‘Mukanya kelihatan marah. Irham melepaskan tawa. Tangannya kini dilepaskan. Terpinga-pinga dia melihat lelaki itu.
“Liya ni mudah sangat terkena. Abang gurau aje lah..’’ Irham mencuit hidungnya.’
RASANYA seperti semalam dia bergurau senda dengan Irham. Sikap suami yang sentiasa mengusik hatinya. Tapi kini hampir sebulan lamanya, sikap Irham seratus peratus berubah. Biarpun Irham sentiasa ada di sisi tapi mungkin hanya jasad. Daliya mengeluh perlahan. Seakan mahu berputus asa tapi dia harus kuat. Bayinya memerlukan Irham sepertimana dia memerlukan lelaki itu.
“Liya, kau okey tak ni? Muka kau nampak pucat aje.’’ Tegur Suraya setelah menghantarkan secawan kopi di biliknya. Daliya memicit dahinya perlahan.
“Aku rasa macam tak sedap badan.’’ Balasnya perlahan. Suraya mengambil tempat di sisinya.
“Aku rasa kau patut ambil cuti lah Liya, dah banyak hari kau kerja keras. Kau sekarang ni berbadan dua, kau kena jaga kesihatan jugak.’’ Nasihat Suraya.
“Aku cuma nak hilangkan tekanan aku Su.’’ Daliya bersuara sebak. Ya! Dia hanya ingin lari dari masalahnya dengan cara menyibukkan diri dengan perkerjaan. Sehingga akhirnya dirinya tidak terurus begini.
“Tapi bukan begini caranya Liya. Kau sedang menghukum diri kau sendiri. Kau tak patut buat macam ni Liya. Kau kena kuatkan semangat, ceria macam dulu, masalah tak akan selesai kalau kau hanya melarikan diri darinya.’’ Suraya sekali lagi mengingatkan aku tentang segalanya. Suraya ada benarnya. Dia tidak boleh lari dari masalah ini kerana itu tidak akan menyelesaikan segalanya. Tapi bagaimana untuk dia menghadapi masalah yang seberat ini? Setiap detik, setiap saat, Irham hanya tahu untuk membentaknya, mencacinya, seolah-olah dirinya cukup hina biarpun dihadapan suaminya sendiri. Siapa yang mampu menahan untuk hidup sebegini? Ya, memang Irham telah hilang ingatannya, tapi itu bukan alasan untuk dia menelan rasa benci suaminya sendiri. Semua orang pasti tidak sanggup untuk menghadapinya.
“You buat apa kat sini?’’ Irham memandang wajah Nazira yang sudah terjenggul di depan pintu rumahnya. Gadis itu hanya tersenyum.
“Saja. Datang melawat you. Boleh I masuk?’’ soalnya. Irham diam sejenak. Daliya sedang tiada di rumah. Hari pun sudah nak gelap. Boleh timbul masalah kalau dia membenarkan Nazira masuk ke dalam rumah. “Tak manis kalau berdua dalam rumah tanpa ada sebarang ikatan, you tunggu dekat sini. I pergi siap-siap, lepas tu kita pergi.’’ Jawab Irham. Nazira mengganguk perlahan. Irham yang dulu masih ada dalam dirinya. Lelaki yang alim baginya menyebabkan dia meninggalkan lelaki itu. Nazira mengeluh lemah. Dia duduk ke bangku yang disediakan di luar rumah. Banglo ini cukup mewah dan Daliya mesti bahagia tinggal di sini bersama Irham. ‘Tapi sekarang tak lagi, aku akan rampas balik apa yang patutnya jadi hak aku. Termasuk rumah ni.’ Desis Nazira perlahan. Saat itu juga dia melihat kereta milik Daliya sedang menuju ke sini. Nazira tersenyum sinis. Dia masuk ke dalam rumah lantas mengunci pintu ya
ng tadinya ternganga luas. Nazira terus ke tingkat atas sambil meliar mencari bilik Irham. Daun pintu yang sedikit terbuka, dia menjenguk masuk. Bagus! Irham berada dalam bilik air. Nazira duduk di birai katil lantas membuka sedikit butang bajunya. “Irham.. you’ll be mine,’’ dia tersenyum.
Daliya berkerut memandang kereta milik Nazira. Kasut tapak tinggi berwarna merah itu berada di luar pintu. Sebaik ingin membuka pintu itu ia terkunci. Daliya mula tidak sedap hati. Diambil kunci dalam begnya. Dia membuka pintu dan terus mencari kelibat Nazira. Setiap sudut tiada. Atau jangan-jangan… ? Daliya membuka pintu bilik Irham. Dia menekup mulutnya.
‘‘Ya Allah..’’ hanya itu yang terkeluar dari bibirnya setelah melihat Irham yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dan Nazira turut berada di bilik itu sambil memakai butang bajunya.
“Zira apa you buat kat sini? Liya, aku boleh jelaskan…’’
‘Cukup!! Cukuplah. Semua ni jelaskan segalanya. Sedar tak betapa hinanya abang? Liya jijik tengok abang!’’ Daliya menangis teresak-esak lantas berlalu ke biliknya. Dia menyimpan semua pakaiannya ke dalam beg. Dia sudah tidak sanggup untuk hidup dengan Irham. Apa yang dilihatnya tadi sudah cukup membuka matanya. Di jalan Allah.. pernikahan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu. Pernikahan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dialah aku menikahimu. Tapi sekiranya hanya setakat ini jodoh kita, aku pasrah Irham. Aku pasrah sekiranya aku bukan milikmu.’
Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi yang melanda sepi
Alam bisu bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori
Ingin ku melangkah membawa diri
Kerna cinta yang dikhianati
Bukan tak sanggup ku menghadapi
Pengorbanan ku tak dihargai
Kini aku pasrah dengan segalanya
Kepedihan ini masih terasa
Apakah salahku, apakah dosaku
Tuhan berilah ku petunjukMu
Dan redha dengan kehendakMu
Cukup kali ini kau menyakiti berulang kali
Tak usahlah lah kembali
Dengan rela hati melepas kau pergi
“Apa yang kau buat kat sini Zira, hah?!’’ Irham tiba-tiba terasa marah. Dia mengengam kasar bahu gadis itu. “I cuma takut duduk kat luar tu, jadi I masuk lah sini..’’ Nazira memberi alasan. Irham mendengus kasar. “Lebih baik kau pergi sekarang, aku tak mahu tengok muka kau lagi.’’ Kata Irham perlahan. Nazira takut untuk melihat wajah menyinga Irham seperti tadi. Dia cepat-cepat mengambil begnya dan terus pergi. Tapi hatinya puas. Puas dapat menyakitkan hati Daliya. Kali ini mereka pasti berpisah!
Irham mengetuk pintu bilik Daliya berkali-kali. Entah kenapa dia rasa dia terlalu menyakitkan hati wanita itu. Daliya perlu tahu ini semua salah sangka. Tapi sebaik sahaja dibuka pintu, dia terkejut melihat Daliya membawa sekali beg pakaiannya. “Tunggu, Liya.’’ Dia menarik lenggan Daliya. “Lepaskan Liya!’’ Daliya merentap kasar tangan lelaki itu. Sungguh, dia bencikan Irham. “Liya, tak ada apa-apa yang berlaku antara abang dengan Zira tadi. Percayalah!’’ kata Irham. Daliya sedar Irham sedang membahasakan dirinya ‘abang’, tapi sayang semuanya sudah terlambat. Sedikitpun dia tidak terusik dengan panggilan itu. Hatinya sudah terlalu sakit. “Cukuplah, tolong jangan halang Liya. Biarkan Liya pergi.’’ Daliya menarik begnya dari tangan Irham dan terus pergi. Biarpun Irham cuba menghalang dia berkeras juga untuk pergi.
Sebaik sahaja kakinya melangkah untuk turun ke anak tangga, kepalanya mulai berdenyut-denyut kembali. Dia pulang awal dari pejabat pun atas nasihat Suraya agar dia pulang berehat di rumah, tapi apa yang dilihat sebaliknya. Dia pulang tepat pada masanya menyaksikan apa yang Irham lakukan di belakangnya. Dia bertekad mahu pergi dari rumah ini. Daliya meneruskan langkahnya tapi entah kenapa dunia terasa seakan berputar buatnya. Dia tersungkur jatuh. Daliya terbaring di lantai bawah.
“Liya!!’’ kedengaran suara Irham memanggil namanya. Dia turun dan terus mendapatkan Daliya. Daliya mengerang kesakitan. Perutnya terasa begitu sakit sekali. Dia dapat merasakan darah yang panas mengalir keluar di celah kakinya. Pandanganya juga semakin kelam. Seluruh tubuhnya terasa amat sakit. Suara Irham semakin hilang. Akhirnya semuanya menjadi gelap.
*****
Irham menunggu diluar bilik pembedahan. Sejurus kemudian keluarga Daliya, serta keluarganya datang. Irham hanya memberitahu kalau Daliya terjatuh dari tangga. Dia tidak mahu menceritakan perkara yang sebenarnya. Dia takut kalau sekiranya dia disalahkan sedangkan apa yang berlaku itu bukan yang sebetulnya. Daliya hanya salah faham.
“Boleh saya bercakap dengan suaminya?’’ ujar doktor setelah keluar dari bilik pembedahan. “Saya suaminya. Ada apa doktor?’’ tanya Irham pula. “Kami minta Encik, kami dah cuba sedaya upaya tapi kami tak dapat nak selamatkan bayi dalam kandungan isteri Encik. Keadaanya sangat lemah sewaktu dibawa ke sini, dan dia juga mengalami banyak pendarahan. Harap Encik dan keluarga banyak bersabar atas berita ini. Sekali lagi kami mohon maaf.’’ kata doktor. Irham kaku seketika. Kedengaran esak tangisan dibelakangnya. Adakah semua ini berpunca darinya?
Sehari selepas pembedahan, Daliya hanya murung membisu. Segala yang berlaku begitu pantas. Dia kehilangan anaknya. Selama 6 bulan bayi itu berada dalam kandungannya. Dia hanya menghitung hari untuk menanti lahirnya bayi yang dikandung tapi Tuhan telah menentukan segalanya. Dia telah kehilangan cahaya matanya. Daliya menangis lagi. Sepasang tangan lembut menyentuh bahunya. Dia melihat susuk tubuh suaminya. Sepantasnya dia menepis tangan lelaki itu. “Jangan sentuh Liya, abang dah tak ada hak ke atas Liya!’’ ujarnya dengan penuh kebencian. “Liya, abang minta maaf. Tolong jangan hukum abang macam ni. Abang betul-betul minta maaf.’’ Irham sebak.
“Ungkapan maaf tu tak akan mengembalikan anak Liya. Abang pembunuh!’’ jerit Daliya. Seraya itu juga Datin Fatimah dan Hanani masuk ke bilik itu. “Liya kenapa ni?’’ tanya Datin Fatimah dan cuba untuk menenangkan Daliya. “Suruh dia pergi ibu, Liya benci tengok dia.’’Daliya langsung tidak mahu menoleh ke arah Irham. Datin Fatimah hanya memandang anak lelakinya dengan pandangan yang pilu. Dia tahu Irham pasti kecewa tapi dia juga tidak boleh nak salahkan Daliya. Daliya baru sahaja kehilangan bayinya, jadi ini pasti terlalu berat untuknya. Irham pergi dengan berat hati. Dia tahu Daliya kini membencinya.
“Puas hati? Dah puas hati Encik Irham buat Daliya macam ni?’’ terjahan suara itu membuatkan Irham terkejut. Dia memandang susuk tubuh wanita yang berada dihadapanya. Dia tidak kenal siapa mengenalinya. “Siapa awak?’’ soalnya hairan. “Saya Suraya, kawan baik Daliya. Dia dah ceritakan semuanya dekat saya. Saya betul-betul tak sangka, begini balasan seorang isteri yang setia menerima kebencian suaminya angkara fitnah. Tak sangka Encik Irham begitu bodoh untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.’’ Hendik Suraya sinis. Irham diam. Menelan sahaja kata-kata wanita yang tidak dikenalinya dengan penuh kesabaran. ‘angkara fitnah’? betulkah apa yang didengarinya tadi?
“Dari mana awak tahu itu semua fitnah?’’ Irham memerlukan kepastian. “Encik sebenarnya perlu tahu sesuatu, sebelum Encik kemalangan Daliya diculik dan dibawa ke sebuah hotel. Dia diperangkap oleh seseorang!’’ kata Suraya lagi. Irham membisu. Diperangkap seseorang? Adakah orang itu… Nazira?? Mungkin juga, kerana gadis itu pernah cuba melakukan hal yang sama sewaktu kejadian di rumahnya tempoh hari. Irham mengeluh berat. Ya Allah.. apa yang telah aku lakukan, aku telah membenci orang yang selama ini ku sayang. Ternyata aku telah salah menilai Daliya. Liya.. abang minta maaf sayang.
Share this novel