BAB 14

Romance Completed 89895

DATUK Sufian terkejut melihat isi kandungan sampul surat yang baru dibukanya. Benarkah ini gambar menantunya? Serta merta wajahnya berubah. Dia mengambil gambar itu dan berlalu ke rumah Irham. Perasaannya berkecamuk memikirkannya.

“AYAH? Datang sorang aje ke? Ibu mana?’’ Daliya menguntumkan senyuman sebaik sahaja melihat wajah Datuk Sufian di situ. Tapi kenapa wajah orang tua itu kelihatan kusut.

“Masuklah, ayah. Tapi abang Irham tak ada sekarang. Dia keluar sekejap.’’ Ajak Daliya.

“Duduk lah dulu, Liya buatkan air.’’ Beritahu Daliya.

“Tak payah. Hanya perlu kau jelaskan apa maksud gambar-gambar ni.’’ Datuk Sufian melemparkan gambar-gambar itu ke muka Daliya. Sedikit tersentak Daliya seketika dengan tindakan bapa mertuanya itu. Gambar ini lagi? Ya Allah, siapalah yang masih belum puas-puasnya menggangu kehidupan aku. Dulu Irham, sekarang ni, ayah pula.

“ Ayah, Liya boleh jelaskan. Ini semua fitnah ayah. Liya diperangkap.’’ Kata Daliya bersungguh-sungguh. Lelaki itu hanya mencebik.

“Sesiapa pun tak akan mahu mengaku kalau dah buat salah. Aku tak mahu dengar kata-kata kau. Cukuplah kau sudah hancurkan hidup anak aku, sampai dia tak ingat apa-apa sekarang ni.’’ Kali ini kata-kata Datuk Sufian benar-benar merobek hatinya.

“Sumpah demi Allah ayah, Liya tak buat semua tu.’’

“Simpan pakaian kau dan pergi dari sini.’’ Katanya tegas. terduduk Daliya di situ mendengarnya.

“Apa semua ni ayah?’’ Irham muncul dan menghampiri Daliya.

“Ceraikan perempuan ni, ayah tak mahu tengok dia tinggal di sini lagi. Ayah tak mahu bermenantukan perempuan sebegini.’’ Kata Datuk Sufian lantas berlalu pergi. Irham terus menyekatnya.

“Tak. Irham tak akan berpisah dari Liya. Irham sayangkan Liya.’’ Beritahunya.

“Kamu masih tak ingat apa-apa Irham! Perempuan ni dah tipu kamu hidup-hidup.’’

“Tak, Irham tak lupa. Irham dah ingat segalanya.’’ Potong Irham. Terkedu seketika Daliya mendengarnya.

“Ya, Irham dah ingat semuanya. Gambar ini hanya rekaan orang yang ingin menghancurkan rumahtangga kami ayah. Liya diperangkap.’’ Ujar Irham bersungguh-sungguh. Datuk Sufian mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dipercayainya sekarang. Irham menyentuh bahunya perlahan.

“Percayalah ayah, Liya tidak seburuk itu. Dia isteri Irham.’’ Ujar Irham lagi. Datuk Sufian melihat wajah sayu Daliya. Hatinya tersentuh. Dia sudah menyakiti hati menantunya itu hanya kerana sekeping gambar. Datuk Sufian terus mendekati Daliya.

“Maafkan ayah Liya..’’ ujarnya sebak. Terasa malu dengan tindakannya yang terburu-buru menghukum Daliya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Irham kembali tenang setelah semuanya dapat diselesaikan. Tapi hatinya masih panas hati dengan orang yang ingin menghancurkan rumah tangganya. Nazira! Ini pasti angkara gadis itu. Tidak pernah puasnya dia menggangu kehidupan aku dengan Daliya.

“Irham perlu selesaikan masalah ni dengan segera. Perempuan tu tak pernah berhenti untuk menghancurkan kita.’’ Kata Irham lalu melangkah pergi semula. Daliya mengejar langkahnya.

“Abang! Jangan buatkan keadaan ini bertambah rumit. Liya takut kalau dia akan bertambah marah nanti.’’ Daliya menghalang permergian suaminya. Dia tahu Irham pasti akan menemui Nazira. Dia takut kalau segalanya nanti akan menambahkan minyak ke atas api yang sedang menyala. Dia tahu Nazira bagaimana.

“Habis, Liya nak tengok dia bersorak keriangan atas penderitaan kita? Begitu? Sampai Liya kehilangan abang, baru Liya nak bertindak?’’ sembur Irham. Daliya terdiam. Irham menyentuh pipinya perlahan.

“Dia harus bayar semuanya. Abang tak mahu tengok air mata Liya mengalir disebabkan dia lagi.” Ujar Irham perlahan memujuk hatinya. Daliya mengganguk akhirnya.

TING! Tong! Bunyi loceng di pintu rumahnya mengejutkan Nazira. Dengan langkahnya yang malas dia berlalu ke pintu.

“Irham..’’ dia tersenyum melihat Irham sebaik sahaja pintu aparmentnya dibuka. Senyumannya lansung tidak dapat menarik senyuman lelaki itu. Wajahnya masam mencuka seolah-olah mahu menelannya di situ. Nazira membuka pintu gril.

“Masuklah dulu,’’ ajaknya.

“I tak ada masa nak berbasa basi dengan you. I Cuma nak ingatkan you, sekali lagi you cuba porak perandakan rumah tangga I, you akan terima akibatnya.’’ Irham memberinya amaran. “Irham, I tahu I dah buat silap. I minta maaf. I cuma nak menumpang kasih you sementara I masih hidup, I tak akan hidup lama. I ada penyakit.’’ Nazira bersuara sedih. Cuba untuk menarik Irham ke dalam pembohongan yang bakal dia cipta nanti.

“You cuba nak bohong I kan? I tak akan tertipu dengan you, Zira.’’ Kata Irham yakin.

“I tak bohong, kalau you tak percaya, I boleh buktikan.’’ Nazira berlalu ke dalam dan mengambil sepucuk surat. Di situ jelas mengatakan kalau dia telah didapati menderita penyakit hati tahap kritikal. Mujurlah Diana sudi membantunya untuk membuat penyataan palsu itu. Kali ini, Irham pasti yakin dengannya. Kertas itu dihulurkan kepada Irham.

“Kalau you tak percaya you boleh tengok isi kandungan surat ni,’’ kata Nazira.

Irham bagaikan tidak percaya tapi di situ jelas menunjukan pengesahan doktor. Tidak mungkin juga kalau hal begini Nazira boleh buat main. Mungkin benar gadis ini telah mengidap kanser. Fikir Irham. “I dah mati Irham, I betul-betul menyesal sebab cuba nak hancurkan rumahtangga you dengan Liya. I memang jahat. I minta maaf.’’ Suara Nazira serta merta berubah sendu. Irham hanya diam. Sementara Nazira bergelak puas dalam hatinya kerana rancangannya pasti berjaya. Sebelum Irham bersuara, Nazira telah berpura-pura merebahkan badannya.

“Zira?!’’ suara Irham panik. Dia mengangkat tubuh Nazira ke atas sofa.

“You okey? Nak I call doktor sekarang?’’ tanya Irham sebaik sahaja tubuh itu diletakkan ke atas sofa. Nazira menggeleng lemah.

“You ambilkan ubat I kat dalam kabinet dekat dapur..’’ ujar Nazira lemah. Sebaik lelaki itu berlalu ke dapur Nazira sudah siap sedia membuat satu panggilan.

Irham terkesima. kenapa ini semua boleh berlaku? Pegawai dari jabatan pencegahan maksiat datang tepat pada masanya dia mahu keluar dari apartment Nazira.

“Selain anda berdua, siapa lagi yang berada dalam rumah ini?’’ soal salah seorang pegawai.

“Tiada sesiapa, tapi encik.. semua ni tidak seperti yang encik bayangkan. Kami tak melakukan apa-apa. Saya cuma bantu dia,’’ Irham cuba menjelaskan tapi pegawai itu menggeleng sambil tersenyum sinis.

“Dah banyak alasan yang sebegini yang kami terima. Maaf Encik Irham, memandangkan kamu berdua telah ditangkap berdua-duaan dalam sebuah rumah tanpa ada sebarang ikatan yang sah, awak terpaksa ikut kami.’’ Ujarnya. Tubuh Irham terasa lemah tiba-tiba. Kenapa dia harus diduga sebegini?

“Jangan fikir kau boleh buat Nazira begini! Kau dah malukan dia, kau mesti bertanggungjawab.’’ Marah Datuk Khalid. Sebagai ayah Nazira, dia betul-betul rasa terpukul dengan berita yang baru diterimanya tadi. Apatahlagi dia sudah lama mengenali keluarga Irham. Irham bagaikan kematian kata. Mengingatkan kata-kata Nazira tadi membuatnya bertambah buntu.

“Tolonglah jangan beritahu keluarga I tentang penyakit I , jangan beritahu perkara yang sebenarnya, I tak sanggup nak tengok mereka akan bertambah sedih bila mengetahui berita ni.’’

Kata-kata Nazira tadi bermain diingatan. Wajah murung Daliya dipandang dengan perasaan sayu. Haruskah dia bertanggungjawab? Menikahi Nazira? Irham rasa seperti tidak sanggup. Tapi ini soal maruahnya. Maruah keluarga Datuk Khalid.

“Irham, I tahu I dah buat silap. I minta maaf. I cuma nak menumpang kasih you sementara I masih hidup, I tak akan hidup lama. I ada penyakit.’’

Nazira hanya mempunyai jalan hidup yang singkat. Haruskan dia memberi kebahgiaan gadis itu seperti yang diharapkannya? Perlukah dia menerima Nazira sedangkan dia tahu disisi lain juga dia akan menyakiti insan lain?

“Liya percayakan abang.’’

Hanya itu ucapan Daliya sebaik sahaja mengetahui perkara ini. Isterinya telah memberikannya sepenuh kepercayaan terhadapnya. Apa pula tenggapan Daliya kalau dia sanggup menerima Nazira? Arghh!!Irham semakin binggung dengan keputusan yang bakal di pilih. Kenapa semuanya menjadi terlalu rumit?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience