BAB 4

Romance Completed 33954

"Boringnya duduk rumah. Ermmmm rasa macam nak cari kerja pula tapi... alah kisah apa aku? Ummi pun tak kisah pasal aku, jadi apa salahnya aku pergi cari kerja?" kata Husna. Sungguh dia bosan tinggal di rumah banglo tiga tingkat itu. Bukan bosan sebenarnya tapi dia tak betah melihat Ummi, abang dan kakaknya. Mereka selalu tidak endahkannya dan selalu mengelak bertemu dengannya. Bercakap memang tak lah, kalau bergaduh tu selalu. Mungkin mereka buat macam tu sebab nak elakkan dari barang rumah ni pecah dan rumah ini jadi ranap agaknya. Yelah Kak Zarina dengan abang Ashyraf tu bukan boleh, asal gaduh, meja ditebalikkannya, barang dipecahnya dan yang paling kerap, hempas, tumbuk, terajang pintu bilik. Rasanya kalau pintu itu jenis murah dan tak berkualiti memang ranap habis jadi debu lah jawabnya

*****

"Am, kan papa dah cakap pergi cari PA cepat. Serabut betul papa tengok meja kamu, dengan kamu ni, meeting aarrangement pun tunggang- langgang. Am...Am kita ni memang orang atas tapi kita masih perlukan orang bawah juga. Tak maju syarikat kita nanti tanpa bantuan orang lain macam staf-staf yang bekerja di bawah kita. Kita ni bukannya boleh buat kerja sendiri and buktinya, look at yourself, busy doing your work and you always forget about your appointment with client" terang Tengku Ibrahim bukan niatnya ingin memarahi Tengku Amirul. Tapi dia risau melihat anaknya yang sering pulang lewat dan tidak cukup rehat. Tu lah anaknya sering naik berang dgan staf-staf yang lain. "Pa...bukannya Am taknak cari PA tapi...Am...Am. Ala malas la nak cakap papa bukan faham. Am ni susah nak kerja dengan orang tau. Kalau ada PA mesti sakit hati PA Am sebab asyik kena tengking sahaja dengan Am sama lah macam PA yang dulu-dulu. Serik la papa." jawab Am. Dia memang mengaku yang dia kurang peramah dan sering naik angin because terlalu penat dengan kerja. Oleh itu tak ada satu pun PA yang nak berkerja dengannya. Paling lama pun 2 minggu lepas tu lesap tanpa surat berhenti. Mananya dia tak serik nak cari PA, masuk kali ni dah 5 orang PA dan semuanya berhenti sebab tak tahan dengan sikapnya. Mungkin. "Susah sangatlah kamu ni, dah..dah biar papa yang carikan kamu PA and I don't want to hear the word 'no' after this okay? And after I found your new PA you have to control your temper, if not I will married you with you new PA. "Kata Tengku Ibrahim. "Stop...stop if my PA is a man you will married me with him?" terkejut betul dia. Kalau PA dia lelaki, matilah aku. Bukannya suka kaum sejenis. eeeeeuwwww geli geleman jadinya dia. Jangan lah PA aku tu lelaki, mati kejung aku nanti. "Maybe if you don't care and you still not behave. Control your temper young man" nasihat Tengku Ibrahim. Kelu Tak terkata Tengku Amirul mendengar katakata papanya. Walupun ada perkataan 'maybe' tapi dia tetap risau. Manalah tahu papanya hilang kewarasan nanti, habis la dia.

*****

"Mak Jah, Una nak keluar kejap yeee? boring lah duduk rumah" kata Husna yang berada di hadapan pintu sambil menyarungkan kasutnya. "Eh,Husna kenapa kamu pakai pakaian formal sangat hari ni. Kamu nak pergi ke mana? Sarapan pon tak jamah lagi" kata Mak Jah yang terkocoh-kocoh berlari anak mengejar Husna yang sudah mahu melangkah pergi. "Una nak cari kerja lah Mak Jah. Cari duit poket sikit. Sorry ya Mak Jah bukannya Una tak nak makan tapi perut tak lapar lagilah, mungkin terlampau excited sangat nak pergi cari kerja" kata Husna. "Kamu tak balik makan tengahari ke?" tanya Mak Jah. Husna hanya menggeleng lalu menghulurkan tangannya kepada wanita tua itu. Mak Jah menyambut salam gadis itu. Lain benar dia melihat Husna hari ini. Penampilannya nampak lebih matang. Tudung labuh yang melitupi dada yang bewarna hijau serta baju blouse melepasi punggung menambahkan lagi keayuan yang dimiliki oleh gadis itu. Dan perkara yang paling dia tidak percaya apabila melihat Husna yang sering memakai kasut kerana katanya lebih selesa kini memakai kasut tumit tinggi 2 inci bewarna merah. Mana Husna dapat pun Mak Jah tak tahu. Setahunya almari kasut yang ada kasut yang berinci-inci panjangnya adalah kasut Zarina. "Ha...kamu dah bagi tau Puan pasal hal ni?" tanya Mak Jah. "Tak, Mak Jah jangan bagi tahu Ummi. Una takut ummi marah nanti habis pecah barang kaca dalam rumah ni. Dan mungkin tingkap rumah ni pun akan pecah. Penat Mak Jah nak kemas. "Balas Husna sebelum pergi dia mencium pipi tua milik Mak Jah dan terus menuju ke pintu pagar rumahnya lalu memasuki perut teksi yang sejak dari tadi menunggunya.

*****

"Tengku, dah hampir semiggu kita buka tawaran pekerjaan sebagai PA tapi tak ada seorang pon yang lekat. Ramai yang lari dari interview. Macam mana ni Tengku?" tanya Asrina, setiausaha syarikat A.L.K Holdings. Pening juga dia menguruskan interview untuk cari PA baru untuk Tengku Amirul. Pada mulanya ramai tapi lepas diorang dengar gosip yang disampaikan oleh staf-staf bawahan Tengku Amirul, mereka terus cabut lari dan samalah macam hari kemudiannya dan akhirnya tak ada sorang pun yang datang apatah lagi apabila mereka terdengar suara lantang milik Tengku Amirul yang tengah memarahi pekerjanya lagilah semua mencicit lari. "Entahlah Rina, saya pon tak tau nak cakap apa". Saat itu pintunya diketuk oleh salah seorang pekerjanya. "Tengku ada orang datang nak interview." kata pekerja bawahan Tengku Ibrahim. "Ha? oh ok panggil dia masuk." kata Tengku Ibrahim. Seronok betul dia, ada juga yang sudi datang interview.

*****

Husna mula menjejakkan kaki ke bangunan yang gah berdiri dihadapannya. Dalam iklan yang dipegangnya menyatakan bahawa inilah syarikat yang sedang mencari pekerja baru untuk bekerja sebagai PA.

Husna pun melangkah ke pintu masuk syarikat A.L.K Holdings itu.'Macam aku penah tengok aje syarikat ni'Kata Husna dalam hati.Namun dia mengendahkn saja perasaannya.Kisah apa dia akan semua tu.Mungkin dia pernah berjalan di kawasan berhampiran syarikat itu dan sering melihat nama syarikat itu yang terpapar sebesar-besarnya sehingga dalam jarak satu kilometer boleh nampak.

"Cik,betul ke ni syarikat yang nak cari PA tu?"Tanya Husna.Saja bertanya soalan sebergitu.Jelas-jelas dia sudah melihat nama syarikat itu berkali-kali sebelum melangakah masuk ke dalam bangunan tersebut."Ya btul lah cik,mari saya bawa cik pergi interview."Kata perempuan itu lalu membawanya ke lif yang terletak berhampiran kaunter perkhidmatan tersebut."Eh...masuk masuk terus interview bkn ke kene hantar resume dulu ke?"Tanya Husna.Pelik.Mungkin aku yang pelik kot.dah lama tak balik

Malaysia so tak tahu plak nak cari kerja kat sini tak perlu resume."Tak pe,cik hari ni cik dapat layanan istimewa dari syarikat kami.Tak payah hantar risume,terus interview."Kata wanita itu.Pelik sungguh.Sampai sahaja di tingkat 5,Husna dan wanita bertudung hitam itupun membawa Husna ke sebuah ruangan.Mungkin ruangan untuk interview.'Peliknya takkanlah aku sorang jerr yang pergi interview.Selalunyekan ramai yang nak cari kerja.Lagipun zaman sekarang sukar nak cari kerja dengan gaji lumayan.'Kata Husna di dalam hati.Dia melihat kertas iklan yang dipegangnya sejak dari tadi.Dari pengamatannya gaji sebagai PA di syarikat ini sungguh lumayan dan 2x lebih banyak dari gaji PA-PA di syarikat lain.ermmm pelik...pelik.'Kot2 diorang dah kerat2 orang yang datang interview nak buat BBQ.'Fikir Husna.Beristifar dia seketika.Tulah baca lagi novel2 yang ada pembunuhan kejam siap cincang-cincnag lagi.Kan dah fikir bukan2.Dia mengurut dadanya lembut sambil beristifar.Saat dia tersedar dari lamunannya.Dia melihat wanita itu sudah berada di hadapan salah sebuah pintu di pejabat itu.'Ya ALLAH,murahkanlah rezekiku hari ini'Doa Husna,dia sangat berharap agar dia dapat diterima bekerja di sini.Boleh dia simpan duit gajinya untuk masa depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience