BAB 34

Romance Completed 33954

"Hai Ummi, Rina dah balik ni!!" Jerit Zarina, baru sahaja melangkah ke pintu rumah dah menjerit macam pontianak. Tak ada adab betullah minah ni. "Kamu ni tak reti nak bagi salam ke?" Tegur umminya. Nak marah tapi anaknya sudah besar panjang, mampu memahami apa yang dia katakan. "Banyak barang yang kamu beli, berapa ribu kau dah laburkan dekat sana." Ah sudah Puan Raudah dah mula membebel. "Ala ummi ni sekali sekala, ni Rina ada beli baju untuk ummi." Dia menghulurkan beg yang tertulis perkataan 'Chanel'. Huluran itu di sambut oleh wanita tua itu.

" Before that, ummi, masa Rina kat sana, Rina ada nampak seorang perempuan ni, muka sama macam Husna. Tak sangkakan ummi kaya jugak dia, sampai boleh melancong. Bapak dia ada buat akaun rahsia ke untuk dia?" Zarina sudah membuka mulut. Semasa shopping di Paris dia pernah terlanggar dengan seorang wanita di sebuah butik. Pada mulanya, dia hampir tidak dapat mengecam wajah adik tirinya itu. Mana tidaknya, perempuan itu nampak jelita tetapi tak sejelita diallah.

"Memanglah dia ada akaun baru. Bukan bapak dia yang buat tapi suami dia yang buat." Kata Puan Raudah dengan sura mendatar. Malas mengambil peduli pasal anaknya yang sorang itu. Dia bersyukur bukan dia yang jumpa dengan perempuan itu.

"Seriously ummi...Wow hebat jugakkan dia tu." Kata Rina. 'Siapa suami dia tu agaknya?' Bicaranya di dalam hati.

_______________

" Una..." Panggil seseorang dari belakangnya. "Ya Pa, ada apa?" Jawab gadis itu. " Maaf kalau apa yang papa nak tanya ni akan sakitkan hati Una." Kata lelaki tua itu. " Apa dia pa?" Berdebardebar pulak rasanya. "Masa perkahwinan Una dulu, kenapa tak ada sorang pun wakil dari keluarga Una. Maaflah kalau soalan papa ni menyakitkan hati Una, tapi papa memang nak tanya sangat.Lagipun kita tak berkenalan secara rapat lagikan." Husna terdiam buat seketika. "Bukan tak ada wakil pa. Tapi tak ada siapa nak wakilkan." Jawab Husna, itu sahaja yang mampu dikatakan."Una, maafkan papa ya kalau papa yang menjadi penyebab kamu dengan keluarga kamu berpecah belah. Mungkin kalau papa tak paksa kamu kahwin dengan Am mungkin tak jadi macam ni." Kata Tengku Kamaruddin. Bersalah betul rasanya. "Tak ada lah papa, memang salah Una pon. Dari dulu keluarga Una tak dapat terima Una." Jawabnya.

"Sayang!" Panggil Am. Sudah merata tempat dia mencari isterinya. "Mak Tini... Nampak Husna tak?" Katanya. Kebetulan wanita tua itu sedang memasak di dapur. "Oh Una ada kat taman." Jawabnya ringkas. Maklumlah masih banyak kerja yang harus dia buat sampai nak berbual dengan anak majikannya pun tak sempat.

Tengku Amirul terus melangkah ke taman yang terletak di belakang rumahnya. "Sayang penat abang cari dari tadi. Naik kering tekak abang panggil sayang tau." Kata Tengku Amirul lalu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi berhampiran isterinya. "Papa bincang apa dengan Husna sampai muka nampak tegang semacam jerr." Sambung jejaka itu lagi. "Tak ada apa-apalah cuma berbual-bual kosong. By the way kamu tu dari tadi tak nak nampak batang hidung, kamu ke mana?"Tanya Tengku Ibrahim pula. "Tidur sekejap tadi pa. Penat tak hilang lagi ni." Jawabnya. Husna hanya menjadi pemerhati dua beranak itu. Alangkah bagusnya kalau arwah papanya masih hidup, pasti dia juga akan sentiasa berbual dan berkongsi cerita dengan papanya.


-------------------------------

"Apakah yang telah berlaku ni?" Muka Zarina semakin cemberut. Terkejut, melihat gambar yang terpapar di kaca komputer riba. "Macam mana boleh jadi begini? Aaaaaaaaaaaa!!!!!" Mendengar kata-kata Zarina sahaja, sudah tahu bahawa dia sedang mengila. Tidak disangka bahawa lelaki yang dicintainya dahulu menjadi adik iparnya. Bengang, itu sudah sememangnya. 'Aku ingatkan dia sensara bila aku tinggalkan dia. Aku betul-betul ingat kau gilakan aku sampai sekarang.' Bibirnya menguntum senyuman sinis, teringat akan perbuatannya yang telah melakar memori yang penuh kesakitan dalam diri seorang manusia bergelar lelaki.

"Husna, dia memang bertuah.Apa yang menarik sangat dengan budak itu?" Sedikit demi sedikit perasaan dendam tanpa sebab telah memenuhi segenap ruang hatinya.

_______________


Setiap kali pulang dari asrama, pasti Tengku Amirul akan menghabiskan masanya dengan bermain video game. Tapi lain pula dengan kali ni...

" Am... jom main PSP." Ajak Tengku Qairi. Almaklumlah, bukan selalu dapat main dengan kembarnya itu. Dengan erti kata lain mahu lepas rindu dengan salah satu daripada adik-beradiknya. "Aku tak ada mood. Kau main lah seseorang." Sejurus menolak ajakkan adiknya dia terus menyambung perbualanya. Tengku Qairi semakin pelik. 'Abang aku bergayut dengan telifon? Betul ke mamat depan aku ni Tengku Amirul yang rajin belajar bukan Alien?' Bicara Qairi di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience