BAB 6

Romance Completed 89895

DALIYA meneliti kandungan fail yang ada di atas mejanya. Kerjanya kembali berkurang sedikit setelah Irham mula masuk pejabat. Walaupun matanya sedang asyik memandang kertas-kertas itu tapi fikirannya masih memikirkan Nazira. Setelah apa yang terjadi antara dia dan Irham, lelaki itu berjanji akan mencari jalan penyelesaian. Namun, sampai ke hari ini Daliya masih tidak mendapat kata putus dari Irham. Berjayakah dia memujuk Nazira? pertanyaan itu tidak akan terjawab selagi Irham terus-terusan mendiamkan diri. Bunyi telefon bimbitnya membuatkan fail yang dipegangnya terus terjatuh dari tangannya. Jantungnya berdegup kencang kerana masih terkejut. Dia memandang skrin telefon. Mesej?

‘Jumpa kat Pizza Hut Subang Parade, jam 3. Alone!– Nazira’ itulah isi kandungan mesej yang diterimanya. Daliya mengeluh lemah. Nazira. Kenapalah gadis itu tidak pernah mahu berhenti mengacau hidupnya?

“Liya!’’ suara itu muncul di hadapanya. Daliya memandang Suraya yang tersengih-sengih.

“Dah tak reti nak ketuk pintu?’’ sembur Daliya. Suraya terus duduk di kerusi. “Puan Daliya, saya dah ketuk dua,tiga kali tadi. Nasib baik tak pecah pintu tu. Lagipun kau buat apa sampai tak dengar? Mengelamun eh?’’ teka Suraya. Daliya meraup mukanya. “Tak adalah. Ni apesal kau datang jumpa aku?’’ Daliya mahu mengalihkan topik perbualan. Dia tidak mahu Suraya tahu akan masalahnya. Suraya terus menghulurkan fail yang ada ditangannya. Daliya terus mengambilnya. Selepas diteliti, dia memandang Suraya kembali. “Projek ni bukan ke Farhan yang buat? Macamana boleh jadi macam ni?’’ soalnya. “Itulah masalahnya. Si Farhan tu dah dua hari tak masuk pejabat. Lesap tak dapat dikesan.’’ Balas Suraya lagi. Mendengar penjelasan Suraya makin membuatkan Daliya pening kepala.

“Irham ada kat pejabat?’’ tanya Daliya pula. Suraya laju mengeleng.

“Dia keluar jumpa Encik Muhammad nak uruskan tender yang dekat Putrajaya tu.’’Tambahnya.

“Dia tak tahu pasal masalah ni lagi?’’

“Tak. Kenapa?’’

“Tak apalah, kau boleh balik tempat kau sekarang. Nanti aku cuba cari Farhan. Em.. better Irham tak payah tahu pasal ni.’’ Daliya memberikan kata putus. Suraya menganguk lemah. Dia terus berlalu dari bilik itu. Daliya memandang jam tangannya. Dah pukul 2 tengahari. Dia terus mencapai beg tangan Gucci miliknya.

Tepat jam 3.05 Daliya telah tiba di Subang Parade. Dia melihat Nazira sudah ada di situ menunggunya. Daliya terus ke situ. Nazira kelihatan sedikit berserabut. Gaya penampilannya tidak seperti biasanya. Walaupun begitu, kecantikannya tetap terserlah dengan bibirnya yang mengenakan gincu berwarna merah menyala itu. Daliya hanya memuji dalam hati. Nazira mengeluh kecil. Dia menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepada Daliya.

“Itu gambar-gambar kenangan aku dengan Irham masa kitaorang bercinta dulu.’’ Jelasnya. Daliya melihat kemesraan mereka tapi hatinya tetap mengatakan ianya hanya memori yang lama. Sepatutnya Nazira sendiri tahu kalau masa yang dulu akan tetap menjadi masa lalu yang tidak mungkin dapat diundur kembali ke zaman itu. Dia memandang Nazira lama.

“Apa maksud awak tunjukan gambar-gambar ni dekat saya?’’ soalnya. Nazira tersenyum kecil.

“Untuk memberitahu kau, Irham pernah menyintai aku. Aku tahu kau sekarang dah jadi isteri dia. Maaf kalau aku kurang sopan, tapi aku nak cakap dekat sini yang aku tak akan pernah berhenti untuk dapatkan semula apa yang pernah menjadi milik aku dulu.’’ Tegas Nazira.

“Nazira, awak lupa sesuatu. Cinta itu adalah soal hati. Sejauh manapun awak berusaha, saya yakin cinta Irham hanya untuk saya, isterinya. Sekalipun awak dapat miliki Irham, mungkin bukan hati tapi hanya jasad.’’ Berani kata-kata Daliya membuatkan Nazira terkedu. Kemudian dia tertawa kecil.

“Kau hampir kehilangan jasadnya Liya. Tak kan semudah itu kau lupa? Ingat kata-kata aku ni, kalau aku tak dapat apa yang aku nak, kau pun jangan pernah berharap semua tu akan kekal. Aku sanggup buat apa saja, termasuk nyawa aku taruhannya.’’ Habis sahaja kata-kata itu Nazira terus meninggalkan Daliya sendirian di situ. Kata-kata Nazira kedengaran seperti ugutan. Daliya semakin buntu. Apa yang harus dia lakukan seandainya dia harus kehilangan Irham? Dia hanya mampu berdoa agar Nazira tidak nekad dengan kata-katanya.

JAM menunjukkan pukul 10.30 malam. Daliya membaringkan tubuhnya di atas katil. Tadi dia melihat Irham berada di ruang kerjanya di tingkat bawah. Daliya terlalu penat sehingga tertidur dengan masih pakaian kerja. Bila dia mula terasa panas dengan keadaan bilik,Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata dan terasa perit apabila panahan cahaya lampu yang menerangi ruang bilik. Dalam kepayahan untuk memfokuskan pandangan, Daliya tertancap pada seraut wajah yang begitu hampir dengannya sehingga dia dapat merasakan deruan nafas yang hangat itu menyentuh wajahnya. Pantas bola matanya tercelik luas. Ya Allah! Irham rupanya.Dia bangun menyandarkan diri di kepala katil. Perlahan dia mengurut dadanya sambil mengeluh panjang. Apalah yang berada di dalam fikiran lelaki itu yang tadi duduk menongkat dagu sambil memandangnya tanpa berkelip. Mujurlah dia tiada penyakit jantung. Kalau tidak mungkin boleh go on dah tadi. Desisnya. “Abang ni buat Liya terkejut ajelah.’’ Ujarnya setelah keadaan kembali tenang. Irham tersenyum.

“Abang nak tengok isteri abang yang cantik ni bila tidur. Nampak polos sangat.’’ Balas Irham pula. Daliya hanya mencebik. Dia meraba-raba pakaian yang dipakainya. Alamak! Dia belum tukar pakaian kerjanya. Dia lekas bangun.Irham hanya memerhatikan tingkah laku isterinya itu. Daliya terus melangkah ke bilik air. Selepas dia keluar, kelibat Irham tiada lagi di situ. selesai menyarung baju tidur,dia terus turun ke tingkat bawah. Ternyata Irham sedang menonton televisyen diruang tamu. Langkah Daliya terus ke situ dan mendekati suaminya.

“Abang nak Liya buatkan air?’’ soalnya setelah berada di sisi lelaki itu. Irham hanya mengeleng kepala. Matanya masih fokus memandang skrin televisyen. Ralit benar dia melihat rancangan tv penyiasatan itu. Daliya merapatkan dirinya dengan Irham dan memeluknya erat.

“Abang, kalau ditakdirkan kita tidak bersama lepas ni abang akan tetap sayangkan Liya?’’pertanyaan itu membuatkan Irham terus memandangnya.

“Apa yang Liya merepek ni?tolong jangan nak ulang apa yang jadi sebelum ni. Abang tak nak dengar lagi.’’ Katanya lantas menepis tangan Daliya yang tadi dibiarkan memeluknya.

“Liya harap abang faham situasi kita, Liya takut kalau Nazira nekad. Dia…’’ Daliya tidak dapat menyambung kata-katanya apabila tangan Irham sudah pun menekup mulutnya. Jarak antara mereka didekatkan.

“Dia tak akan dapat apa-apa dari kita. Dia cuma masa lampau abang.’’ Tegasnya. Tidak berkelip anak mata Daliya memandang Irham. Irham lalu melepaskan tangannya. Pandangan terus dilarikan ke arah lain. Daliya hanya membiarkan suasana itu menjadi sunyi sepi. Tiba-tiba tangannya terasa hangat. Daliya mengangkat mukanya dan melihat jari jemarinya digengam Irham. Lelaki itu menguntumkan senyuman. “Abang rindukan Liya’’ bisiknya perlahan. Daliya terus memeluknya erat. Ya! Rindunya saat mereka bersama. Oleh kerana kehadiran Nazira hubungannya dengan Irham menjadi semakin jauh. Betapa dia merindui saat-saat itu kembali. Irham merangkul tubuhnya erat dan keadaan itu menyebabkan Irham perasankan sesuatu. Dia menyentuh perut Daliya membuatkan Daliya terkesima. Agak lama pandangan mereka menyatu.

“Liya..?’’ kata-kata itu tidak diteruskan setelah melihat Daliya mengganguk sambil tersenyum. Irham sekali lagi memeluk Daliya erat. Airmata kegembiraan menitis dipipinya.

“Alhamdulilah, abang gembira sangat!’’ ucapnya perlahan. Bibirnya mengucup dahi Daliya lembut. Inilah perasaan Daliya apabila mendapat tahu bahawa dirinya sedang mengandungkan benih dari Irham.Seperti Irham, dia pun bersyukur atas ‘rezeki’ Allah berikan untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience