BAB 2

Romance Completed 33954

"Cik...cik!!” Aku terasa seperti pipiku ditampar lembut. Aku mahu membuka mulut tetapi tekakku terasa loya. Perut pulak usah ditanya, berkocak-kocak macam aku dah minum bepuluh liter air. Tapi kalau tak bangun nahas pipi aku nanti dikerjakan si tuan punya tangan yang menampar pipi aku. Aku cuba membuka mata dan berusaha untuk bangun. Dalam pada masa yang sama perutku mula menggelodak macam bom nak meletup. Apa lagi terkeluarlah semua isi perutku, mujur aku belum menjamah apa-apa makanan sejak bertolak dari KLIA 2 tadi. Terkeluar air yang aku minum. "Cik okey tak ni?" Tiba-tiba ada satu suara yang agak garau bertanya kepada aku. 'Hei mamat ni, kau tengok aku dah basah lencun, siap muntah air lagi. Boleh kau tanya aku ok ke tak?' Omel Husna. 'Hei perempuan ni...asyik tenung aku macam aku ni ada buat apa-apa kat dia pulak. Kira untung aku selamatkan kau tau tak? Kalau tak mati lemas kau kat tasik ni. Dah la pandang orang macam nak makan. Dia ni betul ke manusia? Ke harimau jadian?' Omel Qairi.

*****

Pada petang yang disinari langit yang biru nan cerah dan ditambah pula dengan awan yang melitupi cahaya matahari menjadikan cuaca hari ini sungguh redup dan sesuai untuk beriadah. So,aku pun bercadang nak pergi jogging kat tasik titiwangsa.

Tiba-tiba, sedang asyik aku berjoging, aku terdengar satu teriakan yang nyaring. Apa lagi? aku pun pergilah ke tempat di mana orang menjerit meminta tolong. Aku terlihat ada budak perempuan yang berumur lebih kurang 4 tahun tenggelam timbul di dalam air tasik tersebut. Belum sempat untuk aku menolongnya, ada seorang minah ni memintas aku dahulu dan terus terjun katak je dalam tasik tersebut.

'Putus harapan aku nak jadi hero hmmmmpppp.' Kata Qairi dalam hati. Tapi hatinya terasa gembira apabila budak itu sudah selamat sampai di tepi tasik atas berkat bantuan perempuan itu tadi. Tapi tak lama selepas itu, perempuan itu pula yang terkapai-kapai. Tanpa berfikir panjang, aku terus menyelamatkannya. 'This is my time to be a herooo. Yahoooo!!!'

******

"Hello, cik. Yang cik ni dari tadi duduk belek muka saya ni dah kenapa?" Akhirnya terlepas juga hajatnya untuk bertanyakan si gadis di hadapannya ini. 'Eh, eh, kejap aku macam kenal je mamat ni... ermmm kat mana ye aku jumpa dia? Haaa, dia lah ex-crush aku kan? Ye ke? Hm, lantaklah.' Bicara husna sendirian. Saat itu, muncul satu lambaian di hadapan wajahnya. Barulah dia tersedar dari lamunan panjang. "Who are you?" Soal Husna sambil menahan rasa malu yang mula membelenggu diri. "Kalau ya pon cik nak kenal dengan saya, tengok keadaan ya cik? Saya rasa dah banyak sangat air yang cik telan sampai otak cik pon dah berair agaknya". Apalah perempuan ni dah lah lemas ada pulak nak berkenalan dengan aku masa-masa macam ni. Hey, dah la ramai orang. Husna memandang sekelilingnya. 'Malunya aku! Lelaki ni memang nak kena makan agaknya. Yang aku ni pon bengong sangat pergi tanya dia dah kenapa? Tapi, salah ke aku tanya siapa dia? Manalah tahu dia ni orang jahat ke? Tapi takkanlah orang jahat nak tolong aku yang lemas ni kot?' Husna mula berdialog dalam hati. Pada masa yang sama dia mula bangun dan mengambil beg galasnya.

"Terima kasih ya cik sebab sanggup tolong anak saya sampai cik sendiri yang hampir lemas." Kata ibu kepada budak yang aku selamatkan tadi. "Tak apa lah kak, dah memang kita diajar untuk saling membantu". Selepas itu, aku terus bersalaman dan mula beredar dari tempat itu. Menyesal sungguh diri bila bajet-bajet nak jadi heroin. Tapi, akhirnya...hmmmmpppp, nasib kau lah Husna.

"Cik…oooo… cik yang pakai baju basah lencun!!!" Panggil Qairi. Suka benar dia mengganggu perempuan itu. Tapi dia boleh menggunakan situasi ini sebagai cara dia untuk mendekatkan diri dengan perempuan itu. "Awak ni dah kenapa? Tak habis-habis nak perli saya. Awak nak saya makan awak ke?" soal Husna. Bengang betul dia dengan lelaki tu. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia cekikceik lelaki itu sampai mampus.

*****

"Assalamualaikum, cik bilik. Macam mana kau hari ini? Aku rindu betul dengan kau, cik bilik" kata Husna. Dia ni suka sangat panggil barang guna perkataan ‘cik'. Contohnya, Cik Handphone, cik baju dan macam macam lah. "Mak Jah, ummi tak balik lagi ke?" Tanya Husna kepada pembantu rumahnya yang kebetulan sedang mengemas almari. "Entahlah Una...Puan Raudah itu sibuk sangat agaknya. Sejak dua menjak ini Puan jarang pulang, sama lah macam abang dengan kakak kamu itu .Mungkin mereka outstation kot, sebab Mak Jah selalu tengok diorang keluar bawak beg besar." terang Mak Jah panjang lebar. Sedih dia melihat Husna. Gadis itu jarang bertemu umminya mahupun adik-beradiknya kerana semuanya sibuk. Setiap kali dia balik mesti semua orag jarang balik macam dah sepakat jer diorang semua ni. "Tak pe lah Mak Jah sekurang-kurangnya Husna ada Mak Jah." Kata Husna lalu mencium pipi wanita tua itu. "Ha… iya lah tu? Kamu tu yang balik dengan baju basah lencun ni dah kenapa? Setahu Mak Jah berita hari ni kata hujan tak turun dekat semenanjung." Hairan dia melihat anak bongsu majikannya yang balik dengan pakaian yang basah dan dengan muka yang cemberut. “Ala Mak Jah, Husna saja nak feeling-feeling mandi kolam, tu yang Husna pergi terjun tasik tadi." Jawab Husna selamba sambil mengesat rambutnya yang masih basah. "Tak kannlahhh sampai basah macam itu sekali. Tapi kan rumah kamu ni ada kolam renang, yang kamu pergi mandi tasik tu kenapa?" Tembak Mak Jah lagi. Tahu sangat dia dengan perangai Si Husna yang suka sangat berahsia. "Mak Jah dah masak? Husna laparlah." Kata Husna. Malas dia hendak membicarakan hal itu. Buat sakit hati saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience