Melihat budak-budak kampung yang bergelak ketawa bermain di halaman rumah itu membuatkan Daliya teringatkan zaman kanak-kanaknya dulu. Membesar di kampung adalah satu anugerah terindah buatnya. Teringat pada angah, achik, dan Atirah. Masing-masing telah punyai kehidupan sendiri. Untuk bersua bersama-sama mungkin hanya hari raya atau hari-hari cuti. Maklum saja, angah sudah berkahwin dan tinggal di Johor. Achik pula jadi guru dekat Perak, tinggal Atirah saja yang masih belajar tingkatan 5 di sekolah berasrama. Dua kali seminggu baru boleh balik. Daliya sangat merindukan saudaranya. Rindu pada angah, achik, dan Atirah.
“Apa yang kamu menungkan tu..’’ Tegur mak dari belakang. Daliya tersenyum kecil.
“Teringat masa kecik-kecik dulu mak, along dengan angah main hujan sampai kena rotan dengan ayah.’’ Cerita Daliya sambil tersenyum. Mak pun turut tersenyum.
“Hmm, kamu tu degil. Tak padan dengan perempuan nak ikut angah tu ke hulur ke hilir. Angah tu tak apalah, dia lelaki.’’ Balas mak pula. Daliya mencebik. Memang mengakui kedegilannya dulu. Sikap mengalahkan orang lelaki. Kalau angah panjat pokok, pokok lah dia panjat. Kalau angah terjun sungai, dia pun akan terjun sekali.
“Rindunya masa dulu-dulu. sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri.’’ Kata Daliya lagi. “Masa dulu itu biarlah kita simpan dalam kenangan. Fikirkan masa depan kamu ni. kamu dengan Irham tu macamana?’’ kata-kata mak membuatkan Daliya membisu.
“Mak harap kamu tak ikut rasa panas hati. fikir kesan pada anak kamu nanti.’’ Kata mak lagi. Daliya mengeluh.
“Biarlah mak. Along dah malas nak fikir. Kalau jodoh along dengan dia masih panjang, biarlah. Kalau sampai di sini sekalipun, biarlah. Along dah terima ketentuan takdir hidup ni.’’ Ucap Daliya terus terang. Mak mengeleng lemah. ‘Mungkin tahu sekali akan sifat hatiku yang satu ini. Aku tidak mahu menyakiti hatiku lagi. Sudah banyak kali aku mengalah dengan Irham. Biar kali ini, dia yang memujuk. Itupun sekiranya dia masih menyintai aku seperti dulu dan masih ingin bergelar ayah kepada bayiku. Andai tidak ada jawapan itu, sampai bila pun aku tak akan memaafkan salahnya kerana telah mengusirku dulu. Biarpun luka ini hilang, tapi parutnya masih ada.’
Petang itu, Atirah pulang dari asrama. Sudah besar adik bongsunya yang satu ini.
“Kak long balik sini terus ke? Mana abang Irham?’’ tanya bibir manis itu. Aku terdiam seketika.
“Abang Irham sibuk, nanti ada dia balik lah.’’ Balas Daliya. Atirah sekadar mengganguk kecil. Dia kemudian mengusap perut Daliya.
“Dah berapa bulan kandungan kak Long ni?’’
“7 bulan,’’
“Due lapas raya lah ni? Hurmm, tua dah mak dengan ayah. Tak lama lagi nak dapat cucu.’’ Usik Atirah sambil mengerling ke arah orang tuanya. Daliya tergelak kecil. Rasa bahagia yang terbit itu sedikit sebanyak mengundang pilu dalam sekeping hati.
NAZIRA memang betul-betul tidak puas hati dengan tindakan Shahrul. Dia terpaksa berkahwin dengan adanya persandingan. Dia terpaksa bersetuju dengan persandingan ini. kalau tidak, Shahrul mengugutnya untuk tidak jadi bernikah. Risau juga kalau Shahrul benar-benar akan melakukannya. Kalau bukan Shahrul, siapa lagi yang sanggup membantunya. Masuk sahaja ke kamar beradu, Nazira mengurut bahunya yang terasa lengguh. Mana tidaknya, persandingan yang diadakan tadi rasanya membuatnya letih. Shahrul masuk ke dalam bilik dengan wajah ceria. Tapi Nazira memandangnya dengan wajah yang mencuka. Shahrul terus mendekati isteri yang baru dinikahinya itu. Tangannya beralih ke bahu Nazira.
“Meh sini I urutkan..’’ Shahrul menawarkan diri. Tapi pantas juga Nazira menepis tangannya.
“Tak payah.’’ Bantah Nazira. Shahrul sedikit tesentak dengan perlakuan Nazira yang sentiasa bersikap dingin dengannya.
Nazira seperti lemas berada dalam bilik yang meriah dengan bunga-bunga ini. Dia bangun dan melangkah ke bilik air untuk mandi. Meninggalkan Shahrul yang masih terpinga-pinga di situ. Lelaki itu mendengus kecil. ‘Tak apa kalau kali ini kau jual mahal dengan aku, kau tengoklah apa yang akan aku buat nanti.’ Bisik Sharul perlahan.
Selesai mandi, Nazira melangkah ke almari. Dilihatnya Sharul masih lena tidur di atas katil itu tanpa berbaju. Hatinya menjadi panas tiba-tiba. ‘Sedapnya dia tidur atas katil, habis aku nak tidur dekat mana? Ish! Jangan harap kau boleh tidur sekatil dengan aku!’ Nazira menggocangkan tubuh Shahrul.
“Ish, liatnya nak bangun. Shah! Bangunlah cepat. Kenapa you tidur kat sini, Shah!’’ panggil Nazira. Geramnya hati. Baru saja dia mahu mengangkat tangan untuk menampar tubuh lelaki itu, tangannya terlebih dahulu dipegang. Nazira tercenggang.
“Ish! Lepaskan tangan I,’’ Nazira pantas menarik lengannya. Shahrul tersenyum sinis.
“You nak apa ni sayang.. hah? I baru aje nak lending-lending atas katil malam pertama kita ni..’’ kata Shahrul separa berbisik. Oh.. meremang bulu tengkuk Nazira mendengarnya.
“Ke you nak mulakan malam pertama kita sekarang, emm.. nampak macam dah ready aje ni.’’ Shahrul berkata lagi sambil memandang Nazira dari atas ke bawah yang hanya bertuala. Memang cantik! Seperti yang dibayangkan. Nazira bertambah geram. Berani pulak dia berkata begitu dengan aku.
“You jangan nak mengarut. I tak nak you tidur sekatil dengan I.’’ marah Nazira. Shahrul tersenyum sinis. Tatapan mata lelaki itu membuatkan Nazira semakin lemas.
“Tak nak tidur dengan I, habis selama ni yang you tidur dengan jantan-jantan lain masa dekat New York dulu tak apa pulak kan? Huh, you jangan ingat I tak tahu apa-apa pasal you, Zira. Entah dengan berapa jantan you tidur pun I boleh bilang lah.’’ Kata Shahrul.
“Kurang ajar punya jantan!’’ tangan halus Nazira sekali lagi mahu menampar pipi Shahrul tapi lelaki itu lebih cepat memegang tangannya.
“Jangan sesekali you berani angkat tangan dekat muka I..’’ ujarnya. Nazira semakin geram. cuba menarik tangannya kembali tapi Shahrul lebih pantas bertindak dengan menolak tubuhnya ke atas katil.
“You buat apa-apa, I menjerit.’’ Ugut Nazira.
“Jeritlah kalau you berani. Tak malu ke?’’ tanya Shahrul pula. Nazira terdiam. Kurang ajar betul Shahrul. Sudah berani dia menentang aku?
“Shah, please.. not now? I’m sorry okey.’’ Nazira cuba memujuk dengan manja. Berharap agar situasi itu bertambah baik. Dia tidak mahu menentang Shahrul dengan kekeraskan. Kalau pun begitu, bukan di sini. Shahrul hanya tersenyum sinis. Dia pun bukannya berniat untuk melakukan apa-apa terhadap Nazira. Hanya untuk mengacah perempuan yang begitu tinggi egonya ini supaya sedar akan kemampuan orang lain.
“Habis, kalau tak sekarang bila?’’ soalnya.
“Hmm.. nantilah bila ada masa yang sesuai. I penat sangat hari ni.’’ Kata Nazira lagi. Shahrul mengangguk perlahan. Dia melepaskan tangan Nazira.
“Okey, I tunggu bila ada masa yang sesuai. Okey sayang,’’ dia mencuit hidung Nazira. Sebaik itu juga dia melangkah ke bilik air.
Nazira mengeluh lega. Akhirnya tahu diri juga lelaki itu. ‘Ish! Ingat aku akan layan ke lelaki tak guna macam kau? Cermin diri kau tu dulu Shah, cakap aku. kau tu entah dengan berapa betina yang kau dah tidur?’ gomel Nazira. Cepat-cepat dia memakai baju sebelum Shahrul keluar dari bilik air. Selesai menyarung baju tidur, matanya tertancap pada katil king size yang bercadar renda warna biru putih itu. Hatinya menjadi cuak. ‘Haruskah aku berkongsi katil dengan si tak guna tu? Argh!’ Nazira melabuhkan punggung di situ. Memang empuk, rugi kalau dia kena tidur dilantai kalau ada katil yang menjadi tempat lebih selesa untuk tidur. ‘Ah! persetankan jantan tu. Aku penat hari ini dan aku nak rehatkan badan aku.’ Nazira membaringkan tubuhnya di situ. Ah.. selesanya..
Sebaik terjaga keesokan harinya, Nazira dapat merasakan ada desah nafas seseorang yang begitu dekat tepi telinganya. Apatah lagi ada tangan yang melingkar dipinggang yang pasti bukan tangannya. Dia sudah mula menyumpah dalam hati. Dengan pantas, Nazira menepis tangan Shahrul dan bangun. Sekaligus, mengejutkan Shahrul dari tidur. Matanya dicelikkan sedikit.
“Kenapa dengan you ni?’’ soalnya dalam keadaan yang masih mamai. Nazira mencemuh geram. ‘Boleh dia tanya kenapa? Dia ingat aku ni bantal peluk dia ke apa sesuka hati nak peluk aku? ah! kalau aku cakap macam tu, nanti aku pulak yang kena.’ Omel Nazira sediri.
“Dah pagi, bangun-bangunlah.’’ Alasannya lantas turun dari katil. Shahrul tersenyum sahaja.
“Syukurlah, you dah berubah.’’ Katanya.
“Apa maksud you?’’
“Iyalah, you bangun pagi-pagi nak sembahyang subuh kan?’’
Seraya itu juga Nazira melemparkan bantal ke muka Shahrul. Sengaja dia mengenakan aku. ‘Sembahyang? Ish! Pleaselah.. aku boleh dapat apa yang aku nak tanpa perlu aku nak sembahyang!’ desisnya lantas berlalu ke bilik air.
Shahrul melihat Nazira yang sudah bersiap-siap. Sungguh seksi dia pagi ini. Memakai baju tanpa lengan, dan hanya mengenakan skrit paras lutut. Dia bangun mengadap si isteri yang sedang merapikan diri di hadapan cermin.
“You nak kemana ni?’’ soalnya. Nazira hanya memandang dari dalam cermin.
“Ke pejabatlah.’’ Balasnya acuh tak acuh.
“You jangan nak buat hal. Hari ini baru hari pertama you bercuti kahwin, tak payah nak rajin sangat masuk ofis. I tak izinkan.’’ Kata Shahrul tegas. Terasa panas hati Nazira seketika. Dia menoleh ke arah Shahrul dengan tajam.
“Habis, you nak suruh hadap muka 24jam dalam rumah ni? Macam tu?’’ marah Nazira. Shahrul bangun dari katil dan mendekati isterinya. Sudah cantik bermake-up dan dia yakin sekali, Nazira bukan berniat untuk ke pejabat. Tapi untuk berjumpa dengan Irham. Lelaki itu pulak hanya boleh ikut apa saja kata Nazira.
“Sayang, boleh tak dengar apa yang I cakap ni. I suami you, and tak baik ingkar perintah suami.’’
“Sedar diri sikit Shah! You suami I hanya untuk sebulan!’’ pantas Nazira membalas.
Shahrul tersengih nakal.
“Siapa cakap hanya untuk sebulan?’’
Nazira yang mendengarnya bagaikan tidak percaya. Shahrul nampaknya tidak berniat untuk menceraikan dia dalam tempoh yang telah ditetapkan. Memang dasar jantan tak guna!
“You kena ikut apa yang dah dijanjikan. Kalau tak..’’
“Kalau tak??’’ pintas Shahrul.
“I akan humban you ke penjara. You jangan buat-buat lupa tentang surat perjanjian tu!’’ ugut Nazira mengenai surat perjanjian yang termenterai antaranya dengan Shahrul sebelum pernikahan ini. Shahrul sekadar mencebik.
“Oh, peguam you tak cakap apa-apa ke dekat you pasal surat perjanjian tu?’’ tanya Shahrul pula. Nazira bagaikan sudah dapat menghidu sesuatu. Pasti Shahrul sudah melakukan sesuatu pada surat perjanjian itu. Sebab itulah dia berani menentang aku. Nazira pantas bangun dari situ. Dia kena pastikan sesuatu. Tangannya ditarik.
“I izinkan you keluar untuk you pastikan pasal surat itu. Tapi jangan sampai you terkejut sayang, I wait you..’’ katanya dalam separa berbisik. Nazira menepis kuat tangan lelaki itu. Dalam hatinya yang membara itu rasanya seperti mahu cekik-cekik saja si jantan tak guna ini. Tapi dia bersabar. Lawan dia bukan dengan tenaga. Kalaulah yang diduganya betul, dia sumpah tidak akan melepaskan Shahrul begitu mudah. Dia akan pastikan Shahrul menyesal. Dengan keras dia melangkah keluar dari bilik itu.
Share this novel