BAB 47

Romance Completed 33954

"Assalamualaikum." Jerit sesorang daripada luar rumah. "Waalaikumussalam." Jawab Mak Jah lalu membuka pintu rumah banglo itu. " Husna?" Wanita itu pelik melihat keadaan anak angkatnya yang berkerusi roda dan di sampingnya berdirinya seorang jejaka yang tidak dikenalinya. Husna meraih tangan tua itu lalu menciumnya dengan linangan air mata. " Masuklah." Mak Jah menjemput mereka masuk. Lelaki itu menolak kerusi roda yang diduduki oleh Husna ke dalam rumah itu.

" Siapa ni Husna? Suami Husna ke?" Husna sedikit tersentap, lalu dia menggeleng. " Adik ipar Husna." Jawabnya sambil tersenyum. " Hai Husna." Farhan yang datang daipada arah dapur melambaikan tangan kepada Husna. "Eh, kejap. Una, asal kau duduk atas benda tu?" Tanya Farhan lalu berdiri di sebelah emaknya. " Mak Jah Una nak jumpa ummi." Pinta Husna. Riak wajah tua itu sedikti berubah. " Una, Puan Raudah ada di hospital." Kata-kata Mak Jah membuatkan Husna terkejut. "Kenapa dengan ummi Mak Jah." Tangis Husna.

"Mak Jah tak pasti, pagi tadi Puan tak sedarkan diri. Ashyraf bawa dia ke hospital." Beritahunya. "Assalamualaikum." Ucap seseorang daripada pintu hadapan. " Husna?" Figura dihadapannya itu sudah lama tidak dilihat. Dia memandang wanita itu daripada atas hingga ke bawah. " Abang Ash." Panggil Husna. Walaupun dia jarang berjumpa dengan abangnya mahupun berbual bersama-sama, Husna tetap menyayangi dan mengingati satu-satunya abangnya itu.

" Ash, macam mana dengan Puan Raudah." Tanya Farhan. " Ummi..." Titisan demi titisan membasahi pipi seorang jejaka yang memegang gelaran sebagai anak. "Kenapa abang?" Husna menolak kerusi rodanya agar lebih hampir dengan lelaki itu. " Ummi perlukan penderma buah pinggang." Kata Ashraf dalam sendu.

" Biar Husna dermakan buah pinggang Husna buat ummi." Tanpa befikir panjang Husna terus menawarkan didirnya sebagai penderma buah pinggang buat umminya. Seluruh manusia yang mendengarnya terkejut. " Tapi Husna..." Qairi cuba mengahalang Husna di sebabkan keadaannya yang baru pulih. Husna hanya memberikan senyuman kepada Qai. " Jangan risau Husna dah sihat." Pujuk wanita tau. Jawapan Husna itu seakan menjawab kerisauan Qairi. Akhirnya, Qairi akur.

_________________________

"Sudah sebulan abang tidak menegurku. Hari ini dalah hari terakhir buatku. Kalaulah aku mampu melihat senyumannya selepas ini." Kata Husna sendirian. " Husna." Panggil Alya. " Ah, ya." Husna memandang wajah mulus tunangan Tengku Qairi itu. " Awak yakin ke nak buat semua ni?" Tanya Alya. " Dia ummi saya Alya, saya mesti selamatkan dia." Kata Husna ikhlas lalu melemparkan senyuman. Alya Athirah kagum melihat wanita di sebelahnya itu. Kuatnya wanita ini dalam menghadapi dugaan yang diberikan kepadanya. Walaupun diperlakukan sebegitu kejam oleh suamiya, tetapi cintanya kepada lelaki itu tidak pernah kurang.

"Kalau macam tu, apa kata Alya dengan Qai bawak Una jalan-jalan.

Esok Husna dah kena kurung dalam wad." Alya cuba membuat jenaka. "Kalau macam tu, JOM!!!" Qairi yang tiba-tiba mucul dari belakang membuatkan kedua-dua wanita itu terkejut.

*****

" Una suka tak baju ni?" Alya menayangkan sepasang baju kurung moden kepada Husna. " Una suka." Jawab Husna. Dia menolehkan kepalanya kepada Qairi yang memuncungkan bibirnya. " Al, cuba awak tengok tunang awak tu. Dah muncung itik tunggu awak." Kata Husna. " Ala kesiannya. Una tunggu sekejap ya dekat sini. Pilihlah mana baju Una suka. Al nak pujuk Qai kejap." Kata Alya lalu melangkah pergi.

Tiba-tiba mata Husna tertumpu akan pasangan yang sedang memilih baju tidak jauh dengan tempatnya. " Eh... you ni Husnakan?" Tanya wanita itu. " Sayang, kenapa you tinggalkan isteri you dekat sini sesorang." Katanya. Husna mengalihkan pandangan kepada suaminya. " Kakak, ummi dekat hospital, tenat. Akak boleh lagi berfoya-foya dengan suami orang." Balas Husna.

Zarina hanya tersenyum. " Oh, kau kenal juga ya siapa kakak kau? Ingatkan dah lupa? Kejap-kejap, kenapa kau duduk atas kerusi roda ni?" Zarina cuba menyakitkan hati adiknya lagi. Dia memusingkan keusi roda itu. " Lah cacat ke? Patutlah dah bertaubat, sekarang baru kau nak ingat ummi ya?" Tambahnya lagi. Tengku Amirul yang berdiri di samping Zarina masih lagi berdiam diri.

" Akak dah melampau." Suara Husna hanya mendatar tetapi cukup tegas. " Eh, Abang Am." Alya dan Qai mula menghampiri mereka. " Wow... kau tuduh isteri kau curang. Sekarang ni apa? Siapa yang curang sebenarnya?" Kata Tengku Qairi. Api kemarahannya semakin membara. Tidak disangka abangnya akan kembali kepada wanita yang pernah melukainya dahulu. Husna yang sedar akan api amarah yang membara di dalam diri Qairi, memegang lengan jejaka itu bagi menghalangnya daripada melakukan kekecohan di tempat awam. "Kau diam Qai." Marah Tengku Amirul lalu menarik tangan kekasih barunya untuk beredar daripada tempat itu. "Bye si cacat." Ejek Zarina lalu memberikan lambaian kepada adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience