BAB 16

Romance Completed 33954

Tengku Amirul dari tadi asyik menjeling Husna yang sebuk menyiapkan kerjanya.Tersenyum dia melihat gadis itu.Bersungguhsungguh betul dia.Dia memandang sekilas jam yang tergantung di dinding itu.Dah habis masa kerja,dan sepatutnya perempuan itu pulang ke rumahnya.'Minah tu tak lapar ke,ataupun mungkin ke dia lupa hari ni hari apa?"Kata Tengku Amirul sendirian.'Habis tu yang kau tu Tengku,dah tau masa balik asal kau tak balik,sebok ke anak dara orang.'Bisik hati Tengku Amirul.'Hai...hati mengata tuan nampak'Balas Tengku Amirul.Seakan-akan dia bisa melihat hatinya sebagai manusia yang bisa diajak berbual. Tengku Amirul mengemas mejanya lalu mengambil Iphonenya di atas meja.Dipastikan dulu meja kerjanya kemas,kalau tidak sia2 jer Husna bersihkan pagi tadi.Lalu dia melangkah ke ruangan kerja Husna."Kau tak nak balik lagi ke?"Tanya Tengku Amirul dengan wajah yang serius.Husna memandang jam di skrin komputer ribanya.Pukul 5:30 petang,sepatutnya semua dah balik sebab hari ni hari jumaat.Kali ini dia mengalih pandangannya kepada meja kerjanya,masih banyak lagi kerja yang belum disiapkan."Saya balik nanti jerr lah Tengku,banyak lagi kerja yang belum siap"Jawab Husna.Jari-jemarinya masih lagi pantas menaip.Tiba2 labtopnya ditutup.'Ah sudah,rosaklah labtop aq.'Husna mengangkat muka."Dah jom teman aku minum petang."Kata Tengku Amirul,tangannya masih tidak dialihkan dari labtop itu.Mana tahu minah tu bukak balik benda alah ni,sebab nak sambung buat kerja.Baik berhati-hati sebelum terlambat.Husna memandang tajam lelaki itu.'Ada mati kang mamat ni,tak pasal2 aku kene buat balik laporan tu'Marah Husna.Tengku Amirul membalas pandangan gadis itu selamba."Dah cepat."Kata Tengku Amirul.Husna terus mengambil begnya.Tengku Amirul tersenyum kemenangan.

******

"Kau nak makan apa?"Kata Tengku Amirul.Matanya masih tertacap di buku menu.'Aku mana makan bende macam ni.Kata nak minum petang,yang kau bawak aku pergi makan dekat kedai perancis ni knp?Kalau ya pon nak minum petang pergi ajalah dekat kafe depan depan office kan senang'Omel Husna.Pipinya dikembungkan tanda marah.Tengku Amirul yang baru sahaja meletakkan buku menu itu hampir tergelak melihat wajah Husna.Termasuklah waiter lelaki yang sedang menunggu pesanan mereka."Cepatlah awak nak makan apa?"Aik dah tukar panggilan pulak.Main awak2 pulak.Husna meletakkan buku menu di atas meja lalu menggeleng."Kenapa pulak tak nak?"Tanya Tengku Amirul.Takkan tak lapar minah ni."Kenyang."Jawab Husna singkat.'Kruuuukkkk!''Ah sudh'Husna memegang perutnya.Mukanya usah dikata merah bak delima.'Kau ni perut, kat sini jugak kau nak berbunyi.Buat malu aku aja.'Omel Husna."Kalau lapar cakap lapar,lagipun kalau awak tak makan, macam mana kaki awak nak baik.Dah biar saya yang orderkan".Tawar Tengku Amirul.Lagipun sakit jugak mata dia bila tengok waiter restoran tu asik jeling2 si Husna.Ada jugak dia congkel biji mata mamat tu.'Kalau tengok dari rupa, aku lagi handsome.'Kata Tengku Amirul.Perasan betul mamat ni.

Sementara menuggu makanan sampai,Husna memandang tasik yang ada di sebelah restoan itu.'Strategik betul tempat ni.'Bicara Husnq sendirian.Manakalah,perasaanTengku Amirul pulak sebaliknya.Sunyi plus janggal berada di situ,tak ada apa2 yang boleh di borakkan dengan minah di depannya itu.Dahlah minah tu langsung tak pandang dia asik berangan tengok tasik.'Apa yang handsome sangat dengan tasik tu agaknya,Aku depan ko yang handsome lagi kacak ni kau tak reti nak tenung.'Bebel Tengku Amirul.Mamat sorang ni pun satu,tak habis2 puji diri sendiri,macam lah muka dia nanti tak berkedut.

Tiba2 gadis di depannya mengalihkan pandangan matanya.Kali ini empat mata saling bertemu.Tengku Amirul sudah gelabah bila mengetahui bahawa gadis itu mungkin melihat renungannya."What are you looking at?"Tanya Husna sambil tanganya di lambai2 ke arah Tengku Amirul."Hello~"Husna memanggil lagi.Akhirnya Tengku Amirul memberi riaksi."Nothing,just nk tengok siapakah gerangan wanita yang ada kat belakang awak tu aja."Kata Tengku Amirul menutup malu.Husna menoleh.'Itu ke taste dia?Biar betul mamat ni.'Kata Husna dalam hati.Mana taknya perempuan itu sebenarnya lelaki.Baru aja dia terserempak dengan 'gadis' itu semasa mahu masuk ke restoran tadi.Macam mana dia tahu 'gadis' itu bukan gadis yang origanal?Jawapannya ialah.......baru tadi dia dengar 'gadis' itu ketawa dengan garaunya.'Habislah,aku tak pernah sangka lelaki segentle mamat depan aku ni berminat dengan 'gadis' yang tak origanal.'Husna beristifar seketika.

"Tengku demam ke?'Tanya Husna,manaah tahu kalau2 lelaki itu dijangkiti virus yang menyebabkan naluri kelakiannya hilang buat seketika."Mana ada aku demam.Aq sehat lagi walafiat.Kau tu yang sakit"Balas Tengku Amirul.'Aik mamat ni memang suka tukar panggilan.Sekejap kau,sekejap saya.Rasanya memang dia kene virus ni.'Detik hati Husna."Tak ada lah.Tengku nak tahu tak 'gadis'yang Tengku tengok tu ada adam apple".Kata Husna dalam nada berbisik tetapi masih oleh didengari oleh Tengku Amirul.Terus mukanya bertukar merah."Saya bukan pandang 'gadis'dekat belakang awaklah,saya tengok gadis yang dekat...erm erm"Tengku amirul memandang sekeliling untuk mencari jawapan."Ha saya tengok gadis dekat sana."Jari telunjuk Tengku Amirul menunjukkan ke arah tasik.'lain yang aku nak tunjuk,lain pulak yang kau tunjuk,Ya Tangan.'Marah Tengku Amirul"Husna memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Tengku Amirul."Tak ada apa-apa pun Tengku."Kata Husna."Memanglah aku sorang aja yang boleh nampak.Orang lain tak ada keistimewaan macam aq.Aq ada deria keenam,ketujuh,kelapan.Tak macam kau,cuma ada 5 jer deria."Kata Tengku Amirul.Dia sedar yang dia mula merepek,tapi apakan daya,nak tutup malu punya pasal.Belum sempat Husna menjawab,makanan yang dipesan mereka pun sampai."Dah makan,jangan nak bangkitkan lagi topik tadi"Kata Tengku Amirul dengan nada yang tegas,tapi muka masih merah.Malunya hanya Tuhan saja yang tahu.'Habis jatuhlah repotasi aku depan Husna'Bisik Tengku Amirul sendirian.Matanya masih lagi mencuricuri lihat gadis dihadapannya.Haish...tak puas2 lagi Tengku Amirul ni.Asyik jeling2 anak gadis orang.Kalau si Husna tu perasan,apa lagi alasan yang kau nak jawab.Mungkin jawapannya akan menjadi lagi merepek.Sama ada dia akan cakap dia tengah tengok duyung berenang ataupun tengah tengok dugong menari dekat tasik.Tersenyum Tengku Amirul sedirian.'Memang aku ni dijangkiti virus agaknya.'Detik hati pemuda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience