BAB 40

Romance Completed 33954

Dingin kamu sebeku nitrogen yang tidak mampu ku hampiri lagikan menyentuhmu. Andai aku mati kerana kedinginan itu, ianya adalah salahku kerana aku tidak mahu berjauhan denganmu. Sesungguhnya engkau yang menerima cinta dariku.

____________________

" Selamat pagi abang, Una dah masak. Jom sarapan sebelum kita pergi kerja." Bicara Husna lembut. Tengku Amirul hanya mendiamkan diri. Dia hanya menuju ke meja makan dan menunggu makanan itu dihidanagkan buatnya. Keadaan begitu sunyi daripada biasa. Tiada gurau senda, tiada gelak ketawa, hanya kebisuan yang menjadi peneman pasangan ini.

Husna menghidangkan makanan buat suaminya. Dia takut ditengking jika bertanya tentng semalam malah dia sedar bahawa mood suaminya itu tengah tidak baik. " Una, esok abang oustation." Husna sedikit terkejut lalu tersenyum. " Ya lah abang, nanti Husna kemasakan baju ya. Abang pergi ke sana lama ke?" Tanya Husna. Senyuman itu diukir untuk menyelindungkan rasa pedih yang datang secara tiba-tiba.

" 2 minggu." Pendek sungguh jawapan yang diberikan oleh Tengku Amirul. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia melayan wanita yang dicintai sebegitu rupa. Benarkah dia mencintai Husna?

Husna membalas dengan anggukan pelahan. Dia mahu bertanya tentang siapakah yang bakal menemani Tengk Amirul ke sana? Tapi dia takut, takut untuk menerima jawapan yang akan diberikan oleh Tengku Amirul. Husna kini tidak dapat mengetahui apa yang dilkukan oleh Tengku Amirul di pejabat serta rutin hariannnya kerana dia sudah di naikkan pangkat atas persetujuan papa dan suaminya beberapa hari yang lepas dan kini dia dipindahkan ke pejabat yang berbeza daripada suaminya.

Selepas menjamu selera Tengku Amiru terus berlalu pergi. Husna yang melihat langkah Tengku Amirul yang hendak keluar cepatcepat mengejarnya. Ya lah tempat kerja masih sama tapi pejabat jer yang lain. " Husna." Panggil Tengku Amirul lalu memusingkan badanya ke belakang. ' Bukkk...' Husna terlanggar dada bidang milik suaminya. Ini semua kerana dia terkocoh-kocoh mengejar langkah suminya tadi. " Ya bang." Dia membalas panggilan Tengku Amirul dengan wajah memerah. Malu.

" Hari ni Una pergi sediri. Abang nak terus pergi jumpa klien." Husna menggangguk tanda paham. Sedih itu pasti ada apabila mendengar kata-kata yang baru sahaja didengarinya, tapi berfikiran positif itukan lebih baik.

**************

" Assalamualaikum, Salina." Husna memberi salam kepada personal assistant suaminya yang baru. "

Waalaikumusslam Puan. Kenapa Puan datang ke sini?" Tanya

Salina penuh hormat. " Boleh saya tahu hari ini Tengku Amirul ada meeting or jumpa klien dengan sesiapa tak?"Tanya Husna. " Ermmmm... buat masa ni tak ada tapi petang ni Tengku Amirul ada meeting dengan pemilik Setia Enterprise." Balas Salina. Husna dapat menghidu sesuatu yang tidak kena. " So, Tengku dia free lah sampai tengah hari ni?" Petanyaan itu dibalas dengan angukan oleh Salina. Husna berlalu pergi selapas memberi salam. Entah siapa lah klien yang suaminya jumpa pagi ni?

_________________

" Puan, ni ada surat buat Puan. Maaflah sebab saya bagi lambat surat ni. Saya terlupa" Kata Didi iaitu setiausahanya. " Tak apa lah Didi." Balas Husna lalu memberi isyarat kepada Didi untuk meletakkan surat itu di atas meja.

Husna meregangkan tubuhnya yang sudah lama terkaku di kerusi. Matanya dan tangannya terlalu lama menghadap komputer sehingga tidak sedar bahawa hari sudah mulai gelap. Semua pekerjanya sudah pulang dan kini tinggal dia berseorangan. Tibatiba matanya tertancap kepada sampul surat yang diberikan oleh Didi pagi tadi.Tangannya perlahan-lahan membuka sampul surat itu dan.....

" Ya Allah." Sungguh Husna terkejut melihat gambar aksi mesra antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Husna menekup mulutnya lalu menggeleng kepalanya tanda tidak percaya. Gambar Tengku Amirul memegang tangan seorang wanita dan memeluk pinggang wanita itu sambil tersenyum telah membunuh perasaanya. Air matanya ditahan supaya tidak menitis. Cukuplah dengan kebenaran yang pernah dia terima, dia tidak mahu menerima kebenaran yang lain lagi.

_________________

" Assalamualaikum." Tengku Amirul memasuki rumahnya. Rumah itu gelap-gelita. ' Rasaya Husna dah balik.' Kata hatinya. Dia membuka suis lampu lalu dia melihat satu figura yang sedang duduk berteleku di sisi sofa. " Una." Matanya melihat gambargambar yang bersepah di lantai dan juga meja. Matanya cuba mengakses apa yang berlaku kepada wanita itu. Dan dia sendiri terkejut melihat aksi-aksi yang dilakukanya bersama Zarina.

"Una...bagi abang jelaskan." Pinta Tengku Amirul. Dia dibelenggu rasa bersalah. " Abang... Una tak mampu terima semua ni." Kata Husna dengan suara yang sedikit serak. Dia ingatkan dia kuat menerima semua ini tetapi rupanya..." Una abang hanya tolong Zarina jer." Tengku Amirul cuba menerangkan apa yang telah berlaku.

" Saya paham... tapi adakah gambar lain menujukkan yang awak cuma cuba tolong dia." Panggilan Husna kepada suaminya sudah bertukar. Hatinya sakit , sakit seakan ditusuk dengan pisau. "Una..." Tengku Amirul cuba berbicara tetapi dipotong oleh Husna. "Sudah lah abang. Una tahu abang tidak akan lakukan perkara yang tidak d sukai oleh Allah. " Akhirnya Husna berlalu pergi. Kakinya lemah memanjat anak tangga. Entah mengapa dia masih mahu menafikan kecurangan suaminya.

Betapa kuatnya hati wanita ini, walaupun dia hampir terbunuh akibat kesakitan yang teramat sangat dan dia masih bertahan. Dia masih mahu mempercayai suaminya walaupun segalanya sudah terbukti depan matanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience