Datin Fatimah mengusap rambut anak lelakinya itu dengan penuh perhatian. Tidak henti-henti dia berselawat agar Irham sedarkan diri. Akhirnya terjawablah persoalannya sebelum ini. Ternyata Irham telah disantau oleh seseorang sehingga dia jadi berubah sekian rupa. Mujurlah Datuk Sufian ada kenalan ustaz yang dapat membantu memulihkan anaknya. Air matanya mengalir. “Sabarlah, ibu. kejap lagi abang sedarlah tu.’’ Hanani menenangkan ibunya. Sungguh dia takut sekali melihat abangnya yang meracau tadi sewaktu ustaz Kadir mengubatinya. Sangat terseksa abangnya dibuatnya. Siapalah yang berhati kejam yang sanggup memusnah kehidupan abangnya dengan sekian rupa?
“Dah cuba hubungi kak Liya?’’ tanya Datin Fatimah. Hanani mengganguk perlahan.
“Dah cuba, tapi tak dapat.’’ Kata Hanani pula. Datin Fatimah mengeluh.
Tiba-tiba kelopak mata Irham bergerak-gerak. Datin Fatimah terus memanggil namanya. Mulutnya hanya memanggil nama Daliya. Hanani dan ibunya saling berpandangan.
“Irham, bangun nak..’’ panggil Datin Fatimah. Akhirnya mata itu perlahan-lahan terbuka. Dia melihat wajah ibunya, Hanani, tapi.. mana? Mana Liya?
“Ibu?’’ Irham mengucapkan nama ibunya.
“Alhamdulilah, Irham dah sedar.’’ Datin Fatimah mengucapkan rasa syukur. Perlahan-lahan Irham cuba bangun dari pembaringan. Dia merasakan badannya sungguh lengguh dan tidak bermaya. Tapi dikuatkan tenaganya untuk bangun. Datin Fatimah dan Hanani turut membantunya.
Matanya meliar ke seluruh ruangan itu. Tapi tiada wajah isterinya di situ. Pandangannya beralih ke arah ibunya. “Mana Liya, ibu?’’ soalnya dengan penuh kehairanan. Datin Fatimah diam seketika. “Ibu tak dapat hubungi dia. Irham tak ingat apa-apa ke yang dah berlaku?’’ tanya ibu pula. Irham terdiam. Cuba mengingati segalanya dari awal. Perlahan-lahan air matanya menitis. Bagaikan tidak percaya tapi itulah yang terimbas diingatannya. Dia telah mengusir Daliya pergi dari rumah. Ya Allah, apa yang telah lakukan pada isteri dan anakku?
“Abang, kenapa? Apa yang dah jadi?’’ tanya Hanani ingin tahu. Ibu mengusap bahunya perlahan supaya bertenang. Irham meraup wajahnya berkali-kali.
“Handphone abang mana?’’ soalnya. Hanani pantas menghulurkan telefon bimbit itu kepadanya. Berkali-kali dia cuba menghubungi nombor telefon isterinya tapi tidak aktif. Nombor itu seolah-olah tidak digunakan lagi. Dia mencari nombor telefon mertuanya pula. Akhirnya dapat dapat juga, tapi masih tidak berangkat. ‘Liya.. angkatlah panggilan abang..’ desis hati Irham.
“Hello, assalamualaikum?’’ akhirnya berjawab juga panggilan itu.
“Waalaikumussalam.’’ Balas orang dalam talian. Irham mengeluh lega.
“Mak, Irham ni. Liya ada dekat situ?’’ tanya Irham. Panggilan sepi untuk seketika.
“Hello? Mak?’’ panggil Irham sebaik sahaja pertanyaannya tidak terjawab.
“Liya tak ada dekat sini, kenapa Irham?’’ tanya mak mertuanya pula.
“Mak, saya nak bercakap dengan Liya. tolong mak, panggilkan dia.’’ Irham masih berkeras. Dalam hatinya yakin kalau Daliya pasti ada di situ.
“Liya tak ada kat sini, kenapa? Dia ada cakap nak datang sini ke?’’ tanya mak mertuanya lagi. Akhirnya Irham berputus asa sahaja sebaik sahaja itu yang ditanya oleh mertuanya. Mungkin Daliya tidak jadi pulang ke kampung. Lalu, dia kemana?
“Irham?’’ panggilan itu masih dalam talian.
“Tak apa lah mak, lain kali Irham telefon balik. Assalamualaikum.’’ Irham berasa sebak tiba-tiba lalu memutuskan panggilan itu.
“Terima kasih, mak.’’ Ucap Daliya perlahan. Mak hanya mengeluh perlahan. Dia medekati anak gadisnya. Wajah itu dipandang lama. “kenapa Liya tak mahu bercakap dengan dia?’’ tanya mak lagi. “Liya tak bersedia lagi mak. Setelah apa yang telah dia lakukan, tak semudah itu Liya nak lupakan.’’ Kata Daliya dengan keras hati. Kemudian dia mengatur langkah untuk pergi. Setitis air matanya gugur ke pipi. Perutnya diusap perlahan.
‘Dah sebulan Irham. Kau biarkan aku gantung tak bertali. Kau langsung tak ambil tahu pasal aku. Kau halau aku macam aku ni tak ada harga diri. Tak akan semudah itu, tak akan semudah itu untuk kau kembali. Aku sumpah, aku tak akan biarkan kau sentuh anak aku. Aku benci kau! Aku benci!’ bisik hati Daliya sambil teresak-esak menangis.
PEJAM celik, masa kian berlalu. Lagi seminggu akan tibanya bulan ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Lebih indah ramadhan kali ini, dia akan menyambutnya dkampung. Masih dia ingat sewaktu dia masih tidak berkahwin, hidupnya begitu sibuk dengan kerja. Daliya menghembus nafas panjang. Walau apapun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Biarpun menyambut ramadhan tanpa suami, tapi setidak-tidaknya Allah SWT gantikan ia dengan kehadiran bayi ini. ‘Ya Allah, permudahkan segala urusanku, lapangkanlah dada ini untuk menerima ketentuanMU’ desisnya. Sekilas dia melihat maknya yang sedang sibuk berbual dengan seseorang di pintu dapur. Buku novel yang berada ditangannya diletakkan ke atas meja. Hatinya penasaran ingin tahu dengan siapa si emak sedang berbual. Perlahan-lahan dia melangkah ke pintu dapur. Ternyata orang itu adalah Azam. Rakan sekelasnya dulu. Azam nampak lain sekarang. Kalau dulu kulitnya gelap, sekarang sudah lebih cerah. Banyak perubahan yang berlaku pada lelaki
ini lebih-lebih lagi dari cara percakapannya.
“Liya?’’ tegur Azam sebaik sahaja melihat Daliya di sebalik pintu. Daliya tersenyum saja. Azam yang melihat perut Daliya yang sudah memboyot itu sedikit tergaman.
“Liya.. dah kahwin ke?’’ soalnya dengan penuh kehairanan. Daliya memandang maknya. Kenapa perlu Azam bertanya sedemikian? Tidak tahukah dia tentang perkahwinanku dulu?
“Dah lama dah dia berkahwin. Sejak kamu masih buat latihan di kem lagi.’’ Celah mak. Azam mengganguk perlahan. wajahnya tidak seceria tadi sewaktu bercakap dengan mak.
“Oh.. tahniah lah. Dah nak jadi ibu tak lama lagi. sampai hati kahwin tak jemput Azam.’’ Kata Azam yang kedengaran sedikit merajuk. Daliya dan mak hanya mampu tersenyum saja.
“Ish, bukan tak nak ajak. Azam kan sibuk masa tu. nak jadi tentera kena ada disiplin dan tak akanlah boleh cuti semata-mata nak datang majlis kahwin Liya.’’ Kata mak bagi pihak Daliya. Sementara Daliya hanya membisu saja.
“Hmm.. iya sangatlah tu. siapalah kita ni kan, kawan rapat pun tidak. Habis, mana suami dia ni? teringin juga Azam nak tengok, hebat setakat mana sampai boleh rebut buah hati kita ni..’’ kata-kata yang keluar dari mulut Azam kali ini membuat Daliya terpaku. Gulp! Dia menelan air liurnya. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Mengenai ketiadaan suami atau mengenai yang satu lagi itu. Buah hati? Sejak bila pula aku jadi buah hatinya? Bukankah selama ini dia menaruh hati pada Laila anak tok penghulu? Daliya bermain dengan persoalan yang muncul dibenak fikirannya.
“Eh, orang tanya senyap pulak dah.’’ Kata Azam lagi.
“Suami Liya tak balik sekali. Liya balik seorang aje.’’ Balas Daliya akhirnya. Malas untuk menyentuh isu ‘buah hati’ dengan Azam. Dia takut untuk menduganya. Memang dulu dia pernah menaruh hati pada Azam. Orangnya yang peramah, memiliki ketampanan yang sederhana sahaja tapi cukup untuk memikat hati mana-mana gadis kampung ketika itu. Sekarang, biarpun zaman remaja yang sudah berlalu, Azam masih seperti dulu. Wajahnya masih sedap dipandang, dan baginya Azam kalau dipandang dari sudut manapun tetap tampan. Agak lama bersembang petang itu akhirnya Azam meminta diri untuk pulang. Ternyata dia telah menjadi tentera laut maritim di Perak. Patutlah jarang ada di kampung.
“Dulu mak teringin hendak berbesan dengan Hajah Rogayah, mak si Azam tu. tapi nak buat macamana dah jodoh kamu dengan orang lain. Sekarang ni, Azam sendiri pun dah nak bertunang. Dia balik kampung pun mesti sebab nak uruskan majlis pertunangan dia tu.’’ Kata mak sambil menuangkan minuman itu ke dalam gelas. Daliya sedikit terkejut mendengar tentang majlis pertunangan Azam yang bakal dilangsungkan.
“Bertunang? Kenapa dia tak cakap pun tadi pasal pertunangan dia?’’ tanya Daliya. Mak diam seketika. “Dia dah cakap tadi dekat mak, mungkin dia ingat mak dah bagitahu kamu,’’ balas mak bersahaja. Daliya diam. ‘Hanya beritahu mak, habis aku ni siapa? Bukankah sepatutnya dia datang memberitahu aku?’ desis Daliya dalam hatinya. Diam-diam itu dia hanya mengeluh. Biarkanlah dia. Asalkan dia bahagia dengan pilihan hatinya.
…………………………………….
“MAMA nak jumpa Zira, dah lama mama tak tengok dia.’’ Kata Datin Zahara sambil memandang menantunya itu. Shahrul melepaskan keluhan. Nazira? Huh.. sudah berminggu-minggu rasanya dia telah mengunci Nazira di dalam bilik itu. Hampir setiap malam gadis itu akan menjerit meminta agar dilepaskan.
“Shahrul? Dengar tak apa mama cakap ni? Bawa mama jumpa Zira.’’ Desak Datin Zahara lagi. Mahu tidak mahu terpaksalah dia mengikut kemahuan ibu mertuanya itu. Mungkin telah tiba masanya untuk dia melepaskan Nazira. Dia tidak mahu menyeksa isterinya itu. Mungkin kali ini Nazira sudah serik. Fikir hatinya.
Sebaik sahaja tiba dirumah itu, orang suruhan Shahrul kelihatan tidur diluar. Berang sungguh Shahrul dibuatnya.
“Hoii! Nak kerja ke nak tidur?!’’ jerkahnya sambil menendang kerusi itu. Datin Zahara hanya memandang sekeliling rumah. Rumah banglo lama yang terletak jauh ke pendalaman. Bagaimanalah keadaan anak perempuannya agaknya apabila dikurung ditempat yang sebegini rupa? Dia mulai dihuni rasa bersalah tapi berharap agar Nazira sedar akan kesilapannya. Harap agar dia akan lupakan Irham. Keadaan dalam rumah hanya sunyi sepi, Shahrul mengambil kunci bilik itu didalam kocek seluarnya.
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, terkejut Shahrul dan Datin Zahara melihat Nazira yang sudah terbaring di satu sudut itu dengan pergelangan tangan yang berdarah.
“Ya Allah, Zira?!’’ Datin Zahara terus menghampiri Nazira. Shahrul pun turut terkejut dengan situasi itu terus mengoyakkan kain langsir untuk mengikat tangan Nazira begi menghentikan pendarahan yang keluar. Datin Zahara berkali-kali cuba memanggil nama anaknya.
“Apa kita nak buat ni?’’ Tanya Datin Zahara panik. Shahrul meletakkan jarinya ke tengkuk nazira bagi memeriksa deyutannya.
“Kita kena bawa dia ke hospital sekarang sebelum terlambat.’’ Beritahu Shahrul. Datin Zahara mengganguk dan Shahrul terus mengangkat tubuh Nazira untuk keluar dari situ.
Hampir beberapa jam akhirnya keadaan menjadi stabil. Datin Zahara menunggu Nazira untuk sedarkan diri. Sungguh, dia tidak sanggup untuk kehilangan Nazira yang satu-satunya puterinya. Mujur sempat dia menemui Nazira dalam keadaan sebegitu, sekiranya terlambat sedikit tadi mungkin nyawa Nazira sukar untuk diselamatkan lagi. Tapi apa yang membuat Nazira tekad untuk membunuh diri? Mungkinkah kerana dikurung?
“Mama rasa bersalah sangat bang,’’ kata Datin Zahara didepan Datuk Khalid sewaktu suaminya itu mengusap rambut Nazira yang masih terbaring lesu dikatil hospital.
“Dahlah tu, Tuhan nak kita sedar akan tanggungjawab kita. Kita lalai jaga dia.’’ Kata Datuk Khalid pula. Datin Zahara masih tersedu-sedu menahan tangis.
“Salah saya juga, biarkan dia jadi macam tu. Saya tak dapat jadi mama yang baik.’’ sebak kata-kata Datin Zahara. Datuk Khalid terus mendekati isterinya, dan memeluknya. Dia menepuk bahunya agar bertenang.
“Dah, dah.. sabar. Jangan nak salahkan diri sendiri. Lepas ni kita kena jaga dia dengan baik.’’ pujuk Datuk Khalid.
Agak lama menunggu, akhirnya Nazira sedarkan diri. Datin Zahara terus mengucup dahinya perlahan sambil mengusap tangannya.
“Syhh.. mama ada dekat sini.’’ Bisiknya.
“Mama, Zira takut..’’ kata Nazira perlahan. air matanya mengalir.
“Mama dengan papa ada sini sayang, dah, jangan nangis.’’ Pujuk Datin Zahara. Akhirnya Nazira dapat ditenangkan. Akhirnya dia terlena dalam tangisan.
Shahrul masuk ke dalam wad itu sebaik sahaja Nazira tertidur. Dia menyuruh Datin Zahara pulang sementara dia akan tengok-tengokkan Nazira.
“Jaga Zira baik-baik. Mama dengan papa balik dulu.’’ Kata Datin Zahara kepada Shahrul. Shahrul mengeluh lemah. Melihat wajah isterinya yang terbaring lesu dia berharap agar semua bukan salah dia. Kenapa sanggup Nazira bertindak sedemikian? Dia meraup wajahnya berkali-kali. Lama menunggu diruangan itu, Shahrul mengurut tekaknya yang terasa haus. Mungkin tidak apa kalau dia tinggalkan Nazira sekejap dan kembali semula. Dikerling ke arah jam dinding yang tepat pada pukul 11 malam. Kaki Shahrul melangkah meninggalkan ruang wad persendirian itu.
Nazira tersedar dari mimpinya yang menakutkan. Lembaga hitam itu terus-terusan menghantuinya. Dia memandang kiri kanan. Mama dan papanya sudah tiada di situ. Tubuhnya mulai mengigil ketakutan kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Matanya dikerlingkan ke kiri, dan saat itu juga dia melihat ‘benda’ yang menakutkan itu berada diluar jendela. Manusia biasa tidak mungkin dapat berdiri di situ kerana tiada koridor dan dia sekarang ini berada di tingkat 7. Nazira tekad untuk lari. Sepantasnya dia membuka wayar yang kemas berada dipergelangan tangan.
“Ouch!!’’ aduhnya tapi dia cepat-cepat ingin melangkah pergi dari bilik itu.
Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Dia tidak menjumpai sesiapa pun di hospital itu biarpun sudah puas dia menjerit meminta tolong. ‘apa dah jadi ni? Mana semua orang? Aku dekat mana ni? Mama! Papa!’ jeritnya dalam hati. Dia sembunyikan diri dibawah kerusi itu sambil teresak-esak menangis. untuk seketika dia kaku. Dari bawah itu dia mendengar tapak kaki seseorang. Bulat matanya melihat kaki manusia yang sedang berjalan ke itu tidak menjejak ke lantai. Dia menekup mulut sambil memejamkan matanya. Tangan seseorang yang menariknya membuatkan dia menjerit kuat.
“Zira?! Bertenang! Ini I..’’ Shahrul menenangkan dia daripada terus-terusan meracau seperti orang gila. Entah bagaimana Nazira boleh berada di sini sedangkan baru sepuluh minit tadi dia tinggalkan Nazira yang masih tidur di atas katilnya.
“Lepaskan aku! kau jangan ganggu aku! pergi!’’ dia masih menjerit meronta-ronta agar dilepaskan. Akhirnya doktor terpaksa memberinya suntikan. Sebaik itu, dia rebah dalam pelukan Shahrul. Untuk seketika Shahrul menghela nafas lega.
“Bawa dia ke bilik, mungkin dia mengalami banyak tekanan.’’ Kata doktor itu. Shahrul mengganguk perlahan dan mengendong tubuh itu.
Keesokan harinya, Shahrul mendapati Nazira sudah tidak seperti dulu lagi. Sikapnya, begitu sukar diramal. Sekejap-sekejap dia baik, sekejap-sekejap dia akan menjerit. Tiada nama lain yang keluar dari bibirnya. Hanya nama Irham. Shahrul sudah naik bengang mendengarnya.
“Shah, macamana dengan Zira?’’ tanya Datin Zahara sebaik menemui Shahrul diluar bilik wad itu. Shahrul mengeluh lemah.
“Entah, dah macam orang gila dah Shah tengok. Mama pergi lah tengok sendiri.’’ Kata Shahrul. Datin Zahara yang mendengarnya sudah menekup mulutnya. Tak akanlah boleh jadi seperti itu? Pintu bilik itu dikuak perlahan. Kelihatan Nazira yang murung di atas katilnya.
“Zira? Mama datang ni.. Zira apa khabar?’’ tanya Datin Zahara. Tapi Nazira hanya membisu. Tidak ada sebarang kata yang keluar dari bibirnya dan dia asyik memandang ke luar tingkap.
“Zira tengok apa tu? Zira nak keluar ambil angin dekat luar?’’ tanya Datin Zahara sambil mengusap lembut rambut Nazira.
“Irham..’’ bibir Nazira hanya mengucapkan nama bekas suaminya itu.
“Nazira, Irham tak ada dekat sini,’’ kata mamanya. Seraya Nazira menoleh ke arah mamanya dengan renungan tajam.
“Dia ada! Dia tunggu aku dekat situ.’’ Jarinya telunjuknya dirundingkan ke arah jendela tapi matanya masih tajam melihat Datin Zahara.
“Astagfirullahalazim.. bawa mengucap Zira. Dia dah ada apa-apa hubungan dah dengan Zira. Lupakan dia, seperti mana dia dah lupakan Zira.’’ Kata Datin Zahara perlahan. Namun, dengan pantas Nazira mencekik leher mamanya dengan kuat.
“Aku cakap dia ada! Kenapa kau tak dengar cakap aku hah?!’’katanya.
“Ya Allah, Zira apa ni? Lepaskan mama…’’ Datin Zahara cuba untuk menarik tangan Nazira tetapi tidak berjaya sehinggalah Datuk Khalid tiba.
“Ya Allah, Zira!’’ dengan pantas tangannya menarik pergelangan tangan anak gadisnya. Akhirnya lepas.
“Apa yang kamu nak buat ni? Nak bunuh mama kamu sendiri?’’ marah Datuk Khalid. Nazira kemudiannya ketawa kuat. Seraya itu juga air mata Datin Zahara mengalir laju. Keadaan nazira membuatnya berasa sungguh sedih dan kecewa. Kakinya terus melangkah pergi dari bilik itu diikuti oleh Datuk Khalid.
“Macamana dia boleh jadi macam tu?!’’ marahnya kepada Shahrul yang masih berada diluar.
“Shah tak tahu, ma. Shah tak tahu.’’ Shahrul meraup wajahnya yang berserabut memikirkan segalanya. Kata doktor yang merawat, Nazira menjadi sedemikian akibat terlalu banyak tekanan. Keadaan mentalnya sudah tidak terkawal. Lama-kelamaan Nazira mungkin boleh menjadi pesakit mental. “Kalau terus-terusan macam ni, dia mungkin boleh kena sakit mental.’’ Kata Shahrul perlahan. terkedu Datin Zahara mendengarnya. Dia menangis kuat dalam pelukan Datuk Khalid. “Abang.. anak kita..’’ katanya dalam tangisan. Shahrul sudah tidak sanggup melihat keadaan itu terus melangkah pergi. Tanpa dia sedar, setitis air matanya turut bergenang dikelopak matanya.
‘Ini semua angkara Irham! Dia jadi macam tu kerana cintakan jantan tak guna tu! Aku akan pastikan kau bayar apa yang setimpal. Aku sumpah!’ jerit hatinya kuat. Kunci keretanya digengam kemas.
Share this novel