BAB 1

Romance Completed 33954

"Assalamualaikum Ummi, Una dah sampai ni. Umi boleh ambil Una tak?" tanya Puteri Nuraisyah Husna. Walaubagaimanapun wajah yang tampak gembira itu kembali diliputi awan mendung. Pastinya permintaannya ditolak oleh ibu kesayangan akibat terlampau sibuk dengan urusannya. "Apalah nasib aku ni balik tak dijemput pergi pun tak dihantar. Nasib-nasib. Hai lah labu balik sendiri lah jawabnya" bicara Husna sendirian.

Begini lah nasibnya setiap kali pulang ke tanah air. Terasa macam diri ini tidak pernah diundang. Setelah itu, sebuah teksi berhenti dihadapannya, tanpa banyak soal, dia pun menaiki teksi tersebut.

"Eh... Cik Puan agak-agaklah, main naik aje. Cik ingat saya ni tunggul kayu penat saya tahan teksi ni cik pulak yang sibuk" perli seorang jejaka di belakangnya. 'Hei mamat ni nak makan penyepak agaknya, cakap biar baik sikit, teksi tu yang berhenti depan aku dah tu aku masuklah' marah Husna dalam hati, sayangnya tak terkeluar dari mulutnya.

"Hello cik..." panggil Tengku Amirul sambil melambaikan tangannya dihadapan wanita tersebut. Berang juga hatinya bila teksinya diambil oleh orang lain. Dah lah dia perlu cepat sekarang. 'Ada pemandu, pemandu buat hal. Agaknya aku patut pecat jerr si Hisyam ni' marah Amir.

"Ye...saya. Oh sorry..apa awak nak cakap tadi?" tanya Husna bila tersedar dari lamunanya. "Awak ni ada masalah telinga ke? penat saya nak cakap, saya yang tahan teksi ni tadi! yang awak masuk dalam teksi ni sesuka hati dah kenapa? Ni boleh dikatakan mencuri dan merampas tahu tak?" marah Amir. "Cakap baik baik sikit, macam mana saya tak masuk dalam teksi ni? dah dia yang berhenti depan saya.” Balas husna. Panas hatinya mendengar bait bicara lelaki itu.

"Sudahlah cik berdua. Macam mana kalau saya hantar encik ni dulu, lepas tu cik pulak. Tambang jangan risau mestilah asing." Kata pemandu teksi yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mungkin. "Okeylah" jawab mereka berdua serentak. Pemandu tersebut hanya tersengih melihat telatah anak muda itu.

"Encik nak ke mana?" tanya pemandu tersebut atau lebih ramah dipanggil dengan nama Pak Ali. "Hantar saya dekat A.L.K Holdings." kata lelaki tersebut. Husna yang duduk di sebelah lelaki tersebut hanya menjuihkan mulutnya. Hai Husna tak lama mulut kau jadi mulut itiklah. Boleh hari-hari selfie dengan muka duck face.

"Cik pulak nak ke mana?" tanya Pak Ali. Malangnya soalan tersebut tak terjawab. Pak Ali sekali lagi mengajukan soalan yang sama, tetapi jawapannya tetap sepi. "Hoi kau dengar tak Pak Ali tanya tadi?" Jerit Amir betul-betul di tepi telinga Husna. Kalau dibiarkan minah ni termenung tak ingat dunia, memang berbuih lah Pak Ali tu, asyik nak tanya soalan yang sama. "Ya!, sakitlah telinga aku." Marah Husna apabila dia tersedar dari lamunannya. Pak Ali mula mengajukan soalan yang sama buat kali ketiga, kalau dibiarkan nanti mulalah perang dunia ketiga berlaku dalam teksinya nanti. "Saya nak pergi ke Tasik Titiwangsa." jawab Husna sambil menjeling lelaki yang duduk disebelahnya itu. Amir yang melihat pandangan maut yang diberikan oleh perempuan tersebut hanya membuat muka don't know aja. Lagi dilayan perempuan disebelahnya lagi panas hatinya nanti.

Sesampainya ke distinasi yang dituju, Amir turun daripada teksi tersebut dan berjalan pantas menuju ke pintu masuk bangunan yang tinggi lagi gah itu. Husna hanya menyibukkan dirinya dengan Iphonenya, malas melihat lelaki annoying tersebut.

******

Husna berjalan di tepi tasik titiwangsa itu. Muka macam dah biasa jer dengan tempat ni. Kalau dibuatnya sesat, mahunya Si Husna ni menangis kat tepi tasik tu jugak...kot-kot boleh banjir akibat peningkatan air tasik yang mendadak akibat tangisan Si Husna ni.

"Nak balik ke? tak nak? kalau balik bukan ada siapa-siapa yang nak menyambut, semua sibuk. Ada abang dengan kakak pon macam tiada adik beradik. Mentang-mentanglah diorang tu lahir dekat dekat, tu pon beza setahun bolehlah bergeng dua orang tu. Sampai ke aku, kesepian tahap gaban lah jawab nyerrr." Bebel Husna sendirian. Itulah nasibnya, macam hidup sebatang kara.

"Tolong!! Tolong...!!" Kedengaran suara meminta tolong. "Siapa yang minta tolong pulak ni." Omel husna. Tetapi dia tetap menuju ke arah perempuan yang meminta tolong itu. Selepas mengetahui problem perempuan yang berumur dalam lingkungan 30 tahun itu, dia terus terjun ala-ala katak melompat ke dalam air tasik itu. Dia berenang dalam 10 meter ke tengah tasik untuk menyelamatkan seorang budak perempuan yang lemas. Setelah hampir ke tepi tasik, Husna pon mengangkat budak itu agar mudah ditarik oleh orang yang turut membantu menunggu di tepi tasik.

Yang tunggu pulak si gah-gah bagai, tapi hampeh tiada yang gentleman. "Bertuah punya orang." Omel husna lagi tanpa sedar kakinya mula kekejangan dan dia mula tenggelam timbul.

'Ummi maafkan Una, dah tiba masa Una untuk pergi ikut nenek agaknya.’ Kata Husna di dalam hati kecilnya. Husna ni dalam keadaan gawat macam tu pon ada hati nak bergurau, Husna…Husna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience