BAB 38

Romance Completed 33954

" Rin... you dah sedar?" Tanya Tengku Amirul apabila ada pergerakkan yang mengganggu lenanya. Zarina memberikan senyuman tawar. " Syukurlah...you dah sedar. Risau betul I semalam." Kata Tengku Amirul dengan riak wajah yang cukup menunjukkan bahawa dia sangat merisaukan wanita itu. " Sayang juga you dengan I ya?" Seloroh Zarina. " You kan kawan I mestilah I sayang." Balas Tengku Amirul. " You hanya anggap I kawan je ke?" Pertanyaan Zarina membuatkan Tengku Amirul terkedu.

_______________

" Assalamualaikum, Mak Jah." Panggil Husna lalu memasuki rumah banglo yang pernah menjadi kediamannya dahulu. Sejak kebelakangan ini, dia sering melawat rumah itu, bukan kerana ingin bertemu dengan umminya cuma untuk melepaskan rindu. Jikalau besua dengan umminya, mahunya dia dihentak dengan pasu bunga oleh Puan Raudah.

"Waalaikumussalam. Ha dah datang dah kamu." Kata Mak Jah.

Tanganya masih lagi lincah memotong sayur untuk dimasak. " Mak Jah, Una nak pergi baca buku." Kata Husna sambil memberikan senyuman palsu. Ya Palsu, senyuman yang tidak mampu memberikannya rasa bahagia dan menyembunyikan seribu rasa.

**********

"Apalah salah aku ya?" Tanya Husna kepada dirinya sendiri sambil meneliti tajuk buku yang terdapat di rak yang menempatkan bertusratus buku milik arwah bapanya.

" You tak apa-apa ke ni. I pergi sekarang." Kata Tengku Amirul dengan nada cemas. Husna tersedar daripada tidurnya dan perbualan itu cukup membuatkannya kecewa. Pemergian suaminya tanpa pamitan membuatkan perasaan sayu menyelubungi dirinya. Dia tahu siapa gerangan yang menelefon suaminya pada malam itu. Walaupun dia tidak mengetahui hubugan antara Tengku Amirul dengan kakaknya, tapi... dia tetap dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

----------

Tiba-tiba mata Husna tertacap akan sebuah buku. Selama dia berada di rumah itu, dia tidak pernah berjumpa dengan buku itu. Tanganya dengan pantas mengambil buku itu. Hatinya terasa seperti ada sesuatu yang misteri tentang buku itu. Baru sahaja tangannya hendak membuka buku itu, tiba-tiba seekor lipas keluar daripada celah kulit buku. Husna yang terkejut tanpa sengaja menjatuhkan buku itu.

" Kotak?" Husna tertanya-tanya, buku yang diambil itu merupakan sebuah kotak, sebuah kotak yang menyimpan segala rahsia tentang seseorang. Dia mengangkat kotak itu dan didalamnya terdapat helaian kertas dan gambar. "T...tak...tak mungkin. Apa ini semua?" Lututnya sudah terketar-ketar, apakah yang dilihat itu segalanya benar belaka?

Mata Husna yang berair itu tertacap akan sekeping gambar. Gambar papanya dan seorang wanita. Selepas itu dia mengambil sehelai kertas yang turut berada di dalam kotak tersebut.

'Sayang, andai sayang masih hidup pasti sayang dapat melihat wajah anak kita sayang.' Husna melihat gambar bayi yang turut disertakan bersama surat itu. Gambar bayi perempuan itu cukup dikenalinya. Air matanya kembali menitis menangisi kebenaran yang bakal terungkap. Husna menyambung bacaannya, walau apapun dia mesti tahu akan kebenarannya. ' sayang maafkan abang kerana tidak menemani sayang semasa sayang bersusahpayah melahirkan zuriat kita. Abang benar-benar rasa bersalah. Hati abang cukup hancur apabila abang juga tidak sempat melihat sayang buat terakhir kali. Abang tidak menyangka sampai disini sahaja jodoh kita. Tapi Allah itu sangat adil, pemergian sayang diganti oleh sorang insan yang bakal membahagiakan hidup abang.

Abang namakan anak kita, Puteri Nuraisyah Husna semperna nama sayang, Aisyah Husna. Abang rindu untuk melihat wajah sayang. Andai sayang masih hidup pasti Puteri dapat merasakan kasih sayang secukupnya daripada seorang ibu. Terlalu awal sayang pergi, meninggal dua insan yang benar-benar memelukan sayang disisi. Semoga kita dapat betemu kembali.'

"Ya Allah adakah ini semua benar." Air mata kini menjadi peneman buatnya. Terlalu perit untuk menerima bahawa dia merupakan anak kepada seorang wanita yang bukan umminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience