana sebentar lagi dia akan melihat kehancuran rumahtangga Irham dan Daliya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience