BAB 20

Romance Completed 33954

"Penatnya hari ni"Keluh Husna lalu melabuhkan punggungnya di atas tilam.Dia mengurut-ngurut tengkuknya.'Ni semua pasal Tengku berdua tu.'Bebel Husn sendirian.

"Husna jomtengok wayang."Ajak Tengku Qairi.Husna pantas menggeleng,dia tidak berminat untuk menonton wayang hari ini."So,awak nak pergi mana"Tanya Tengku Amirul pula tetapi matanya masih lagi memandang kehadapan.Ni semua sebab Tengku Qairi.Ada ke awal2 dia bagi tugasan memandu kepada aku,semata-mata dia mahu duduk di tempat duduk penumpang di bahagian belakang.Katanya,mahu berbual dengan Husna.Tak semene-mene dia jadi driver.

"Kita pergi Sunway Pyramid."Cadang Husna.Tengku Amirul a.k.a drive yang tidak diiktiraf hanya mengkut cadangan Husna.Entah apalah minhtu nak buat dekat sana.Setibanya di sunway pyramid,Husna cepat2 keluar daripada kereta itu.Excited sanagt agaknya.Tengku Qairi dan kembarnya hanya tersenyum melihat telatah Husna yang kelihatan sungguh comel."Jom masuk!"Kata Husna.Kedua-dua lelaki iu hanya mengikut langaah gadis itu.

"Awak nak pergi mana ni?"Tanya Tengku Amirul."Adalah,tempat kegemaran saya.Kalau Tengku tak nak ikut sudah."Husna mempecepatkan langkahnya.Walaupun begitu langkahnya tidaklah secepat mana.Setibanya di kedai buku popular Husna terus menyerbu rak2 yang menempatkan novel.Jejaka2 yang mengikut Husna dari tadi tercengang.'Ini ke tempat kesukaan minah tu?'Itulah persoalan yang muncul di benak mereka.

Husna menggapai novel karya Siti Rosmizah,yang bertajuk Cukup Derita Itu.Apa lagi terus wanita itu meletakkan buku itu ke dalam bakul.Peminat setia Siti Rosmizahlah katakan.Selepas itu,Husna menghampiri rak yang menempatkan buku2 agama.Dia membelekbelek beberapa buah buku.Mahu mencari mana yang sesuai untuk dijadikan bahan bacaan.

Sementara menunggu Husna TengkuQairi menghampiri rak yang menempatkan buku ilmiah.Saja elek-belek.Dia bukannya kaki membacajadi dia kurang membeli buku untu dijadikan bahan bacaan.Dia melihat Husna yang sedang memilih buk selang sebaris daripada tepatnya.Dia mendekati wanita itu."Eh you,you buat apa dekat sini."Lengan Tengku Qairi ditarik oleh seorang wanita.Jejaka iu erus berpaling."Tiana,apa you buat dekat sini?'Tanya tengku Qairi berbasi-basi.Matanya masih lagi melihat Husna.

Dia dapat melihat yang abangnya sedang menghampiri gadis kesayangannya itu.Kesanyanganlah sanagt perempuan yang tegur awak tu apa?Mulut manis betul mamat ni."I beli buku untuk mummy."Kata wanita yag memakai baju blouse dan digandingkan dengan skirt pendek paras lutut.Dia menujukkan buku masakan yang dibeli untuk ibunya."Oh ye ke"Jawab Tengku Qairi endah tak endah."You tengok apa tu?"Tanya Tiana.Belum sempat Tengku Qairi menjawab telefon wanita itu berbunyi.

"Sorry you I tak boleh berbual lamalama dengan you.See you soon baby."Kata Tiana lalu dia berjalan menuju ke kuanter pembayaran.Tengku Qairi pula,terus berjaan menuju ke arah Husna.

"Hai Puteri awak beli apa tu~"Tanya Tegku Qairi yang sudah berdiri di sebelah Husna."Tak reti ucap salam betullah awak ni."marah Husna.Terkejut dibuatnya nasib baik buku itu tidak terjatuh.Kalau tidak habis benjol kepala Tengku Amirul yang sedaag duduk mencangkung sambil membelek-belek buku yang dipilihnya.Tengku

Amirul turut memandang kembarnya."Assalamualaikum"Ucap Qairi.Dia memandang abangnya."KAu nak beli ke buku tu?"Tanyanya."Mungkin tak."Jawab Tengku Amirul lalu menyimpan semula buku tersebut."Awak dah habis pilih ke?"Dah.Tinggal nak bayar,Tengku berdua pergilah kafe dekat depan tu nanti saya datang."Kata Husna.

"kalau macam tu kami pergi dulu ya."Tengku Amirul menarik tangan kembarnya.Kalau dibiarkan kembarnya bersama Husna berdua,mesti Husna akan suka bali dekat ex-crush dia.Apabila Husna melihat kembar itu sudah pergi,dia mengambil buku yang dibaca oleh Tengku Amirul.Dia mengambil dua buah.Satu untuk bosnya dan satu lagi buat encik ex-crush.Barulah dia berjalan ke kauter pembayaran.Kalau duduk lama2 di kedai buku lama-lam mahunya beribu ringgit habis.Ini bukan tipu tapi realiti.Dan buktinya,hari ni sahaja di telah menghabis hampir 300 ringgit di kedai buku sahaja.Nak buat macam mana,dia kaki novel dan sangat obses dengan novel,memang kedai buku sajalah tempat dia menghabiskan duit.

Masuk sahaja di dalam kafe matanya terus tetacap akan deretan meja yang dipenuhi dengan gadis2 yang menawan.Dan di situ juga terselit dua makhluk yang sngat dikenalinya.Tiba-tiba dia melihat Tengku Qairi melambai-lambai ke arahnya.Kerana tidak pasti yang jejaka itu memang berniat untuk memanggilnya atau hanya mahu memanggil waiter dia mengalihkan pandangan ke arah lain.Buat2 macam tak kenal.Lagipun dia rasa tidak selesa apabila mata2 gadis yang duduk bersama mereka memandang ke arahnya dengan pandandangan pemangsa yang sangat menggerunkan.

Tiba2 tangannya terasa seperti ditarik oleh seseorang.Terus dia mengalihkan pandangan."Tengku."Panggil Husna.Terkejut dengan tindakan lelaki itu yang memgang erat tanggannya.Kalau diikutkan hati dah lama dia karate mamat tu,tetapi apakan daya mata2 pemangsa sudah memandangnya peilik.

"Dah belakon macam kau tu girlfriend aku."Katanya tegas.Dia menarik lengan Husna dan menuju ke meja makan itu."Pekenalkan ni GF saya."Kata Tengku Amirul selamba.Dia menarik kerusi kosong yang dikhaskan untuk gadis itu.Wanita2 yang sebelum mengingatkan bahawa Tengku Amirul itu tidak berpunya sudah terlopong.Tengku Qairi pulak tidak habis menyumpah seranah abangnya.'Sampai hati kau eeaaakkk buat aku macam ni.'Rintih hati Tengku Qairi.Matanya memberi isyarat supaya Tengku Amirul menarik semula kata-katanya.Tetapi mata kembarnya itu memberi isyarat yang berbeza.Di tambah pula dengan gelengan yang jelas2 menunjukkan dia tidak mahu berbuat seperti yang diisyaratkan oleh adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience