Selesai makan tengah hari dengan Irham tadi Daliya terus di ruang kerjanya. ‘Ish! Baru aje sekejap berjumpa, mentang-mentanglah bil telefon syarikat bukan dia yang bayar.’ Ngomel Daliya sebelum menggangkat panggilan itu.
“Sayang..’’ meleret suara Irham memanggilnya.
“Hmm..’’
“I miss you..’’ suaranya kedengaran seakan mengeluh di sana. Daliya hanya diam sambil tersenyum geli hati. Irham dah macam teruk sangat dan gayanya seperti budak remaja yang baru nak bercinta. Tapi betullah, Irham baru bercinta denganku semula setelah dia lupa tentang cintanya sebelum ini.
“Sayang, jom balik.’’ Kata-katanya membuat Daliya tergaman. “jangan nak buat kerja tak masuk akal. Saya ada banyak kerja ni.’’ Tegas balasku kerana terperanjat dengan idea gilanya. “Alah, kerja tu kan boleh sambung esok.’’ Dia memujuk. ‘Aish! Memang dah tahap gaban kemaruk cinta Irham ni!’
“Benda yang boleh diselesaikan hari ni buat apa yang tangguh-tangguh?’’ tegas Daliya lagi. “I miss you sayang.. yang ini pun tak boleh nak tangguh-tangguh.’’ Ujarnya. ‘Cakap ikut sedap aje. Putar belit ayat orang memang nombor satu! Hisy! Irham ni.. kalau kat depan mata sekarang ni sudah lama aku penyek-penyek! Iya ke penyek? Atau aku pun akan turut sama gila cinta dengannya? Setiap rengetan rindu Irham akan menggugat imanku. Mana tahan kalau hari-hari begini?’ Daliya cuba mencari idea untuk mengelak.
“Saya ada banyak kerja ni, awak pun ada kerja jugak kan? Balik nanti kita jumpa ! Okey bye.’’ Daliya terus meletakkan panggilan. Tidak sampai seminit, telefon bimbitnya pula yang berbunyi. Daliya tidak menjawap tapi mode telefon terus ‘disenyapkan’. Kemudian telefon pejabat pula yang berbunyi. Dia mengeluh perlahan.
“Hello, ada apa Suraya?’’
“Hello, aa.. Encik Irham sedang menunggu ditalian. Dia kata penting. Nak saya sambungkan?’’ kata-kata Suraya membuat Daliya mati akal. Irham memang dah tak ada kerja sangat dah ni!
“Sambungkan ajelah!’’ kataku dengan sedikit menjerit. “Hello, ada apa yang boleh saya bantu Encik Irham Hakimi?’’ tanya Daliya. Kedengaran gelak tawa Irham ditalian. “Ya ada. Saya nak jumpa dengan Puan Daliya sekarang di pejabat saya. Kalau Puan Daliya tak datang, saya sendiri akan ke sana dan… tahu-tahulah kalau saya yang ke sana apa yang akan saya buat nanti. Saya rasa Cik Daliya pun tak nak benda yang tak ‘diingini’ itu terjadikan?’’ kata Irham. Daliya membungkam. Irham betul-betul dah meren, otaknya dah tercabut wayar urat sarafnya. Aku kena pergi sambung wayar yang terputus tu.
“Hello, Mrs. Daliya? Are you still there? Or.. need I go there to check it??’’ suara Irham semakin menarik-nariknya saat ini. Daliya mengentap bibirnya. “Yes. It’s very clear Mr. Irham. Just wait.’’ Daliya meletak dengan keras ganggang telefon dan terus melangkah ke bilik Irham. Sebaik sahaja membuka pintu bilik. Irham tiada di tempat duduknya. Daliya dapat merasakan bau minyak wangi lelaki itu yang begitu hampir dengannya. Jangan-jangan dia..? Daliya menoleh ke belakang. Cupp! Satu ciuman singgah ke bibirnya. Tubuhnya sudah berada dalam dakapan Irham. Daliya tergaman dengan tindakannya. Cepat sungguh ia berlaku sehingga dia tidak sempat melakukan apa-apa.
“I love you.. I miss you sayang..’’kata-kata yang menggetarkan jiwa Daliya. Daliya merasakan kalau saat itu udaran semakin berkurang sehingga sesak untuk bernafas. Dia semakin kaku apabila mendengar bait-bait lagu ‘Tercipta Untukku’ nyanyian UNGU bermain entah dari mana. Alunan muzik itu membawa Daliya jauh ke lautan cinta yang begitu mengasyikan.
Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata, yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untuku
Sepanjang hidupku
Lama pandangan mereka bertaut. Irham menyanyikan lagu itu untuknya. Kedengaran agak sumbang tapi muzik yang dipasang telah menutup suara sumbangnya. Daliya tertawa bahagia. Pelukannya semakin kemas. Sekali lagi wajah Irham ingin mendekat dan kali ini sasarannya terpesong kerana Daliya sudahpun memalingkan mukanya. Seraya itu juga tubuh Irham ditolak biar ada ruang antara mereka. “Stop it, kalau ada orang nampak macamana?’’ Daliya bersuara keras untuk menutup rasa malunya yang membahang. Irham tersenyum. Sekali lagi dia menarik Daliya mendekat dengannya. “Kalau nampak pun, macam itulah. Tak ada yang salahnya.’’ Kata Irham pula. Daliya lemas. Lemas dengan kata-kata Irham yang semakin menggila.
“Sudahlah! Layan abang ni, boleh buat Liya jadi gila.’’ Daliya segera ingin berlalu tapi pantas juga tangan Irham menariknya. “Cuba layan abang, teringin jugak abang nak tengok isteri abang ni jadi gila. Macamana agaknya ya?’’ dia mengusik lagi. Argh! Daliya geram. Laju juga tangannya mencubit pinggang Irham. ‘Ouchh!’’ Irham mengaduh. Muka Irham kembali serius. “Padam muka. Suka sangat menggoda Liya.’’ Secara tidak sengaja Daliya mengucapkannya. Irham tersenyum kecil. “Liya tergoda?’’ dia sengaja ingin menyakat Daliya lagi. Merah padam muka isterinya tatkala itu.
“Sudahlah, Liya ada banyak kerja nak dibuat. Kalau layan abang memang tak akan habis.’’ Daliya mengalih topik pertanyaan Irham dan terus pergi. Irham hanya mampu tersenyum melihat gelagat Daliya. Dia masih seperti dulu. Irham bersyukur akhirnya dia kembali ingat segala-galanya tentang Daliya. Itupun secara tidak sengaja dia menyelongkar ipad milik Daliya. Gambar-gambar Daliya yang diambilnya semasa dulu masih kemas berada dalam instagram miliknya. Tapi Irham sengaja tidak mahu memberitahu Daliya. Dia mahu kembali menyintai Daliya dari awal. Kembali menyanyangi isterinya dengan sepenuh hati kerana ‘Cinta selepas nikah’ yang diciptakannya dulu.
Entah kenapa Daliya merasakan sikap Irham semakin hari semakin pelik. Sikapnya kembali seperti dulu. Adakah dia sudah mengingati segalanya? Daliya hanya membiarkan pertanyaan itu bermain dimindanya. Sebaik keluar dari bilik air dia melihat Irham yang sudah duduk di katil seolah-olah menunggu giliran untuk masuk ke bilik air. Sebaik pandangan kami bertembung, senyuman jelas terukir dibibirnya. Aku menghiraukan pandangan peliknya danteruskan ke almari pakaian. Apabila mendengar siulan kecil yang terbit itu membuatkan Daliya perasan kalau sebenarnya dia hanya bertuala yang hanya menutup dada hingga ke lutut. Hisy! Daliya malu. Entah kenapa dia rasa malu sebegini semenjak Irham lupa ingatannya. Baginya, Irham sudah menjadi orang lain sebaik sahaja lelaki itu tidak mengingati apa-apa tentang dirinya. Daliya cepat-cepat membuka pintu almari, tapi saat itu juga tubuhnya dipeluk dari belakang. Serta merta Daliya menolak tubuh Irham.
“Abang ni! Batal air sembahyang Liya!’’ marahnya.
“Habis, Liya tu. Pagi-pagi dah goda abang.’’ Beritahunya. Daliya semakin geram.
“Alah, air sembayang tu kan boleh ambil semula.. tapi…’’ Irham tersengih nakal. Daliya bukannya bodoh untuk tidak tahu apa yang sedang bermain difikirannya. Dia menyilangkan kedua-dua tangannya ke bahu.
“Abang jangan nak buat hal. Liya nak solat ni.’’ Tegas kata-kata Daliya. Irham semakin mendekat. “Kejap lagi kita mandi dan solat sama-sama.’’ Katanya pula. Hisy!! Memang dah tahap kritikal ni. Daliya tiada jalan lain. Hanya ada satu jalan. Bilik air! Sebelum langkah Irham semakin mendekat, Daliya terlebih dahulu masuk ke bilik air dan menguncinya. Daliya tertawa kecil.
Agak lama, akhirnya Daliya membuka pintu bilik air. Yes! Akhirnya Irham sudah tiada di situ. Daliya lekas-lekas memakai pakaian dan menunaikan solat subuh yang tergendala tadi. Usai solat, dia sedang mengirai rambut di depan cermin. Daliya tersentak sekali lagi apabila tubuhnya dipeluk dari belakang dan satu ciuman singgah dilehernya membuatkan bulu romanya serta-merta tegak berdiri. Belum sempat Daliya menolaknya, Irham terlebih dahulu meleraikan pelukannya dan berlalu ke arah katil.
Irham ni kan.. Daliya mengertap bibirnya. Dia bangun perlahan-lahan. Irham nampaknya mahu menyambung tidurnya semula. Daliya bergerak setapak. Niatnya hanya ingin mengusik Irham tapi entah kenapa juga kakinya tersadung dan terjatuh ke atas lelaki itu. Dia cepat-cepat ingin bangun tapi Irham lebih cepat darinya. Laju sahaja tangan Irham memaut pinggang Daliya. Serta merta tubuh Daliya menjadi kaku dan keras. Terasa seluruh urat sarafnya kejang tiba-tiba. Kenapa setiap kali bersama Irham, darah ditubuhnya menderu laju. Denyutan nadinya bertukar rentak.
“Nak sambung yang ‘tadi’ eh?’’ dia menyoal. Daliya lemas berbaring di atas dada Irham dan itu juga membuatnya sesak nafas. Sekeras mana pun dia berusaha untuk bangun, tidak akan dapat dia melawan tenaga seorang lelaki. Daliya menyerah. Wajah Irham dipandang lama.
“Abang ni memang tak kerja nak dibuat ke? Liya nak turun buat sarapan ni. Lepaskan Liya.’’ Beritahu Daliya. Irham tertawa kecil.
“Berani Liya ingkar permintaan suami, tak takut dosa ke?’’ kata-kata Irham membuatkan Daliya membuntang mata. Ish! Berani pula dia bercakap tentang dosa pahala di situasi begini. Irham memang pandai manfaatkan keadaan!
“Abang tak boleh nak paksa Liya.’’ Keras Daliya bersuara. Terasa pautan tangan Irham semakin kemas. “Liya yang memaksa, abang terpaksa.’’ Balasnya. “Jangan nak merepek. Bila masanya Liya memaksa abang ni?’’ tanya Daliya. “Dah tu kenapa pula Liya tiba-tiba rebahkan badan atas abang tadi?” kata Irham. “Liya cuma nak..’’ Daliya mematikan ayat.
“Cuma nak apa?’’ tanya Irham.
Dia tertawa. Mengingatkan bagaimana dia terkedek-kedek berjalan tadi, rasanya tidak perlu dia memberitahu Irham bahawa niatnya cuma ingin mencubit lelaki itu.Bagaikan terkena kejutan elektrik, tubuh Daliya kini ditarik dan Irham kini berada di atasnya. Bertukar posisi dengannya. Daliya terkedu. Wajah suaminya begitu hampir dengannya. Anak mata lelaki itu merenung tepat ke matanya.
“Sayang, abang rindukan saat-saat kita bersama seperti dulu.’’ Kata-kata Irham membuat Daliya terpana. Seperti dulu? Adakah Irham sudah kembali mengingati dirinya? “Abang.. abang.. dah ingat Liya?’’ Daliya bersuara perlahan. Irham mengusap lembut wajah Daliya sambil tersenyum. “Abang tahu abang dah banyak sakitkan hati Liya selama abang hilang ingatan tentang Liya, abang mohon kemaafan atas kesilapan abang itu.’’ Dia memandang wajah Daliya dengan penuh perhatian. Daliya berasa tenang. keasyikan membiarkan jari-jemari Irham bermain dipipinya. Terus hilang rasa yang menyesakkan tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata Irham.
Tanpa Daliya sedar dalam keasyikannya, bibir Irham sudah bergerak bebas. Daliya hanya merelakan kelakuan suaminya. Dia memeluk Irham erat.
Bahagia. Bahagia kerana kini dia kembali memiliki suaminya yang dulu. Kalau boleh dia mahu menghentikan waktu yang berdetik ini agar rasa bahagia ini tidak akan berakhir buat selama-lamanya.
Share this novel