BAB 26

Romance Completed 33954

"Aku ingatkan makwe Qairi, asyik terkenyit-kenyit mata dekat mamat tu je" kutukan Husna membuatkan Tengku Qairi geli hati apabila mendengarnya. "Asal awak ketawa?" tanya Husna yang pelik dengan tingkah laku Tengku Amirul. "Awak tu yang pandaipandai buat spekulasi merepek. Tak baik tahu tak cakap orang macam tu?" tegur Tengku Amirul dengan sisa-sisa tawanya. "okaay, sorry" kata Husna, sedar akan kesalahannya. Tanpa sedar, adegan-adegan manis mereka ditangkap oleh 'makwe Qairi' a.k.a 'mamat dua alam'.

-----------------

Hari itu adalah hari yang paling memenatkan bagi kedua-dua mempelai itu.Husna melabuhkan tubuhnya di atas katil empuk setelah selesai menukar pakaiannya.Nasib baik,Tengku Amirul masih ada di lobi,berbual-bual dengan saudara-mara rapatnya.Majlis itu hanya menjemput orang2 yang terdekat sahaja.Cerita pasal tadi,teringat pula dia akan mulut-mulut murai yang da dalam majlis itu.Kalau diikutkan hati mahu saja dia cekek2 orang yang mulutnya tiada insurans tu.Hish geram betul.

"Pengantin tak ada keluarga ke? Kalau ada asal tak ambik gambar sekali?" tanya seorang perempuan dan mungkin umurnya dalam lingkungan 30-an."Kan, aku rasa pun macam pelik. Lagipun tak ada angin bertiup pun tiba-tiba kawin, kot-kot dah terlanjur" kata seorang lagi perempuan yang berpakaian kebaya berwarna pink dengan sanggul yang tinggi ala-ala mak cik kiah.

"Ye lah tu, mesti terlanjur punya. Kalau tak terlanjur, asal anak perempuan Tengku tu tak ada, masa ambik gambar tadi? Masam aja muka aku tengok. Lagipun kalau tak terlanjur mesti mak bapak pengantin perempuan datang kan?" tambah pulak sorang lagi mulut tempayan yang tak ada insurans itu. Husna yang berjalan di sebelah meja yang menempatkan makhluk-makhluk yang berkacukan tempayan itu sudah bengang mendengar kata-kata mereka.

"Maaflah cik akak sekalian." pinta Tengku Amirul yang sudah berada di meja yang menempatkan orang-orang yang berspesiskan tempayan "ah ya,ada apa?" tanya salah seorang daripada mereka bertiga."Akak ni memang dah tak ada keje lain ke?Datang majlis orang,lepas tu mengumpat.Kakak semua ni boleh dikira menfitnah tahu tak.Dan untuk pengetahuan kakak,isteri saya ni,anak yatim tahu tak."Muka Tengku Amirul cukup bengis waktu itu.Entah mengapa sekarang,dia tak suka orang yang menuduh Husna yang bukan-bukan.

Muka ketiga-tiga manusia itu sudah pucat tidak berdarah.'Baru tahu betapa barannya suami aku,kalau tak,takkanlah kaki aku terluka sampai kene jahit bagai.Ha tulah buktinya 'sayang'Tengku Amirul pada aku.Haahahahaha'Sempat lagi Husna memerli suaminya sendiri.

*****************

"Awak ni dah kenapa?Suka sangat senyum sesorang."Tanya Tengku Amirul sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.'Charming giler mamat ni'Detik hati Husna.Sedar akan dirinya dipandang,Tengku Amirul mula membalas pandangan

Husna.Terkejut gadis itu,darah panas mula menyerbu wajahnya.

"Awak,saya saya nak...ermmm nak."Tegur Tengku Amirul lalu menghampiri isterinya yang sudah ralit membaca novel."Apa yang awak nak?"Tanya Husna.Hatinya sudah berdegup pantas lagi-lagi dia terpaksa bermalam dengan suaminya.Dah la selama ni dia tidak pernah serapat itu dengan lelaki.

"Saya nak.....saya nak.Ala takkan tak boleh.Hak awak hak saya jugak."Kata Tengku AmirulNiatnya hanya untuk menyakat wanita itu.Dah lama sangat dia tidak melihat rona merah yang akan menjelma dari wajah Husna apabila dia malu.Comel sangat.Lagilagi part kembungkan pipi.Memang menarik hati betul.

"Aaa...aa..tak ada istilah malam pertama okay."Kata Husna semakin ragu-ragu denagan tidakan Tengku Amirul yang semakin menghampirinya."Awak ni fikir bukan-bukan lah.Saya cuma nak tengok sinpsis novel yang awak baca tu jerr."Kata tengku Amirul.tergelak besar dia apabila mendengar perkataan 'malam pertama'yang terkeluar dari bibir munggil gadis itu.

**************

Tengku Amirul mengambil sebiji bantal dan dibawanya ke sofa berhampiran katil.Husna yang baru keluar daripada tandas untuk mencuci muka memandang tingkah laku lelaki itu."Asal awak tidur dekat sofa.Sakit badan nanti."Tegur Husna.Tangannya masih lagi lincah mengemas katil sebelum tidur.

"Dah takkanlah awak nak tidur dengan saya?"Giliran Tengku Amirul pula bertanya."Boleh tak jangan nak ikut cerita novel sangat.Nak tidur asing bagai.Kita suami isteri yang sah.So,tidur ajalah atas katil ni."Kata Husna dia sudah memncilkan dirinya di dalam selimut tebal.Sejuk betul malam ni.

'Betul jugak kata isteri aku.'Tengku Amirul akur lalu perlahan-lahan menuju ke katil.Di lihat wajah Husna disebelahnya.'Nyenyak betul dia tidur'Mata Tengku Amirul tidak lekang daripada memandang wajah putih mulus milik isterinya.Dan buat kali kedua jejaka itu mengucup dahi sang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience