BAB 41

Romance Completed 33954

Mana datangnya cinta jika bukan daripada yang Maha Esa. Sesuatu dugaan itu diberi bukanlah tiada penyelesaiannya tetapi di penghujung dugaan itu terdapat keindahan yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia yang tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan yang diberikan oleh-Nya.

___________________

Husna yang terbangun daripada tidur cuma memandang lembut katil kosong disebelahnya. Tengku Amirul telah meninggalkannya sendirian. Air mata wanita itu menitis. ' Ya Allah ampunkan dosaku. Sesungguhnya aku tidak segaja meningikan suara kepada pemilik tulang rusukku. Ampunkan aku, Ya Allah.'

__________________

"You dah ready ke dengan hari-hari yang busy dekat Melbourne." Tanya Zarina. Pertanyaannya cuma dibalas dengan anggukan oleh Tengku Amirul. Zarina memuncungkan bibirnya. ' Asallah mamat ni. Dah bisu ke?' Rugutnya di dalam hati. " You...~" Zarina yng duduk di sebelah Tengku Amirul mengoncangkan tubuh lelaki yang kelihatan sedang termenung jauh. "Ya." Lamunan sang jejaka terhenti seketika dek panggilan manja si gadis. " I boring lah you.

Temankan I berbual?" Kata Zarina dengan nada manja.

Tengku Amirul sudah berasa tidak selesa dengan kelakuan Zarina. Dah lah kepalanya sedang bingung memikirkan hubungannya dengan Husna. ' Siapalah yang bagi semua gambar-gambar tu pada dia?' Tengku Amirul bertanya kepada dirinya sendiri. Susah sangat ke nak mengaku kesalahan sendiri Encik Am?

____________________

" Eh Qai kenapa datang ke sini?" Husna yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya memandang adik iparnya. " Saya datang sini sebab nak sampaikan sesuatu." Kata Qairi. Rasa bersalah pula menganggu kerja wanita itu. " Apa dia?" Tanya Husna. Matanya memandang wajah Qairi yang sedikit seiras dengan wajah suaminya. Terasa rindu mula singgah di dalam hati. " Papa ajak Husna suruh duduk dekat rumahpapa . Papa kata dia risau kalau Puteri tinggal seorang dekat rumah. Ye lahkan abang kan tengah outstation." Terang Tengku Qairi. Lelaki ini pun satu. Sekejap panggil kakak iparnya 'Husna' sekejap tukar 'Puteri'. Pening- pening. " Tak pe lah Qai. Saya boleh jaga diri. Nanti beritahu papa bila Una free, Una pergi jenguk dia ya." Husna memberi senyuman manis buat Tengku Qairi.

" Kalau macam tu saya keluar dulu ya." Tengku Qairi sudah berdiri dan melangkah keluar daripada ruangan Husna. Tetapi kakinya terhenti seketika. " Puteri, saya akan jadi peneman dan pendengar jika awak perlu. Jangan simpan sendiri ya." Husna yang mendengar kata-kata sedikit tersentak. ' Lakonan aku tidak cukup bagus lagi ke?' Katanya di dalam hati. Dia sengaja mahu mengembirakan hati sendiri.

________________________

" Lepas meeting bolehlah you teman I shopping esok." Pinta Zarina lalu memaut lengan Tengku Amirul. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman. Mudah benar dia mengikut kata-kata Zarina. 'Adakah aku masih mencintai wanita ini? Bukankah dia telah menyakitkan hatiku pada suatu masa dahulu? Siapakah Husna bagiku?' Akhirnya pertanyaan itu keluar jua daripada benak Tengku Amirul. Dia sendiri bingung dengan perasaannya kini.

*************

Seminggu kemudian...

" Hai sayang." Panggil Zarina. Kini Zarina sudah berani menggunakan panggilan manja kepada Tengku Amirul. Tengku Amirul juga sudah terbiasa dengan panggilan itu. " Rin, can I ask you one question. Did you send this photo to my wife?" Tengku Amirul menunjukkan sekiping gambar yang diambilnya sebelum berangkat ke Melbourne minggu lepas .Muka Tengku Amirul yang tadinya bersahaja bertukar menjadi singa. Sebelum dia meniggalkan tanah air, dia sempat mengupah penyiasat untuk mencari siapakah dalang yang menghantar gambar tersebut kepada isterinya.

"Ha I ? Takkan lah I nak buat semua tu." Nafi Zarina. Terkejut juga melihat amarah Tengku Amirul. "You nak nafikan lagi ke? Hei Zarina selama ni I sabar dengan kerenah gedik you, but now you benar-benar mencabar kesabaran I. I dah beribu-ribu kali ingatkan you yang I cintakan my wife!" Jerkah Tengku Amirul. Dia tidak kisah akan pandangan orang skeliling terhadap mereka. " You cintakan your wife? You yakin ke? You tak pernah tolak bila I peluk you, You tak pernah marah I panggil you 'sayang". And now kenapa you nak marah I." Zarina juga mula membahang.

" Itu dulu. But now i know and i believe I love my wife!!" Suara jejaka itu semakin meninggi. Bengang sungguh dia dengan sikap Zarina. Entah mengapa dia perlu merasa sangsi tentang cintanya terhadap Husna dahulu. Bukankah dia mengahwini wanita itu dengan ikhlas dan akhirnya keikhlasan itu membawa kepada cinta?

Tengku Amirul akhirnya melangkah pergi meninggalkan Zarina sendirian. Api dendam semakin membahang. Tidak sangka lelaki itu sanggup memalukannya depan orang ramai. " Hello, Daus. I nak you mulakan rancangan kita hari ni juga. I nak hidup perempuan tu hancur." Kini rancangan yang disusun rapi sejak setahun lalu bakal dimulakan. Rancangan yang di penghujungnya menjanjikan kebahagiaan buatnya. Zarina tersenyum sinis. Dia yakin plan menghancurkan hidup adiknya bakal berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience