BAB 24

Romance Completed 33954

Husna memandang kalender yang tergantung di dinding.Tinggal 2 hari saja lagi.Kali ini tanggannya membuka laci meja tidurnya dan mengeluarkan sekeping kad yang di hias cantik dengan bertemakan musim bunga.

"Perlu ke aku bagi ni dekat ummi."Husna mula berkira-kira untuk menjemput umminya.Tiba2 hpnya berdering"Assalamualaikum."Ucap Husna."Waalaikumussalam,aku dah ada depan rumah kau ni cepat keluar."Arah Tengku Amirul lalu mematikan talian telefon tersebut.Husna melihat jam,dah pukul 3.00 petang dan sepatutnya dia dan Tengku Amirul pergi ke butik untuk mengukur baju pengantin.

'Tapi,masalahnnya sekarang,kitorang janji nak pergi butik pukul 4'Dia cepat-cepat mencapai istant shawl dan terus menyarung tudung itu di kepalanya.Dia melihat sekilas reflection dirinya di cermin.'Dah tak sempat nak tukar baju,pakai jerr lah baju ni.'Dia membelek t-shirt yang dipakainya.'Macam tak okay aja.'Pikirnya.Dia mula membuka almari dan mencapai jaket kulit yang tergantung.Dibeleknya buat kali terakhir."Okay,done"kata Husna.Baru rasa puas hati,dan baru betul2 casual.

Husna membuka pintu rumahnya.Dan memang betul apa yang dikatakan oleh lelaki itu.Buktinya,jejaka itu sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya sambil bermain dengan gajet miliknya."Kita janji pukul 4 petangkan asal awak sampai awal sesangat ni?Dan satu lagi perlu ke telefon?tak boleh tekan loceng ke?"Betalu-talu soalan yang diajukan oleh wanita itu.

"Dah...Tak payah nak membebel,jom!"Tengku Amirul melangkah pergi dan matanya masih lagi tetacap akan Iphonenya."Ish mamat ni.Rasa macam nak makan2 aja."Marah Husna.Dia menghetakkan

kakinya tanda tidak puas hati.'Suka sangat nak cari gaduh.'Bengang sungguh dia dengan jejaka sengal itu.

*********

"Cik,ini baju yang ditempah."Kata seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an dan juga seorang pereka yang terkemuka di Malaysia sambil menunjukkan baju pengantin yang dibuat khas untuk Husna."A..o..okay."Kata Husna.Ingatkan dia cuma cuba pakaian yang dah sedia ada.Tak sangka pulak Tengku Amirul sudah menempah baju pengantin untuknya sejak awal lagi.

Dia melangkah ke fitting room."Cik,ermm baju ni ditempah bila?"Tanya Husna kepada pereka muda itu."Cik Husna boleh panggil saya Sarah.Baju ni Tengku Amirul tempah pada hari selasa."Jawabnya."Tapi..tak ke terlalu cepat.Sepatutnya sebulan sebelum nikah lagi perlu tempah kan?"Kata Husna,mesti wanita itu tergesa-gesa menyiapkan tempahan tersebut.

"Memang sepatutnya macam tu,tapi dalam kes Cik Husna ni lain sikit."Mendengar jawapan daripada Sarah cukup membuatkan Husna tertanya-tanya."Kenapa lain pulak?"Soalnya."Baju yang cik pakai ni dah lama kami buat,cuma tinggal tambah sedikit details dan ubah saiz mengikut ukuran tubuh cik Husna."Husna semakin pelik.

"Tapi awak tak ukur lagi saiz saya,macam mana awak nak ubah baju ni."Pertanya Husna dibalas dengan senyuman oleh Sarah.Dia tahu wanita itu mesti sangat pelik dengan jawapannya."Tengku Amirul yang bagi tahu,dia kata baju ni cuma perlu dikecilkan sedikit supaya tak nampak terlalu besar dan tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh."Terangnya lagi.Husna terlopong,Pervert gila jejaka itu,sehinggakan saiz badannya pun lelaki itu tahu.

'Tapi...kenapa baju ni ditempah lebih awal,untuk siapa baju ni sebenarnya?Kalau nak dikatakan untuk aku,mustahil sangat aku kenal dia pun baru 6 bulan yang lepas.dan perkahwinan ni pun tak dijangka kan?'Husna mula berdialog di dalam hati.Perasaannya mula curiga.Tapi itulah,nak ditanya serba salah.

***********

"Okay done,let's see how you future wife look"Kata Sarah.Dia sudah berdiri di hadapan fitting room."Ya ya..apa2 aja."Jawab Tengku Amirul.Matanya masih lagi melihat majalah bisnes yang dipegangnya."You ni suka sangat buat macam ni tau.Cuma tunjuk riak gembira sikit.nanti muka you berkedut waktu muda baru tahu.'Gurau Sarah.Tengku Amirul memandang Sarah,yang merangkap sahabat baiknya semasa di university dahulu.Tengku Amirul tersenyum dengan menujukkan sebaris giginya."Puas."katanya."Hahahahaha,buruk betul muka you."Ketawa Sarah."Dah..dah mananya future wife aku,tadi kata nak tunjuk."Balas tengku Amirul.

Tabir sudah terbuka,dan tubuh wanita itu pun kelihatan.Tengku Amirul pada mulanya hanya memandang sekilas.Tapi selapas itu,matanya tidak lagi melihat ke arah lain selain gadis yang berpakaian busana pengantin yang bercirikan muslimah."So?'Tanya Sarah."Awak...cantik."Kata jejaka itu.Husna pula hanya membalas dengan senyuman.'best betul kene puji'kata hatinya.

********

"baru pukul 6 petang'Kata hatinya."Kau ada nak pergi mana2 tak?"Tanyanya lagi."Awak...emmm saya nak pegi rumah ummi."Kata gadis itu."tapi bukan ke awak..."Tanya Tengku Amirul lagi."Saya memang kene halau, tapi dia masih ibu saya."Jawab gadis itu.Wajahnya kelihatan sungguh tenang.Tapi hatinya menyembunyikan 1001 perasaan yag tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.'Haish perempuan ni,suka sangat cari masalah'Omel Tengku Amirul.Walaupun begitu dia masih mengikut permintaan 'wife-to be'nya.

******

"Awak tunggu sini okay,"Kata Husna lalu memasuki kawasan rumahnya."Betul ke dia boleh buat sorang2?"Kata Tengku Amirul,kurang pasti dengan gadis itu.

"Assalamualaikum."Ucap Husna sambil menekan loceng rumah banglo milik umminya itu."Kau nak apa datang sini lagi."Tanya Puan Raudah.Salam yang diberikan Husna tidak di jawab"Una cuma nak bagi ini."Husna menghulurkan kad perkahwinannya.Hulurannya tidak disambut oleh Puan Raudah

"Sekarang kau nak cakap yang kau nak jemput aku pergi majlis perkahwinan kau lah."Tanya Puan Raudah.Dia sudah mengetahui berita perkahwinan anak bongsunya dengan anak lelaki kepada usahawan terkenal sejak dari awal lagi.Sudah banyak berita tentang prkahwinan gadis itu yang muncul di media sosial dan media cetak.Naik muak dia baca kisah gadis itu.

"Ya tepat sekali tekaan ummi.'Kata Una,dia memberikan senyuman buat ibunya tetapi di balas dengan wajah bengis milik wanita itu.Una ni memang jenis tak makan saman,ada juga makan penampak milik Puan Raudah"Kau pergi dari sini."Kata Puan Raudah cukup tegas ."Ummi...restu perkawinan Una ya."Pinta gadis itu.Dia tahu tanpa restu daripada seorang ibu,perkahwinannya tidak akan bahagia."Pergi dari sini!Aku tak nak ambik tahu pasal perkahwinan kau,atau apa2 pun tentang kau.Pergi dari sini!!"Puan Raudah sudah diamuk perasaan marah.

"Ummi...boleh tak restukan perkahwinan kami?"Kata Tengku Amirul.Husna mengalihkan pandangannya.'Bila masa pulak dia turun ni.Kan aku kata suruh tunggu.'Omel Husna."AKU TAK KISAH

LAH KORNG NAK KAWIN KE APA.AKU TAK KISAH DAN TAK NAK KISAH.SILA BERAMBUS DARI RUMAH AKU."Kini gunung berapi sudah meletus.Husna tidak mahu memaksa ibunya lalu dia memegang tangan wanita tua itu.Dia menyelitkan kad perkahwinan itu dan mengucup tangan tua milik umminya.'Ya Allah lembutkanlah hati ummiku,untuk merestui perkahwinan ini.'Doa Husna didalam hati.Hatinya sebak menahan sedih dan pili yang mula bertandang di hati.

Puan Raudah dapat merasakan ada titisan air yang membasahi tangannya.Tetapi hatinya masih lagi tidak dapat menahan amarah dan dendam yang sudah lama tersimpan di hatinya.Kalau tidak disebabkan gadis itu,kebahagiaannya yang dahulu pasti berkekalan sehingga ke hari ini dan tada tercalit sedikit kisah hitam pun dalam diari kehidupannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience