BAB 50

Romance Completed 33954

Sang Suria,

Sentiasa menghadiahkan cahaya kepada manusia,

Keindahan terbitnya,

Sama seperti keindahan bersamanya,

Ianya panas,

Tetapi ianya menyenangkan,

Ianya sukar didekati,

Tetapi seronok untuk mengenali,

Satu-satunya suria yang indah,

Adalah milikmu Tengku Amirul.

Helaian seterusnya diselak.

Betapa bergeloranya pantai hari ini,

Betapa kuatnya angin,

Tetapi,

Masih ada yang mahu mendekatinya. Ianya dingin seperti ais, tetapi sejuk seperti salji, Dan kini dialah, pemilik hati ini.

*******

Tak ku menyangka,

Ribut masih lagi mahu menghampiri kasih ini,

Tapi aku tetap percaya,

Ianya datang daripada Sang Pencipta Yang Maha Penyayang,

Dugaan ini akan aku tempuhi,

Kerana aku yakin ada pelangi selepas ribut itu.

******

Tuduhan demi tuduhan, menjadi salah satu makanan mulut, Dilemparkan dengan mudah, tanpa mengesahkan kesakitannya,

Tidak juga kusangka ianya datang daripada dia, Aku tidak menyalahkan egonya, tetapi aku menyalahkan diriku, yang tidak sempurna.

Tengku Amirul sedikit tersentak. Bait-bait perkataan itu sungguh terkesan di hatinya. Dia tidak menyangka cinta wanita itu sungguh mendalam. Dia menyesal kerana menyakitkan hati wanita yang merangkul gelaran sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Ibu,

Insan yang terindah,

Yang sungguh kuat,

Yang mampu melahirkan seorang lagi insan di dunia, Sayangnya,

Ibuku hanya sempat melahirkanku, tetapi tidak sempat memberikanku susunya,

Anakmu ini,

Tidak pernah menyalahimu,

Kerana dia yakin yang tersirat itu,

Adalah rahsia yang tersembunyi keindahan.

"Tak habis baca lagi ke ayah?" Suara milik kanak-kanak kecil mula menyapa. Tengku Amirul hanya membalas dengan gelengan. " Ala, ayah nantilah baca buku tu. Jom kita main bola dengan abah ya?" Pujuk kanak-kanak lelaki itu. " Maafkan ayah ya. Ayah nak rehat hari ini." Kata Tengku Amirul lalu mengusap pipi kanak-kanak itu. "Tak apa lah." Seakan memahami, akhirnya kanak-kanak itu melangkah pergi.

Hari terakhir manusia,

Hari di mana,

Roh terpisah daripada jasad,

Membuatkan jantung tidak lagi berdetak,

Kaku, tidak bergerak,

Tapi suatu hari nanti,

Aku yakin,

Aku pasti berjumpa dengannya,

Saat itu kedinginan dia sangat mendamaikan,

Oleh itu,

Aku tidak akan menyesal,

Jika hari ini,

Hari terakhir buat aku,

Mungkin wajahnya tiada di alam nyata,

Tapi dia sentiasa ada di depan mata ini,

Kerana alam realiti masih wujud dalam khayalan,

Aku pasti,

Saat-saat terakhir ku,

Pasti bersama dia,

Dia,

Yang bergelar,

Tengku Amirul Iskandar Shah bin Tengku Ibrahim Muhammad Kamaruddin.

Seorang suami, imam dan ayah kepada warisku.

Bait-bait perkataan yang terakhir itu sungguh memilukan. Tengku Amirul sedar namanya sering tercatat di dalam buku itu. Maksud yang sungguh mendalam cukup membuktikan betapa besarnya jiwa penulis kepada lelaki bernama Tengku Amirul.

" Awak, kenapa muram. Boringlah kalau awak tak senyum." Ada suara yang menyapa daripada belakangnya. Tengku Amirul membalas kata-kata pemilik suara itu dengan senyuman. " Hai, sekarang dah bisu pula?" Tanya pemilik suara itu lagi. " Belum bisu lagilah, cuma teringat kisah-kisah silam. "

______________________________

Kini, banyak rahsia telah terbongkar. Kebenaran yang dicari oleh Husna akhinya muncul jua. Dia tidak pernah menyesal apabila mengetahui bahawa dia tiada pertalian darah dengan umminya, Puan Raudah. Malah, dia bangga dengan arwah ayahnya kerana tulus menyayangi kedua-dua wanita yang dikahwininya. Ibunya, Aisyah Husna merupakan isteri pertama kepada bapanya, Abdul Khairil manakala Raudah merupakan isteri kedua.

Pada mulanya Raudah tidak mengetahui bahawa dia merupakan isteri kedua kepada Abdul Khairil. Dan sebab Abdul Khairil mengahwini wanita itu adalah atas permintaan isterinya.

Aisyah sanggup bermadu, dia mahu suaminya merasai nikmat menimang zuriatnya sendiri. Dia tidak mampu memberikan zuriat kepada lelaki itu.

Setelah lama menanti, Aisyah pun hamil dan dengan Kekuasaan Allah, Raudah juga kini berbadan dua. Hati suami mana yang tidak gembira mendengar berita itu. Sungguh Khairil bersyukur apabila mendengarnya.

Sayangnya saat seorang bayi itu lahir ke dunia, ibunya telah dipanggil Ilahi. Begitu juga dengan seorang lagi ibu yang kehilangan bayinya sewaktu melahirkan. Khairil akhirnya membuat keputusan untuk menjaga satu-satunya zuriatnya bersama Aisyah sebaiknya.

Pada mulanya Khairil berfikir, Raudah mampu menerima kebenaran yang sebenarnya. Sayangnya, kenyataan itu sungguh menyakitkan hati wanita itu yang tulus mencintai jejaka itu. Dan itulah sebab Husna dibuang jauh daripada hidup wanita bernama Raudah.

Ashyraf dan Zarina pula merupakan hasil perkahwinan Raudah dan arwah suaminya. Oleh itu, wanita itu tidak endah akan kematian zuriatnya bersama Khairil, yang sudah terang-terang menduakannya. Dan dendam itu masih lagi membara walaupun suaminya telah pergi menghadap Allah Yang Maha Esa.

_____________________________

Kebenaran itu tak selalunya indah. Tetapi, kebenaran itu mengajar kita untuk lebih tabah.

------------------

------------

" Dah habis berangan ke?" Muka wanita itu betul-betul berada di hadapan Tengku Amirul. Pipi yang segaja dikembungkan itu menjadi penyeri kepada wajahnya. Kelakar pula melihat telatah wanita itu. Seakan tiada apa yang berlaku dalam hidupnya. " Dah... sayang." Balas Tengku Amirul lalu satu ciuman dihadiahkan di pipi isterinya.

Allah memberinya peluang untuk sekali lagi bersama-sama dengan seorang insan yang indah. Peluang itu sungguh besar dan peluang itulah membuatkannya bahagia pada hari ini. Di saat-saat jantung manusia bernama Husna terhenti, Allah menganugerahkan degupan yang baru untuknya terus hidup.

" Awak tu, baru habis pantang. Jangalah berlari Cik Puteri oiii." Kata Tengku Qairi. Dia kini bukan lagi bergelar tunangan tetapi suami kepada Alya Athirah. " Ala, dah lama tak dapat berlari apa salahnya." Balas Husna lalu ketawa riang.

" Orang tegur tak nak dengar. Ha ini lah balasannya." Tengku Amirul mengejar Husna tanpa Husna sedari lalu memeluk wanita itu. " Apa ni abang." Husna sekali lagi mengembungkan pipinya. " Untung abang peluk, kalau abang cium macam tadi macam mana?" Bisiknya. Wajah Husna mula memerah. Bahang panas mula membakar wajahnya.

"Sudahlah tu. Tau lah sayang. Tapi tak payahlah nak tunjuk depan kitorang pula. Ingat sikit anak tu dan dua. Nak acah-acah romantik pula." Perli Tengku Qairi. " Awak ni, biarlah diorang nak buat apa pun, yang awak sibuk kenapa? Baik awak pergi layan Ikhsan main, lagi berfaedah." Marah Alya. " Baiklah sayangku. " Kucupan Tengku Qairi hinggap di dahinya membuatkan Alya bertambah marah.

" Eleh, cakap orang. Kau tu apa kurangnya. Anak dah umur dua tahun dah. Nak bersweet-sweet jugak. Ke kau nak bagi adik dekat Ikhsan?" Sindir Tengku Amirul. Dia ketawa melihat pasangan itu yang saling berkejaran antara satu sama lain. Marah benar Alya gamaknya.

Tengku Amirul memaut pinggang isterinya. " Abang bersyukur akhirnya hubungan kita kembali rapat." Katanya. Nada suara lelaki itu cukup sayu. " Abang, Una juga bersyukur. Bersyukur dapat nikmat berjalan semula, dapat melahirkan Haira dan Aiman. Una juga bersyukur dapat suami seperti abang." Husna membalas pautan di pinggangnya dengan memeluk pinggang suaminya. Sungguh dia tidak menyangka dia mampu berjalan semua. Malah, dia juga tidak pernah menyangka bahawa dia mampu hidup sampai ke hari ini sedangkan dia hampir sahaja mati. Sungguh Besar Kekuasaan Allah S.W.T.

Kini, dia berjumpa dengan kebahagiaan yang dicarinya. Dan kebahagiaan itu semakin terasa apabilanya hadir sepasang kembar bernama Puteri Nur Haira dan Tengku Putera Muhammad Aiman di dalam hidupnya. Sesungguhnya anak itu anugerah daripada Allah buat mereka.

Kadang-kala kita ingatkan,

Dunia ini tiada keadilan,

Tiada rasa bahagia,

Dan tiada kasih sayang,

Tetapi kita silap,

Bahagia itu ada,

Kasih Sayang itu wujud,

Dan keadilan itu pasti,

Siapa sedar,

Bahawa cinta itu indah,

Cuma cinta teragung,

Merupakan cinta yang terindah,

Kerana,

Cinta teragung itu, adalah cinta manusia kepada Sang Penciptanya, Lebih daripada cintanya pada, dunia, manusia, dan harta.

Belajarlah untuk mencintaiNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience