BAB 22

Romance Completed 33954

"So sweetttttt~"Kata Indah apabila melihat meja yang di hias cantik untuk 'candle light dinner'mereka.Sejambak bunga ros yang segar lagi menawan menjadi tarikan utama di meja makan itu.Qairi dan Amirul hanya tersenyum."Bro,ni ke meja kita?"Bisik Tengku Amirul pada telinga kembarnya."Aku tak ada pon suruh hias macam nak propose perempuan kawin."Jawab Tengku Qairi pelik.'Betul ke ni tempat yang dia tempah?'Soal Qai pada dirinya sendiri.Indah sudah melabuhkan punggungnya di kerusi.Tak sangka kedua dua abangnya romantik sangat sampai buat candle light dinner yang real.

Tiba2...."Maaf cik,ermm ni meja encik ni."Kata pekerja lelaki yang berpakaian seperti waiter.Indah memandang lelaki yang berpakaian sut kemas bersama dengan seorang wanita disebelahnya.Bahang panas sudah menyapa wajahnya.Dia terus bangun dan berlalu pergi.Malu tak terkata.Dia berjalan ke bahagian luar restoran.Restoran Permata Mutiara memang berkonsepkan relax dan santai.Di sebabkan itu, mereka membina restoran ini di sebelah pantai agar perasaan santai itu boleh dirasai oleh setiap pengunjung.

Matanya tertacap akan dua makhluk yang sangat2 dikenalinya."Abaaaaaaaaanggggggg!!!!!"Jerit Indah lalu berlari ke sebuah khemah yang kecil di tepi pantai."Jahat lah abang ni.Indah malu tahu tak?"Marah indah.Kata-katanya mengundang perasaan lucu dalam diri jejaka2 itu.Memang muka adik mereka itu jelas menunjukkan yang dia sedang malu."Sapa suruh main tangkap muat aja.Padan lah muka.dah duduk."Kata Tengku Qairi lalu menarikkan kerusi buat adiknya.

************

Kehidupan memberi aku banyak makna,

Andai segalanya indah tanpa duka,

Malangnya kehidupan ini mesti tercalit kisah duka, Kisah yang membuatkan hati ini tidak mampu bertahan, dan mudah rapuh dan reput,

Entah kenapa hati ini tidak mampu bertahan, bertahan untuk terus menyimpan duka dan tangisan,

Dan akhirnya,

Azam untuk tidak menangis,

Akhirnya lebur begitu sahaja.

Adakah aku tidak layak mengenal erti kebahagian?

Adakah aku tidak berhak merasai keindahan kejidupan,

Segalanya sudah gelap untuk dilihat

seakan aku memang ditakdirkan untuk mengerti semua itu, perasaan ini terasa sesak, nafas ini hampir berhenti, kenapa tiada siapa yang mengerti kehendak hati ini?

Husna meletakkan pen di sebelah buku yang di hias cantik dengan tema lukisan kehidupan."Papa,ini sahaja yang Husna mampu ceritakan.Andai papa ada di sini,pasti segalanya tidak berlaku."Husna menagis buat kesekian kalinya.Hatinya sudah semakin rapuh.Tidak mampu lagi menahan perasan sedih dan hiba yang bertandang tanpa diundang.

Dia melihat buku itu,segala pristiwa itu masih segar di dalam ingatnnya tiada satu pun yang hilang dimamh usia.

_____________

FLASHBACK

"Pa,Una menang dalam pertandingan menulis puisi."Kata remaja perempuan yang berumur 15 tahun itu.Dia menunjukkan piala yang dimenanginya."Waaa anak papa ni memang bijak la."Kata Khairil,bapa Husna."Papa ada hadiah untuk anak papa yang cantik ni."Tambahnya lagi sambil mengusap-ngusap kepala anaknya."Apa dia pa?"Tanya Husna riang.kalau bab-bab hadiah memang dia suka,lagi-lagi part mengoyakkan pembat hadiah.En.Khairil membuka laci meja kerjanya dan mengeluarkan hadiah tersebut."Una,ni untuk una."Katanya sambil tersenyum.Husna menyambut huluran daripada papanya.Kerana terlampau,exited dan tertanya-tanya akan apa yang ada di dalam balutan itu,Husna terus membuka balutan itu."Pa,una suka sangat."Jerit Husna lalu terus memeluk lelaki tua itu."Nanti kalau una nak ceritakan sesuatu,Una tulislah dalam tu.Husna suka tulis puisikan,so,Una boleh tulis puisi tetang hidup una dalam tu.Kalau papa tak ada,buku tu akan menjadi pendengar setia Una."Beritahu lelaki itu.Husna hanya mengangguk,anak matanya memandang tepat ke anak mata milik papanya."Pa...papalah pendengar setia Husna."Kata gadis itu lalu menangis.Dia tidak mahu kehilangan lelaki itu,kerana hanya dia saja yang ikhlas menyayangi dirinya.

FLASHBACK END.

-------------------------------

"Pa una rindu papa."Kata Husna dan akhirnya matanya sudah semakin layu.

*********

Tok....tok...tok

Husna bangun daripada tidurnya.Dalam keadaan mamai dia membuka pindu rumah tanpa melihat siapakah gerangan orang yang menggnggu tidurnya di hujung mingu."Assalamualaikum."Kata seseorang yang memiliki suara yang agak garau dan sangat dikenali oleh Husna."Waalaikumussalam."kata Husna.Disebabkan mamai, dia tidak dapat mengakses siapa yang sedang bercakap dengannya.Husna terus membuka pintu dan menjemput lelaki itu masuk.

Tengku Amirul terkejut melihat Husna yang tidak memakai tudung malah berpakaian tidur.Apabila dia dijemput wanita itu,kakinya cepat saja melangkah masuk.Sekarang kakinya pula sudah membelot dengan dirinya sendiri.Kalau diikutkan hati dia tidak mahu masuk.

Mata Husna masih lagi tertutup seakan-akan dia masih lagi tidur.Mamai semamai mamainya.Sebab malam tadi dia tidur lambat dan akhirnya pemiirannya jadi lost pada hari ini.Tiba-tiba,kakinya tersandung kaki meja kopi dan menyebabkan dia kehilangan keseimbangan untuk berdiri.

'Asal aku tak jatuh?'Husna membuka matanya.'Asal tak rasa sakit?'tanya lagi.Dia memandang ke arah belakang."Aaaaaaaa"Jerit Husna."jangan bergerak lah,"arah Tengku amirul.Malangnya sudah terlambat dan akhirnya dia kehilangan keseimbangan dan jatuh menhempap Husna.

"Tengku Amirul!!!!"Jerit seseorang yang sudah berdiri di hadapan mereka.Husna dan Tengku Amirul sudah kaku.Muka mereka usah dikata,pucat perti semua darah mereka telah hilang dihisap dracula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience