BAB 43

Romance Completed 33954

Saat-saat terakhir menghirup udara yang dipenuhi molekul-molekul oksigen yang dahulunya menjadi pemangkin dalam kehidupan manusia. Dahulunya engkau gembira hidup di bumi yang dipinjamkan buat sementara. Tetapi ingatlah akan tiba suatu masa, Sang Penciptamu memanggil kamu untuk hidup di dalam dunia yang kekal abadi. Jadilah hamba yang setia, berusahalah untuk meningkatkan iman di dada. Kerana esok mungkin pengakhiran hidup kita.

____________________________

Kelam, Gelap dan sunyi itulah apa yang dirasai kini. Badannya kaku tidak mampu digerakkan. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Terasa asing tinggal di persekitaran tidak berpenghuni. " Aku mahu bangkit!" Itulah jeritan yang mampu dia keluarkan walaupun sekadar di dalam hati. "Adakah aku akan pergi? Meninggalkan semua persoalan tanpa noktah jawapan? adakah aku tidak akan dapat melihat wajahnya?" Ianya sebuah persoalan yang tiada sesiapa mampu menjawabnya.

********************

" Qai apa yang patut kita buat ni?" Tanya Alya. Bayangan tetang peristiwa yang dilihatnya tadi masih terbayang-bayang di mindanya. " Kita mesti beritahu abang pasal hal ni." Kata Qairi tetapi di masih lagi ragu-ragu untuk menghubungi abangnya. " Tapi Una dah cakap jangan kan?" Alya serba-salah. Takut mereka berdua dipersalahkan oleh Tengku Amirul kerana tidak membeitahunya tentang situasi gawat ini. Tapi pada masa yang sama mereka tidak mahu menghianati wanita itu.

"Un...Una?" Tengku Qairi sungguh terkejut melihat keadaan kakak iparnya. Kakinya sudah laju melangkah ke tubuh kecil itu yang sudah bermandikan darah. " Una...Una bangun." Dia menampar wajah wanita itu. Dulu, dia pernah melakukan perkara yang sama semasa menyelamatkan wanita itu dulu tetapi...kini, tubuh itu kaku seaakan tidak bernyawa.

Mata wanita sedikit bergerak menandakan masih ada secebis harapan untuk terus hidup. Dia dapat menangkap suara yang sedang memanggil namanya. Bertapa indahnya jika pemilik suara itu Tengku Amirul. "

Ja...ja...jangan...be...beri...tahu...a...bang." Nada suara yang lemah itu cukup untuk sampai ke cuping telinga Qairi. Qairi sedikit tersentak. Bukankah disaat sebegini suamilah yang diperlukan bagi mendorongnya untuk terus hidup? Apa yang wanita ini fikirkan?

" Una jangan tidur dulu okay." Kata Tengku Qairi yang sudah mengendong wanita itu untuk dibawa ke hospital. Keadaan wanita itu benar-benar menyayat hatinya. Sungguh dia tidak mampu melihat penderitaan yang dialami oleh wanita itu kini.

----------------------------------

" Wow hebat juga kerja you guys." Kata Zarina di dalam talian. Senyuman lebar mula terukir di bibirnya. " Baiklah. Hantar gambar itu dekat I sekarang and I akan bank in duit tu sekarang." Balasnya lagi. Hatinya kini sungguh tenang. Tiada lagi yang mampu menjadi penghalang kepada niatnya yang semakin membara ini. " Memang kemenangan milik aku Husna." Katanya sinis selepas menamatkan perbualannya di dalam talian. Ketawa girang menjadi penjana kepada dirinya bagi menjadi pendamping Tengku Amirul.

------------------------------------

Sudah lima jam Tengku Qairi menanti di hadapan bilik unit rawatan rapi (ICU). Waktu hampir menandakah subuh bakal menjelma. Alya sudah lama pulang dan wanita itu turut berjanji akan datang menemaninya pada waktu pagi. Pakaianya yang dikotori darah masih lagi tidak ditukar dan dibersihkan. Dalam diam dia menangis. Hatinya sungguh pedih melihat keadaan Husna. Sungguh perit untuk menerimanya.

Tangannya pelahan-lahan menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. terdapat lebih 15 kali panggilan daripada bapanya. Tiba-tiba matanya mula bergalih kepada susuk tubuh yang keluar daripada ruangan itu. "Doktor..." Panggil Qairi. Seakan sudah memahami apa yang ingin ditanyakan oleh jejaka itu. Doktor lelaki yang memakai tag nama, Asri menjawab, " Pesakit kini dalam keadaan stabil. Tetapi..." Dia berhenti seketika seakan mencari kudrat untuk berbicara. " Dia mengalami keguguran." Kata Doktor Asri. " Keguguran? Dia mengandung?" Tanya Tengku Qairi tidak percaya. " Kandunganya masih baru dalam lingkungan enam minggu. Dan mungkin pesakit sendiri tidak mengetahui tentang hal itu." Dia memandang wajah pemuda di hadapannya sebelum menyambung semula bicaranya. " Lagi satu encik. Pesakit ini mengalami paralysis." Muka Tengku Qairi semakin pucat apabila mendengar kata-kata doktor itu.

Selepas doktor itu berlalu pergi, Qairi duduk kembali di kerusi yang di sediakan di tempat menunggu. Kepalanya sungguh rungsing. " Apa yang akan terjadi kalau Puteri tahu dia keguguran dan lumpuh?" Seraya itu, dia mendengar suara Azan berkumadang daripada masjid berhampiran. " Ya Allah, kau kuatkanlah wanita itu." Pohonnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

__________________________

" Qairi? Apa yang dah jadi dengan kamu ni?" Kata Tengku Ibrahim apabila melihat keadaan anaknya. Kerisauannya menyebabkan dia tidak dapat tidur dan membuat keputusan untuk menunggu anaknya selepas menunaikan solat subuh sebentar tadi. Perasaannya tidak sedap apabila memikirkan anaknya yang tidak pernah pulang selewat itu.

" Pa... Husna...Husna..." Qairi tidak mampu lagi menanggung rasa pilu di hatinya. " Ha? Kenapa dengan Una?" Tengku Ibrahim semakin gusar. Apa yang terjadi dengan menantunya itu? " Husna, dia lupuh pa." Hanya itu yang mampu diberitahu olehnya buat masa ini. Dia akhirnya menangis di dalam dakapan hangat Si Ayah. Tengku Ibrahim juga turut sama menitiskan air mata. Tapi dia masih tertanya-tanya apakah penyebabnya. Dia cuba menenangkan Tengku Qairi dan dia yakin dia bakal mengetahuinya nanti

Betapa dalamnya kasih lelaki itu. Mungkin cintanya sudah beralih tapi bukan sayangnya. Dia masih menyanyangi wanita itu kerana dia adalah salah satu daripada ahli keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience