BAB 27

Romance Completed 33954

"Nah!Ini hadiah papa buat kamu berdua."Tengku Ibrahim menghulurkan sebuah sampul yang berwarna putih."Apa ni pa?"Tanya Tengku Amirul.Dia membuka isi sampul itu."Tiket bercuti untuk kamu berdua." Kata Tengku Ibrahim "Ala pa~Am sebok lah.Mana ada masa nak bercuti."Dalih Amir.'Takkanlah aku kene pergi honeymoon dengan minah tu.'Pikirnya.'Eh sekejap papa kata bercuti,bukannya honeymoon'Monolog hatinya pula.Dan sekali lagi hatinya menjadi pembelot kepada tuan punya badan.

"Tak payah nak mengada,kerja kamu Qai boleh satlekan."Kata Tengku Ibrahim tegas."dah tak ada lagi alasan yang kamu boleh kasi Am~Pergi ajalah."sambungnya lagi."Ye la..ye la"Kata Amir sedih.'Lagi sekali bersama wanita itu.Ah cukuplah malam tadi dia tak boleh tidur disebabkan dia terpaksa tidur sekatil dengan perempuan buat kali pertama.tak keliruan dibuatnya.Sekarang nak pergi bercuti bersama.Memang gilalah jadinya.'Monolog jejaka itu sendirian.Kakinya sudah meangkah ke bilik untuk memberitahu isterinya tentang berita tersebut.

"Awakk.....Awak..."panggil Tengku Amirul."Awak...Awak...Puan Husna!!!"kali ini suaranya sudah sedikit tinggi.'Manalah perempuan itu pergi'Detik hatinya apabila kedua-dua panggilannya tidak disahut oleh gadis itu.Dia melangkah keluar menuju ke tingkat bawah.

"Awakk.oooo....Awak."Panggilnya lagi.Mana tahu isterinya ada di ruang tamu."Bro,kau cari siapa?"Tanya Qairi yang baru sahaja keluar dari dapur dengan membawa secawan kopi."kau ada nampak husna tak?"Tanya Amir."Tak"Kata Qairi lalu menghirup kopi buatannya.

Daripada ruang tamu,kini Tengku Amirul mula melangkah ke halaman luar rumahnya.Sesampai aja di pintu dia melihat kelibat gadis itu.Rupanya Husna sedang bermain dengan seekor kucing.Tengku Amirul mula mendekati isterinya.Dia dapat melihat kucing yang dibelai oleh Husna.Bukan jenis kucing biasa.Kaki kucing itu pendek dan bulunya kembang.Warnanya pula oren kekuningan.Comel.Tapi kucing siapa tu?

"Awak buat apa?"Tanya Amir yang sudah berdiri disebelah Husna."Dah nampak tanya lagi.Apa jenis soalan lah yang awak tanya ni.Dah jelas-jelas saya tengah main dengan kucing ni."Balas Husna.Tengku Amirul tesenyum sumbing,betul jugak kata gadis itu.

"Winddyyyy...Windyyyy!!!"Husna mengalih pandangannya ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berjalan ke arahnya bergitu juga dengan Tengku Amirul."Windyyyy..."Jerit kanak-kanak itu keriangan.Kucing yang pada mulanya bebaring di atas riba Husna teus berlari mendapatkan tuannya."Kucing adik ke tu?"Tanya Husna ramah.Budak lelaki itu tidak menjawab sebaliknya menganggukkan kepalanya."comel."Balas Husna lalu membelai kucing yang sudah berada di dalam pelukan budak lelaki itu.

"Akak nak main dengan windy?"Tanya budak itu.Husna hanya membalas dengan senyuman.Tiba-tiba,ada seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an memanggil kanak-kanak tersebut."Bye kakak cantik.Nanti kita main sesama dengan windy okay!"Jerit kanak-kanak tersebut."Kakak

cantik...hahahahha"Tengku Amirul mula ketawa terbahakbahak.Kelakar lah sangat.Husna memandang lelaki itu tajam sebelum meninggalkan jejaka itu keseorangan.

"Okay..okay dah saya berhenti."Kata Tengku Amirul sambil mengejar Husna dari belakang.Gadis itu sudah pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi di taman mini yang terletak di tengahtengah halaman rumah banglo itu.

"Apa awak nak cakap dengan saya?"Tanya Husna seakan-akan dia dapat mengetahui sebab jejaka itu mencarinya.Bukannya dia tak tahu yang jejaka itu terpekek-terlolong memangilnya,tetapi segaja dia mengendahkannya.Kalau panggil sayang nak jugak dia datang tapi ini lain 'awak..awak'.Ingat sweet.

"Ini papa kasi tiket bercuti sebagai hadiah perkahwinan untuk kita."Kata jejaka itu lalu mengeluarkan sampul surat putih yang berisi dua tiket kapal terbang daripada poket seluarnya."Tiket holiday ke honeymoon."Tanya Husna."Kenapa awak nak pergi honeymoon ya sayang~"Tengku Amirul sudah memandang dengan aura mengoda tepat ke anak mata isterinya.Husna sudah tercengang.Macam manalah dia boleh cakap macam tu tadi.

"Dah,lupakan.saya nak masuk rumah."Kata Husna lalu berlalu pegi.Tiba-tba pergerakannya terhenti apabila ada tangan yang melingkari pinggangnya."Stay for 1 minute."Bisik Tengku Amirul.Sebenarnya dia saja nak menyakat gadis itu.Muka Husna sudah memerah."Sudah lah awak.Orang tengok nanti.'Akhirnya lingkaran dipinggangnya sudah dirungkai.Apa lagi trus Husna lari pecut masuk ke dalam rumah.malu tak terkata apabila dirinya diperlakukan begitu.

*********

"Masa untuk makan!!"Jerit Husna.Para jejaka yang sedang duduk bersantai di ruang tamu sambil bermain permainan video terus meninggalkan permainan itu.Selalunya itulah perkara yng akan mereka lakukan setiap kali cuti.Sama ada tengok bola ataupun bermain permainan video.

"Husna masak ke semua ni?"Tanya Tengku Ibrahim.Husna hanya tersenyum.Itu adalah kali pertama dia memasak sejak 6 bulan dia kembali ke tanah air.Dulu semasa dia masih belajar di Korea masak memasak memang tugasnya,tapi kini dia tidak pasti sama ada makanan itu sesedap dahulu atau tidak.

Tengku Qairi mengambil tempat duduk di sebelah kembarya."Kau ni pergilah duduk tempat lain,aku nak duduk sebelah Husna.Tengku Amirul sudah menolak adiknya."Ala biarlah,bukannya kerusi tu kau punya."Balas Tengku Qairi pula.Husna yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan memandang kedua-dua jejaka itu.'Apalah yang diorang gaduhkan?'Omel Husna.

"Am,Qai sudahlah.Depan rezeki ni kan."Kata Tengku Ibrahim.pasangan kembar itu selagi tidak ditegur memang tak berhenti perang mulut antara mereka."Am ni pa,Qai nak duduk sebelah dia pun tak kasi,Nak manja-manja sikit pun tak boleh."Kata Qairi lalu mengembungkkan pipinya.Tiru gaya Husna nampak."Suka hati aku lah.Pa~Tengok Qai."Tengku Amirul juga sudah mengembungkan pipinya.Memang sah dua-dua mamt senget ni dijangkiti virus kembungkan pipi daripada Husna.

"Mak Tini kejutkan Indah.Suruh dia turun Makan."Arah Tengku Ibrahim.Hampir saja dia terlupa akan anak dara sorang tu.Husna mencedukkan lauk buat ketiga-tiga Tengku itu.Bagi layanan spesial untuk hari ini.Mana tahu dapat cop sebagai 'menantu misali'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience