DALIYA tersentak mendengar kata-kata Irham. Dia mahu bertanggungjawab dengan menikahi Nazira? Dia tahu Irham tidak bersalah. Dia sangat tahu suaminya. Tapi kenapa? Dia berasa sebak tiba-tiba. Belum sempat dia bersuara, lelaki itu sudah meninggalkan dia.
Nazira melihat airmata yang mengalir dipipi Daliya tatkala itu. Hatinya berasa puas! Akhirnya. Akhirnya Irham akan menjadi miliknya juga. Tidak sia-sia dia mengatur rancangan ini. Biarpun dimarahi oleh papanya, Nazira tidak kisah. Malu segunung pun dia sanggup asalkan dapat dia bersama Irham. Itu tekadnya.
Pulang sahaja dari pejabat JAIS petang tadi, Daliya cuba mencari ruang untuk berbincang dengan Irham. Dia ingin tahu kenapa itu keputusan yang dia ambil. Kenapa harus menikahi Nazira? Tapi sebaik sahaja dia tiba dirumah, Irham seperti menjauh darinya. Dia keluar semula sebaik sahaja Daliya tiba di rumah. Daliya menuggu di sofa. Tanpa sedar, air matanya mengalir ke pipi. Sehingga ke tengah malam dia menungggu Irham tetap juga tidak pulang. Daliya mulai bimbang. Berkali-kali dia menghubungi tapi langsung tidak berangkat. Kenapa Irham buat aku begini?
Daliya tersedar apabila mendengar bunyi kereta yang diparkir di porch. Jam didinding menujukan pukul 2 pagi. Irham ke mana sebenarnya??
“Abang..’’ lembut panggilnya mendapatkan Irham dimuka pintu. Wajah lelaki itu kelihatan tidak bermaya. Jelas terpancar seribu kesedihan di wajahnya. Irham langsung tidak memandang ke arahnya. Ditangannya terdapat sehelai kertas. Lantas dihulurkan kepada Daliya. Sungguh sebak rasanya hati Daliya melihat isi kandungan surat itu. Di situ jelas mengatkan kalau dia perlu menurunkan tandatangan bagi mempersetujui suaminya berpoligami. Daliya memandangnya dengan kepiluan yang teramat. Adakah Irham tidak dapat merasai kepedihan hati aku? kenapa sanggup dia menyakiti hati aku? hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya sebuah perasaan.
“Baiklah kalau ini yang abang nak,’’ Daliya menahan sebaknya. Dia memandang lama wajah itu.
“Kalau abang nak sangat kahwin dengan Nazira, Liya izinkan. Dengan syarat, lepaskan Liya.’’ Kata Daliya dalam tangisan. Irham terkesima mendengar kata-kata Daliya. Tubuhnya kaku. Pilihan yang diberikan sungguh menusuk hatinya. Sumpah demi Allah, dia bukan sejahat itu. Dia hanya ingin membahgiakan Nazira selama sisa hidupnya yang singkat. Tapi kenapa Daliya yang harus menjadi korban? Irham tidak mahu kehilangan Daliya.
“Abang penat Liya, abang nak rehat.’’ Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Daliya hanya membiarkan langkah kaki itu pergi meninggalkannya. Hujan yang turun lebat seakan-akan turut menangisi kepedihan hatinya dengan sikap Irham.
Sepanjang berlansungnya majlis pernikahan itu, Daliya hanya mampu merintih dalam hatinya. Terasa seluruh nyawanya telah lama pergi bersama akad nikah yang dilafazkan oleh Irham tadi. Sungguh, ia amat menyakitkan. Sehingga ke saat mereka disandingkan di atas pelamin, Daliya masih berharap kalau itu semua hanyalah mimpi. Irham telah menghianatinya. Irham tidak setia pada janjinya. Daliya terus melangkah pergi. Meninggalkan majlis perkahwinan yang baginya satu mimpi ngeri. Kenapa dia harus melihat majlis ini dia pun tidak pasti. Sebelum ke sini dia masih berharap kalau Irham akan berubah fikiran, tapi sangkaanya melesat. Titisan air matanya kini tiada ertinya lagi buat Irham.
Daliya memejamkan matanya. Mengusir kepedihan yang menusuk kalbu. Bibirnya diketap. Mengawal esak tangis yang semakin membuak-buak. Laju diatur langkah ke almari solek. Mukanya dipandang pilu dihadapan cermin. Daliya membenamkan wajahnya di situ. Dilepaskan segala lelah dan sendu yang menghimpit jiwa. Wajahnya diangkat. Untuk seketika dia menyeka air matanya dengan belakang tapak tangan. Dia mengeluarkan sebuku test pad dan sebatang pen. Hanya ini yang terbaik buat masa sekarang. Daliya memilih untuk pergi dari sini. Pada sekeping nota, dia mencoretkan sesuatu.
‘Liya tak dapat nak tafsir perasaan abang. Sekuat manapun hati Liya menahan kepedihan ni, Liya tak boleh.Siapa yang mampu buat abang bahagia, abang yang menentukan. Liya tak ada hak untuk menentukannya. Hanya satu yang mampu, Liya akan terima apapun keputusan abang dengan hati yang terbuka.. lepaskan Liya kalau itu yang memaksa. Liya redha .’
Cincin perkahwinan dijari manisnya ditanggalkan bersama titisan air mata yang mengalir bagaikan tiada mahu berhentinya. Daliya melangkah pergi dari rumah itu. Berat hatinya melihat beg yang dibawa. Entah kemana harus dia pergi, Daliya sendiri pun tidak tahu. Dia hanya ingin menyepi dan menjauh.
Di jalan Allah.. pernikahan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu. Pernikahan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dialah aku menikahimu. Tapi sekiranya hanya setakat ini jodoh kita, aku pasrah Irham. Aku pasrah.
Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi yang melanda sepi
Alam bisu bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori
Ingin ku melangkah membawa diri
Kerna cinta yang dikhianati
Bukan tak sanggup ku menghadapi
Pengorbanan ku tak dihargai
Kini aku pasrah dengan segalanya
Kepedihan ini masih terasa
Apakah salahku, apakah dosaku
Tuhan berilah ku petunjukMu
Dan redha dengan kehendakMu
Cukup kali ini kau menyakiti berulang kali
Tak usahlah lah kembali
Dengan rela hati melepas kau pergi
Dua minggu telah berlalu. Irham bagaikan orang sasau mencari Daliya. Isterinya itu pergi meninggalkan dia. Dia telah kehilangan jejak. Dia tidak tahu kemana Daliya menghilang. Panggilan telefon Nazira yang dari tadi berdering dihiraukan. Adakah dia sudah menjadi seorang suami yang tidak bertanggungjawab? Dia telah menyakiti hati Daliya, dalam masa yang sama dia juga telah menyakiti hati Nazira. Semenjak dari awal perkahwinannya dengan Nazira, dia langsung tidak ‘menyentuh’ Nazira biarpun itu yang sememangnya dituntut dalam perkahwinan. Dia hanya tidak sanggup untuk ‘menyentuh’ insan lain selain Daliya. Tapi kenapa Daliya pergi meninggalkanya?
Irham termenung jauh melihat ruangan rumah yang dibinanya. Seakan-akan memori indahnya bersama Daliya bermain di setiap ruang rumah. Irham menangis lagi.
Mengingatkan semua itu, rindunya kepada Liya semakin membuak. Bagaimana untuk dia melalui hari-hari esok tanpa Liya disisi? Dimana harus dia mencari kebahagian sedangkan kebahagiannya telah dibawa bersama oleh Daliya. Semenjak Daliya menghilang, dia langsung tidak mempunyai masa untuk berehat. Balik kerja dia akan ke hulu ke hilir mencari. Kadang-kadang, dia langsung tidak pulang ke rumah.
“Berdoalah Irham, agar hati Liya terbuka untuk kembali semula.’’ Nasihat Datin Fatimah. Irham tetap diam membisu. Tidak pernah dia lupa untuk berdoa agar isterinya kembali ke pangkuanya. Sudah puas hatinya merintih. Dalam doanya, mengharapkan isterinya terbuka hati untuknya kembali, sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat. Lagipula, dia yakin Liya tidak akan kemana-mana. Surat untuk bercuti telah diberikan kepada Datuk Sufian. Bermakna Liya hanya memohon cuti sahaja dan bukannya untuk terus berhenti. Tapi dalam hatinya turut berfikiran kalau cuti yang diambil tanpa diketahui tempohnya itu berkemungkinan akan berhenti dengan sebab musabab yang tertentu. Janganlah semua itu berlaku.
Liya.. hatinya tidak pernah berhenti untuk menyeru nama insan yang dicintainya itu. Kenapa Liya? Kenapa sanggup Liya pergi tinggalkan abang? Tidak bernilaikan kasih sayang abang curahkan untuk Liya selama ini? Tidak yakinkah Liya betapa tulusnya hati abang menyanyangi Liya? Kenapa sanggup Liya pergi?
“Liya..’’ nama itu akhirnya terluah dibibirnya dan buat kesekian kalinya, air matanya mengalir lagi. Kerana seorang isteri, air matanya tumpah. Dia tewas dengan perasaanya.
“Liya, abang rindukan Liya. Abang perlukan Liya dalam hidup abang. Pulanglah sayang, abang minta maaf seandainya abang sudah menyakiti hati Liya. Abang minta maaf sayang.’’ Bisiknya dalam tangisan.
Daliya membenamkan pandangannya jauh ke tasik yang terbentang luas. Entah berapa jauh kakinya melangkah sehingga kini dia berada di Australia. Sejauh manapun dia melangkah, luka dihatinya tidak akan dapat disembuhkan. Sampai bila dia harus melarikan diri dari semua ini? Sampai bila dia harus menahan rasa sebak yang semakin hari semakin menghiris hati?
Daliya hilang arah tujuannya. Kepiluan hatinya terlalu perih. Dia menjadi ‘pelarian’ dalam kisah hidupnya sendiri. Perkataan ‘Menderita’ itu pun tidak mampu menggambarkan apa yang dirasakannya kini.
‘Ya Allah, sekiranya ini dugaan untuk aku, sesungguhnya aku mohon keampuanMu ya Allah. Aku tidak sanggup menghadapinya. Aku tidak mampu menjadi seorang isteri yang baik. Aku telah derhaka pada suamiku, ya Allah. Aku telah meninggalkan tanggungjawabku sebagai isterinya. Aku pergi untuk mencari ketenangan hati. Hanya sebuah ketenangan.’ hati Daliya merintih.
Share this novel