“ABANG!’’ jerit Hazwin sebaik sahaja melihat Irham sudah jatuh ke tanah. Berlari dia mendapatkan Irham dan menolongnya untuk bangun. Irham mengerang kesakitan.
“Itulah, kalau tak boleh. Jangan dipaksa. Tunggu lagi dua tiga hari, lama-lama boleh lah.’’ Kata Hazwin lalu menghulurkan Irham tongkat kakinya. Lelaki itu hanya diam. selama ini hanya Hazwin yang selalu ada membantunya.
“Abang nak cepat sembuh. Dah malas nak menyusahkan orang.’’ Kata Irham perlahan sambil menolak tangan Hazwin dan cuba untuk berjalan pergi dengan menggunakan tongkat itu. Hazwin mengeluh seketika.
Irham mengambil tempat dibangku taman itu. Hazwin berjalan menuju ke arahnya.
“Abang ingat abang ni menyusahkan Awin ke? Tak ada lah bang, Awin ikhlas bantu abang. Sampai abang boleh jalan balik.’’ Kata Hazwin sambil memandang lama ke arah lelaki itu. Wajahnya berjambang tidak terurus. Kali terakhir meraka berjumpa, dia masih ingat ketika itu dia masih lagi bergelar siswazah. Sekarang, sesudah bergelar graduan pun, lelaki ini masih sama seperti dulu. Tetap menarik perhatiannya seperti dulu.
“Abang nak cepat baik. abang rindukan isteri dan anak abang.’’ Kali ini kata-kata yang lahir dari mulut Irham membuatkan Hazwin terkedu.
“Bukan ke abang dah bercerai dengan isteri abang tu?’’ tanya Hazwin yang menginginkan kepastian. Rasanya tidak mungkin untuk Datin Fatimah berbohong dengannya.
“Abang tak pernah lafazkan talak pada Liya. dia masih lagi sah isteri abang. Kenapa Awin sampai cakap macam tu?’’ tanya Irham tegang. Hazwin diam tidak terkutik.
“Awin?’’ panggil Irham lagi.
“Ibu Fati yang cakap dengan Awin. Awin ingatkan..’’
“Tak. Liya masih lagi isteri abang. Tapi kenapa ibu cakap macam tu?’’ kata Irham kebinggungan. Setahunya ibu sangat menyayangi Daliya. Rasanya tidak mungkin untuk ibunya menyatakan perkara sebegitu sedangkan pada hakikatnya mereka tidak bercerai. Irham mahukan kepastian. Dia bangun dari kerusi.
“A..abang nak kemana?’’ tanya Hazwin sedikit gugup. Wajah Irham nampak tegang sekali. Mungkinkah kerana kata-katanya tadi? Irham tidak menjawap kata-katanya sebaliknya perlahan-lahan melangkah pergi dengan menggunakan tongkatnya.
“Ibu! ibu!’’ jeritnya. Hazwin mengekori Irham dari belakang sudah rasa tidak sedap hati. Datin Fatimah turun dari tingkat atas.
“Ada apa ni?’’soalnya sambil mendekati Irham.
“Kenapa ibu cakap dekat Awin yang Irham dengan dengan Liya dah berpisah? Kami belum berpisah lagi ibu, kenapa ibu tergamak cakap macam tu?’’ turun naik nafas Irham menahan rasa sebak yang ingin bertamu. Datin Fatimah sudah berasa lain macam. Dia mendekati dan mengusap bahu Irham perlahan.
“Bertenang, ibu cuma nak kamu lupakan dia. Dia dah tak pedulikan kamu lagi buat apa kamu nak terhegeh-hegehkan dia?’’ kata Datin Fatimah pula. Irham menggeleng tanda tidak percaya akan kata-kata yang keluar dari mulut ibunya.
“That’s not the point! She still my wife. Until now, and forever. Apapun yang dia buat, semuanya berpunca dari Irham, ibu. Irham yang salah dan sepatutnya ibu tak boleh nak hukum dia sesuka hati diatas kesalahan Irham.’’ Kata Irham. Datin Fatimah diam. Hazwin yang mendengar pun turut terkedu di hujung sana. Dari cara percakapan Irham, nampaknya lelaki itu masih sayangkan isterinya.
“Ibu, Irham perlukan Liya. tolonglah, jangan nak buat keadaan ini jadi bertambah rumit. Irham tahu, jauh disudut hati ibu, ibu pun inginkan perkara yang sama. Doakan agar kami dipertemukan semula dan bahagia seperti dulu. Irham tahu doa seorang ibu itu penting.’’ Sungguh teratur Irham berkata-kata. Datin Fatimah menghela nafasnya seketika.
“Ibu faham. Ibu minta maaf,’’ katanya dengan perlahan. Irham mendekati dan memeluknya.
“Tak, bukan salah ibu. Anggap saja ini semua ujian Allah, Irham percaya akan kuasa dan takdirnya. Insya-Allah Irham akan bawa Liya kembali ke sini. Irham janji, kita akan jadi keluarga bahagia seperti dulu.’’ Kata Irham. Setitis air mata Datin Fatimah mengalir. Sungguh dia terharu mendengar kata Irham yang begitu yakin untuk bertemu dan berjumpa Daliya semula. Sungguh dia menyesal kerana cuba memisahkan hati mereka berdua. Benar kata Irham, jauh disudut hatinya, dia sangat menyayangi Daliya seperti anaknya sendiri. Tapi dia tidak mampu untuk menentang bisikan jahat yang sering hadir untuk menghasutnya bencikan menantunya itu. Datin Fatimah beristighfar perlahan.
DALIYA telah selamat menghabiskan tempoh berpantangnya. Selama itu pun dia masih menunggu keputusan mak untuk mengizinkan dia pergi. Seandainya mak tidak menginzinkan, Daliya sudah putuskan untuk tidak pergi. Sewaktu dia sedang duduk bermain dengan Damia, maknya datang mendekati. Memberikan dia sampul kecil.
“Apa ni mak?’’ tanya Daliya lalu membuka sampul itu. Beberapa keping not lima puluh ringgit diberikan dan seutas rantai emas. Daliya memandang wajah maknya dengan hairan.
“Untuk apa mak bagi rantai ni?’’ soalnya lagi.
“Buat bekalan kamu nanti. Mak tak nak kamu menyusahkan Meera. Mak tahu dia anak orang senang, baik pulak tu tapi mak tak mahu kamu asyik bergantung pada dia.’’ Ujar si Mak dengan teratur. Daliya menghulurkan sampul itu kembali ke tangan maknya.
“Tak perlulah mak. Duit simpanan Along masih banyak lagi. along tak perlukan semua ni. jangan risau, along tahu jaga diri dan along tak akan menyusahkan Meera.’’ Daliya menolak keras pemberian maknya.
“Tapi, betul ke mak izinkan Along pergi?’’ tanya Daliya menginginkan kepastian.
“Semua keputusan terletak pada kamu sediri. Kamu boleh tentukan mana yang baik, mana yang buruk. Kalau itulah boleh membahgiakan kamu dan Mia, mak izinkan.’’ Kata mak perlahan.
“Terima kasih mak, jangan risau nanti Along akan selalu hantar perkhabaran Along dekat sana ikut fac.’’ Kata Daliya pula.
“ Fac?’’ tanya mak dengan wajah berkerut. Daliya sudah terkekeh ketawa.
“Fac mak. Alah, dekat laptop yang Atirah selalu dok main, nanti suruh dia ajar mak.’’ Kata Daliya menerangkan. Mak hanya mengganguk mengerti.
“Hmph! Mana mak nak reti tekan-tekan huruf dekat laptop tu.’’ Kata mak pula.
“Nanti suruh Ati ajar mak. Lama-lama biasalah. Bukan susah pun.’’ Balas Daliya pula. Bibirnya masih mengutumkan senyuman. Akhirnya, mak menginzinkan dia pergi. Dia memeluk erat tubuh mak dengan penuh rasa kasih sayang. Mungkin dia akan merinduinya nanti. Tapi dia mungkin akan amat merindui Damia. Baru sahaja bersama, tapi terpaksa berpisah buat sementara. Daliya berharap, sebaik tiba di sana segalanya akan baik-baik sahaja.
Ameera memandang jam di tangan. Ada masa lebih kurang setengah jam lagi sebelum mereka mendaftar masuk. Dia dan Daliya sengaja masuk lebih awal supaya tidak kelam kabut dengan pengurusan penerbangan. Semasa menunggu pendaftaran masuk, mereka duduk di kerusi yang disediakan. Sekilas dia melihat Daliya disisi yang sedang membaca majalah yang dibelinya tadi.
“Betul kau tak menyesal nak ikut aku?’’ tanya Ameera sekali lagi. Daliya diam kemudian menutup majalah yang dibaca.
“Aku percayakan kau, dan aku nak jadi ibu yang terbaik untuk Mia.’’ Jawab Daliya dengan tenang. Biarpun pada saat dan ketika ini, hatinya sudah mulai merindukan Damia.
Pipi si kecil itu dikucup lama. Setitis air matanya mengalir. ‘Mia jaga diri baik-baik, jangan kuat meragam, jangan menyusahkan mak, jadi anak yang baik.’ bisiknya lalu dihembuskan ke ubun-ubun Damia.
“Nanti Along kirim duit untuk pembelanjaan Mia, mak dengan ayah jaga diri elok-elok.’’ Kata Daliya lantas bersalaman dengan kedua orang tuanya.
“Kamu dok sana tu jaga diri jugak. Jangan tinggal sembahyang. Doa mintak dipermudahkan segalanya.’’ Kata mak yang kedengaran agak sebak. Sudah lama Daliya menetap di kampung, kini terpaksa meninggalkan dia lagi.
Sepasang tangan yang menyentuh bahunya membuatkan Daliya tersedar dari lamunannya tadi.
“It’s our flight’s time now. Let’s go inside.’’ Kata Ameera. Daliya menarik nafas dan dihembus perlahan. biarpun perjalanan ini baginya sukar, tapi dia mahu tempuhinya demi Damia. Berat langkahnya melangkah pergi. Tapi kini, dia sudah meninggalkan Malaysia apabila kapal terbang yang dinaiki sudah membelah awan menuju ke destinasinya.
‘Selamat tinggal Mia, mama akan balik suatu hari nanti untuk Mia. Tunggu mama sayang..’ desis hatinya.
Share this novel