BAB 1

Romance Completed 89904

HANYA dengan sekali lafaz, Nur Daliya bt Azhari kini telah sah menjadi millik Irham Hakimi bin Dato’ Sufian. Berwalikan bapanya, Daliya menerima wang hantaran sebanyak RM19 ribu beserta 9 dulang hantaran dan turut membalasnya kepada pengantin lelaki sebanyak 11 dulang hantaran. Majlis pernikahan yang diadakan sebelah petang manakala untuk majlis persandinganpula diadakan di sebelah petang dengan dihadiri kira-kira 2,000 orang tetamu yang terdiri dari saudara mara kedua-dua belah pihak,rakan-rakan, dan juga kenalan pengantin. Bahagia tidak terkata keluarga Irham menerima kehadiran Daliya seadanya yang bukan dari kalangan orang berada. Sikap Ibu Irham dan Ayahnya memang menyenangkan Daliya.

Perkahwinan berkonsepkan Morrocan Islamic Garden ini telah diilhamkan oleh Daliya sendiri. Keluarga Daliya sememangnya ramai dan meriah dengan memilih busana berwarna hijau lembut manakala pihak lelaki pula memilih busana putih bersih.Tidak pernah disangka, tanpa perkenalan yang dekat,tanpa sepatah bicara cinta, Irham datang dalam diam untuk menyunting dirinya sebagai isteri. Bercinta selepas kahwin prinsip Irham telah memukau Daliya untuk menerimanya.

“Amboi belum masuk bilik dah tenung macam tu. Ee.. seram!’’ usik Suraya sambil tersenyum kecil. Daliya segera menoleh ke arah Suraya. Sejak bila dia ada kat sini? Ish, ganggu ajelah! “nak seram apanya dia dah sah laki aku pun,’’ Daliya tersenyum memandang suaminya yang seronok berbual dengan rakannya. Suraya sekadar mencebik.

“cemburunya aku dengan kau Liya, tak sangka aku yang bos kita tu rupa-rupanya menaruh hati kat kau.’’ujar Suraya turut memandang Irham. Kacaknya dia… tapi dah jadi suami orang.

“Oh ya, korang dah planning nak berbulan madu kat mana?’’Suraya ingin tahu. Daliya terdiam. Tak pernah dia rancang pun, tapi dulu dia pernah angan-angan untuk berbulan madu di kota Paris. Tempat itu sungguh menarik dan sangat romantik! Oh.. teringinnya nak tengok menaraEiffel. Daliya mula melakar angan-angan bersama Irham di kota Paris meninggalkan Suraya tertanya-tanya sendiri. “belum kahwin dengan lepas kahwin pun perangai tak ubah-ubah! Asyik berangan aje. Irham mungkin tahan dengan perangai kau yang satu ni. Mungkin….’’ suraya pergi meninggalkan Daliya di situ dengan angan-angannya.

Selesai mandi Daliya bersiap-siap untuk menunaikan solat. Ya Allah! Hampir dia terlupa sekarang dia sudah bersuami. Daliya menunggu Irham untuk solat berjemaah. Senyuman tak lekang dibibirnya melihat Irham lengkap berkain pelekat dan berbaju melayu.

“hensemnya suami Liya ni” ujar Daliya sambil menghulurkan kupiah kepada Irham.

“Isteri abang pun cantik.’’puji Irham pula. Inilah yang Daliya impikan. Punyai suami yang dapat menjadi iman dalam solatnya. Daliya percaya Irham akan menjadi seorang suami yang sempurna untuknya. Usai solat, Irham menadah tangan berdoa. Daliya mencium tangan suaminya selesai berdoa. Irham mencium dahinya menbuatkan hati Daliya berbunga-bunga. “Terima kasih kerana menjadi isteri abang, abang berjanji akan menyemai cinta untuk Liya dan menjadi seorang suami yang baik untuk Liya.’’ucapnya. Daliya berasa sungguh terharu.

“kita akan menyemai cinta ini sama-sama. Terima kasih juga sebab sanggup memilih Liya. Liya janji akan jadi isteri yang baik untuk abang.’’Daliya memeluk Irham erat. Bahagianya alam pernikahan ini. Yang pasti ini bukan angan-angan lagi. Daliya mengeratkan lagi pelukannya. Ya! Aku sedang memeluk dia. Dia suamiku.

“Liya..’’lembut suara Irham memanggil namanya.

“Ya,saya.’’Daliya memandang Irham. Daliya seakan kaku seketika. Membiarkan tangan Irham membuka telekungnya. Bulat matanya tidak berkelip. Irham mengangkatnya ke atas katil. Wow! Romantiknya Irham. Tapi Daliya masih posisi yang sama. Kaku tidak terkata. Baru sahaja bibir Irham mendekati bibirnya, Daliya tersedu. Terus mematikan langkah Irham. Daliya menekup mulutnya. Ah! Malunya. Time-time macam ni lah nak tersedu. Tapi memang kebiasaan Daliya apabila dia gementar akan tersedu.

“sorry..’’bisik Daliya. Irham sekadar tersenyum.

“Abang patut cakap sorry. Liya tak ready pun abang main terjah aje kan. Its okey sayang. Mybe next time.’’Irham mengusap anak rambut Daliya yang terjuntai ke dahinya. Melihat wajah Irham yang begitu hampir dengannya, rasa kasihan timbul dalam dirinya. Secara automatik dia terus mencium bibir Irham. Untuk seketika itu sedunya tiba-tiba terhenti. Daliya tertawa kecil. Rasa gementar ini harus dilawan! Akhirnya malam itu menjadi milik mereka.

“CANTIKNYA rumah ni!’’Daliya kagum dengan citarasa Irham. Rumah banglo yang sederhana tapi penuh dengan kehijauan pokok dan tumbuhan kecil menghiasi halaman rumah. “kalau kak Liya nak tahu, abang Irham yang dekorasi taman ni tau. Nani cuma tolong sikit-sikit aje. Katanya, rumah ni akan jadi pelengkap hidup dia bila dia kahwin nanti.’’ Ujar Nani panjang lebar. Rupa-rupanya rumah ini telah lama Irham bina

“sekarang dah lengkap!’’Irham memeluk Daliya dari belakang. Daliya menjeling supaya Irham sedar akan kehadiran Hanani di situ. Hanani sengaja berdehem untuk menyedarkan abangnya. Irham mengangkat tangan tanda mengalah. Hanani tertawa kecil.

“okeylah kak Liya, Nani balik dulu. Kejap lagi ada kelas.’’Hanani meminta diri untuk pulang setelah membantu Daliya mengemas rumah abangnya.

“Eh,awal lagi ni. Cepatnya nak balik.’’Irham seakan sengaja berkata begitu.

“Yelah, Nani tak nak jadi pengacau abang. Lepas ni boleh lah sambung balik mesra-mesra tu.’’ Hanani bersalam dengan Irham dan Daliya. Lenyap kereta Hanani dari pandangan mereka, suasana hanya bising dengan bunyi kicauan burung. Irham menarik Daliya ke pelukannya.

“Liya suka rumah ni?’’soalnya. Daliya menoleh ke belakang dan tangan Irham dibiarkan dipinggangnya. Matanya menatap anak mata Irham lama. Senyuman terukir dibibirnya. “Cantik. Thank you sayang. I love you so much!’’balas Daliya pula. Irham tersenyum bahagia. Daliya pelengkap hidupnya. Walau belum pernah dia mengungkapkan kata cinta kepada Daliya sebelum ini, gadis itu mahu menerima cinta yang dia wujudkan secara tiba-tiba.

“I love you more.’’bisiknya ke telinga Daliya. Mereka memandang indahnya mahligai kasih yang bakal dilakarkan dalam rumah ini nanti.

“Sayang, mybe lusa kita boleh buat majlis solat hajat kat rumah ni. Abang dah bagitahu ibu, jadi tak lama lagi kita boleh pindah sini.” Usul Irham.

“Ibu okey ke? Yelah, tak terlalu awal ke?’’Daliya bimbangkan perasaan ibu mertuanya itu. Maklum sahajalah Irham satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Melihat cara Datin Fatimah melayan Irham saja sudah menunjukan sifat keibuannya tertalu dalam untuk Irham. Begitu juga sebaliknya, Irham sangat menghormati Datin Fatimah dalam apa jua keputusan yang bakal dia ambil. Daliya khuatir akan perasaan Datin Fatimah nanti setelah dia membawa anak lelakinya jauh darinya.

“Don’t worry sayang, abang dah bagitahu ibu awal-awal sebelum kita kahwin lagi dan, ibu tak keberatan untuk lepaskan anak lelakinya ni. Lagipun, ibu pun dah muak kut hari-hari tengok abang kat rumah tu.’’Irham berseloroh untuk menyedapkan hati Daliya.

“Ish, abang ni. Sebab hari-hari tengok muka abang la ibu sayang nak berpisah dari abang.”ujar Daliya pula. Irham meletakkan kedua tapak tangannya ke pipi Daliya.

“Sayang, trust me okey. Abang dah lama bina rumah ni untuk kita. Abang bina dengan penuh kasih sayang dan bukan sekadar hiasan. Abang nak isikan rumah ni dengan impian dan angan-angan abang selama ni, dan Liya yang akan lengkapkan semua tu untuk abang. Faham?’’ Irham cuba untuk meyakinkan isterinya. Daliya sedikit lega.

“Okey! Macam tu lah isteri abang. Cantik kalau senyum.’’Irham mencuit manja hidungnya. Kembali menarik Daliya ke pelukannya. Daliya merasakan bahagia setiap kali Irham memeluknya. Sambil memandang permandangan ‘little garden’yang diilhamkan oleh suaminya sendiri, Daliya berasa tenang. Seakan bait-bait lagu ‘A Thousand Years by Christina Perri’ berkumandang ditelinganya. Hmmm…. Indahnya…

“I have died everyday waiting for you

darling don’t be afraid I have loved you

for a thounsand years

I love you for a thousand more”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience